Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 9, 2016

Kemas kini apa yang patut. Heh.

Assalamu'alaikum.

Kemas kini apa yang patut. Heh.


Dah agak lama kawasan ni terbiar. Mujurlah tak jadi hutan belantara. Hehe. Memandangkan aku dah boleh buat kerja sikit-sikit, maka akupun ambil keputusan untuk kemas kini apa yang patut kat tempat ni. Jika lama dibiarkan tak berkemas, takut pulak nanti jari sarang si panjang tu. Ngeri weii.. 


Tempat ni tanah dia lembut dan peroi sebab mak aku tambak dengan tanah hitam. Jadinya, jika nak cangkul ataupun cabut rumput yang tumbuh, takde la susah nak buat. Tambahan sekarang ni hari asyik hujan je, lagi la mudah nak buat kerja. Cuaca pula mendung dan anginpun sepoi-sepoi bahasa je. Aman dan tenang rasa jiwa. Alhamdulillah.


Dah, meh la tengok gambar yang ada ni. Akukan memang suka kongsi gambar pokok dan gambar kucing kat blog aku ni. Nak kongsi gambaq sendiri, malu aihh. Ceq bukan artis naaa.. Heh.




 Dekat perdu pokok rambutanpun pokok cili ni tumbuh jugak.


 ^

Ni pokok cili kering. Hari tu aku longgokkan biji cili kering tu kat sini. Banyak yang bercambah tapi masa tu aku tak sihat, maka banyak juga yang mati kering. Mana yang hidup ni aku ubah masuk dalam pasu lain dan masuk dalam polybag.

v

Pokok cili padi ni pun tumbuh. Alih-alih aku tengok pokok dia dah besar dah kat dalam pasu ni. Akupun bela je la. Rezeki jangan dibiarkan berlalu begitu saja, kan? Hehe.


 Tengok. Banyakkan anak pokok cili padi yang tumbuh kat atas tanah tu? Ada yang dah gemuk dah. Alhamdulillah. Biarkan je kat situ. Tak payah ubah-ubah. Kang kalau ubah, takut dia merajuk pulak. Haha.


 Ini pokok pisang hiasan. Bukan pokok pisang yang boleh makan tu. Saja la aku tanam untuk redupkan kawasan rumah orkid aku tu.


 Ni la satu-satunya pokok kari yang ada kat rumah aku ni. Lama dah aku tanam tapi batang dia alahai, kurus kedengking. Hehe. Takpe la haiih. Asalkan daun dia ada, dah memadai dah. Tak payah nak pergi beli kat pasar.




Okay, dah siap kemas dan tajak rumput dah. Tapi belum siap angkut lagi rumput dan segala sampah tu. Ingat nak biar kering dulu sebab senang nak bakar. 



 Haaa.. Lepas tajak rumput, barulah nampak jelas anak-anak pokok cili tu. 




Kebanyakannya pokok cili je dan banyak pokok cili padi yang tumbuh kat atas tanah tu sebab ada buah cili yang dah masak tu aku tak petik. Maka, apabila buah cili tu gugur ke tanah, ikut suka dia la nak tumbuh ke, apa ke. Kalau tumbuh, alhamdulillah, aku biarkan je kat situ. Tak payah dah nak ubah-ubah masuk dalam pasu ke atau tanam tempat lain. Rezeki juga tu, kan?


Dan ini adalah antara penonton yang sibuk je jadi tukang tengok dan tukang kacau apa yang aku buat. Bukannya nak tolong. Haha.




Tips nak bagi pokok cili hidup lama.

-> Jika nampak akar pokok cili tu dah terkeluar atas tanah, hendaklah ambil tanah lain dan tutup akar tu. Ataupun, boleh juga tutup akar tu dengan sabut ataupun rumput mesin yang dah kering. Nak tutup dengan daun serai yang dah dipotong-potongpun boleh. Yang penting, akar pokok cili tu tidak terdedah kepada cahaya matahari yang terik.


p/s: Alhamdulillah. Syukur selalu.

Tuesday, September 6, 2016

Beranak dalam kawah?

Assalamu'alaikum.

Beranak dalam kawah?


Masa kat dapur, aku terdengar suara nyaring berbunyi dari dalam stor. Bunyi apakah? Jeng ! Jeng! Jeng! Hahaha. Kasi suspen sikit maaa.. 


Okay, ini stor rumah aku. Kalau dah namanya stor, haruslah rupanya tak semenggah mana. Heh. 




Dan ini pula suspek yang aku dengar suaranya tadi. Senang lenang nampak! Adeh!



Ini adalah si Bebel. Entah bila dia beranakpun, aku tak tau la. Tapi hari tu aku ada nampak dia panjat kat atas stor tu. Masa tu dia tak beranak lagi. Dengan perut yang memboyot tu pun dia boleh panjat tempat tinggi lagi. Cayalah Bebel! Haha.



Pandai pulak tu dia cari tempat nak beranak. Siap pilih kawah yang ada lapik kain lagi kat dalam tu. Hehe.




Kali ni Bebel beranakkan lima ekor anak dia. Sebelum ni Bebel pernah beranak sampai sembilan ekor untuk satu kali beranak! Pengsan mak jemah menengoknya tapi semua anak dia tak panjang umur.



Bertambah lagi kucing kat rumah aku ni. Tapi takpe. Sangkar besar dah ada. Apartment empat tingkat lagi tu. Haha. Jadinya, aku takde la nak risau sangat. Nanti letak je dorang semua tu kat situ. Boleh la join dengan geng yang dah besar sikit ni haa.. Hehe.





p/s: Hari tu sepuluh ekor kucing aku mati gara-gara virus apa entah. Tak lama lepas tu, si Olen beranakkan lima ekor anak dan sekarang si Bebel pulak beranakkan lima ekor anak jugak. Dah dapat balik sepuluh ekor yang mati tu walaupun tak sama. Ni la namanya patah tumbuh, hilang berganti. 

