Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Green World. Show all posts
Showing posts with label Green World. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Angkara siapakah ini?

Assalamu'alaikum.

Angkara siapakah ini?


Dalam minggu lepas, aku dok tertanya-tanya sendiri; kenapa daun pokok bunga kobis aku ni jadi macam ni? Mulanya ingatkan kena gigit dek siput babi ataupun belalang sebab ada jumpa dorang kat pokok sawi berdekatan.





Pagi tadi, aku tengok makin banyak daun bunga kobis ni yang rongak. Ish, tak boleh jadi ni. Daun ni dah la sedap buat goreng. Rasa ralat jugak apabila daun dia dah rosak macam tu. Maka, belek-belek la daun tu tapi masih tak jugak jumpa suspek.


Geram punya fasal, akupun potong la satu pokok bunga kobis tu. Masa pegang bahagian yang kena potong tu la baru nampak ulat hijau tu sebab pegang terbalik. Ooo.. Rupanya dorang sembunyi di bawah daun. Patut la tak jumpa. Memang selamat jalan romeo la jawabnya. 






Daun yang elok tu, kita ambil la buat goreng. Jangan pulak dibuang. Tak baik membazir.




Dua gambar yang kat bawah ini merupakan pokok bunga kobis yang masih ada. Lepas ni, kena semai yang baru pulak.





Daun pokok bunga kobis ni sedap dibuat goreng. Kadang-kadang nak tunggu dia keluar bunga tu makan bulan jugak. Lepas tu, bunga dia alahai, sebesar penumbuk je. Baiklah buat goreng ketika pokoknya masih muda. Dapat jugak jimat duit dapur, dah tak payah dah beli sayur hijau.



p/s: Hidup kita ni, kena bijak merancang lebih-lebih lagi yang melibatkan soal kewangan. Dapat jimat dua tiga ringgit sehari untuk duit sayur, pun dah memadai dah. Sebab itulah kita kena rajinkan diri untuk tanam sendiri di rumah.
.

Sunday, January 28, 2018

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.


Alhamdulillah. Ini merupakan eksperimen aku untuk cuba tanam kobis bulat dengan menggunakan anak pokok yang tumbuh setelah buah kobis tu diambil.




Lebih kurang dua minggu jugak untuk anak pokok kobis ni membesar seperti di dalam gambar.




Ada yang suruh aku ambil dan buat masak je sebab katanya, inilah baby kailan. Tapi aku menolak sebab aku memang nak buat eksperimen.




 Tu, nampak macam dah keluar akar,kan?


Aku tanam anak pokok kobis ni dalam pasu besar. Aku letak tanah tu suku pasu je dulu. Kemudian, aku padat-padatkan tanah tu pada bahagian pangkal anak pokok. Lepas tu, aku siram perlahan-lahan.



Setakat ini, aku baru tanam anak pokok kobis tu dalam empat pasu. Masih ada lagi anak kobis tu yang belum aku ambil. Nanti aku akan ubah jugak anak kobis tu ke dalam pasu. Tunggu masa je ni.


Dan ini pula pokok kobis yang aku tanam dari batang kobis yang dah patah. Aku buang sedikit daun pada bahagian bawah tu dan aku tanam semula dalam pasu. Rapatkan tanah dengan daun yang bawah sekali supaya batang kobis tu terlindung dari cahaya. Aku letak dahulu pasu kobis tu kat tempat redup yang terlindung dari limpahan air hujan. 




Alhamdulillah, sekarang dah nampak stabil dah pokok kobis tu. Dah boleh letak kat tempat yang terbuka.




p/s: Tak cuba, tak tau. Lebih baik kita cari pengalaman sendiri daripada kita berkata yang bukan-bukan seolah-olah kita telah melalui pengalaman tersebut.✌️
.

Sunday, January 14, 2018

Jom petik kobis!

Assalamu'alaikum.

Jom petik kobis! 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, yang aku tunggu, sudah boleh dipetik. Kobis bulat dah petik dah sebuah. Walaupun kecil tapi padat isi dia. Berat dia sekilo lebih. Ada lagi lima biji kobis dalam pasu. Yang ni lambat lagi boleh petik. Mungkin dalam bulan dua nanti. Tengok la dulu macam mana. Orang kata, kalau kulit kobis tu dah mula pecah, itu tandanya dah boleh petik dah. Kalau biarkan, nanti dia merekah.






