Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 28, 2009

SIAPA NAK KAYA...???

Assalamualaikum...


Siapa yang taknak Kaya kan. Semua orang nak Kaya. Kalau boleh Kaya serba serbi bermula dari A hingga Z. Kat sini aku ada resepi untuk menjadi Kaya.... muehehehehe....


JEM KAYA


Bahan-bahan:

1 biji kelapa (jadikan 4 cawan santan)
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 helai daun pandan/1 sudu makan perisa pandan


Cara-cara:

1) Pukul telur dengan gula hingga kembang.


2) Kemudian masukkan santan. Kacau biar sebati.


3) Kacau/masak di dalam kuali dengan api yang sederhana.


4) Masukkan daun pandan/perisa pandan. Biarkan men-
didih seketika.


5) Masukkan pula bancuhan tepung jagung (sambil masuk
tu, tangan yang sebelah lagi teruskan mengacau supaya
Kaya tak bergentil).


6) Teruskan mengacau sehingga Kaya mendidih dan pekat.


7) Bila Kaya sudah agak pekat, bolehlah matikan api dapur.


p/s: Jika kurang manis, boleh la di tambah sedikit gula lagi. Boleh juga letak pewarna yang disukai. SELAMAT MENGACAU..!!

Monday, July 27, 2009

BABUN CURI SELUAR DALAM...

Assalamualaikum...

Utusan Malaysia>Khamis>23 Julai 2009 (sedikit paparan).

Pihak pengurusan Knowsley Safary Park, Merseyside, United Kingdom memberi amaran kepada pemandu kereta agar berhati2 dengan babun yang terdapat di taman tersebut apabila menyedari haiwan itu tahu membuka beg pakaian dan mencuri barangan seperti seluar dalam.

Satu dozen babun menyasarkan kereta2 yang membawa kotak pakaian di atas bumbung kereta serta akan menerkam dan meninggalkan mangsa terpinga2 menyaksikan bagaimana barangan mereka dipunggah.


Daddy....kita nak curi seluar dalam siapa lepas ni...(jawab la, anak tanya tu..)

Menurut Pengurus Besar taman itu, David Ross, bila kejadian pertama berlaku, pihaknya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia adalah satu kemalangan.

....bayangkan kalau babun buat aksi camni......uhukkk....

"Kenyataannya, siapa yang mahu melihat babun2 tersebut berlari memanjat pokok dengan membawa baju dan seluar dalam para pengunjung," katanya.

Buat masa kini terdapat lebih daripada 140 ekor babun di taman tersebut.-Agensi.

p/s: Babunpun nak seksi macam Halle Berry gak. Mana la tau kot2 boleh jadi heroin terbaru Bond007. Muahahaha...

Sunday, July 26, 2009

SAJA NAK CERITA...

Assalamualaikum....

Tadi aku jenguk pokok2 bunga aku. Kesian betul aku tengok pokok2 tu semua. Kering je daun dia. Mana dengan semut2 lagi. Nampak sangat dah lama aku abai kan dorang.. huhu.. Aku ubah2 pasu dekat tempat lain lak. Sakitnya la pinggang aku dok angkat2 pasu tu. Adehhh.. Tapi badan rasa macam ringan je lepas tu. Agak2 turun la berat dalam 1/2 kilo kot.. Muehehehe...

....kecil2 jadi kawan....

Lepas tu aku sapu daun rambutan yang bersepah2 kat bawah pokok. Aku bakar sekali daun2 tu dengan dua pelepah daun kelapa. Tiba2 je api jadi besar. Nasib baik la aku bakar daun tu dekat dengan tandas. Cepat2 aku pergi ambil air dan siram api tu. Muka aku rasa terbakar sama. Panasnya la bahang api tu. Tapi bahang kepanasan api tu akan berlipat kali ganda kat SANA nanti. Allah-hu-Akbar...!!!

p/s: Terima kasih pada kawan2 yang singgah kat sini dan beri sokongan masa aku sedih semalam. Moga kalian semua mendapat kebahagiaan dari dunia hingga akhirat. Amin....

Saturday, July 25, 2009

TERCALARNYA SEKEPING EMOSI.....

Assalamualaikum.....

gugur jua akhirnya....


Hari ni aku sedih sangat. Sejak kebelakangan ni aku rasa seperti ada yang tak kena. Serba serbi amat membingungkan. Tiada jawapan untuk setiap persoalan yang timbul. Aku cuba untuk bersikap ceria seperti biasa, tapi gagal. Akhirnya, hanya airmata sebagai peneman setia. Namun, aku tidak akan biarkan situasi muram ini terus menerus mengganggu emosi... Bangun....!!! Bangun....!!! Bangun....!!!

Sambutlah tanganku kawan.....aku takut tenggelam....
Sambutlah tanganku kawan.....jurangnya sangat dalam....

p/s: Di dalam tersenyum aku menangis.......

Friday, July 24, 2009

MASAK.....MASAK....MASAK...

Assalamualaikum...


Kali ni nak bagi korang cuba resepi ni pulak. Kalau ada yang suka belajar memasak tu, cuba2 la ehh... Samada sedap atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting cuba dulu. Bila dah 'terror' nanti barulah boleh 'adjust' rasa masakan tu... hehehe..


