Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 3, 2017

Gambar untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Gambar untuk hari ini.


Aku memang suka ambil gambar dan letakkan dalam blog aku ni. Tapi bukan gambar selfie la ya. Yang ni aku tak suka nak tayang-tayang. Ahak. Aku lebih suka kongsikan gambar pokok dan kucing aku selain daripada gambar makanan yang aku masak dan gambar baju yang aku jahit. Selfie welfie semua ni bagi je la kat orang lain yang tayang. 


Walaupun cuma menggunakan kamera dari handphone Nokia E5 aku ni, namun aku tetap suka ambil gambar. Haha. Ni la namanya takde kerja cari kerja. Heh.


So, jom la cuci mata. 👀  👀 👀 










Bunga senduduk ungu.



















 Bunga halia. Unik, kan?




Disebabkan selalu berkebun dan jugak memasak, maka kuku jari kenalah sentiasa dipotong pendek, kan? Biarlah jari tu gemok dompok sekalipun, yang penting kuku tu pendek. Hahaha.




p/s: Okay, habis dah gambarnya. Nanti aku ambil lagi gambar lain pulak. Takpun,  recycle je gambar yang sedia ada. Yang penting, bukan curi gambar orang lain dan bukan gambar copy paste lepas tu mengaku gambar sendiri. Haha.

Monday, July 31, 2017

DIY: Takde kerja, cari kerja.

Assalamu'alaikum.

DIY: Takde kerja, cari kerja.


Ni la namanya, takde kerja, cari kerja. Haha. Jika boleh DIY, semua benda nak di kitar semula. Yang penting, tak perlu membazir. Heh.


Mula-mula, kitar semula bekas tomyam dari Knorr ni dan jadikan bekas untuk Maggie Secukup Rasa ni pulak. Tampal sahaja pelekat tu kat atas botol tu. Tak perlu dah beli bekas baru. Kan jimat namanya tu. Ahak.




Lepas tu, mula fikir lagi dan lagi. Disebabkan tempat yang sangat terhad di ruang dapur, maka akupun kitar semula botol air mineral ni pulak. 




Makanya, jadilah ia seperti dalam gambar di bawah ini. Haha.




Lepas tu, dok fikir lagi. Apa kata gunakan botol air mineral yang kecil tu untuk letak bekas yang kecil? Hasilnya, jadilah seperti di bawah. Heh.




Kat rumah ni, aku yang masak. Makanya, atur susun tu kenalah sesuai dengan cara aku yang nak masak. Yang penting, senang nampak dan senang nak ambil. Takde la terkial-kial nak mencari atau nak julur tangan panjang sedepa sebab tak sampai nak capai.





p/s: Rumah aku ni rumah kampung je. Lain la rumah bandar atau kondominium yang siap ada kabinet semua tu. 

Sunday, July 30, 2017

Jadi la sekadar untuk merasa.

Assalamu'alaikum.

Jadi la sekadar untuk merasa.


Dah banyak kali dah tengok orang dok tunjukkan gambar buah ceri ni. Kecur jugak air liur tatkala melihatnya. Namun, disebabkan harganya yang mahal, hanya mampu tengok je la. Lagipun tengok gambar je. Masih boleh lagi menahan rasa. Haha.


Tapi, disebabkan buah ceri tu dah nampak di depan mata, yang betul-betul buah dan bukannya sekadar gambar semata, maka akupun beli jugak la satu bekas ni sekadar ambil syarat. Bukan apa, takut nanti apabila balik ke rumah, teringat-ingat la pulak, kan? Inipun fikir beberapa kali jugak ni sebelum beli. Maklum la, bajet ciput. Hehe.




Satu bekas ni harga dia RM9.99. Berat dia dalam anggaran 250 gram. Masa ni ada harga promosi. Kalau takde harga promosi, akupun tak tau berapa harga sebenar buah ceri ni. 




Isi buah ceri ni lebih kurang macam isi buah plum. Dia punya bijipun lebih kurang sama je. Rasanya? Memang sedap la. Benda mahal, mestilah sedap, kan? Hahaha, tipikal sangai aihh.. Heh. 




Sanggup tu pi simpan biji buah ceri ni. Hajatnya nak la cuba semai. Kot la boleh hidup. Hidup tu insyaallah la tapi tak tau la samada panjang umur dia, boleh keluar buah ataupun tidak. Haha. Apa yang penting, kena la cuba dulu. Tak cuba, mana la nak tau, kan?




p/s: Nanti jika ada rezeki, nak beli lagi la buah ceri ni. Harap-harap ada lagi la harga promosi. Heh.

Saturday, July 29, 2017

Bukan rezeki aku.

Assalamu'alaikum.

Bukan rezeki aku.



Ini merupakan pokok betik yang pertama aku semai dan tanam.
Mujurlah dia pokok betik betina. Haha. Tak sabar nak merasa buah sulung tu masak. 




