Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 1, 2015

Kita yang mulakan, kenapa nak marah..?

Assalamu'alaikum...

Kita yang mulakan, kenapa nak marah..?


Kita ni kan, apabila masuk bab mengata orang begitu begini, mengata anak orang begitu begini, mengata mak bapak orang begitu begini, mengata pasangan orang begitu begini, pokok pangkalnya mengata macam-macam perihal orang, memang tak ingat dunia, memang seronok sangat, apatah lagi bila ramai yang join sekali sidang mengata tu..


Akan tetapi, apabila orang lain buat perkara yang sama kepada diri kita iaitu mengata kita, mengata anak-anak kita, mengata kaum kerabat kita, mengata kawan-kawan rapat kita, mengata kroni kita, mengata skandal kita, ehh, tau pulak kita sentap, tau pulak kita meroyan, tau pulak kita nak bagi penampar terajang kat orang yang mengata tu..


Persoalannya, kenapa kita nak marah jika orang mengata kita balik sedangkan kita seronok mengata orang tersebut..? Tak kiralah apa masalahnya, kenapa nak kena mengata yang bukan-bukan..?



p/s: Whats goes around comes around.. 

Salah siapa...?

Assalamu'alaikum...

Salah siapa...?


Orang kita memang ramai yang macam ni.. ‪#‎BiarPapaAsalBergaya‬ kekdahnya.. Sepatutnya kenalah ‪#‎UkurBajuDiBadanSendiri‬, barulah tidak terkontang-kanting di kemudian hari.. 



Ada betulnya apa yang Tun M bagitau.. Ianya untuk menyedarkan kita agar tidak bergaya melebihi kemampuan.. Kita tak mampu, buatlah cara tak mampu.. 



Thursday, July 30, 2015

The making of kuah durian...

Assalamu'alaikum...

The making of kuah durian...


Ini merupakan entri tertunggak.. hehe.. Dah berapa hari duduk dalam draft.. Kena kuarantin gamaknya.. hehh..


Okay, nak cerita la sikit pasal entri kuah durian ni.. Durian ni merupakan durian kampung.. Ada jiran dekat rumah bagi dalam sepuluh buah.. Separuh aku dengan abang aku dah makan mentah.. Lepas tu tak larat la pulak nak pulun semua sepuluh buah tu.. Lagipun kitorang bukannya hantu durian..


Maka, selebihnya itu aku buatlah kuah durian ni.. Orang panggil serawa, ehh..? Tapi aku panggil kuah durian je.. Ni kali kedua aku buat kuah durian ni.. Raya hari tu dah buat sekali.. Ehh, sedap la pulak.. ahaha.. Bukan apa, sebelum ni aku memang tak suka makan kuah durian atau yang manis-manis macam ni.. Mungkin sebab kali ni aku yang buat sendiri, maka aku boleh la ejas dia punya sukatan dan rasa.. Itulah kelebihannya jika kita masak sendiri.. hehh...









Siap buat video lagi tu.. Amboiihhh... ahaha...





Aku suka makan roti dan cicah dengan kuah durian ni.. Sedap.. Lagipun, aku dah serik nak makan kuah durian dengan pulut.. Habis sakit-sakit badan aku sebab masuk angin.. Makan hari pulak tu nak baik.. Itupun kena makan ubat.. Kalau tak, memang teruk la jadinya.. Alergik sungguh aku dengan pulut ni.. Takde chemistry langsung.. ahah..


p/s: Buat sendiri memang menjimatkan.. Rajin dengan malas je nak membuatnya..

Monday, July 27, 2015

Mari kita merendang...

Assalamu'alaikum...

Mari kita merendang...

Ini adalah rendang ayam pencen.. Bila namanya ayam pencen, maka dia punya daging memanglah liat dan keras ya amat.. Makanya, kenalah ambil masa nak bagi daging tu lembut dan empuk..


Sejujurnya, aku tak pernah masak sendiri rendang ayam pencen ni.. Kalau gulai ayam daging yang biasa tu selalu la aku buat.. Selalunya bab rendang ni mak aku yang rajin buat dan aku pulak rajin makan.. Standard la tu, kan.. ahaha.. Tapi memandangkan mak aku sekarang tak sihat, maka aku beranikan diri mencuba sendiri masak rendang ayam pencen ni.. Kiranya ini macam mencabar keupayaan diri sendiri la ni.. hehh...


Rendang ni aku buat selepas beberapa hari raya.. Aku buat untuk dibekalkan kepada adik-adik aku.. Biasanya memang dorang akan bawak balik bekal lauk pauk tapi mak aku yang masak.. Jadinya, kini giliran aku la pulak yang ambil alih tugas tu.. Itupun ikut pada kudrat aku jugak la.. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik kat aku..


 Dua kali tambah air banyak macam ni...


Aku mula masak rendang ni dari malam.. Lepas tu sambung bawak ke siang hari keesokan harinya.. Dua kali aku tambah air untuk melembutkan daging ayam pencen tu..


