Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 19, 2012

Apa ada kat belakang rumah dan dalam rumah..?

Assalamualaikum...

Apa ada kat belakang rumah dan dalam rumah..?

Belakang rumah mak aku ni dah macam hutan kecil sebab banyak pokok. Ada pokok yang dijaga seperti pokok pisang dan ada juga pokok yang tidak diberi perhatian seperti pokok rambutan. Musim buah je baru nampak pokok tu.. hehe.. Itu pokok rambutan kat belakang rumah. Kalau pokok yang kat depan rumah, hari-hari tengok.. 


Nampak tak..? Ada dua tandan pisang menghitung hari untuk ditebang... Suka la mak aku tuu... ehehh...


Pisang lagi.. Yang ni dalam kawasan berpagar. Tanah macam tak sesuai sebab rendah dari jalanraya dan terlalu lembab. Kalau hujan, air boleh bertakung... 


Sejak abang aku balik sini, dia la yang selalu bersihkan kebun kecil ni dengan mak aku. Aku kurang suka pergi kat belakang rumah ni.. Pertamanya, sebab dulu aku pernah ternampak ular hitam. Ada la beberapa kali nampak, tu yang aku fobia tu. Keduanya, tanah kat sini banyak sangat semut hitam. Pantang silap pijak je, dah penuh merayap kat kaki. Nampak je kecil semut ni. Tapi bila menggigit, mau bengkak dan meninggalkan parut. Yang ketiga pulak sebab banyak nyamuk. Aku tak suka nak dermakan darah aku kat dorang.. kehkehkeh.. So, aku jaga bahagian depan dan dalam rumah manakala abang aku jaga bahagian belakang rumah.. Barulah adil, ya tak..?


Rama-rama atau kupu-kupu..? Entah, akupun tak pasti.. Dia asyik ikut aku je.. 


Menumpang... Macam aku jugak la yang menumpang rumah mak aku ni.. Harus sedar diri.. :-)


Okay, habis dah part belakang rumah. Malas nak cerita banyak sangat. Bahaya... ehehh.. Sekarang ni yang ada kat dalam rumah pulak.. Saksikan la wahai duniaa... huhuhu...


Hamboii... Hamboii.. Hamboii... Sedap betul dia bergulung.. Dah macam tenggiling dah... 


Dia lagi...? Dia memang suka tidur kat atas ironboard ni. Tak tau la kenapa.. Bajet manja tapi kena jugak lepuk dengan aku.. Siapa suruh tak dengar kata... kehkehkeh...



Itu je kot entry yang berkaitan. Sekarang ni aku nak tambah sikit.. ehehh....

Mood aku sekarang ialah melayan drama Korea kat Maaduu.. Dah berzaman aku tak tengok Korean ni. Last sekali aku tengok Boys Over Flowers kat astro dulu. Lepas tu dah tak tengok dah.. Dulu pernah tengok kat maaduu ni tapi line streamyx masa tu selow ya amat, then aku stop sekejap. Ni baru nak mula balik sebab line dah macam okay sikit, so, boleh la mula melayan .. At least, aku boleh belajar perkataan baru menerusi subtitle yang ada kat situ.. Bagus jugak dorang buat subtitle dalam BI ni, kannn...

Maaf banyak-banyak sebab aku dah jarang tinggalkan komen kat blog kawa-kawan. Tak komen bukan bermakna tak baca. Aku baca jugak la, cuma takde mood nak mengomen. Tersalah komen nanti ada pulak yang kata bukan-bukan. Kata aku nak ngorat dia la.. Kata aku ni gedik la.. Kata aku ni laser la.. Kata aku ni perasan bagus la.. Kadang-kadang tuan punya blog tak kisahpun kita nak komen apa. Cuma, ada kalanya kawan-kawan yang perasan 'rapat' dengan dia yang banyak songeh dok jadi batu api. Masing-masing bajet 'hot stalker''... haiiyaaa... Malas nak layan orang macam ni.. Buang masa aku je..

p/s: Terima kasih banyak-banyak pada yang rajin singgah kat blog aku ni.. Jangan serik ya datang sini.. O__o

Monday, January 16, 2012

Done..!!! Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Done..!!! Alhamdulillah...

Tengahari tadi cermin tingkap bilik jahit aku dah siap dipasang. Ala, cermin biasa je, untuk rumah kampung macam rumah mak aku ni. Tapi kerja dorang belum setel lagi. Rel langsir dorang tak pasang balik semula. Lepas tu dinding dorang belum cat. Nampak gayanya aku tak boleh lagi nak kemas beria bilik ni. Nanti kalau dah susun semua barang, konpem dorang alihkan balik. Tak tau la bila dorang nak setelkan semua kerja ni. Takpe la, at least aku dah bebas dari tinggal dalam gua. Tak lama lagi dah boleh mengundi kat PRU-13.. kehkehkeh...


