Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, July 16, 2009

JOM MAIN MASAK-MASAK...

Assalamualaikum.....



Ada sesiapa yang nak cuba resepi ni tak..?? Nak bagi free of charge je ni.... ekekekeke...

MASAK ASAM PEDAS SENYUM SOKMOLAH...

Bahan-bahan:

1 kilo ikan kembung yang besar dan segar (5/6 ekor)
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 genggam cili kering (digunting2 dan direndam seketika)
1 ikat bendi sederhana besar (anggaran 12 biji)
1 ikat/50 sen daun kesum (jika suka)
1 senduk besar minyak masak
1 sudu makan penuh asam jawa (bancuh dengan 2 mangkuk air)
garam dan serbuk perasa (secukup rasa)

Cara-cara:
1) Bersihkan ikan kembung. Tos dan ketepikan dahulu.

2) Basuh dahulu cili kering yang direndam tadi sambil buang bijinya.

3) Kisar/blender cili kering bersama bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dengan sedikit air.

4) Panaskan minyak dalam periuk dengan api yang sederhana.

5) Bila minyak sudah panas, masukkan sahaja semua bahan2 yang telah dikisar tadi.

6) Kacau perlahan-lahan sehingga bahan2 tadi mula memercik.

7) Masukkan pula air asam jawa. Kacau lagi. Biar hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan pula daun kesum. Kacau lagi.

8) Masukkan ikan kembung. Kacau perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.

9) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya dan kacau supaya sebati.

10) Akhir sekali, masukkan bendi satu persatu. (Jangan potong bendi awal2 untuk mengelakkan dari berlendir).

11) Kacau gulai perlahan-lahan. Biarkan mendidih seketika. Lebih kurang 10 minit lepas tu, barulah tutup api dapur.

p/s: Dah siap...Mudah je kan...Ikan kembung tu boleh juga di ganti dengan ikan pari dengan syarat kuantitinya tetap 1 kilo.

SELAMAT MENCUBA DAN SENYUM SOKMOLAH....

Wednesday, July 15, 2009

KASUT vs KUSUT...

Assalamualaikum....

KASUT vs KUSUT...


Ini kisah yang berlaku sewaktu aku bekerja kat Johor dulu. Hari tu hari Jumaat. Seperti biasa, hari Jumaat aku pakai baju kurung. Sebenarnya tiap-tiap hari aku pakai baju kurung. Kalau kena kerja hari Sabtu atau Ahad, baru la aku pakai t-shirt dan slack je.... muehehehehe...


Hari tu aku kena 'stayback' bersama line leader aku. Aku benci sungguh kalau kena 'stayback-stayback' ni... huhuhu... Dah la kena stay, tak berbayar lak tu. Kalau setakat 10 minit takpe la jugak, ni makan masa sampai dekat sejam. Eeeiii....gerammm.... Aku cepat-cepat setelkan apa yang MD suruh. MD tu Manager of Department.. Sambil-sambil tu aku dengan line leader aku tak henti-henti membebel... ekekekeke.. Biasa la, nak lepaskan geram, bebel je la penawarnya..., hikk hikk hikk...


Lebih kurang sejam lepas tu, akupun mula la beransur balik. Aku balik sorang sebab line leader aku tinggal kat taman lain. Aku jalan kaki je sebab jarak hostel dengan kilang cuma 10 minit. Akupun mula la berjalan perlahan-lahan sebab badanpun dah lesu je rasanya. Entah di mana silapnya, tiba-tiba je aku jatuh terjelepuk. Aku betul-betul jatuh terduduk kat dalam longkang yang hanya beberapa meter sahaja dari lampu trafik. Punya la sakit ponggong aku terhenyak kat gigi longkang tu....uhukkk.. Aku segera berusaha untuk bangun sebelum lampu bertukar jadi hijau. Dari jauh aku dapat tengok orang yang tengah berhenti kerana lampu merah tu memandang ke arah aku. Sobbs..


Aku berjaya bangun sebelum lampu bertukar warna. Tapi baru je aku nak mula berdiri, aku jatuh balik semula.. Terduduk dalam longkang yang sama. Sakitnya la kaki aku terpeleot. Uhukk... Aku usaha lagi untuk terus bangun. Yesss, kali ni aku berjaya. Tak lama lepas tu, kenderaan dari sebelah sanapun mula bergerak. Fuhhh...!!! Nasib baik la masa tu aku dah mula berjalan. Sampai je kat hostel, kawan aku yang tengah sidai baju terus tanya kat aku...


Kawan: Baru balik wakk....

Aku: Hmmm...(senyum-senyum kelat). Saya jatuh wakk...

Kawan: Haaahhhh....!!! Jatuh kat mana..??

Aku: Kat tepi jalan la...., terduduk masuk longkang...

Kawan: Laaa...., siannya awak. Penat sangat la tu. Pergi la mandi, bilik air takde orang tu....

Aku: Takde orang ke...? (aku cepat-cepat masuk dalam rumah sambil campak kasut tu masuk ke dalam tong sampah)

Kawan: Apsal lak buang kasut tu...?

Aku: Sebab dia la saya jatuh tadi....

