Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, April 4, 2011

Tak kisah la bocorpun.. =D

Assalamualaikum...

Betul ke keputusan ABP bocor?

Sebelum keputusan diumumkan, aku dah terbaca kat beberapa blog yang memberikan jawapan tepat untuk semua kategori. Tapi tak kisah la kan, ini hanya keputusan ABP je, tak menjejaskan apa-apapun. Agaknya la... =D

Aku tengok separuh je siaran langsung ABP ni sebab macam biasa la, aku mesti tengok drama Trilogi Cinta yang aku follow dari awal lagi tu. Habis je drama tu, terus aku sambung tengok ABP balik semula.

Aku suka jugak dengan keputusan ABP kali ni. Lagipun tahun ni Tok T tak masuk bertanding, jadi takde la aku nak berdebar-debar sangat. Kalau Tok T masuk jadi calon, opkos la aku nak dia menang. Tak kira la dia dah menang banyak kalipun... Okay la si SS tu menang untuk kategori utama walaupun aku jarang tengok lakonan dia. Dan aku suka tengok gelagat dorang sebelum diumumkan pemenang kategori utama tu.. Sangat kelakar okay... Sakit perut aku gelak... hahaha...


Apapun, tahniah kepada semua pemenang. Dan paling best adalah persembahan penutup dari Tok T tu. Mantap sangat... Aku suka.. Siap ikut goyang-goyang sama... =D


Pakaian artis pulak, aku takmo komen la. Bagi aku, jika kita rasa pakaian mereka tak bagus atau tak bersesuaian, kita tak perlu nak jadikan ikutan. Tak perlu nak salahkan artis dengan mengatakan bahawa pakaian mereka menjadi ikutan peminat. Kita ada akal dan boleh fikir sendiri. Dan kita juga telah diajar oleh ibu bapa untuk berfikir serta memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

Janganlah mudah sangat nak salahkan satu-satu pihak. Salahkan diri sendiri kenapa begitu lemah dan mudah terikut-ikut dengan trend terkini. Tepuk dada, tanyalah iman. Mengata lebih-lebihpun buat tambah dosa je. Lagipun dorang mesti dah bersedia dengan jawapan standard. Sudah semestinya orang yang rapat dengan mereka yang akan mengomen dahulu cara penampilan mereka tu. Jadi, kita ni tak perlulah nak bising-bising sangat. Tak suka tengok, jangan tengok. Mudah je kan.

Aku kata: Kata tak suka nak tengok, tapi tengok jugak sampai akhir. Siap mengutuk lagi tu.. Isshh...isshh...isshh... Siapa la agaknya tu ya... **wink... wink....

Sunday, April 3, 2011

Dah bersawang dah...

Assalamualaikum....

Dah bersawang dah...

Rasa macam dah lama tak update blog...

Terima kasih la pada mereka yang masih sudi menjenguk blog aku walaupun takde entry terbaru. Terima kasih kepada followers terbaru yang sudi memollow blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih jugak kepada yang ikhlas mengomen dan mengklik Nuffnang aku ni... Terima kasih banyak-banyak. Arigato gozaimas. Salamat pok. Thank you very much. Muchos gracias.. =)



Jangan lupa tinggalkan link kat sini ya. Tekan la icon tu. Jangan buat tak nampak pulak... ngehh3..


Insyaallah, nanti aku buat follow-up pada yang tinggalkan jejak kat sini.. :)
Rasanya ini je untuk kali ni. Banyak kerja yang menanti aku kat rumah ni setelah dua hari balik ke kampung. Yang paling utama sekali adalah untuk menghapuskan ketulan-ketulan emas yang ditinggalkan oleh anak-anak kucing aku tu.. Huwaaaa....!!! Manyak pining ini kapla dengan bau yang keluar dari ketulan-ketulan emas tersebut.. huhuhu...

Aku kata: Al-Fatihah untuk arwah pakcik aku yang telah meninggal dunia tengah malam Sabtu lalu. Arwah merupakan abang sulung arwah abah aku. Mereka berdua ni dua beradik je. Semoga Allah ampuni mereka dan tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang soleh lagi beriman.. Amin..

