Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 20, 2014

Pesta banjir..?

Assalamu'alaikum...

Pesta banjir..?


Masa kat kampung dulu, pernah alami banjir tapi air tak sampai ke rumah sebab kawasan rumah tinggi.. Jalan sebelah sungai tu je yang naik air paras betis.. Itupun aku geli dan takut nak harung sebab airnya keruh dan kotor.. Terpaksa jugak la harung sebab nak balik ke rumah..


Sekarang ni aku tengok ada pulak orang yang sengaja pergi mandi-manda kat air banjir yang keruh berlumpur tu.. Tak takut ke..? Tak rasa geli ke..? Kan air tu kotor..? Maaf la.. Aku memang tak faham kenapa mesti nak berpesta dan bermain dengan air banjir yang dah tentunya kotor..?





Jika nak 'berpesta' sekalipun, berpada-pada la.. Jangan sampai mengundang musibah dah la.. 
Ni siap bawa anak-anak kecil lagi bermain air kotor tu.. Musim-musim banjir ni, penyakit mudah berjangkit.. Berhati-hatilah.. Tapi kalau tuan punya badan dah suka dan seronok, tak boleh nak kata apa dah la... Cakap lebih-lebih kang kena hentam pulak.. hehh...


p/s: Selagi boleh elak harung air kotor ni, selagi tu la aku nak elak.. 

Friday, December 19, 2014

Cara mudah nak gelek doh karipap...

Assalamu'alaikum...

Cara mudah nak gelek doh karipap...


Sebelum ini, aku perap doh karipap macam yang ada kat dalam entri ini.. Tapi baru-baru ni aku tertengok ada orang yang bagi tips untuk memudahkan kita menggelek doh karipap dalam rancangan Wanita Hari Ini.. 


Tak ingat pulak aku siapa yang bagi tips tu dan waktu siaran rancangan tersebut.. Apapun, terima kasih atas perkongsian yang pada aku sangat bermanafa'at..




Jadinya, kali ni akupun cuba la buat dan ikut tips tersebut.. Sebelum ni perap dengan ketulan yang besar-besar tapi kali ni buat ketulan yang kecil-kecil, hanya untuk sebiji karipap sahaja.. Aku tak timbangpun berat setiap doh karipap tu.. Aku cuma kepalkan doh yang besar tu, kemudian genggam kuat-kuat hingga doh tu keluar ikut atas genggaman sebesar biji golf.. Jadinya, saiz setiap doh lebih kurang sama la.. 




Seeloknya, bahagikan doh tu dalam beberapa buah bekas.. Nanti senang la nak gelek.. Just ambil je satu bekas.. Contohnya, letak sepuluh biji doh dalam satu bekas bertutup macam tupperware tu.. Tapi dalam kes aku ni, aku malas nak letak dalam banyak bekas.. Kalau tak larat nak gelek semua doh ni, aku sumbat je satu bekas besar ni masuk dalam freezer.. Freezer tengah kosong tu.. hehehe..


Lepas dah siap kepal-kepal doh tu, perap la dalam masa dua hingga tiga jam supaya doh tu mesra dan lembut..



Thursday, December 18, 2014

My golden shower..

Assalamu'alaikum...

My golden shower.. 


Sebelum ni, aku sebut namanya dengan golden sour.. Rupanya nama yang betul adalah golden shower.. Memandai je tukar nama dia.. ahahh..


Ni koleksi orkid golden shower yang menjadi kesayangan aku selain daripada orkid pinang dan orkid butterfly... Pokoknya, semua orkid tu aku sayang lah..! Kalau tak sayang, takdenya aku nak bela beria... hehh..




Semenjak aku bagi makan kerang hidup kat orkid ni, daun orkid semakin hijau.. Pokok semakin gemuk dan tunas baru semakin banyak yang keluar.. Gambar atas dan bawah ni gambar yang baru aku ambil pagi tadi.. Dah ada spike yang keluar.. Panjang pulak spike tu.. Sukanya hati hamba.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..




