Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, March 3, 2017

Semalam punya cerita.

Assalamu'alaikum.

Semalam punya cerita.

Semalam, hari Khamis, aku berpuasa. Entah semangat apa yang datang, tiba-tiba rajin pulak aku buat pajeri nenas dan buat kuih kaswi bersantan ni. Okay la tu sebab rajin yang ada kebaikan. Tak gitu? Heh.


Aku letak gambar yang ada kaitan dengan pajeri nenas dulu la ya. Dan aku sertakan sekali resepi dan cara aku buat pajeri nenas ni. Jangan dok pertikaikan resepi aku tau. Lain orang, lain cara mereka. Itu yang kita kena respect sebab kreativiti dan citarasa masing-masing tak sama. 


 ^
Lapan sudu makan serbuk kari ikan yang dibancuh dengan air, satu batang kulit kayu manis, enam tangkai bunga cengkih, empat biji buah pelaga, dua kuntum bunga lawang, dua tangkai daun kari, dua biji kelapa dan serbuk ketumbar.
v


 ^
Dua labu bawang besar, tiga biji bawang merah, enam biji bawang putih, dua inci halia dan dua sudu makan penuh udang kering. Semua bahan ni dikisar. Potong la dulu bawang dan halia tu. Kang tak berpusing pulak blender kalau masuk sekali besar macam tu. Haha.
v


 ^
Dua biji nenas. Kupas dan bersihkan. 
v


 Gula merah ni aku gunakan satu sudu makan je sebagai ganti untuk gula putih.


Okay, sekarang masa untuk memasak pajeri nenas ni pulak. Jom tengok gambar dan kenalah baca penerangannya sekali. Haha.


 Mula-mula, panaskan minyak secukupnya. Minyak kena lebih sikit la ya. Lepas tu, masukkan bahan empat serangkai tadi berserta daun kari. Tumis sampai naik bau harum. 


 Lepas tu, tuangkan bahan kisar tadi. Tumis lagi sampai keluar lagi bau harum semerbak. Haha.


 Kemudian, masukkan pula bancuhan serbuk kari tadi. Kacau-kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.


 Lepas tu, masukkan pula nenas. Kacau rata.


Kemudian, masukkan pula dua sudu makan serbuk ketumbar dan kacau sebati. Masak hingga nenas kelihatan kecut sedikit.
v


Lepas tu, masukkan pula santan. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan garam dan gula merah. Kacau rata dan masak sehingga kuah sedikit pekat. 
v


 ^
Akhirnya, siap sudah pajeri nenas aku. Boleh la aku frozen-kan.
v


Amboi, siap rakam video lagi tu. Haha. Tapi gambar video kurang cun. Masa ni kat luar hujan punya la lebat. Tu yang gambar gelap sikit tu walaupun dah pasang dua-dua lampu kat dapur.





Okay, sekarang kita beralih pada kuih kaswi bersantan ni pula. Kuih ni aku tak tau nak letak nama apa tapi aku gunakan resepi kuih kaswi. Cumanya aku letakkan santan untuk gantikan air. Tak sedap la makan kuih kukus yang takde santan ni. Heh.





Mudah je buat kuih kaswi bersantan ni. Sekejap je dah siap bancuh bahan tapi kenalah pastikan semua bahan dah sedia ada kat dapur kita. Cuma masa mengukus tu je la yang ambil masa sikit.


Ni resepi kuih kaswi bersantan aku.

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan gula pasir - Bergantung pada tahap kemanisan yang disukai.
1 sudu makan (penuh) tepung jagung
1 sudu makan (penuh) tepung beras
1/4 sudu teh garam halus - anggaran secubit
1 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna merah Rose - Nak gantikan dengan pandanpun boleh tapi kena kisar daun pandan dengan santan.

Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Jika masih ada tepung yang bergentel, boleh masukkan ke dalam blender dan kisar. Lepas tu tapis dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama lebih kurang 40 minit atau sehingga kuih masak. 






Rasa kuih kaswi bersantan aku ni dah macam rasa kuih lapis. Hentam aje la labu. Hahaha.


p/s: Siap dah dua menu. Selamat mencuba. Ehh, ada ke yang nak cuba buat? Ahahahaha.

1 Tukang Tembak:

Farrah MF said...

Terliur tengok pajeri...sedappnyaaaa :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)