Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, May 16, 2017

Alahai anak!

Assalamu'alaikum.

Alahai anak!

Anak-anak aku kat rumah ni memang nakal sungguh aiihh...! Habis semua benda dorang nak buat main. Nak marah selalupun dah tak jadi apa dah. Jenuh dok cakap kat depa jangan dok kacau barang aku tapi depa buat tak tau je. 




Ikut hangpa la nak oiii nak buat apa. Mami dah tak tau dah nak cakap lagu mana kat hangpa semua. Mami? Kahkahkah.





p/s: Kucing kampung, biasa la dia punya lasak tu macam mana. Tak kisah dah nak main tanah semua tu. Hehe.

Monday, May 15, 2017

Pernah makan buah ni?

Assalamu'alaikum.

Pernah makan buah ni?

Pernah tengok buah ni? Tahu tak apa nama buah ni? Pernah makan tak? Tak pernah? Alahai, ruginya la. Heh.




Okay, aku zoom in lagi gambar ni biar nampak jelas sikit. Kot la lepas tengok gambar yang ini ada yang ingat balik kat buah ni. Ingat tak? 




Tak ingat jugak? Okay, kasi zoom in lagi. Ni dah habis jelas dah ni. Kalau tak ingat jugak, memang sah la dah lupa ingatan. Haha.




Buah ni nama dia buah letup-letup. Aku panggil dengan nama macam tu la. Orang lain aku tak tahu la dorang panggil buah ni dengan nama apa. Lain tempat, lain panggilannya, kan? Tak tahu jugak kenapa dinamakan letup-letup. Mungkin masa nak makan tu, kena picit dengan jari dan lepas tu akan keluar bunyi 'plop'! Lebih kurang macam tu la. Tak reti aku nak terangkan secara terperinci. :D


Entah dari mana datang benihnya, tiba-tiba aku tengok pokok buah letup-letup ni dah menjalar je kat pagar tepi kebun mini aku tu. Mula-mula tu ingatkan nak cabut buang je tapi lepas tu dok fikir, rasa sayang pulak. Dah lama sungguh tak makan buah letup-letup ni. Masa mula-mula pindah masuk FELDA ni dulu, inilah buah yang selalu aku makan. Kalau yang dah masak ranum tu, rasa dia memang sedap. Manis je.


Ada orang kata, ular suka pokok letup-letup ni. Cuak jugak la aku nak terus simpan. Namun, aku tawakkal je la pada Allah. Mudah-mudahan si panjang tu takde la berminat dengan pokok letup-letup aku ni. 


p/s: Sekarang ni agak susah nak jumpa pokok letup-letup ni. Tu yang apabila ia tumbuh kat tepi pagar, terus je aku biarkan dia menjalar kat pagar tu.

Selamat Hari Belia 2017.

Assalamu'alaikum.

Selamat Hari Belia 2017.

Jadilah belia yang memaju dan memakmurkan negara. Dan jadilah belia yang membanggakan negara.




Jangan jadi belia yang menyusahkan negara dan keluarga. Dan jangan jadi belia yang membangangkan diri sendiri. Contoh membangangkan diri? Kau makan apa-apa, lepas tu kau buat memek muka, lepas tu pulak kau pergi rakam aksi sambil makan tu melalui video dan kau upload video tu di laman sosial. Tolonglah jangan buat scene bodoh macam ni. 


p/s: Ingat Hari Belia, ingatlah hari lahir saya. Heh. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Sunday, May 14, 2017

Ubah anak pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Ubah anak pokok durian belanda.

Dua hari lepas, aku ubah anak pokok durian belanda yang aku semai hampir dua bulan lalu ke dalam polybag kecil. Aku ni main semai je benih durian belanda tu. Ikut sempat aku je sumbat dan tekan biji benih tu merata-rata. Tak sangka pulak banyak yang tumbuh. Apabila semua pakat tumbuh, mula la kalut cari tanah dan beli polybag. Haha.







Apabila dah siap ubah masuk ke dalam polybag, dapatlah banyak ni. Menceceh-ceceh la jugak peluh masin aku keluar. Hahaha.







Yang kat bawah ni ada yang aku dah semai dan ubah dari awal. Sebab tu ada pokok yang daun dia dah banyak sikit.


Kat rak ni je dah ada 29 anak pokok durian belanda.


Aku semai benih durian belanda ni untuk kakak aku. Dia ada kata yang dia nak buat kebun durian belanda kat kampung. Makanya, sebelum dia pencen ni, aku tolonglah semaikan dulu. Mudah-mudahan impian kakak aku tu dimakbulkan Allah. Moga Allah panjangkan usianya dan berikan kesihatan yang baik pada beliau. Aamiin.


Nak bantu dari segi kewangan untuk buat kebun durian belanda tu, aku tak mampu. Makanya, aku buatlah apa yang aku rasa aku mampu nak buat. 


p/s: Keseluruhannya, ada hampir 60 buah polybag anak pokok durian belanda ni. Rasanya, cukuplah setakat ni je yang aku semai. 

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?

Assalamu'alaikum.

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?



Ni merupakan salah satu pokok bendi yang aku tanam kat mini kebun aku ni. Pokoknya dah tinggi melebihi tinggi aku dah. Rasanya dah hampir enam kaki dia punya tinggi. Masalahnya, sampai sekarang pokok bendi ni masih belum ada buah lagi. 




Nak kata terlindung dari cahaya matahari, pokok bendi ni elok je dok kat tengah-tengah mini kebun aku ni. Kiranya dapat seratus peratus cahaya matahari la.




Akupun tak tau kenapa pokok bendi yang aku tanam dalam polybag ni payah sangat nak berbuah. Entah benih sesat dari mana agaknya. Tapi tengok kat pucuk atas tu, macam dah nak keluar bunga dah. Harapnya bunga tu nanti lekat la jadi buah. Jenuh dah ni aku tunggu buah bendi ni keluar. 



Ni bunga ke, buah? Macam nak jadi buah terus je ni. 


Apa yang peliknya, pokok bendi yang aku tanam di bawah pokok rambutan ni, elok pulak berbuah walaupun pokoknya masih lagi rendah dan tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Dah tiga kali jugak la aku ambil buah dia. Tapi sepokok tu ambil sebuah je la sebab bendi ni keluar tak sama waktu.




Baru je petik buah bendi yang ini. Sebijipun jadi la. Haha.


Apapun, alhamdulillah. Hidup jugak pokok bendi aku ni. Bendi ni payah nak hidup. Punya la banyak benih yang aku semai, ini aje yang hidup dan besar dengan sihat. 


p/s: Takpe, sabar je la menunggu buah bendi dari pokok tinggi melangit tu keluar. 

Friday, May 12, 2017

Siapa kata yang rendang tu tak berbuah?

Assalamu'alaikum.

Siapa kata yang rendang tu tak berbuah?

Kan? Sesuka hati je kata rendang tak berbuah sampaikan ada lagu gunakan tajuk macam tu. Heh.


Ni ha, elok je dia rendang tapi banyak buah. Aku siap bagi bukti bergambar lagi ni. Haha.


 Rendang, kan?






Alhamdulillah, pokok limau purut aku ni dah banyak kali berbuah. Aku takde la letak baja. Mungkin dia serasi dengan tanah dari sisa sawit tu.


p/s: Boleh la buat tomyam selalu. Tadipun aku buat tomyam ayam. Hehe.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)