Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 30, 2014

Agar-agar pelangi rekaan sendiri.. :D

Assalamu'alaikum...

Agar-agar pelangi rekaan sendiri.. :D


Aku baru lepas menerai resepi baru untuk agar-agar ni.. Dulu dah pernah buat agar-agar yang seakan sama tapi yang dulu tu versi agar-agar cermin.. Sekarang ni agar-agar pelangi pula.. Bahan asasnya sama je iaitu jelly.. Resepi ciptaan sendiri, suka hati la nak letak nama apapun, kan.. ahahh...






Kali ni aku masukkan satu cawan susu cair.. Agar-agar kering tu dalam anggaran 20 gram.. Gula pasir satu cawan setengah.. Lepas tu aku masukkan juga satu sudu teh esen perasa strawberry.. Kebetulan esen tu tinggal banyak tu je.. Sukatan air tu aku tak ingat sebab aku main masukkan je air dalam periuk yang dah biasa aku gunakan untuk masak agar-agar ni..





Lepas dah mendidih, aku tuangkan agar-agar pelangi aku ni ke dalam bekas tupperware.. Bila dah agak kurang panas sikit, aku masukkan jelly tu.. Main masukkan je.. Lepas tu biar je agar-agar tu mengeras... Aku tak kacaupun sebab takut nanti jelly tu mencair.. Ni pun dia dah cair sikit dah..




Bila agar-agar dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk untuk mengeraskannya.. Kemudian, bila nak potong, terbalikkan agar-agar tadi atas dulang dan nampaklah dia punya warna jelly yang lintang pukang tu.. Dan nampak juga kesan agar-agar yang tak larut sepenuhnya sebab nampak ada kesan jalur-jalur halus tu.. Konon-kononnya seni la,  kan.. ahaha...


p/s: Anak-anak buah suka.. Alhamdulillah... Mak sedarapun suka.. hehh..

29 Oktober dan 1 November dalam kenangan.. :'(

Assalamu'alaikum....

29 Oktober dalam kenangan.. 



Entri ini dah lama.. Dah hampir sebulan aku letak dalam draft.. Lepas apa yang berlaku, aku tak cukup kuat untuk paparkan tragedi yang menimpa.. Tapi aku paparkan juga sebagai satu kenangan pahit yang tak mungkin aku lupakan.. Kisahnya begini...

-----------------------------------

Semalam bersuka ria berbalas komen di fb... Malamnya hujan lebat.. Pagi tadi juga hujan tapi hujan yang mengalir di pipi.. Dua ekor kucing, si anak merangkap si abang dan si ibu mati kekejungan dengan mulut yang berbuih.. Itulah dia Momok dan ibunya.. Seekor lagi masih tak nampak sejak dari pagi iaitu si Olen.. Yang ada di rumah cuma dua ekor iaitu si Combi dan si Cullen.. Sedihnya.. Sangat-sangat sedih.. 


Kesian Momok.. Mak aku terkejut tengok Momok yang dah mati masa dia buka pintu dapur.. Masa tu aku masih golek-golek kat dalam bilik bersebelahan dapur ni.. Terus aku bangun dan berlari ke dapur.. Bila tengok je Momok macam tu, luluhnya rasa hati.. 








Dan gambar kat bawah ini pula adalah Popok yang mati kejung kat dalam bilik mandi kat luar rumah...







Keesokan harinya, baru jumpa Olen yang dah kena hurung dengan kerengga kat pangkal pokok pisang sebelah stor.. Padahal sebelum tu aku dah cari dia dah kat kawasan situ tapi tak jumpa.. Gambar Olen takde sebab tak sampai hati tengok dia yang kena hurung tu.. Masa ni aku bawak sekali si Combi dan Combi dok mengiau-ngiau bila tengok Olen macam tu.. 


---------------------------------------


Dan hari ini, 1/11/2014, Combi pula menyusul.. Sedihnya tengok Combi yang dah keras kat bawah kerusi rotan kat beranda.. Malam sebelum tu elok je dia lepak dan main-main dengan aku kat bilik jahit aku ni.. 








