Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, August 24, 2017

Bertahun aku menanti, akhirnya...

Assalamu'alaikum.

Bertahun aku menanti, akhirnya...


Iya. Memang dah lama aku tanam pokok bunga amaryllis ni tapi sekalipun dia tak pernah keluarkan bunga dia. Rasanya dah lebih dari tujuh tahun. Dah macam-macam jenis baja aku taburkan tapi hasilnya tetap nan hado. Kedekut sungguh aihh...!


Ikutkan hati, memang nak buang je tapi apabila fikir balik semula, takpe la, biar je la dia kat situ. Lagipun aku beli anak pokok ni dengan jiran aku. Harga dia RM6. Masa tu pokoknya kecil je. Yang buatkan aku geram adalah pokok jiran aku tu dah berkali-kali keluar bunga tapi pokok aku ni sekalipun tak pernah berbunga. 


Baru-baru ni, dek kerana terlalu geram, aku siap ugut pokok ni. Aku kata; kali ni kalau kau tak nak berbunga jugak, aku buang terus! Lantak la. Takde dah nak fikir sayang ke, apa ke. Ha, sampai macam tu sekali tahap kegeraman aku. Hahaha.


Tup-tup, tak berapa hari lepas tu, aku tengok dah keluar dah sulur bunga dia. Ya Allah! Aku punya suka tu tak boleh nak digambarkan. Seronok sangat. Alhamdulillah. Ni semua atas izin dari Allah. Bukan sebab aku ugut nak buang dia. Hehe.


^
Gambar pada 18/8/2017
v



 Gambar pada 22/8/2017.


Gambar pada 23/8/2017.



Dan di bawah ini pula merupakan gambar yang aku baru ambil tadi. Kiranya gambar pada 24/8/2017 la. Heh. Sekuntum bunga ni dah berkembang dah. Cantiknya warna dia. Alhamdulillah. Seronoknya hatiku ini. Ecehh... 








Dan setelah tujuh tahun lebih amaryllis ni tak pernah berbunga langsung, kini dia berbunga lagi untuk kali yang kedua dalam jangka masa dua minggu dari bunga yang kali pertama. Alhamdulillah.





p/s: Dia punya seronok tu lain macam! Alhamdulillah. Hehe.

Cara mudah nak alihkan barang berat.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah nak alihkan barang berat.


Aku tak tau nak letak apa untuk tajuk entri aku kali ni. Makanya, aku letak aje tajuk macam kat atas tu. Jika tajuk tu tak kena dengan isi dalam entri, aku minta maaf la ya. Heh.


Cara aku ni mudah je. Aku hanya gunakan penutup mister potato ni. Hah! Tak percaya? Percayalah. Haha.




Kisahnya begini. Malam tadi, aku nak ubah susun atur barang kat dalam bilik jahit aku ni. Aku nak alih la kedudukan mesin jahit tepi aku ni. Masalahnya, mesin ni berat ya amat. Memang boleh tarik sebab tapak kaki tu ada macam getah yang melekat tapi susah nak bergerak sebab berat. Jenuh weii nak tarik. Nak angkat berduapun berat. Nak tolak memang tak boleh sebab dia tak akan bergerak. Masa dok terhegeh-hegeh tarik mesin ni la aku terpandangkan bekas kosong mister potato ni. Terus aku dapat idea untuk letakkan penutup tu di bawah tapak kaki mesin jahit tepi aku ni.




Aku letakkan empat penutup mister potato tu pada empat kaki mesin jahit aku ni. Lepas tu, terus je aku tolak dan dengan mudahnya, mesin itupun bergerak. Tak payah ajak orang untuk tolong. Yang penting, permukaan lantai kena licin dan rata. Kalau permukaan lantai tak sekata, memang payah la nak buat kerja menolak dan menarik tu sebab nanti dia sangkut-sangkut.




Gambar bawah ni pulak aku letakkan penutup plastik yang ada kat tin susu pekat manis. Penutup ni dah lama aku simpan. Sekarang ni aku mana ada beli dah susu pekat manis ni. Dah tak minum dah.




Senang dah nak ubah-ubah kedudukan kerusi besi ni. Takde la bunyi bising kesan tarik kerusi besi tu. Lantaipun takde la rosak dan ada kesan karat.




p/s: Tengok pada jenis barang jugak la nak letak lapik penutup plastik macam ni. Tapi tak salah nak cuba untuk barang lain pulak, kan?

Monday, August 21, 2017

DIY: Buat bookmark sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat bookmark sendiri.


Haha. Masih lagi dengan entri berjimat cermat. Kali ni nak tunjuk cara aku buat bookmark sendiri. 


Aku ni suka beli dan baca novel dan ada di antara novel tu sudahpun aku jual balik semula. Cuma sekarang ni je aku dah kurang beli dan baca novel tu. Kalau dulu, dalam empat lima tahun lalu, memang mencanak je mood aku dalam membaca novel ni tapi sekarang ni, hmmm... Hahaha. 


Disebabkan ada novel yang tidak disertakan sekali dengan penanda buku ataupun bookmark, maka akupun buat la bookmark sendiri. Tak kuasa aku nak beli bookmark semata-mata. Kadang-kadang kalau takde bookmark, aku tanda je muka surat yang aku baca tu dengan tisu. Kahkahkah.


Bookmark versi aku ni senang je nak buat. Korangpun boleh buat jugak. Yang penting, JIMAT! Heh.



