Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 8, 2012

Rest itu rehat..

Assalamualaikum...

Rest itu rehat..

Sebagaimana tajuk di atas, lepas ni aku nak rest sekejap dari buat entry. Nak rehatkan minda sat. Banyak benda yang nak kena fikir... Dah tak tau nak buat yang mana dulu. So, jalan terbaik adalah rehat sementara ada waktu untuk berehat ni. Rehat buat entry je.. Otak kena kerja jugak... :)

Tak tau la berapa lama nak rest ni. Bukannya boleh percaya sangat. Buatnya tiba-tiba ada mood atau ada idea nak menulis, tak kan nak simpan je, kannn.. Tup-tup malam kang dah keluar entry merapu lagi.. Nak jugak kongsi-kongsi kat sini walaupun tau takde siapa yang baca.. kehkehkeh... 

Sebelum aku berehat, aku nak kongsikan apa yang aku cilok dari sini.. Harap dimaafkan kerana mencilok tanpa izin.. Ampun ya.. ekekekeke... Dan terima kasih atas perkongsian tersebut.. :-)

Renung-renungkan dan selamat... selamat.. selamat... Apa-apa je la... ehehh...


Motivasi untuk diri sendiri.. :)


Wet my own shoulder... I only have Him.. ;)


Takut nanti benci tu bertukar jadi sayang pulak... Parah woooo... :D


Take care friends... Moga semuanya baik-baik saja... Insyaallah... Kalau ada pertemuan, ada la entry baru nanti walaupun entry copy paste aje.... kehkehkeh.... 

p/s: Yang baik itu dari Allah... Yang buruk itu dari kekhilafan saya sendiri...  Thanx for everything.. :-)

Saturday, January 7, 2012

Dia dah takde dah...

Assalamualaikum...

Dia dah takde dah... 

Aku melihat dia untuk kali yang pertama pada 26 Disember 2011. Aku buat entry pasal dia pada 1 Januari 2011. Pada petang 4 Januari 2012, aku mandikan dia.. Dan pada malam 5 Januari 2011, dia dah takde dah... 

Sebaknya aku tak terkata saat melihat dia berjuang untuk hidup. Merembes-rembes airmata aku keluar. Dah begitu lama aku tak menangis kerana kematian seekor kucing. Sebab itulah aku dah malas nak bela kucing ni. Aku menangis untuk kucing yang aku bela dari kecil dan yang aku sayang je la terutama sekali macam anak angkat aku tu yang takde ibu. Tapi kalau tengok video kucing kena dera atau kena bunuh tu pun boleh buat aku menangis jugak.. Asyik menangis je, takut pulak nanti jadi buta macam dia ni... huhuhu...

Masa aku dok membelai-belai kucing tu, mak aku tetiba je masuk. Cepat-cepat aku tolak bakul kucing tu kat bawah katil. Aku tak nak mak aku nampak aku menangis. Aku tak suka orang tengok aku menangis.. Dan aku tak berapa suka nak tunjukkan kesedihan aku kat depan orang. Selagi aku boleh tahan, aku tahan.. Mungkin sebab tu ada orang kata aku ni takde perasaan. Sebabnya hanya kerana dia tak pernah nampak aku menangis..!!!


Sian dia... huhuhu...


Masa ni dia tengah nazak dah ni. Tercungap-cungap mencari nafas... ;(


Bila dah mula sayang, semuanya menghilang... Selalu sangat macam tu, dari dulu hingga sekarang. Syukur aku masih ada Dia yang sayangkan aku.. 

p/s: Sayang jangan dibuang.. ;)

Friday, January 6, 2012

Korang tak rasa mual ke..?

Assalamualaikum...

Korang tak rasa mual ke..?

Korang tak rasa mual ke buat entry pasal minah tu ehh..? Aku yang tengok kat bloglist aku sendiripun dah rasa mual sangat dah. Macam takde benda lain yang nak dihapdet kat blog masing-masing. Semua berebut nak buat entry pasal minah tu tapi intipati entry tu dok pi dok mai dok tang tu jugak. Berkongsi gambar yang sama, video yang sama, sumber yang sama. Yang tak sama cuma kutukan demi kutukan yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.. 

Mengutuk kat twitter. Mengutuk kat fesbuk. Mengutuk kat blog. Mengutuk kat forum. Mengutuk kat chatroom.. Apa agaknya yang korang dapat dengan mengutuk orang ehh...?? Dapat kepuasan..? Memang sah jiwa kacau punya kategori...

Apa salahnya mendoakan dia supaya berubah.. Ni tak, sanggup menulis berjela-jela panjangnya semata-mata nak mengutuk.. 

Marilah sama-sama kita renungkan apa kata pakar motivasi kita ni.. Renung, tenung, menung dan fikir dengan mendalam...