Gambar yang bawah ni pula gambar lama.. Masa ni baru je dua minggu letak kerang.. Kerang hidup ni aku letak seminggu sekali.. Satu pasu letak la dalam dua tiga ketul bergantung pada saiz kerang dan saiz pasu.. Pandai-pandai la ejas.. Bajet nak kena jaga jugak, kan.. ahahh...




p/s: Tuan punya orkid tak makan kerangpun tak apalah.. ahaha...

DIY: Jangan buang jaring kipas...

Assalamu'alaikum...

DIY: Jangan buang jaring kipas...


Minggu lepas abang aku dengan kakak ipar aku yang dok kat JB tu balik sini.. Sempat la jugak abang aku betulkan atap rumah orkid aku yang dah senget benget sebab sebelum tu atap tu penuh dengan daun pokok kacang botor(l).. Akupun tolong sama.. 


Kakak ipar aku pulak sempat dok punggah semua orkid dalam pasu yang dah penuh dan tanam balik semula.. Akupun siap beli beberapa buah pasu orkid serta dawai penyangkut pasu tu...




Okay, yang atas tadi tu mukadimah untuk entri kali ni.. Yang DIY jangan buang jaring kipas tu adalah yang kat bawah ni ha..




Sebetulnya, aku memang dah lama plan nak buat macam ni.. Sebab tu bila ada kipas yang rosak, aku simpan dia punya jaring tu.. Cuma aku belum ada kesempatan untuk memunggah semua pasu orkid aku tu.. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.. Dia tau aku tak punya masa.. Jadinya, Dia gerakkan hati aku untuk simpan jaring tu dan gerakkan hati kakak ipar aku untuk menolong merealisasikan apa yang aku rancang.. 


Alhamdulillah, aku dapat kakak ipar yang rajin membantu.. Memang kakak ipar yang sorang ni jenis ringan tulang.. Mulut becok tapi tangan tetap laju buat kerja.. Terima kasih untuk both abang aku dan kakak ipar aku tu.. 




Aku ada empat jaring kipas yang rosak tu.. Kakak ipar aku kata kat rumah dia ada jugak macam ni, letak orkid kat dalam jaring kipas tu.. Dia kata dia ada empat belas jaring kipas yang dipenuhi dengan orkid...!!! Empat belas tuuuu.....!!! Dia kata asal nampak je orang nak buang kipas, dia mintak dan ambil jaring tu.. ahaha.. Sempoi je kakak ipar aku ni.. Dia kata buat apa nak malu mintak.. Lagipun orang tu nak buang dah kipas tu.. 


Okay, selesai bab DIY jaring kipas tadi.. Yang kat bawah ni pulak tips yang aku dapat dari kakak ipar aku jugak.. Dah alang-alang bercerita pasal orkid, kan.. Dia kata letak kerang hidup kat dalam pasu orkid untuk menggemukkan pokok orkid tu dan untuk mengeluarkan tunas baru.. Akupun cuba la buat.. Tak rugipun mencuba demi untuk pokok orkid kesayangan.. ahahh..




Memang betul, sejak letak kerang hidup ni, pokok orkid aku nampak perubahan pada daun dan banyak anak baru yang mula bertunas.. Satu pasu tu letak la dalam dua ketul kerang hidup tu.. Buat seminggu sekali.. Tak sampai sebulan dah nampak dah dia punya perubahan.. Daun dah mula hijau dan lebar..





Cuma masalah sekarang ni adalah orkid aku susah sangat nak keluarkan bunga.. Dah macam-macam jenis baja dah aku beli dan gunakan.. Ada la sepasu dua yang keluarkan bunga.. Yang selebihnya berpasu-pasu tu kedekut nak berbunga gamaknya... ahahh...


p/s: Okay la.. Sekian untuk entri kali ni.. Moga entri ni ada sedikit manafaat untuk anda ya.. Yang DIY jaring kipas tu boleh la cuba buat.. Buat untuk pokok bunga lainpun takpe.. Kalau dapat pokok bunga rose jepun atau pokok yang berjurai-jurai ke bawah lagi cantik kejadiannya nanti.. Cubalah..! 

Wednesday, December 17, 2014

So sad: Cullen is gone...