Friday, April 1, 2011

Jangan tengok kalau boring...!!

Assalamualaikum....

Jangan tengok kalau boring...!!

Saje je nak kongsikan gambar si Gemuk ni tengok tv. Malam hari tu aku tengah cari kutu dia. Pastu aku tengok mata dia asyik pandang kat tv tu je. Terus aku letak dia kat atas iron board ni. Konon-konon nak bagi dia konsentret la... kehkehkeh...

Gemukpun tau mana part yang best dan mana part yang membosankan. Macam ni la agaknya gelagat manusia yang menonton movie kat panggung. Tak duduk diam, lebih-lebih lagi kalau cerita tu indah khabar dari rupa.. Gebang je lebih.... =D

Tapi cerita yang kat tv ni memang best sebab ada askar.. Aku suka cerita aksi + ganas ni.. Kebabommm....!!!

Layan... :P
Sepupu si Gemuk... heeeee......


Huuiissshhh...!! Jangan pandang lama-lama. Berdosa... :p

Aku kata: Siapa sambut april fool, memang sah diapun fool jugak.. =))

Thursday, March 31, 2011

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Assalamualaikum...

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Dan selalunya penantian yang lama dan penuh dengan kesabaran itu akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.. Tak kira la apa hasil tersebut. Kalau boleh biarlah hasil yang halal..=)

Pagi tadi aku mendapat kiriman SMS dari kawan aku yang aku ceritakan kisahnya dulu. Dia bagitau yang dia telahpun selamat melahirkan seorang anak perempuan melalui pembedahan. Pembedahan itu terpaksa dilakukan setelah doktor mendapati anak dia tak bergerak. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh seorang ibu... huhuhu.. Syukurlah kedua-dua ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat dan diharapkan kesihatan yang baik itu akan berkekalan sampai bila-bila.. Amin...

Sebelum ni aku ada call dia bertanyakan tentang hal ini. Sepatutnya dia bersalin pertengahan bulan Mac lalu tapi bila tiba waktu tu, dia takde pulak call atau SMS aku. Tu yang aku call dan tanya tu. Risau juga aku. Maklumlah, faktor usia kena ambil kira jugak. Lepas tu dia bagitau yang dia tersalah kira dan doktor bagi pulak tarikh yang lain untuk dia stenbai. Kini, semuanya sudah selesai.. Alhamdulillah...

Aku bagitau dia yang dia kena makan ikan haruan untuk mempercepatkan proses pembaikan dari luka pembedahan tu. Aku ni bagi je nasihat kat orang walaupun aku sendiri tak pernah beranak... huahuahua... Apa salahnya berkongsi pengalaman orang lain ya tak? Sebabnya dulu kakak akupun bersalin anak kedua melalui pembedahan jugak dan aku pernah menjaga dia selama 3-4 hari... Aku masakkan dia.. Tengok dia sapu ubat kat luka dia tu... Tengok muka dia terkulat-kulat masa telan pati ikan haruan tu. Ngeri wehhh... huhuhu...

Syukurlah kerana akhirnya kawan aku ni mendapat seorang zuriat. Syukur sebab suami dia tak menjadikan alasan takde anak untuk mencari isteri baru. Syukur kerana dia mendengar nasihat orang tua dia untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Syukur kerana Allah bukakan hati mereka berdua untuk mencuba kaedah rawatan terkini. Syukur...

Aku kata: Belajarlah untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah beri. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang kita tidak tahu..

Tuesday, March 29, 2011

Ingatkan orang je yang ada kerdil. Kudapun ada kerdil jugak...

Assalamualaikum...

Hari tu aku terbaca kisah kambing biri-biri yang dilahirkan menyerupai wajah anjing. Kali ni kisah kuda kerdil pulak. Nasib baik la dia cuma kerdil je dan tidak menyerupai binatang lain. Jangan pulak lepas ni keluar cerita kuda menyerupai anjing dah la. Kalau dia menyerupai kucing takpe la jugak. Masih boleh dipegang-pegang.... heeee....