Kawan: Pulakkkk...(senyum-senyum kambing je...)


p/s: Lepas solat maghrib, aku keluar dan ambil balik kasut kat dalam tong sampah tu.... wakakakakakaka... sayang bebbb. Kasut tu masih boleh pakai lagi.... Bukan salah kasut tu pun...

Friday, July 10, 2009

Uwekkkk.....Oopppss...

Assalamualaikum...

Penyakit aku datang balik. Apa lagi, penyakit malas la... hahaha.. So, aku takde idea nak berblogging sekarang ni. Nak pergi jenjalan kat blog kawan2 siberpun aku malas je. Maaf ye kawan2. Bukan lupa tapi tak ingat je... hehehe...

sape pernah rasa durian ni...sama ke macam yang kuning tu..
.
kalau yang ni aku makan 4 ulas, konpem mata aku naik atas...

Idea sudah hilang....kepala sakit gara2 makan durian. Aku bukannya makan banyakpun...cuma 4 ulas yang kecil2 je. Itupun kepala aku dah mula berpusing2. Camne la agaknya kalau aku makan durian ni macam orang yang memang hantu durian. Mau pengsan agaknya kotttt...


2 kali aku makan durian, 2 kali jugak la aku muntah. Sebab kalau aku tak muntah, konpem sakit kepala aku tak akan hilang punyalah...huhuhu...Itulah aku, bila angin sudah mula masuk dalam badan, serba-serbi amat menyakitkan...


p/s: Sape ada kuinin....hantarlah kat aku wehhh....uhukkk...

Tuesday, July 7, 2009

KEKASIH...

Assalamualaikum.....


Akanku pintal buih-buih...
menjadi tali mengikatmu...
Akanku anyam gelombang-gelombang...
menjadi hamparan ranjang tidurmu...


Akanku tenun awan gemawan...
menjadi selendang menudungi rambutmu...
Akanku jahit bayu gunung...
menjadi baju pakaian malammu...

Akanku petik bintang timur...
menjadi kerongsang menyinari dadamu...
Akanku jolok bulan gerhana...
menjadi lampu menyuluhi rindu...

Akanku rebahkan matari...
menjadi laut malammu, menghirup sakar madumu...
KEKASIH hitunglah mimpi...
yang membunuh realiti dari syurga ilusi...


Karya Usman Awang aka Tongkat Warrant....

Sunday, July 5, 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

Assalamualaikum....

Sebuah hadis dari Anas mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Jika umatku menghalalkan lima perkara, mereka pasti ditimpa kehancuran:

(1) Bila mereka sering laknat-melaknati.

(2) Bila mereka minum arak.

(3) Bila mereka memakai pakaian sutera (yakni mempamerkan kekayaan dan kemewahan).

(4) Bila mereka menyimpan perempuan simpanan (hidup bersama perempuan tanpa nikah).

(5) Bila ramai lelaki memuaskan hawa nafsu dengan sesama lelaki dan perempuan memuaskan hawa nafsu dengan sesama perempuan."

(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi).

Thursday, July 2, 2009

SIFAT 20 ALLAH...

Assalamualaikum...

Sifat 20 ALLAH yang wajib diketahui oleh orang2 Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran termasuk juga sifat2 Mustahil yang wajib diketahui.

1= WUJUD
Maknanya ADA. Allah Taala itu ada. Mustahil Allah tiada.

2=QIDAM
Maknanya SEDIA. Allah Taala itu sedia ada. Mustahil Allah didahului oleh Adam(tiada).

3= BAQA
Maknanya KEKAl. Allah Taala itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana(binasa).

4= MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
Maknanya Tidak sama dengan yang baharu. Allah itu mempunyai sifat2 yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

5= QIYAMUHUU BINAFSIH
Maknanya Berdiri dengan dirinya sendiri. Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

6= WAHDAANIYAT
Maknanya ESA. Allah itu maha esa DzatNya, Esa sifatNya dan Esa juga perangaiNya. Mustahil ia mempunyai dzat, sifat dan perangai yang berbilang2.

7= QUDRAT
Maknanya KUASA. Allah Taala itu maha berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

8= IRADAT
Maknanya MENENTUKAN. Allah itu menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

9= ILMU
Maknanya MENGETAHUI. Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

10= HAYAT
Maknanya HIDUP. Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

11= SAMA'
Maknanya MENDENGAR. Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah itu tuli atau tidak mendengar.

12= BASAR
Maknanya MELIHAT. Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah itu buta.

13= KALAM
Maknanya BERKATA-KATA. Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah itu tidak bercakap atau bisu.

14= QOODIRAN
Maknanya MAHA KUASA. Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

15= MURIIDAN
Maknanya MENENTUKAN. Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakiNya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

16= AALIMAN
Maknanya MAHA MENGETAHUI. Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah itu jahil atau tidak mengetahui.

17= HAYYUN
Maknanya HIDUP. Allah Taala itu maha hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

18= SAMI'UN
Maknanya MENDENGAR. Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah tidak mendengar atau tuli.

19= BASIIRUN
Maknanya MELIHAT. Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

20= MUTAKALLIMUN
Maknanya MAHA BERKATA-KATA. Allah Taala itu berkata2. Mustahil jika Allah itu bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)