Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, June 13, 2014

Terima kasih atas segalanya.. :)

Assalamua'alaikum...

Terima kasih atas segalanya.. :)


Langkah demi langkah aku teruskan jua...
Masa demi masa sampai akhirnya...
Terima kasih atas penghinaan...
Yang kau lemparkan...

Tangga demi tangga kita daki bersama...
Jatuh terluka bangun semula...
Terima kasih atas kesakitan...
Yang telah kau berikan...

Kerana itu penghinaaan...
Juga cemuhan...
Diganti dengan kepujian...
Dan kemuliaan...

Air mata menjadi permata...
Kebencian menjadi cinta...
Inilah hidup di dalam dunia...
Bersandiwara...

Selama tinggal kesengsaraan...
Selamat tinggal penderitaaan...
Terima kasih atas pengalaman...
Yang Kau berikan...

Kini terbukti cinta yang ku alami...
Bukannya mimpi...
 Lautan api boleh menjadi...
Ohh taman salji...





p/s: Terima kasih atas pengalaman...Moga ianya terus menjadi ingatan untuk dikenang agar tidak terus tersungkur untuk kesekian kalinya.. Bukan semua orang boleh dapat pengalaman 'berharga' macam ni; dicaci maki, diumpat keji, disindir, disisih pulaukan dan sebagainya.. :)

Monday, June 9, 2014

Reunion yang menghancurkan..

Assalamualaikum...

Reunion yang menghancurkan..


Salah satu sebab kenapa aku kurang menggemari aktiviti sebegini.. Bukan tak suka atau tak sudi berjumpa dengan kawan lama tapi sebaliknya takut berlaku perkara macam ni la.. 


"Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.." - [Kisah selanjutnya...]




Aku memang la takde pasang kapel masa zaman sekolah.. Even cinta monyetpun aku tak minat nak layan.. Cuma aku pasti bila berjumpa nanti, pasti akan ada scene kenen-mengenen atau giat-menggiat atas alasan sekadar bergurau.. Dan sememangnya aku cukup tak suka dengan gurauan macam ni.. Orang lain nak buat, itu dorang punya pasal tapi aku memang tak berminat nak menggedik macam ulat beluncas ni.. *buat masa ni la.. Esok lusa aku tak tau la, kan...


p/s: Perbetulkan niat.. Nak jumpa kawan lama ataupun jumpa kekasih lama.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan tanya selera sebab selera sentiasa on manjang.. Tak gitu..?? Hehh... 

Sunday, June 8, 2014

Adakah kita sebegini...??

Assalamualaikum..

Adakah kita sebegini...??


Adakalanya aku tak berapa nak faham istilah sombong ni.. Yang aku faham, sombong ni ada kaitan dengan berlagak.. Walau apapun maksud sombong ni, moga kita dijauhkan daripada mempunyai sifat begini..




Adakah sombong itu berkait-rapat dengan pendiam..?? Ataupun kurang bercampur dengan orang lain..? Tapi selalunya itulah yang dilemparkan kepada mereka yang jenis diam dan suka menyendiri ni.. Asal orang tu diam je, mulalah kata orang tu sombong.. Asal orang tu suka buat hal sendiri je, mulalah kata orang tu berlagak.. Sabar je la.. 


p/s: Persepsi masing-masing.. Suka hati la nak buat penilaian yang macam mana.. hmmm....

Friday, June 6, 2014

Alternatif...

Assalamualaikum...

Alternatif...


Tak tau nak buat cerita pasal ni.. Cuma nak bagitau, ni je la jalan alternatif yang sempat aku fikir dan buat untuk kerusi malas aku ni..




Skru kerusi malas ni dah hilang.. Tak tau masa bila dia tertanggal.. Alih-alih masa duduk je, rasa melendut semacam je.. Lama jugak dok belek nak cari punca kenapa dia melendut.. Lastly, jumpa jugak penyebabnya..




Dok cari-cari mana skru tu terbang tapi tak nampak jugak.. Sudahnya aku letakkan skru driver kat dalam lubang skru tu.. Mujurlah muat.. ahahh..




Sebagai langkah keselamatan agar peha atau ponggong tidak tercucuk dengan muncung skru driver tu, aku letakkan sebiji kusyen.. Sekurang-kurangnya adalah benteng sebagai penahan.. Lagipun kerusi ni aku jarang duduk.. Cuma takut anak-anak buah aku dok main panjat-panjat je.. Untuk sementara boleh la guna cara ni.. Tapi janganlah biarkan kekal macam ni selamanya.. 


p/s; Takkan la sebab satu skru dah hilang, terus nak buang kerusi malas tu kot.. 