Tunggul kobis tu jangan cabut dulu. Biar je kat dalam pasu. Nanti akan keluar tunas dan boleh jadikan anak pokok. Nanti jadi la dia pokok kobis balik semula. Siram dan baja je macam biasa. Nanti nak cuba jugak tanam guna anak tunas.












Entri ni, dah lama ada dalam draft. Tapi disebabkan laptop aku buat hal, maka lambat la aku publish. Ni laptop dah okay sikit, cepat-cepat aku update dan publish. Maklum la, blog aku ni kan semua benda aku nak masukkan. Heh.


p/s: Ada lima biji kobis lagi dalam pasu. Mungkin bulan dua nanti baru boleh petik.
.

Saturday, October 21, 2017

Oh kobis ku sayang!

Assalamu'alaikum.

Oh kobis ku sayang!


Aku tak berapa ingat tarikh aku semai benih kobis bulat ni. Apa yang aku ingat, aku semai benih dia dalam bulan Ogos hari tu. 




Alhamdulillah. Sekarang ni ada sebiji kobis bulat yang dah besar tapi entah bila dia nak membulat. Haha. Rasanya dah dekat 3 bulan dah umur dia. 




Kobis yang lain tu masih kecil lagi. Tunggu ada tanah baru nak ubah masuk pasu besar sikit. Nak beli tanah kat nurseri ni pun satu hal jugak. Kena naik bas pergi Kuala Lipis. Kat sini ada jual tanah nurseri tu tapi aku lagi suka tanah yang dibeli dari kedai Peladang yang jenis 6 in 1 tu. Harga sama je RM12 sekampit besar tapi kualiti agak lain sikit la. Lagi bagus tanah yang dibeli dari kedai Peladang tu. 




Ni pulak pokok bunga kobis aku atau cauliflower. Ni pun semai dalam bulan yang sama jugak tapi belum nampak tanda-tanda lagi nak keluarkan bunga. Takpe, aku sabar je tunggu. Harapnya janganlah pokok tu meragam seperti diserang penyakit dan sebagainya. Dah lama aku tunggu nak tengok hasilnya depan mata sendiri. 






Pokok bunga kobis aku dah mula keluarkan bunga dia. Kecil lagi bunga dia. Ada la sebesar telur ayam. Aku buat macam ni untuk elakkan bunga dia rosak dek cahaya matahari yang terik atau ditimpa air hujan yang berlebihan.








Seronok apabila berkebun ni. Selain daripada mengeluarkan peluh, ia juga menjadi satu terapi jiwa dan minda serta ia mengajar kita untuk lebih menjadi seorang yang penyabar. 


p/s: Pupuklah minat berkebun tu sedikit demi sedikit. InsyaAllah, pasti ada ganjaran yang menanti. Ganjaran itu bukan dari sudut wang ringgit semata.

Thursday, May 18, 2017

Jom tanam salad dan kucai!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam salad dan kucai!


Pagi ni aku cuba semai benih salad dan kucai. Ini merupakan kali pertama aku beli dan semai benih kucai dan kali kedua aku beli dan semai benih salad. Kali pertama semai benih salad dulu satu pokokpun tak hidup. Mungkin benih dah sambang/rosak walaupun gunakan benih dari jenama yang sama iaitu Green World.




Ni la cara aku buat lubang pada bekas yang berasaskan plastik. Aku panaskan mata pengetuk ais tu. Nak guna pakupun boleh. Ikutlah selesa masing-masing.





Aku gunakan bekas kiub ais yang tidak digunakan lagi. Daripada bekas tu buat menyemak dalam almari je, baiklah kita jadikan dia sebagai tapak semaian benih sayur. Haha.







Lagi satu, bekas semaian yang kita beli kat kedai yang warna hitam tu nipis sangat. Plastik dia mudah pecah. Walaupun harganya tidaklah semahal mana tapi jika dah selalu pecah dan asyik nak kena beli yang baru, rasa rugi jugak kat situ. Berbeza dengan bekas kiub ais ni sebab plastiknya tebal dan kuat.





p/s: Mudah-mudahan anak benih salad dan kucai aku ni bercambah dan hidup dengan subur. Tak tau la berapa lama proses pertumbuhan benih ni. Tunggu je la dalam masa sebulan ni.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)