Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 20, 2015

Kreatiflah dalam bersedekah...

Assalamu'alaikum...

Kreatiflah dalam bersedekah...


Bersedekah ni senang kalau kita kreatif. Tak perlu modalpun tapi pahala dia berganda. Jom tengok antara teknik-tekniknya:


1. Belilah beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna orang yang ingin memakainya disaat solat (amalan biasa di masjid-masjid arab Mekah dan Madinah)..


2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang..


3. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin..


4. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan..


5. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut..


6. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah satu atau dua kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan sebagainya)..


7. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)..


8. Belilah mushaf (al-Quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya..


9. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yangg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus..


10. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui. Berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah..


11. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu..


12. Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal dunia..


13. Kirimkan mesej ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. 


Selamat bersedekah.. 


Sumber asal copy and paste dari sini.. Aku olah balik semula mana-mana perkataan yang berganda dan perkataan yang pendek.. Jika ini satu kesalahan, maaf.. 


p/s: Banyak lagi cara untuk kita bersedekah.. Nak dengan tak nak buat je.. Tak nak buat mungkin sebab kita tak nampak pahala tu selonggok ada depan mata macam kita nampak duit.. 

Cencaru bakar versi aku.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Cencaru bakar versi aku.. hehh...


Sekejap tadi, dalam pukul lapan setengah, aku bakar ikan cencaru ni untuk lauk malam ni.. Ikan tu aku keluarkan dari peti sejuk sejak petang lagi.. Mula-mula ingat nak goreng kosong macam tu je.. Alih-alih terlintas pulak idea nak cuba bakar gunakan kuali empat segi yang aku guna masa first trial pancake hari tu..





Bahan yang aku gunakan adalah sudah semestinya ikan cencaru, kan.. hehe.. Okay, aku gunakan dua ekor ikan cencaru belah perut dan belah belakang, sebiji tomato yang dipotong enam, empat biji kentang dipotong macam wedges kfc tu, sedikit serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, sedikit sos tiram, sedikit garam halus, sedikit kicap masin dan sedikit butter yang dipotong kecil-kecil.. 


Gaul dan ratakan semua bahan.. Kalau nak perap sekejap pun boleh tapi aku takde perap-perap pun.. Terus je bungkus dengan aluminium foil ni..




Lepas tu aku bakar macam ni.. Tutup dengan tray buat biskut atas dia.. hehe.. Guna api perlahan je.. Dalam masa lebih kurang 25-30 minit, dah mula bau semerbak dah yang menandakan dah boleh tutup api dah.. Tapi sebelum tu check dulu la samada kentang dah empuk atau belum..




Dan inilah hasilnya selepas dibakar.. Kentangpun dah cukup empuk.. Isi ikanpun dah cukup rasa dah.. Perfect..!! Oh la la...! Cehhh... hahahaha...






Dan aku perahkan sedikit limau air limau nipis.. Selebihnya tu biar je.. Jika nak lagi rasa masam limau tu, boleh perah kemudian..




Bahan-bahan takde sukatan khusus.. Aku main terjah je tabur dan gaul.. hehe.. Yang buat aku terkejut, tak lama lepas tu kentang tinggal seco'et je.. Abang aku ni memang hantu kentang betul la.. haha..


p/s: Tak payah dah bakar masuk oven atau microwave.. Senang punya kerja.. hehe.. Main tenggek atas dapur gas je.. Asap pun takde.. Ni la cencaru bakar versi aku... haha..

Monday, January 19, 2015

Selagi boleh dibaiki..

Assalamu'alaikum...

Selagi boleh dibaiki..


Ini satu lagi kerja yang aku buat masa takde letrik hari tu iaitu repair seluar.. Aku buat yang bawah ni dulu.. Tetas jahitan dan keluarkan getah yang dah loose tu.. Bila dah ada letrik, baru buat yang bawah tu.. Jahit tepi, jahit dan masukkan getah yang baru.. Masa jahit tepi tu banyak kali benang mesin jahit tepi tu terputus.. Sabar je la.. Kalau tak sabar memang tak berjahit tepi la seluar ni.. hehhh..