Tuesday, June 3, 2014

Cara ambil ukuran untuk buat pola atau dasar baju kanak-kanak perempuan berpandukan ukuran baju siap..

Assalamualaikum...

Cara ambil ukuran untuk buat pola atau dasar baju kanak-kanak perempuan berpandukan ukuran baju siap..


Perghhh...!!! Panjang betul tajuk entry aku kali ni, kan.. ahahaha... Dan gambar yang ada kat dalam entry ni jugak sangat la banyak.. Tak menahan betul.. hehh.. Bukan senang nak ajar orang hanya berpandukan sumber google ni.. Jika boleh, aku nak la orang faham apa yang aku ajar.. Takde la nanti aku ajar kosong macam tu je.. 


Okay la, marilah cuba memfokuskan mata dan minda ya.. Moga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran kita.. InsyaAllah...




Ni baju anak buah aku yang berumur 5 tahun.. Ukuran untuk baju ni dalam inci adalah:

Labuh baju: 19 1/2
Bahu: 9 dibahagi 4 = 2 1/4
Dada: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Panjang tangan: 4 1/2 (tiada dalam gambar)
Keliling tangan/ketiak: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Cuff: 7 dibahagi 2 = 3 1/2
Pinggang: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4 (tiada dalam gambar)
Ponggong: 24 dibahagi 2 = 12 (ukuran termasuk untuk kedutan)
Leher hadapan: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4
Leher belakang: 8 dibahagi 2 = 4
Bahu ke pinggang: 7

Nota: Ukuran untuk bahagian dada, pinggang, ponggong adalah 1/2 daripada ukuran asal.. Sebab tu dibahagikan dengan 2 sahaja sebab ikut ukuran siap..


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.. 



Bahu..


Cuff..


Ketiak atau keliling lengan. Tegakkan tali tape masa mengukur..


Keliling leher hadapan. Juga tegakkan tali tape masa ambil ukuran..


Keliling leher belakang. Tegakkan juga tali tape masa mengukur..


Keliling dada (ukuran bermula dari pangkal lengan/ketiak..)
Ukuran keliling pinggang kat bahagian yang ada riben tu..


Paras pinggang..


Keliling ponggong..



Labuh baju..


Ini adalah ukuran yang sepatutnya dibuat atas pola.. Sila klik gambar untuk lebih jelas..


Jika nak buat kedutan di pinggang, turunkan 1/2 inci pada bahagian pinggang atas pola baju dan buat garisan dengan menggunakan pembaris melengkung. Lepas tu potong bahagian tersebut.. Dah jadi satu pola untuk bahagian baju..


Lepas tu untuk bahagian skirt yang kembang dan berkedut tu, potong kain sama lebar dari bahagian pinggang dan bawah kain.. Contohnya jika bahagian bawah kain tu ukuran dia adalah 24 inci, maka bahagian atas kat pinggang tu pun ukuran dia 24 inci jugak.. Ataupun boleh jugak kurangkan ukuran inci untuk kedutan tu jika tak nak kedut yang banyak.. Terpulang pada kehendak masing-masing la ya.. 


Perlu ingat, setiap basi jahitan adalah antara 1/2 inci hingga 3/4 inci..


Cara nak buat pola atau dasar baju adalah lebih kurang sama macam cara nak buat pola atau dasar blouse atau baju kurung moden.. Boleh cuba rujuk kat entry yang ini..  Aku dah tak larat nak buat lukisan lagi.. huhu.. Bezanya yang ini dah ada ukuran siap.. Jadi tak perlu nak kena tambah ukuran lagi.. Lagi mudah nak buat pola..


p/s: Moga faham la ya.. Pelan-pelan kayuh.. Laju-laju nanti takut terbabas pulak.. Maksudnya takut tak faham pulak.. hehh..

Wednesday, May 28, 2014

Carik dan cari....

Assalamualaikum...

Carik dan cari....


Carik-carik bulu ayam...
Lama-lama bercantum jua...


Ni kalau tanya maksud dia kat budak-budak sekarang, rasanya dorang tak tau apa-apa kot.. Silap haribulan, dorang tanya kita balik; carik-carik tu apa..? Ataupun; carik tu cari ke..?


p/s: Jawapan ada kat sini.. Cari je la.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)