EINSTEIN berada dekat dengan seekor kuda normal di New Hampshire, Amerika Syarikat baru-baru ini.


NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam

Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter.

Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun.

"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead.

Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter.

Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Agensi

Sumber dari sini:

Aku kata: Semua yang berlaku adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa..

Monday, March 28, 2011

Peka la sikit dengan keadaan. Bukan pekak menerima teguran..

Assalamualaikum.....

Ehemm...
Camner nak mulakan ehh..?
Emmmm... Fikir jap... Serba salah pulak nak kongsi cerita ni.. Tapi aku sekadar nak berkongsi pengalaman je, takpe kot.. Harap-harap tidak menjadi isu pulak..

Sebelum tu, aku nak tanya satu soalan dulu. Terpulanglah samada nak menjawab ataupun tidak.

Apa perasaan korang bila ada di antara kawan-kawan korang yang berbual di dalam bahasa/loghat mereka tanpa menghiraukan korang yang berada di situ, dan korang sememangnya tak faham langsung loghat/bahasa perbualan dorang tu. Apa yang korang fikir..? Apa yang bermain di fikiran korang..?

Aku pernah mengalami peristiwa sebegini di zaman aku bekerja dulu. Most of my friends datangnya dari negeri pantai timur. Sudah semestinya dorang bertutur di dalam bahasa/loghat dorang. Okay, takpe sebab akupun boleh belajar bahasa dorang tu. Dan akupun memang suka untuk belajar bahasa negeri lain ni. Dan dorangpun boleh belajar bahasa/loghat daerah aku pulak. Takde masalah kat sini..

Apa yang aku kurang senang ialah dorang ni akan segera melupakan keujudan aku bila dorang terserempak dengan kaum kerabat mereka di luar walaupun itu pertemuan pertama dorang. Selalunya benda ni terjadi masa kitorang keluar pergi ke bandar la. Maksudnya, dorang akan berbual-bual sesama mereka seolah-olah aku ni takde kat situ. Kalau dorang berbual dengan orang yang aku kenal, walaupun bercakap dalam loghat yang sama dengan dorang, itu takde hal punya sebab akupun boleh menyampuk sekali dalam perbualan tu. Ni tak, dorang berbual dengan orang yang aku tak kenal. Segan la aku nak menyampuk perbualan tu. Kang tak pasal-pasal kena perli pulak.. :p

Bagi aku, orang yang jenis begini sangat tidak tahu untuk menghormati perasaan orang lain. Apa perasaan dia jika aku berbuat perkara yang sama seperti apa yang dorang buat tu..? Mujurlah aku ni jenis malas nak panjangkan cerita, jenis make dunno je dengan pe'el dorang tu. Lagipun masing-masing duduk berjauhan dari keluarga, kenalah pandai bertolak ansur dan tak boleh nak ikut kepala masing-masing je. Anak dagang la katakan...

Kajang Pak Malau kajang berlipat..
Kajang hamba mengkuang layu..
Dagang Pak Malau dagang bertempat...
Dagang hamba musafir lalu...

Adat merantau, kena la selalu mengalah. Nanti kalau selisih faham dengan benda-benda kecil macam ni, susah la sebab semuanya duduk serumah. Seronok ke kalau tinggal sebumbung tapi saling bermasam muka, tidak bertegur sapa..? Tapi memang ada orang yang jenis macam ni. Dia tak kisahpun kalau orang tak nak tegur atau bercakap dengan dia, macam sorang kawan aku tu. Tak faham betul aku dengan perangai dia ni.. huhuhu..

Aku kata: Kalau nak berborak dua orang, dengan bahasa/loghat yang hanya korang berdua je yang faham, baik korang borak kat tempat lain yang takde kawan-kawan kat sekeliling korang tu. Peka la sikit dengan keadaan. Jangan nak pekakkan telinga tu untuk menerima teguran... :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)