Malam ni aku nak try mengintai dari luar... Sebelum aku kena intai, baik aku yang mengintai dulu... wakakakaka...


Dalam pada duduk dalam gua tu, kerja menjahit aku kena buat jugak. Kalau lambat buat, lambat la pulak dapat upahnya. Walaupun upahnya cuma seco'et, namun aku tetap bersyukur sebab ianya adalah hasil titik peluh aku sendiri. Boleh simpan untuk beli apa yang ada dalam perancangan. Sikit-sikit lama jadi bukit. Masalahnya, baru jadi busut dah runtuh dah. Camner nak jadi bukit agaknya tu.. hahaha...


Baju kurung kedah... Nak letak selai berapa henggetpun aku tak tau... huhuhu...


Okay la, takde idea dah nak merapu. Aku akhiri entry kali ni dengan pantun dua kerat ciptaan sendiri:

Merapu meraban..
Aku malu, aku segan..


p/s: Dah lama tak buat biskut.. ehehh...

Sunday, January 15, 2012

Rimasnya.. Rasa macam duduk dalam gua...

Assalamualaikum...

Rimasnya.. Rasa macam duduk dalam gua..

Bilik jahit aku sedang dalam proses renovation. Bukannya renovate apapun. Cuma tukar tingkap je.. Tingkap yang lama dah banyak yang  jammed. Susah nak buka dan tutup. Lepas tu, pantang buka je, terus berderet-deret kucing aku masuk ikut tingkap tu. Naik rimas pulak aku sebab banyak bulu melekat kat cermin tu. Tapak kaki jangan cakap la. Pening aku..

Malah, ada yang pandai mengumpil cermin tu dan berjaya memboloskan diri masuk kat bilik ni.. Ada satu cermin yang dah longgar dan tak boleh nak tutup rapat. Haaa.., yang itu la dorang dok kerjakan setiap hari, tak kira siang atau malam..! Aku nak mimpipun tak senang. Asyik terjaga je.. Lotih mak..!! Huhuhu..


Kenangan.. Lepas ni takde dah aksi macam ni.. ehehh...


Pengsan aku.... adehh...

Hari ni dah masuk hari ke berapa ehh bilik aku bertukar jadi gua..? Rimasnya jangan cakap la. Gelap dan kelam. Makin sakit kepala aku..., huhuhu. Kalau tak silap, sejak hari Khamis lagi dorang dah bukak tingkap tu. Asalnya dorang nak ketuk lagi sikit dinding tu, nak kasi tingkap tu panjang sikit ke bawah. Tapi tak boleh nak ketuk sebab dinding tu punyalah kuat. Siap ada besi padu lagi yang ikat batu tu. Takut nanti runtuh lak dinding tu kalau teruskan mengetuk..


Dah pasang rangka.. Lega sekejap dapat tengok luar...

Aku tengok cara dorang ketukpun aku tau dah. Mesti tak lepas punya la.., hahaha.. Aku dah kata tak payah, degil sangat nak jugak ketuk. Tak pasal-pasal dah cacat dinding tu. Kena tampal balik. Kalau cat semula ni, mesti cat tu lari warna dia.. Tak suka.. 


Dalam keadaan macam ni pun kucing aku nak jugak masuk.. Terkejut aku sekejap.. Ingatkan bunyi apa la..
Ni yang aku rakam malam tadi.. Sian dia tak lepas nak masuk.. kehkehkeh...

Dorang kata esok cermin tingkap tu sampai. Harap-harap betul la. Tak larat dah aku nak duduk terkurung dalam gua ni. Mana dengan gelapnya. Mana dengan debunya.. Mana dengan bersepahnya..

p/s: Oksigen please...!!! Fuuhh..!!! Fuuhh..!! Fuuhhhhhhh...!!!

Sunday, January 8, 2012

Rest itu rehat..

Assalamualaikum...

Rest itu rehat..

Sebagaimana tajuk di atas, lepas ni aku nak rest sekejap dari buat entry. Nak rehatkan minda sat. Banyak benda yang nak kena fikir... Dah tak tau nak buat yang mana dulu. So, jalan terbaik adalah rehat sementara ada waktu untuk berehat ni. Rehat buat entry je.. Otak kena kerja jugak... :)

Tak tau la berapa lama nak rest ni. Bukannya boleh percaya sangat. Buatnya tiba-tiba ada mood atau ada idea nak menulis, tak kan nak simpan je, kannn.. Tup-tup malam kang dah keluar entry merapu lagi.. Nak jugak kongsi-kongsi kat sini walaupun tau takde siapa yang baca.. kehkehkeh... 

