Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 4, 2015

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!

Assalamu'alaikum...

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!


Setelah agak lama blog ni bersawang, hari ni aku merajinkan jari untuk update.. Ikutkan hati macam dah malas dah nak update tapi sayang pulak kat beberapa perkara yang aku buat hari tu.. Sekurang-kurangnya bila aku letakkan kat blog, adalah sikit kenangan untuk aku di masa hadapan.. hehh...


Hari raya haji hari tu aku juga merajinkan diri untuk cuba buat biskut tiramisu.. Aku ikut resepi yang kat bawah ni cuma aku gandakan sukatan sebab masa raya tu ramai ada kat rumah.. Aku tak ingat resepi dari siapa tapi aku copy and paste dari fb dan aku save resepi ni dalam Notes fb aku.. Terima kasih di atas perkongsian resepi ini..




Dan inilah hasilnya biskut tiramisu yang aku buat ikut resepi di atas..






Dan tengahari tadi aku buat lagi biskut tiramisu ni tapi mengikut cara resepi yang telah aku olah sendiri iaitu dengan menggunakan santan.. 


Resepi biskut tiramisu versi aku..

Bahan-bahannya:
````````````````
4 cawan santan
1 cawan gula
1 sudu kecil (rata) garam halus - gunakan sudu KFC
1 penutup esen vanilla
8 sudu makan (rata) tepung kastad

Bahan tabur/hiasan: 
``````````````````
1 cawan milo 
20 keping biskut lemak cap ping pong (Hup Seng)
(ada lebihan sikit.. Maka, boleh kurangkan sukatan)


Sukatan aku gunakan cawan sukatan yang ini..



 4 cawan santan..


 Ambil sedikit santan tadi dan bancuhkan bersama 8 sudu makan tepung kastad.. Kacau rata..


 Masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan masukkan sekali gula, garam dan esen vanilla.. Kacau hingga gula larut.. Gula ada yang tak larut sikitpun tak mengapa..


 Sediakan dahulu bahan tabur sebelum masak kastad.. Hancurkan biskut lemak hup seng..


 Tuangkan milo ke dalam bekas biskut tadi..


 Gaul rata biskut dan milo..


 Kemudian, tenggekkan periuk berisi kastad atas dapur.. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sahaja.. Sambil masak, sambil kacau supaya kastad tidak bergentel..


 Apabila kastad dah mula mendidih, terus je tutup api dapur dan terus tuang ke dalam bekas.. Buat berselang-seli iaitu mula-mula lapisan kastad, diikuti lapisan biskut dan milo, ulang lapisan kastad dan seterusnya.. Kena buat cepat-cepat sebab takut kastad mengeras..



^
Beginilah rupanya biskut tiramisu santan yang aku buat tengahari tadi.. Tebal sungguh dia punya lapisan milo dan biskut tu.. hehe.. 



Biarkan sejuk dahulu baru dimasukkan ke dalam peti ais..


p/s: Anak buah dah request suruh buat lagi biskut tiramisu ni.. Nantilah tunggu cuti sekolah bila dorang balik sini, insyaAllah, aku akan buatkan untuk dorang.. Yang aku baru buat ni aku nak makan sendiri.. hehh..

Sunday, September 20, 2015

Kek pisang Rafi Don Cha...

Assalamu'alaikum...

Kek pisang Rafi Don Cha...


Ini kek pisang yang aku buat semalam.. Resepi daripada Rafi Don Cha.. Terima kasih di atas perkongsian resepi tersebut...





Seperti selalu, aku bakar atas dapur gas je sebab malas nak bakar dalam oven letrik sebab oven tu besar sangat.. Tu yang bahagian atas warna macam tu.. Bahagian tepi tu pulak agak gelap sikit.. Mujurlah tak pahit.. hehe.. 




Ni resepi asal kek pisang ni..

*  2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu kecik soda bikarbonat
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 sudu kecik ovellette
* 3 sudu dark chocolate chips


Sebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey.. smile emoticon
* 2 cawan tepung gandum (diayak)* 4 biji telur Gred A* 5 biji pisang berangan* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak* 1 sudu kecik soda bikarbonat* 1 sudu kecik baking powder* 1 sudu kecik ovellette* 3 sudu dark chocolate chipsSebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey smile emotico



Alhamdulillah, lembut dan gebu kek pisang ni... Cuma bau esen pisangnya agak kuat sikit.. Resepi asal takde letak esen pisang ni tapi aku saja la letak nak bau wangi sikit tapi terletak lebih la pulak.. Tu yang bau dia agak kuat sikit.. Lepas ni kena berhati-hati dan letak sikit je esen pisang tu..




p/s: Kalau bakar dalam oven lagi cantik warna kek ni.. Tapi disebabkan nak jimatkan letrik, aku rela je bakar kek ni atas dapur gas.. Oven letrik aku tu kuat makan karan.. hehh...

Tuesday, September 15, 2015

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...


Tengahari tadi aku masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang... Talapia ke tilapia..? Aku panggil talapia..