Aku main redah je masukkan bahan.. Takde nak sukat-sukat berapa banyak nak guna.. Ikut rasa lidah je.. Bahan yang aku gunakan untuk rendang ayam pencen ni adalah serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili kering kisar, cili api, santan, garam dan kerisik.. 


Kerisik tu aku siap buat post kat fb aku.. Aku tanya masa bila nak masukkan kerisik tu sebab mak akupun memang buat rendang tak masukkan kerisik.. Aku nak cuba masukkan kerisik sebab lebihan kerisik masa kakak aku buat rendang malam raya hari tu ada lagi.. Sayang pulak kalau biarkan lama-lama.. Nanti kerisik tu tengik.. Mujurlah ada kawan yang bagitau kerisik tu dimasukkan bila rendang tu dah nak kering.. Alhamdulillah, dapat satu ilmu.. Tak rugi bertanya, kan..? Terima kasih Kak Erna.. hehe...


Aku tak tengok pulak masa kakak aku buat rendang tu.. Akupun tak tanya dia sebab nanti aku kena ambush bertalu-talu.. ahahaha.. 


 Baru letak santan..


Ayam pencen ni aku gunakan tiga ekor.. Seekor ayam pencen harga dia RM12.. Santan pulak daripada empat biji kelapa.. Mujurlah kelapa kat rumah masih banyak.. Cuma, jenuh la sikit nak perah.. hehe.. Mujurlah abang aku tolong kopek dan mesinkan...


Dah kering dah.. Dah boleh makan...


Alhamdulillah, aku dapat bekalkan rendang ayam pencen ni kat adik-adik aku.. 


p/s: Ingat nak buat lagi la rendang ayam pencen ni.. Lepas tu, frozen-kan.. Bila ada yang balik, just panaskan je.. Sebabnya, proses nak masak rendang ni memang ambil masa yang lama.. Kalau daging ayam tu masih liat, mau tercabut gigi kapak dibuatnya.. ahaha...

Sunday, July 26, 2015

Cerita di hari raya kedua...

Assalamu'alaikum...

Cerita di hari raya kedua...

Malam raya kedua, aku dan anak-anak buah buat kuih tart nenas ni.. Anak buah aku tu memang rajin buat kuih raya, tu yang dia nak buat tu.. Aku pulak memang dah bertahun nak cuba buat tart nenas jenis gunting ni tapi tak terbuat-buat jugak.. Kiranya ini percubaan pertama aku buat tart nenas versi gunting macam ni.. Main gunting je ikut suka hati aku.. ahaha..


Jadinya, bila ada yang offer nak buat, akupun ikutkan aje la.. Lagipun anak buah aku tu nak cuba guna resepi dari Mat Gebu..











Mula-mula aku gunakan gunting besar untuk gunting doh tart tu tapi lepas tu aku gunakan gunting sulam aku yang muncungnya terjongket kat depan tu.. Anak-anak buah yang lelakipun sibuk la tanya, kenapa gunting  tu macam tu, mana dapat gunting tu, gunting tu memang rupa dia macam  tu ke.. Adeh, banyak betul soalan yang aku dapat.. ahaha..


p/s: Overall, kuih tart nenas ni sedap dan tidak mudah pecah.. Nampak macam keras tapi bila makan, sangat lembut dan takde rasa tercekik.. Nak simpan dalam bekaspun senang.. Rasa dia memang ohsem dan aku suka.. Maybe tahun depan aku nak buat tart ni lagi.. 

Thursday, July 16, 2015

Salam aidil fitri 2015...

Assalamu'alaikum...

Salam aidil fitri 2015...


Menantu perempuan balik kampung laki janganlah buat sibuk jaga anak sangat. Ini anak merangkak pun kau nak tunggu depan dia sampai dia boleh berjalan penat la. Bawak bawak lah ke dapur tolong mak mentua.. Tektik mengelat tu orang dah tahu dah..




Betul la tu kan.. Kalau saban tahun dok macam tu jugak, lama-lama orangpun perasan.. Lama-lama orangpun naik cemuih.. Bukan setakat orang dalam rumah je yang perasan.. Ni kadang-kadang jiran kiri kananpun perasan jugak dengan menantu yang culas dan pemalas ni.. 


Jika tak buat, janganlah terasa.. Mohon ubah sikit perangai tu.. Setahun dua, okay la, boleh terima.. Jika dah selalu sangat, jadi meluat la pulak, kan..? Daripada anak sorang sampai anak dah berderet, dok buat perangai yang sama je.. Macam mana la orang tak perasan..? Macam mana la orang tak menjeling..?


Tapi menantu sekarang tak boleh ditegur.. Bila ditegur, mula la cari alasan tak nak balik raya rumah mentua.. Baca aje la komen-komen yang ada.. Masing-masing tak nak mengaku kalah.. 


Hari ni kita buat macam tu kat mentua kita, esok lusa menantu kita pulak buat macam tu kat kita.. What goes around comes around.. Tengok aje la nanti..


p/s: Salam aidil fitri.. Maaf zahir batin.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)