Ni asalnya seluar mak aku.. Ada dekat sepuluh helai kot.. Mak aku selalu pakai seluar ni jika dia pakai jubah atau maxi jika nak ke mana-mana.. Tapi sekarang ni mak aku tak berapa sihat.. Dia gantikan seluar ni dengan pakai kain batik.. Jadinya, dia tak pakai dah seluar ni.. Maka, aku pulak la yang pakai.. hahaha.. 


Sebelum ni aku tak muat nak pakai seluar ni.. Ketat semacam je.. Maklum la, saiz badan aku lebih besar dari saiz badan mak aku.. Walaupun seluar ni boleh memeri tapi aku tak selesa nak pakai yang ketat-ketat ni.. Sosak napeh den.. ahahh.. Cuma sekarang ni saiz badan aku dah kecik sikit.. Tu yang pakai tu.. Sikit je la keciknya.. Jadi la.. Ingat senang ke nak kecikkan saiz badan.. hehehe.. 




Disebabkan aku dah boleh pakai seluar ni, maka mana-mana seluar yang dah loose dia punya getah, aku bukak dan baiki.. Kalau tak, terbiar dan tersimpan macam tu je sedangkan seluar tu masih elok lagi dan boleh dipakai.. Jadinya, buat apa nak membazir begitu sahaja sedangkan kita boleh usahakan untuk memperbaikinya sendiri..? Jahitlah macam manapun.. Janji boleh pakai balik semula.. 


Seluar macam ni aku pakai kat rumah je.. Senang aku nak bersilat kat dapur ke, kat laman ke, kat belakang rumah ke.. Faham-faham je la kerja rumah banyak.. hehe.. Lagipun selamat sikit pakai seluar jika nak dibandingkan dengan pakai kain batik yang ada kalanya terselak ditiup angin.. Tak rela aiii... ahaha...


p/s: Bak kata kak Adibah Noor dalam satu iklan tv tu; boleh aje kalau nak jimat... Maka, berjimat-jimatlah kita.. hehe..

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...

Assalamu'alaikum...

Benda yang aku tak suka nak tengok.. hmm...


Ada ketikanya mata dan hati jadi sakit bila tengok benda yang sama berulang kali.. Sakitnya ibarat disogokkan dengan makanan basi ketika perut tengah lapar menggila.. Makanan tak sedap boleh lagi hadap sebab dah kelaparan ya amat, tapi makanan basi..? 




Sakit tak  hati bila bukak tudung saji dan tengok pinggan atau mangkuk tinggal kosong tanpa dicuci..? Nak habiskan isi dalam mangkuk tu takpe tapi sekurang-kurangnya basuh la bekas tu dan alihkan tudung saji tu kat tempat lain.. Takde la nanti orang yang mengharap ada makanan bawah tudung saji tu rasa ralat atau kecewa.. Dah la takde benda bawah tu.. Lepas tu bekas tu dibiarkan macam tu je.. 





Sikap berkira dengan tenaga ni tak elok diamalkan tapi itulah yang selalu berlaku.. Langsung takde sifat berterima kasih.. Terima kasih tu bukan sekadar menuturkannya melalui percakapan tapi juga boleh dilahirkan melalui perbuatan.. Meringankan kerja orang lainpun dapat pahala tau.. 


p/s: Cubalah bertimbang rasa sikit.. Janganlah pentingkan diri sendiri je.. 

Pancake jagung ala-ala apam balik..

Assalamu'alaikum...

Pancake jagung ala-ala apam balik.. 


Minggu baru ni aku buat lagi pancake.. Sebelum ni dah buat sekali dah untuk first trial... Resepi masih guna resepi yang sama macam yang hari tu.. Cuma kali ni aku tambahkan jagung berkrim.. Kononnya nak buat ala-ala apam balik la.. ahah.. 