Saturday, September 3, 2016

Takut tak?

Assalamu'alaikum.

Takut tak?

Serius, aku takut tengok gambar hujung jari yang ada mulut ni. Tak dapat digambarkan bagaimana keadaannya nanti apabila jari-jari kita yang berkata-kata. 




Sebab tu la aku kurang sangat kongsi cerita atau video yang jadi viral kat fesbuk tu. Mana kisah atau video yang baik, boleh je aku kongsi tapi kalau cerita bab artis cerai berai, datok gatal nak berbini lebih dan sebagainya atau kisah politik yang melampaui batasan, memang aku susah nak kongsi. Baca komen orang kat ruangan komen tu pun dah buatkan aku beristighfar panjang. Takut aku tengok komen yang mencarut memaki semua tu. Nau'zubillah. 


Nak komen, boleh tapi biarlah setakat memberi pandangan mengikut apa yang kita rasa. Tak salah nak bagi pendapat. Yang salah tu sebab suka sangat gunakan bahasa caci maki semua tu. Kesat sangat bahasanya. Tak takut ke tulis bahasa yang kesat tu, nanti ia balik semula kat kita? 


Biarlah tak ramai yang jadi pengunjung blog aku ni. Apa gunanya buat kisah yang mengundang fitnah semata-mata nak naikkan traffic blog. Zaman itu sudahpun berlalu. Hidup ini hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata.


p/s: Nak maki, maki je dalam hati. Takpun, maki je sorang-sorang. Tak perlu nak maki kat ruangan komen fesbuk tu. Jom sama-sama muhasabah diri kita.

Thursday, September 1, 2016

Posing maut sakan!

Assalamu'alaikum.

Posing maut sakan!


Bukan main lagi dia ya. Posing maut sakan! 


 ^
Mujurlah kau ni kucing. Takde siapa nak bising kau buat aksi gedik macam ni. Heh.
v


Kerusi tu sengaja aku letak kat sebelah katil tempat mak aku tidur. Boleh pulak si Kuning ni jadikan tempat dia tidur jugak. Ingatkan nak tolong jaga mak aku. Sekali dengan diapun tidur sama. Apa daaaa.. Haha.


Kucing-kucing aku tu suka je lepak kat kawasan katil mak aku tu. Kadang-kadang ada yang tidur kat atas katil tu. Aku siap cakap dengan kucing-kucing aku tu. Aku cakap; nanti tokong jaga Wan, tau!


p/s: Dengan kucingpun boleh bercakap. Ahahaha.

Tuesday, August 23, 2016

Rileks-rileks sudah!

Assalamu'alaikum.

Rileks-rileks sudah!


Aku dah malas dah nak ambil port sangat fasal  semua ni. Aku nak buat rileks je. Kalau beria-ia aku layan, makin sakit pulak jiwa aku nanti. Aku tak nak rosakkan jiwa aku dengan benda-benda macam ni. Life is too short. Jadinya, manfa'atkan kehidupan ini dengan sebaik mungkin. 




Sekarang ni, aku nak happy-kan diri aku je. Kalau bukan diri kita yang bagi motivasi pada diri sendiri, siapa lagi yang kita nak harapkan? Sebab tu kita kena kuatkan semangat. Jangan cepat sangat melatah tak tentu hala lagi-lagi berkaitan dengan perkara yang tak penting. Heh.




p/s: Kita kenalah sentiasa cool. Barulah nampak matang. Tak gitu? Kehkehkeh.

Monday, August 22, 2016

Mendung tak bererti hujan.

Assalamu'alaikum.

Mendung tak bererti hujan. 


Best! Suka pulak aku layan lagu duet gandingan dari Ella dan suaminya, Captain Azhar. Ella dan Captain Azhar berduet lagu Mendung Tak Bererti Hujan. Mula-mula tu suara Captain Azhar ada gegar-gegar sikit. Mungkin dia ada sedikit gugup tapi lepas tu okay dah. 



Ella & Captain Azhar: Mendung Tak Bererti Hujan.



Sebetulnya, malam tadi aku dah nak masuk tidur dah. Tapi sebelum tu, sempat la aku tukar cenel tv. Tup-tup tengok ada Ella tengah nyanyi kat rancangan Lentera Muzika. Siaran langsung lagi dari TV1. Maka, akupun tak jadi la nak tidur. Ahaha.


Tak tau kenapa aku rajin pulak pergi rakam gandingan duet antara Ella dan suaminya tu. Yang aku rasa masa tu adalah rasa seronok tengok pasangan ni berduet secara live. Aku memang sukakan suara Ella yang serak-serak basah tu. Tapi rancangan Lentera Muzika Ella malam tadi memang best! Pentaspun cantik. Muzik iringanpun terbaik. Suara Ella masih lagi sedap seperti dulu. Penontonpun bagi sokongan yang meriah. Tahniah untuk semua. 


Moga rumahtangga Ella dan suami, Captain Azhar, berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga mereka bahagia dan gembira selalu dengan cara mereka. Apabila tengok dorang bahagia, akupun tumpang gembira. Hehe.


Siapa yang terlepas peluang nak tengok konsert Ella ni, boleh la klik kat sini


p/s: Doakan kebaikan itu lebih baik daripada berkata yang bukan-bukan. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)