Sebelum aku berehat, aku nak kongsikan apa yang aku cilok dari sini.. Harap dimaafkan kerana mencilok tanpa izin.. Ampun ya.. ekekekeke... Dan terima kasih atas perkongsian tersebut.. :-)

Renung-renungkan dan selamat... selamat.. selamat... Apa-apa je la... ehehh...


Motivasi untuk diri sendiri.. :)


Wet my own shoulder... I only have Him.. ;)


Takut nanti benci tu bertukar jadi sayang pulak... Parah woooo... :D


Take care friends... Moga semuanya baik-baik saja... Insyaallah... Kalau ada pertemuan, ada la entry baru nanti walaupun entry copy paste aje.... kehkehkeh.... 

p/s: Yang baik itu dari Allah... Yang buruk itu dari kekhilafan saya sendiri...  Thanx for everything.. :-)

Saturday, January 7, 2012

Dia dah takde dah...

Assalamualaikum...

Dia dah takde dah... 

Aku melihat dia untuk kali yang pertama pada 26 Disember 2011. Aku buat entry pasal dia pada 1 Januari 2011. Pada petang 4 Januari 2012, aku mandikan dia.. Dan pada malam 5 Januari 2011, dia dah takde dah... 

Sebaknya aku tak terkata saat melihat dia berjuang untuk hidup. Merembes-rembes airmata aku keluar. Dah begitu lama aku tak menangis kerana kematian seekor kucing. Sebab itulah aku dah malas nak bela kucing ni. Aku menangis untuk kucing yang aku bela dari kecil dan yang aku sayang je la terutama sekali macam anak angkat aku tu yang takde ibu. Tapi kalau tengok video kucing kena dera atau kena bunuh tu pun boleh buat aku menangis jugak.. Asyik menangis je, takut pulak nanti jadi buta macam dia ni... huhuhu...

Masa aku dok membelai-belai kucing tu, mak aku tetiba je masuk. Cepat-cepat aku tolak bakul kucing tu kat bawah katil. Aku tak nak mak aku nampak aku menangis. Aku tak suka orang tengok aku menangis.. Dan aku tak berapa suka nak tunjukkan kesedihan aku kat depan orang. Selagi aku boleh tahan, aku tahan.. Mungkin sebab tu ada orang kata aku ni takde perasaan. Sebabnya hanya kerana dia tak pernah nampak aku menangis..!!!


Sian dia... huhuhu...


Masa ni dia tengah nazak dah ni. Tercungap-cungap mencari nafas... ;(


Bila dah mula sayang, semuanya menghilang... Selalu sangat macam tu, dari dulu hingga sekarang. Syukur aku masih ada Dia yang sayangkan aku.. 

p/s: Sayang jangan dibuang.. ;)

Friday, January 6, 2012

Korang tak rasa mual ke..?

Assalamualaikum...

Korang tak rasa mual ke..?

Korang tak rasa mual ke buat entry pasal minah tu ehh..? Aku yang tengok kat bloglist aku sendiripun dah rasa mual sangat dah. Macam takde benda lain yang nak dihapdet kat blog masing-masing. Semua berebut nak buat entry pasal minah tu tapi intipati entry tu dok pi dok mai dok tang tu jugak. Berkongsi gambar yang sama, video yang sama, sumber yang sama. Yang tak sama cuma kutukan demi kutukan yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.. 

Mengutuk kat twitter. Mengutuk kat fesbuk. Mengutuk kat blog. Mengutuk kat forum. Mengutuk kat chatroom.. Apa agaknya yang korang dapat dengan mengutuk orang ehh...?? Dapat kepuasan..? Memang sah jiwa kacau punya kategori...

Apa salahnya mendoakan dia supaya berubah.. Ni tak, sanggup menulis berjela-jela panjangnya semata-mata nak mengutuk.. 

Marilah sama-sama kita renungkan apa kata pakar motivasi kita ni.. Renung, tenung, menung dan fikir dengan mendalam...


Sudah-sudah la tu mengutuk orang. Konon-kononnya cerdik sangat la tu dengan mengutuk orang sesuka hati... Astaghfirullaahal'azim....

p/s: Never elated when someone's oppressed. Never dejected when another's one blessed...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)