MASAK LEMAK CILI PADI TELUR ITIK MY WAY


Bahan-bahan:
5/6 biji telur itik yang segar (jangan masuk angin)
1 1/2 biji kelapa (jadikan 2 mangkuk besar santan)
15 biji cili api (dikisar)
1 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 batang serai (dititik)
2 ulas bawang merah (dihiris)
4 helai pucuk kunyit (basuh dulu>lap bagi kering>hiris halus)
1 keping asam keping
garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1) Masukkan santan dalam kuali.


2) Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah dikisar tadi.


3) Masukkan asam keping.


4) Nyalakan api dapur. Masak kuah dahulu dengan api yang sederhana besar sambil kacau supaya santan tak bergentil.


5) Masukkan pula garam dan serbuk perasa secukupnya.


6) Kacau perlahan-lahan. Biarkan kuah mendidih seketika.


7) Masukkan pula telur itik yang pertama. Jangan kacau kuah tetapi jiruskan sedikit demi sedikit kuah dengan lembut ke atas telur tu untuk mengelakkan telur dari hancur/pecah.

(Proses ni agak rumit sedikit kerana terpaksa tunggu telur pertama separuh masak, barulah dimasukkan telur yang kedua. Tunggu hingga separuh masak juga, dan begitulah seterusnya untuk telur yang terakhir).


8) Bila semua telur itik dah mula pejal, barulah dimasukkan serai dan hirisan pucuk kunyit. Kacau gulai perlahan-lahan.


9) Tunggu sehingga pucuk kunyit lecur/masak. Kemudian bolehlah tutup api dapur.


p/s: Korang juga boleh masukkkan 7/8 biji belimbing buluh yang dibelah dua untuk menggantikan pucuk kunyit tetapi dengan syarat jangan pulak letak asam keping...takut nanti gulai tu bertambah masam...SELAMAT MENCUBA....!!!

Thursday, July 23, 2009

MALU TAK BERTEMPAT...

Assalamualaikum.....


Rombongan ke Air Papan, Mersing...

rindunya dengan pantai Air Papan ni.....(pic google je...)

Aku suka pergi pantai ni. Rasanya dah 5 kali kot aku pergi. 3 kali ikut rombongan syarikat dan 2 kali pergi dengan kawan2. Kali terakhir aku pergi ialah sebelum aku berhenti kerja dulu. Dah lama tu.... huhuhu. Terasa rindu lak nak pergi sana balik semula, tapi rasanya dah tak boleh dah nak melahu
sana sini.


Semenjak aku berhenti kerja, aku dah tak pernah jejak kaki lagi dah kat bumi Johor. Dah rasa terikat lak bila duduk kat rumah ni. Padahal, baru2 ni ada je rombongan ke Johor sempena sambutan Hari Peneroka kat Labis, tapi aku macam dah takde nafsu nak ikut geng2 makcik ni pergi rombongan. Sebab kalau aku ikut nanti, konpem aku termasuk sekali dalam kategori makcik2 yang dah beranakpinak dan bercucu tu, padahal aku solo lagi pe... wakakakaka siyot je statement
aku ni kan...


Ehhh.... terbabas lak. Sambung balik kisah kat Air Papan ni.... hehehe. Aku dengan seorang kawan pergi la belajar berenang kat tepi laut tu. Entah macam mana, aku rasa kaki aku makin lama makin tak jejak pasir dalam air tu. Akupun mula la naik gelabah. Dah la aku tak pakai pelampung, berenang lagi la tak pandai. Aduhhh, air dah mula masuk dalam hidung, masuk mulut lagi la banyak. Kawan aku dah lepas tempat lain dah. Camner ni.... huwaaaa......


Bersebelahan dengan aku, ada satu kumpulan anak2 murid dengan seorang cikgu dorang. Budak2 tu pakai pelampung. Aku rasa nak sauk je pelampung dorang, tapi segan la pulak. Pastu cikgu dorang mungkin perasan yang aku tengah gelabah kot. Cikgu lelaki yang hensem dan seksi tu (sebab rambut dan badan dia basah okay...) pun tanpa segan mula tanya aku..."Pandai berenang ke tak ni...?"...Dan aku dengan muka eksen (sebab aku fikir dia nak ngorat aku...) buat tak tau je dengan pertanyaan cikgu tu. Pastu aku tengok cikgu tu senyum2 je pandang aku. Dia cakap lagi..."Baik2... kang lemas kang...."...Waduhhh....macam nak gugur jantung aku dengar suara cikgu tu....Aku senyum sinis je, maklum la kan, hati tengah kecut fikir camne nak bagi jejak kaki kat pasir tu. Dalam aku terkial2 tu, kawan akupun datang dengan sebiji pelampung. Fuhhhh....leganya la aku. Cepat2 aku tarik dan
pegang kuat2 pelampung tu. Kawan akupun tanya kenapa muka aku macam cemas je. Akupun cakap la yang aku nyaris lemas. Lepas tu kitorang berdua terus je naik kat pantai, dah tak masuk2 laut dah.


Bila aku cerita pasal cikgu tu kat kawan aku, diapun marah aku sebab sombong tak bertempat. Aku
sebenarnya bukan sombong la ngokk. Aku malu la sebab aku tengah basah lencun. Geli la kalau orang tengok aku tengah basah2 ni.... huahuahua....



p/s: Inilah kali terakhir aku pergi pantai. Selepas kejadian tu, aku macam fobia dengan laut. Sekarang ni kalau nampak air sungai yang melimpah ruah pun badan aku dah rasa menggigil semacam je.... Tapi, aku sukakan keindahan pantai dan laut.....


Di tepi pantai yang indah.....ku duduk seorang diri... suasana... sepi..... Ceewahhhhh...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)