Paginya, aku cari-cari dia walhal selalunya dia yang cari aku dulu.. Keliling rumah aku panggil dia tapi dia tak datang-datang.. Hati aku dah mula rasa tak sedap.. Dua tiga kali jugak la aku pusing keliling rumah.. 


Tiba-tiba hati dok kata, suruh pandang bawah kerusi rotan tu.. Nah..!!! Demi melihat dia dah tertiarap kaku, terus menggigil tangan aku.. Tak sangka sungguh..!! Menangis aku dibuatnya.. Saat aku taip entry ni pun aku masih lagi menangis.. Sedih sangat.. Dalam masa tak sampai seminggu, empat ekor kucing aku mati.. 












p/s: RIP Momok.. RIP Popok... RIP Olen.. RIP Combi.. Gonna miss both of you.. Salah satu terapi aku sudah tiada lagi.. Sedih sangat... Mengalir lagi air mata aku.. Kini tinggal si Cullen je..

Saturday, November 29, 2014

Buat apa dengan air darah ni..?

Assalamu'alaikum...

Buat apa dengan air darah ni..?


Ni air darah.. Darah apa tu, kejap lagi aku bagitau.. hehh..





Air darah tadi aku buat siram pokok yang aku tanam ni.. Tapi bukan siram kat semua pokok la.. Mana nak cukup.. Pilih pokok yang aku nak kasi gemuk je.. hehh..


Bawang ni beli yang dalam karung tu.. Tengok dah ada yang berakar.. Apa lagi, terus la letakkan kat dalam bekas ni... Tak payah nak tanam beria.. Letak dan tekan sikit je bahagian yang ada akar tu.. Seminggu lagi boleh kutip hasil.. hikkss.. *berangan dulu... 



Anak pokok ni kakak aku yang bagi.. Dia tak sempat dan takde masa nak tanam.. Alhamdulillah, semuanya hidup.. Tak tau warna apa bunga yang keluar nanti..



Si Cullen tu tengah makan perut ikan.. Entah pasu masa yang dia panjat.. Abaikan pasu orkid yang bergantungan tu.. Rumah orkid dah roboh.. Belum diperbaiki lagi.. huuu...


Orang kata, air darah ikan ni elok disiram pada tanaman sebagai baja organik.. Aku ni buat je la.. Dulu main buang  je tapi sekarang sanggup tuang dalam baldi air darah ikan ni.. Mula-mula dulu kembang jugak tekak sebab tak tahan bau hanyir... Sekarang ni dah boleh tahan sikit dah.. hehh.. Air basuhan beraspun sekarang ni aku tuang dalam baldi jugak.. ahahh...


p/s: Benda yang tak memudaratkan, tak salah kot kalau nak ikut.. 

Bila aku menggulai ayam.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Bila aku menggulai ayam.. ahahh...


Jika nak diikutkan, aku kurang suka nak masak gulai guna santan ni.. Malas nak perah kelapa tu yang sebetulnya.. Leceh.. ahaha.. Nak guna santan dalam kotak tu aku tak berkenan pula.. Kalau untuk buat kuih atau bubur, takpe la guna santan kotak tu..


Jadinya, untuk gulai lemak cili padi ayam ni, aku blender je kelapa yang dah siap mesin tu.. Lepas tu perah guna kain yang aku jahit khas untuk perah kelapa infact jari tak kuat nak meramas.. Dapat la pati santan yang pekat.. Itupun masa blender kelapa tu jangan letak banyak sangat air.. Kena la ulang tiga empat kali blender kelapa tu.. 






Lepas tu, mulakan proses mengecutkan ayam dalam periuk.. Masukkan semua bahan kisar iaitu cili padi, bawang putih, bawang merah, kunyit hidup dan halia serta serai yang dititik dan sedikit air.. Air jangan banyak sebab ni ayam daging.. Kalau ayam pencen, takpe letak banyak air sebab dah tentu dagingnya keras dan lambat lembut.. Kacau-kacau la sikit biar sebati..