Ikan talapia ni adik aku dapat masa dia memancing kat kolam kawan dia dua minggu lepas.. Banyak jugak la dia dapat.. Ada sekor besar tu aku suruh dia bawak balik ke rumah dia.. Yang tinggal kat sini yang aku masak ni dan ada satu plastik lagi banyak macam ni jugak..




Cara masak ikan ni sama je dengan cara yang aku buat masa masak lemak cili padi ikan kembung dengan jantung pisang  dan masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang dulu.. Tak banyak bezapun cuma watak utama je yang silih berganti.. hehh..






Bertambah nasi kali ni aku makan... hehe... Tak kuasa haihh nak fikir pasal gemuk ke, apa ke... kihkihkih....




p/s: Alhamdulillah.. Syukur di atas rezeki ini.. Moga Allah murahkan rezeki buat kita semua.. Aamiin..

Sunday, September 13, 2015

Lempeng pisang bercoklat chip...

Assalamu'alaikum...

Lempeng pisang bercoklat chip...


Jom makan lempeng pisang jom..! Lempeng pisang ni special sikit sebab ada coklat chip kat dalam dia.. Kelas gitu..! Ahah...




Abaikan rupa lempeng pisang ni.. Lebihkan kepada rasanya sahaja.. Rasa pisang yang bersatu dengan rasa coklat chip yang pastinya enak disukai ramai.. hihi... 




Macam mana nak buat lempeng pisang bercoklat chip ni..? Senang je dik.. Ko lenyek la pisang tu macam ko nak buat cekodok.. Lepas tu, ko letak la tepung gandum sikit.. Kalau pisang tu dah manis, tak payah letak gula dah tapi jika pisang tu kurang manis, boleh la letak gula sikit.. Lepas tu rasa.. Akhir sekali, masukkan dalam segenggam coklat chip bersesuaian dengan adunan yang ada.. Nak letak sikit garampun boleh..


Kemudian, letakkan adunan tu atas daun pisang.. Seeloknya daun pisang tu biarlah lebar dan panjang, tak payah potong.. Lepas tu, lipat dua daun pisang tadi untuk tutup adunan lempeng tu.. Angkat dan letak dalam kuali dan tindihkan dengan benda berat.. Aku tindih dengan periuk yang berisi air.. Nak tindih dengan cerek yang diisi airpun boleh.. Gunakan api yang kecil sahaja.. Bila daun pisang tu dah agak kering mengerekut, terbalikkan lempeng tu dan tindih lagi sekali hingga lempeng tu betul-betul masak..


p/s: Makan bila dah suam.. Jangan makan masa panas.. Kang melepuh bibir anjelina jolie tu kang, niaya je.. kehkehkeh...

Saturday, September 12, 2015

Operet jeans menjadi beg...

Assalamu'alaikum...

Operet jeans menjadi beg...


Aku baru je selesai menjahit beg menggunakan seluar jeans terpakai ni.. Aku tak tau siapa punya seluar ni sebab banyak sangat jeans kat rumah ni.. Yang pastinya, jeans ni dah koyak rabak kat bahagian lutut.. Daripada aku letih asyik melipat dan menyusun, baik aku operet jadikan beg.. hehh..


Mula-mula tu potong la jeans tu dulu.. Lepas tu potong pulak dia punya kain bahagian dalam tu.. Jenuh jugak nak buat ni sebab jeans ni keras.. Habis jari aku tercucuk jarum peniti.. Ambil masa dua hari jugak la nak siapkan satu beg jeans ni..






Malam ni aku tindih mesin mana yang dah siap peniti tu.. Masa ni la jari asyik tercucuk jarum peniti je... 





Ada satu poket kat bahagian dalam.. Aku gunakan kain jeans kat bahagian kaki seluar tu..






Dah siap dah beg jeans aku.. Dah boleh bawak jalan-jalan dah.. Kalau aku rajin, nak jugak aku tambah sikit aksesori macam manik, butang dan sebagainya.. Kalau rajin la.. hehh...


Ada lagi beberapa helai jeans yang aku dah usha.. Siap la nanti aku operet jadikan beg.. hehh.. hehh.. hehh.. 


p/s: Macam mana nak buat beg dari jeans ni..? Google aje la dik non... 

Friday, September 11, 2015

Hembus habuk pada keypad...

Assalamu'alaikum...

Hembus habuk pada keypad...


Ni cara yang aku gunakan untuk bersihkan habuk yang ada kat celah-celah keypad laptop aku tu.. Kat sini habuk memang banyak sangat.. Cepat je dah berhabuk laptop aku ni..




Aku gunakan straw biasa tu je.. Pastu aku potong la sikit.. Kang kalau panjang sangat, jenuh la angin hembusan tu nak sampai kepada keypad tu.. Dah la nafas aku tak berapa nak panjang.. Semput jugak weiii dok main hembus-hembus ni.. hehe.. 


Lagi satu, jangan gunakan straw yang besar, yang macam straw untuk minum air batu campur atau cendol tu.. Aku dah cuba guna.. Mengah weii meniup...! Nafas tak cukup nak sedut oksigen..


p/s: Hembus angin je tau, jangan pulak apabila hembus, keluar sekali dengan air liur.. Sian keypad tu terkena air liur masam.. ahahaha...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)