 ^
Gunakan aje apa-apa kad,  label yang ada pada pakaian atau label pada apa-apa barang yang kita beli. Dan ambil je tali atau riben dari beg kertas doorgift yang kita selalu dapat tu. Buatlah ikut kreativiti kita. 
v





Mudah je nak buat bookmark ni, kan? Hanya perlu masa dan sedikit je tenaga untuk membuatnya. Haha. Malu ke nak gunakan bookmark macam ni? Alah, bookmark aje pun. Lagipun bookmark ni letaknya dalam buku. Hanya sebagai penanda muka surat buku sahaja. Lainlah kalau kau pi gantung bookmark tu kat leher. Haha.


p/s: Aku memang tak suka membazir sebab membazir itu amalan syaitan. Kalau asyik membazir je, sampai bila nak belajar menabung, kan?

Wednesday, August 16, 2017

Urut Sayang.

Assalamu'alaikum.

Urut sayang.


Kali ni aku nak kongsikan apa yang aku ambil dari facebook. Ia berkaitan dengan teknik mengurut untuk mengurangkan beberapa jenis kesakitan yang kita alami. 


Sumber gambar aku ambil dari SINI.  Tapi aku dah screen shot untuk aku masukkan dalam entri blog aku ni. Cuma bahagian komen tu aku terpaksa sembunyikan sebab ada komen-komen yang agak lucah sikit. Tak seronok la tayang komen macam tu kat entri blog aku yang suci murni ni. Hahaha.





Jom tengok gambar yang aku dah screen shot tu. Nanti boleh la cuba buat sendiri.










Aku selalu tengok ada dua tiga orang jiran aku selalu buat urutan kat jari jemari dorang. Mulanya aku takde la nak ambil kisah sangat tapi selepas baca info ni, barulah aku tau kenapa dorang buat macam tu. Ada sebab rupanya. 


p/s: Tak salah untuk kita mencuba, kan?

Tuesday, August 15, 2017

Terima kasih, jiran!

Assalamu'alaikum.

Terima kasih, jiran!


Alhamdulillah, dapat rezeki lagi. Kali ni jiran depan rumah bagi buah betik dan pisang ni. Betik tu dah selamat dah masuk dalam perut. Pisang tu dah aku goreng, pun dah selamat masuk dalam perut. Hehe.







Percaya tak kalau aku kata yang aku goreng pisang ni menggunakan tepung goreng ayam ala-ala KFC tu? Tak percaya? Percaya je la. Hahaha.


p/s: Syukur dapat jiran yang baik. Semoga kitapun jadi jiran yang baik kepada jiran kita. 

Monday, August 14, 2017

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.


Zaman sekarang ni, jika ada benda yang kita boleh buat sendiri atau DIY, baiklah kita usahakan untuk buat sendiri. Disamping dapat menjimatkan kos, kita juga dapat satu pengalaman baru. Mungkin percubaan kali pertama itu menjadi dan ia akan jadi semangat pada kita untuk terus gigih berusaha. 


Ewah, dah macam apa dah dia punya intro. Hahaha.


Okay, aku cuma nak kongsikan cara aku buat baja kompos ni je sebenarnya. Hehe. Baja kompos aku ni bahan dia mudah ya amat. Apa yang aku perlukan cuma daun kering dan juga tanah hitam. Tanah hitam ni aku beli kat nurseri sebab malas nak mencangkul. Kata nak jimat tapi nampak gayanya tak jimat jugak. Haha. Takpe, beli tanah hitam tu bukannya banyak manapun. Beli sekampit besar tu je dah la.




Aku dah lama dah simpan daun rambutan kering yang aku sapu ni. Aku simpan dalam plastik sampah yang besar tu. Lama jugak aku peram sampai naik reput la plastik tu. Hehe. Daun rambutan yang kat bahagian bawah tu pun dah mereput dah. Yang kat atas tu je yang masih degil tak nak mereput. Jadi, aku kenalah gunting kecil supaya ia mudah nak reput.




Cara nak buat baja kompos ni adalah dengan masukkan daun kering yang dah reput tu ke dalam pasu dan diselang selikan dengan tanah hitam tadi. Buat sampai penuh pasu tu. Biarkan je pasu tu terdedah dan jika hari tak hujan, kenalah siram supaya proses pereputan daun tadi menjadi semakin lancar. Letak la daun reput tu banyak sikit daripada tanah. Jadi, dapat la kita jimatkan tanah tadi. 


Jika ada lebihan kulit buah seperti kulit betik, kulit pisang atau kulit jagung, boleh jugak masukkan sekali. Seeloknya, potong kecil dulu semua kulit tadi. Nak masukkan kulit telurpun boleh tapi syaratnya, kenalah hancurkan dulu kulit telur tu. Boleh jugak masukkan lebihan sayur yang dah layu yang kita tak nak masak. Kesimpulannya, bahan buangan tadi boleh dimanfa'atkan sepenuhnya jika kita rajin. 



Aku lupa dah ni anak pokok apa. Samada anak pokok kobis bulat ataupun kobis bunga.


Apa yang penting, jangan masukkan sisa makanan yang sudah dimasak terutama sekali makanan yang berminyak. Takut nanti keluar ulat pulak. Kang tak memasal kita pulak yang geli nak tengok.


p/s: Aku dapat empat pasu baja kompos ni. Pasu aku tu agak besar jugak. Jika aku isi tanah je dalam pasu tu, sekampit tanah tu cuma dapat isi dalam dua buah pasu je.



Update. (29/8/2017)
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pulak percubaan aku buat baja kompos dengan menggunakan sisa buangan dari dapur. Segala jenis kulit buah, kulit telur, lebihan sayur yang dah layu, kulit bawang dan sebagainya aku kumpulkan dan aku masukkan ke dalam pasu besar ni secara berselang seli dengan tanah hitam yang aku beli kat nurseri.





 Tutup dengan jaring dan jangan lupa siram untuk mempercepatkan proses pereputan.



Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)