Agak-agak air tadi dah mula nak kering, masukkan la santan tadi.. Bila kuah dah mendidih, barulah masukkan kentang.. Tunggu hingga kentang empuk, lepas tu tutup api dan masukkan garam.. Kacau gulai untuk sebatikan garam tadi.. 


*Sekarang ni kalau masak, aku buat macam ni; masukkan garam last sekali lepas tutup api.. Khabarnya boleh elakkan kena darah tinggi sebab hari tu pernah terbaca pasal ni.. Betul ke tidak, wallahu'alam.. Tapi tak salah nak ikut, kan..?




Dan inilah hasilnya gulai ayam aku.. Aku guna kunyit serbuk je sebab kunyit hidup nan hado.. Pokok kunyit ada tapi tak sampai hati nak korek.. Kurus sangat pokoknya pun.. Dah tentu-tentu takde isi.. Buat penat korek je nanti.. hehehe... Dan kentang tu wajib ada.. ahah..






p/s: Alhamdulillah, habis gulai ayam aku ni.. Kuah dia aku buat cicah cekodok ikan bilis.. 

Friday, November 28, 2014

Sampai bila..?

Assalamu'alaikum...

Sampai bila..?


Menolong dan membantu itu cuma sesekali sahaja.. Ianya bersifat sementara.. Diperlukan bila keadaan memaksa.. Tapi jika setiap kali nak kena tolong, setiap bulan nak kena bantu, itu bukan tolong lagi namanya.. Itu dah jadi tanggungan.. Dah kira macam satu tanggungjawab pula.. 


No one has ever become poor by giving - Anne Frank..  Betul la tu.. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita dapat.. InsyaAllah.. Persoalannya, sampai bila nak kena bantu..? Bukannya sakit teruk atau OKU yang sememangnya memerlukan bantuan dari pihak lain.. Semuanya sihat.. Otak je yang tak berapa sihat sebab asyik dok fikir macam mana nak minta bantuan orang..


The best way to not feel hopeless is to get up and do something. Don’t wait for good things to happen to you. If you go out and make some good things happen, you will fill the world with hope, you will fill yourself with hope - Barrack Obama


p/s: Tak ada, buat cara tak ada.. Maksudnya, ikut kemampuan la.. Tak payah la nak ikut lagak orang yang dah sememangnya ada segala.. Orang nak pandang serong ke, pandang senget ke, tak nak pandang ke, ehh, biar je la.. hehh...

Nak bantu yang mana dulu..?

Assalamu'alaikum...

Nak bantu yang mana dulu..?


Entri takde kaitan dengan siapa-siapa... Sekadar bertanya sahaja infact jika situasi begini jadi pada kenalan rapat kita ataupun orang yang kita kenali, pihak mana yang perlu kita utamakan dahulu..


Situasi A:

Dia mendapat musibah apabila hilang tempat bergantung such as kematian suami atau orang tua atau orang yang menjadi tonggak utama mencari rezeki dalam keluarga.. Tambahan pula keluarga mereka kurang berkemampuan..  Tiada pendapatan selain daripada mengharapkan bantuan orang ramai..


Situasi B:

Dia ditimpa masalah bila kena tipu dalam talian ataupun kena kencing such as terlalu percaya dengan orang lain yang menawarkan ganjaran wang ringgit yang besar.. Orang lain tu tak kira la samada dikenali ataupun tidak dikenali.. 


Antara dua situasi di atas, pihak mana yang perlu kita utamakan..? 


p/s: Aku mungkin pilih A dahulu.. Sebabnya pihak A dah tentu-tentunya orang susah yang kurang berkemampuan.. Pihak B tu biarlah dahulu.. Sebabnya takut bila dibantu, dia lupa apa yang telah dia buat.. Bak kata orang, dia tidak belajar dari pengalaman masa lalu.. Jadinya, biarlah dia menggelabah dahulu.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)