Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 29, 2015

Tambah koleksi..

Assalamu'alaikum...

Tambah koleksi.. 


Daripada menambah koleksi skandal atau koleksi geng mengumpat, lebih baik tambah koleksi novel... Kalau dah minat kat novel, novel jugak la yang dijadikan perumpamaan.. keh.. keh.. keh...





p/s: Berbaloi ke jika ada ramai kawan spesis suka mengumpat ni..? Berbaloi la kot.. Boleh tau banyak cerita.. Kiranya hebat la tuuuu... hehh.. 

Ehh, habis dah...?

Assalamu'alaikum...

Ehh, habis dah...?


If a book is well written, I always find it too short - Jane Austen




p/s: Jika buku itu menepati jiwa dan selera kita, memang tak terasa masa yang berlalu.. Alih-alih dah sampai ke muka surat terakhir.. 

Saturday, April 25, 2015

Kenapa nak sindir-sindir...?

Assalamu'alaikum...

Kenapa nak sindir-sindir...?


Perlukah kita menyindir kisah silam orang lain..? Adakah kisah silam kita tersangat bagus sampaikan kita rasa kisah silam orang lain itu semuanya haprak dan menjijikkan..?


Jangan sindir masa silam orang lain.. Kita sendiri belum tentu ada masa depan.. Jangan jatuhkan semangat orang untuk berubah ke arah yang lebih baik.. 




Jangan sindir kerja orang.. Kerja kita sendiri belum tentu ada keberkatannya.. Tidak semestinya kerja yang nampak kotor itu hasilnya juga kotor dan begitu juga sebaliknya..


p/s: Aku dah selalu kena sindir dengan kerja menjahit aku ni.. Tak mengapa.. Aku sabarkan sahaja hati ini.. 

Dia kluaq mai dah....!!

Assalamu'alaikum...

Dia kluaq mai dah....!!


Sukanya hati cheq... Dia dah kluaq mai dah...! Lama dah cheq dok tunggu depa ni kluaq sampai cheq ghasa putuih asa dah ni habaq kat hang... 


Oiiittt....!!! Apa kebenda la yang aku dok meraban spiking utagha ni.. Dah la nahu ke laut.. Marah dek orang utara satgi baru padan muka.. ahaha...


Sebenarnya nak bagitau yang benda kat gambar bawah ni dah keluar dah.. Tu yang suka sangat tu.. Suka mengalahkan dapat emas seketul.. hehehe...







Ni baru bunga orkid jenis biasa-biasa yang keluar.. Macam mana la agaknya jika dapat bunga orkid yang luar biasa yang jenis mahal-mahal tu.. Mau tidur bawah rumah orkid ni gamaknya.. muahahahaha...


p/s: Alhamdulillah.. Suko amek ati den tekau.. Haghap bungo yang lain tu copek la kuar bungo ehh.. Haaa.. Ni baru betul loghat aku.. hehe..

Friday, April 24, 2015

Kuih gelang dan kuih bom keledek..

Assalamu'alaikum...

Kuih gelang dan kuih bom keledek..


Ini keledek yang aku cabut kat kebun kecil sebelah pagar belakang rumah.. Lepas aku cuci bersih keledek tu, aku terus simpan dalam peti sejuk sebab aku belum ada perancangan nak buat apa dengan keledek tu...




Setelah beberapa hari (aku hampir terlupa pasal keledek ni..), maka, petang tadi aku teringat kat dia dan terus je aku rebus keledek tu.. Aku rancang nak buat kuih gelang dan kuih bom tanpa bijan.. Kebetulan, stok inti kelapa masih ada lagi dalam freezer.. 









Keledek ni aku rebus dengan kulitnya sekali. Letak garam sikit.. Bila dah empuk, aku kelensetkan kulit tu.. Sebenarnya kalau lenyek terus dengan  kulit tu pun tak jadi masalah.. 


p/s: Kuih gelang tu aku buat sira tapi sira dia tak menjadi.. Maka, takde la gambar yang dah bersira tu.. hehehe.. Mujurlah keledek tu dah manis dah..

Thursday, April 23, 2015

Masih dalam perancangan...

Assalamu'alaikum...

Masih dalam perancangan...






Buat masa ni, aku belum putuskan lagi nak tanam apa kat dalam semua pasu ni.. Mula-mula dulu ingat nak tanam jagung tapi rasanya sekarang dah mula berubah fikiran.. Apapun, kena tengok bajet jugak sebab nak kena beli tanah dulu.. Dah ada tanah, baru boleh fikir langkah seterusnya..


Pasu besar bulat tu dah lama aku beli.. Masa tu aku beli sepuluh buah pasu ni dengan kawan aku.. Satu pasu harga dia RM20.. Sekarang ni rasanya tak dapat dah harga macam tu untuk pasu sebesar ini..


p/s: Selesai sudah kerja-kerja penyelenggaraan kat taman mini aku.. Aku tengah merancang nak tukar cat buaian besi tu kepada warna yang lebih terang dan meriah.. Barulah seronok anak-anak buah nak main kat buaian tu..


Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)