Sudah-sudah la tu mengutuk orang. Konon-kononnya cerdik sangat la tu dengan mengutuk orang sesuka hati... Astaghfirullaahal'azim....

p/s: Never elated when someone's oppressed. Never dejected when another's one blessed...

Kena kuarantin 96 jam..??

Assalamualaikum...

Kena kuarantin 96 jam..??

Ni mengenai entry semalam. Alaa, entry pasal surat saman tu laa.. Ehh, bukan surat saman daaa.. Tapi surat cinta yang terputus di tengah jalan tu.. huhuhu...

Dalam tak pandai nak mengarang surat cinta, rajin pulak aku menghantar satu lagi surat tu kat Nuffnang. Malu tu memang la malu. Tapi, lantak la haiihhh.. Peduli la apa orang nak kata. Yang penting kita berani bertanya dan mengaku kesalahan yang kita lakukan, ya tak..?




Nasib baik la aku dapat balik status glitterati aku tu. Walaupun kena tunggu 96 jam, namun aku rela ajewwww... Apa la sangat kena kuarantin 96 jam tu... kehkehkeh... Terima kasih la kat Cik Farahnaz bagi pihak Nuffnang.. ;)


Sayang Cik Farahnaz... :)


p/s: Have a nice day, my dear... :)

Thursday, January 5, 2012

Surat CINTA untuk DEAR... :)

Assalamualaikum...

Surat CINTA untuk DEAR... :)

Satu kelemahan aku yang sangat ketara ialah aku tak pandai nak tulis surat cinta ni.. Maklum la, aku kan pemalu... hikhikhik... Baca novel cinta aku pandai la.. ehehh.. Aku rela belajar buat cookies daripada aku menulis surat cinta ni.. kehkehkeh...

Tapi, aku terpaksa juga melembutkan jari aku untuk menulis surat cinta khas untuk si Dear ni. Setakat ini cuma Dear tu je yang aku ada dan tempat untuk aku menaruh harapan.. huhuhu...

Nak tengok tak macam mana ayat dalam surat cinta aku tu..? Janji tau, jangan gelak.. Malu den.. Rasa macam nak lari keliling kampung je ni.. Jap, nak tutup muka jap... ehehh...




Oittt...!! Jangan gelak la.. Cisss... hahahaha... Teruk giler surat cinta aku ni.. amma.. appa... yennadeiii...!!


Dan kat bawah ni pulak adalah jawapan untuk surat cinta aku tadi.. Patut la kena reject.. adehhh...



Kerana hilang status glitterati, aku sanggup tulis surat cinta kat Nuffnang.. Bukan senang nak dapat status tu tau. Tup-tup hilang camtu je. Patut la BE aku kena potong. Patut la iklanpun dah jarang keluar kat blog aku ni.. Ampun, lepas ni tak aku tak curang dah.. Setia pada Dear Nuffnang je... Tolonglah kembalikan status glitterati aku tu... huhuhu...


Takmo la status ordinary ni.. Nak status glitterati balik.. sobsobsob...


p/s: Terlajak kereta boleh gostan.. Terlajak letak iklan, terus pengsan... (.-. )

Tuesday, January 3, 2012

Cara untuk CENTER-kan HEADER BLOG..

Assalamualaikum....

Cara untuk CENTER-kan HEADER BLOG..

Kali ni aku nak kongsikan cara untuk center-kan header blog secara automatik. Macam biasa, backup dulu template korang..

Sebelum tu, korang tengok dulu berapa saiz entire blog korang tu ya. Lihat contoh kat gambar bawah ni.. Entire blog aku adalah 1000px.. 



Kemudian korang masuk kat Design -> Edit HTML -> Tick Expand Widget Templates -> Klik Ctrl + F dan cari code /* Content dan taipkan pada tetingkap yang keluar nanti.. Nanti dia akan keluar seperti kat bawah ni dan ini bergantung pada jenis template yang korang gunakan sebab bukan semua code sama..



Lepas tu korang tambah width dan letakkan saiz header yang korang suka. Lepas tu copy paste code yang ada kat dalam kotak merah kat bawah ni dan letakkan di atas code /* Content tadi... Lihat contoh dalam gambar..



Dan kalau korang nak bagi header tu penuh kiri kanan skrin, korang cuma perlu gantikan width 1000px tu dengan 100%. Nanti header korang akan penuh macam header aku sekarang (Dah tukar, bukan lagi 1000px..)


Kemudian klik PREVIEW dulu dan jika takde ERROR yang keluar, baru tekan SAVE TEMPLATE.. 

Mudah-mudahan korang faham apa yang cuba aku sampaikan ni ya.. Maklum la, aku agak kurang mahir sikit bab macam ni.. ehehh..

p/s: Kalau nak copy code, boleh pergi kat sini dan scroll sampai bawah... :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)