Sebenarnya hari Rabu tu ada pasar malam dan aku teringin nak makan apam balik.. Minta tolong abang aku belikan.. Alih-alih takde pulak orang yang menjual apam balik tu.. Tu yang buat pancake jagung ni haa.. Aku letak jagung je.. Kacang tanah kisar aku tak letak.. 




Kali ni gunakan kuali yang sesuai.. Kakak aku tolong belikan tapi kenalah bayar balik kat dia.. Lepas ni kena la rajin-rajin buat kuih.. Kalau tak, sesia je beli kuali macam ni.. Alhamdulillah, hajat yang lama terpendam nak dapatkan kuali ni dah tercapai.. Lepas ni nak beli food processor pulak.. Set in mind dulu... hehh..




Aku gunakan jagung berkrim dari Adabi.. Kena perhati betul-betul tin tu.. Takut terambil jagung biasa yang ada air tu.. 




Sebenarnya dua kali aku buat pancake jagung ni.. Malam minggu tu aku dah buat sekali tapi ada anak buah yang tak merasa.. Kebetulan adik aku ada balik.. Jadinya, semalam aku buat lagi sekali.. Lagipun susu segar dengan jagung tu masih ada baki.. Kalau tak buat takut nanti terbiar lama pulak dalam peti sejuk..





p/s: Resepi ada kat blog dapo aku.. Jika nak cuba buat, dipersilakan.. Terima kasih... 

Sunday, January 18, 2015

Aktiviti bila takde letrik, internet dan air.. :)

Assalamu'alaikum...

Aktiviti bila takde letrik, internet dan air.. :)


Ni aktiviti aku dua hari berturut-turut.. Gara-gara letrik takde, line internetpun ikut takde jugak.. Lepas tu, air paip pun takde.. Adehhh.. Sabar je la.. ahahh.. Ada beberapa aktiviti sebenarnya tapi kali ni up yang ni je la dulu.. hehh...


Akhirnya, aku selongkar almari buku, keluarkan mana-mana novel yang belum dibalut lagi.. Dan bermulalah proses pembalutan.. Banyak lagi rupanya novel yang belum berbalut.. Ingatkan tak banyak.. hehh..






Aku gunakan pembalut macam kat bawah ni.. Sebelum ni aku gunakan pembalut jenama lain.. Senang guna pembalut yang ni sebab lebar dia ngam-ngam untuk dua buah novel.. Jadinya takde la ada pembaziran terlebih sampul yang kena potong dan buang..





Saiz pembalut ni adalah 450mm/lebar X 10 meter/panjang.. Harganya pula adalah RM7.90.. Ini harga kat sini.. Kat tempat lain mungkin lagi murah harga dia.. 




Ini cara yang aku gunakan untuk ambil ukuran novel dari Jemari Seni.. Novel keluaran Jemari Seni ni selalunya tak tebal sangat dan lebarpun kurang sikit dari novel biasa.. Jadinya, aku lipat dua plastik tu, kemudian aku ukur 5 1/5 inci untuk novel Jemari Seni dan 6 inci untuk ukuran dan ketebalan biasa dalam 500 muka surat macam novel dari IKP, Alaf, Karya Seni, Fajar Pakeer dan lain-lain.. Novel yang lagi tebal, lain pulak ukurannya..




Then, gunting je ikut lipatan tu.. Tak perlu dah nak garis atau tanda.. Mudah sebab plastik ni jenis melekat dan ukuran tak lari..




Lepas tu, lipat dua plastik tadi...




Kemudian, potong lipatan tadi guna pisau yang tajam.. Tekan kuat sikit plastik tu takut nanti pisau tu tergelincir dan potongan lari dari ukuran asal...




Dan inilah hasilnya.. Potong banyak-banyak atau ikut stok novel yang ada.. Senang dah sebab tinggal balut je..






p/s: Orang lain sibuk balut buku teks sekolah anak, akupun sibuk gak balut novel aku.. hehehe.. Sayang woo biarkan novel togel macam tu je.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)