Assalamu'alaikum...

So sad: Cullen is gone...



Pagi ni, terdengar bunyi kucing mengerang kat luar bilik.. Ingatkan ada kucing yang mengawan.. Pergi keluar nak halau jauh-jauh.. Alih-alih aku nampak si Cullen ni kat celah antara dinding kolam ikan keli dengan batang salur paip pvc.. Dia dah menggelupur dengan mulut berbuih.. Dah macam kena sawan.. 


Aku ambil sudu letak kat dalam mulut dia.. Lepas tu aku suruh abang belah kelapa muda yang kebetulan ada kat situ.. Aku bagi Cullen ni minum.. Dia tak menggelupur dah.. Aku tengok mata dia dah makin suram.. Takde cahaya.. Tapi tak berapa minit lepas tu diapun mati.. Sedih jangan kata la..






Habis dah semua kucing kat rumah ni mati.. Tak tau la kenapa sebab pagi ni jugak aku tengok dia aktif melompat ke sana sini.. Redha je la.. Cakap kat mak, lepas ni dah malas dah nak bela kucing.. Mak cakap, tak payah la bela dah.. Nanti aku jugak yang sedih... 


Hanya gambar yang tinggal sebagai kenangan..






Mereka berempat kini sudah tiada lagi...




p/s: Hilang sudah satu terapi yang sangat berharga... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik tiap kejadian ini.. Redha walaupun sedih..

Tuesday, December 16, 2014

Aku bukannya pengguna tegar...

Assalamu'alaikum...

Aku bukannya pengguna tegar...


Percaya atau tidak, aku hanya aktifkan line bila aku ada urusan kat luar sahaja.. Contohnya bila aku ke bandar ataupun nak balik kampung atau pergi ke mana-mana yang memerlukan aku naik kenderaan dengan jarak yang jauh dari rumah.. Biasanya sebulan sekali sahaja aku menopap semata-mata untuk hidupkan line.. Kredit aku tak pernah licin.. Alhamdulillah.. 


Baki utama: RM48.23.
Status: Tidak Aktif. Sila tambah nilai. 
Pembatalan Talian: 08.03.2015. 
SMS Bonus: 19


Jika tambah nilai sekalipun, aku cuma topap RM10 sahaja.. Itupun jika aku balik kampung beberapa hari.. Jadinya, line tu hidup untuk tempoh selama banyak yang aku topap tu la.. Jika berurusan ke bandar di sini, kalau ada topap RM2, maka itulah yang aku gunakan.. Tapi masalahnya kat sini takde topap RM2 tu.. Paling rendahpun RM5.. 


Bila line dah hidup, masa itulah aku call kawan-kawan rapat aku.. Aku tak rajin nak berbalas SMS.. Bosan.. Dulu masa mula kenal handphone, memang rajin berbalas SMS.. Habis kredit, topap.. Malahan belum habis kreditpun dah topap dah.. Takut sangat nanti tak dapat nak balas SMS orang.. Takut orang berkecil hati bila SMS dorang tidak berbalas.. Terlalu menjaga hati orang.. Sangat menjaga hati orang sebenarnya.. 


Sekarang ni takde dah.. Benda tak penting, abaikan.. Buang masa.. Buang kredit.. Buang tabiatpun ya jugak sebab pernah dulu sanggup berhabis duit pergi undi dan layan chat kat cenel astro.. Patut la astro makin kaya... ahahh... Zaman bodoh ni sudah lama berlalu.. No way to vote by SMS or to chat nonsense anymore.. *hentam je la spiking.. ahahh...


Lagipun sekarang dah ada fb.. Apa-apa urusan, inbox kat fb je sementara fb masih lagi free ni.. Kot esok-esok fb dah kena bayar, mungkin kena tukar cara lain pulak... hehh.. 


p/s: Sebab tu aku tak suka nak 'jaja' nombor enpon aku.. Nombor enpon aku cuma satu tu je.. Dari dulu hingga sekarang, nombor itu je yang aku pakai.. Aku bukan pengguna tegar yang asyik nak tukar nombor atau enpon baru..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)