Gambar pada 12 April 2017.


Buah betik asalnya pemberian jiran. Buahnya memang takde biji. Tapi dah namanya rezeki, masa jiran tu bagi buah betik tu, lepas tu aku belah, tengok ada beberapa biji benih di dalamnya. Rasanya tak sampaipun 6 biji. Terus la aku semai.




Gambar pada 12 Julai 2017.


Yang cambah empat pokok, dua mati lepas tu dan satu lagi pokok jantan. Dah keluar bunga dahpun yang jantan tu. Ada kat sebelah pokok betik yang ini. Tapi sekarang pokok betik jantan tu aku dah tebang dah.


Aku ingatkan dapat la aku merasa buah sulung pokok betik aku ni. Namun apakan daya, jika sudah tertulis ia bukan rezeki aku, memang tak boleh nak kata apa dah la. 


Gambar yang diambil tengah hari tadi.


Akupun tak tau kenapa pokok betik aku jadi macam ni. Tiba-tiba je daun dia layu dan kuning. Nak kata kena serang dek anai-anai, takde pulak nampak sarang anai-anai tu. Batang pokok betik tu pun elok je takde kena serang dek serangga ke, apa ke. Entah la. Pelik jugak ni. Sedih dan ralatpun ya jugak. Haha.


p/s: Buat masa ni, aku biarkan aje dulu pokok betik tu kat situ. 

Monday, July 24, 2017

Hari Peneroka 2017.

Assalamu'alaikum.

Hari Peneroka 2017.


Semalam, 23 Julai 2017, aku ikut rombongan pergi ke majlis Hari Peneroka untuk warga FELDA yang diadakan di Dataran Putrajaya. Ini merupakan rombongan yang pertama yang aku sertai dengan geng-geng kat sini. 


Seawal pukul 3.30 pagi aku dah bangun dah. Kitorang diarahkan berkumpul depan masjid pada pukul 4.30 pagi. Jadinya, pukul 4.15 pagi tu aku dah keluar dari rumah dah dengan dua orang lagi jiran aku. Abang aku hantar sampai masjid. Sampai situ, tengok dah ada dah lima orang yang sudah menunggu. Bas dijangka bertolak pada pukul 5 pagi.


Tepat jam 5 pagi, rombongan kamipun mula bertolak. Konvoi dua bas. Sepatutnya konvoi 3 bas tapi sebuah bas tu lambat sikit namun kami berjumpa masa menunaikan solat subuh di masjid Bentong. Lepas tu, barulah bergerak konvoi tiga buah bas. Setiap bas mewakili setiap rancangan FELDA. Kat tempat aku ada tiga gugusan FELDA, tu yang jadi tiga buah bas tu. Bas yang aku naik tu tak penuhpun sebab hari minggu tu ramai yang ada urusan masing-masing. 




Rombongan kami berhenti untuk sarapan di RnR Gombak ni. Aku makan nasi goreng dengan telur mata kerbau yang berharga RM4. Dalam pukul 9.30 pagi, kami dah sampai dah kat jalan bawah ni haa. Lenguh kaki dan semput nafas kena panjat tangga tu. Nampak sangat tak fit. Haha.










Sebelum bergerak balik, aku makan dulu sebab makanan disediakan. Lepas tu, aku beli pizza Zoul ni. Saja la nak bawa balik untuk abang aku kat rumah ni. Lagipun takde beli apa-apa, makanya, beli aje la pizza ni. Satu kotak ni yang ada enam keping, harga dia RM30. Sedap jugak pizza ni. Roti dia lembut je. Tapi yang ni takde cheese yang melekat-lekat tu. Elok jugak takde sebab aku bukannya suka makan benda alah tu. Heh.







Aku tak ambil banyak gambarpun. Takut bateri handphone aku kong. Maklum la, handphone rare, kan. Haha. Aku ambil gambar sekadar buat syarat je. Takdenya nak cari sudut yang cantik ke, apa ke. Lagi satu, aku ni kan memang jenis malas nak bergerak ke sana ke mari. Lebih selesa duduk kat kerusi je. Haha. Lagipun di pertengahan majlis, hujan turun. Hujan rahmat namanya tu. Alhamdulillah. 


Kami bertolak balik tepat pukul tiga petang. Singgah rehat sekejap kat Genting Sempah. Aku beli mee goreng basah yang panas. Lepas makan tu, barulah perut rasa lega sebab dari pagi perut asyik isi dengan makanan sejuk je. Kami sampai semula depan masjid tempat berkumpul pagi tadi lebih kurang pukul 7 malam. Alhamdulillah, rombongan kami selamat pergi dan selamat balik tanpa ada sebarang masalah. Syukur.


p/s: Cerita secara ringkas je ni. Kalau nak cerita semua secara terperinci, dah macam travelog pulak jadinya. Heh. Cerita dan gambar selebihnya, boleh la jenguk kat sini. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)