Assalamu'alaikum.
Pau atau roti kukus?
Sebenarnya aku nak cuba buat pau walaupun tepung pau takde. Tak pernahpun beli tepung pau ni. Hehe. Dalam pada tu, berkira-kira jugak nak jadikan dia roti. Tapi mungkin sebab rasa nak mengukus tu lagi kuat, maka secara kebetulan, letrik takde la pulak. Haha. Maka, jadilah dia pau. Sedap jugak. Lain kali kita kukus je la. Jimat letrik. 🤭🤭🤭
Esoknya, aku buat lagi sekali. Sementelah anak-anak buah ada balik sempena cuti sekolah ni, tu yang aku buat tu. Kali ni aku letak inti kelapa dan inti coklat chip. Sukatan bahan untuk pau aka roti kukus aku ni aku main hentam je. Aku adun macam nak buat roti. Cumanya, aku tambah sikit baking powder.
Makan masa baru lepas masak ni sedap la sebab dia lembut dan gebu. Tapi kalau nak makan untuk esoknya, kena la kukus balik semula. Sebab tu kalau tengok orang jual pau, kita akan nampak pau tu sentiada dalam pengukus yang dipanaskan.
p/s: Alhamdulillah. Habis semuanya. Takde la membazir. Untung buat sendiri. Kalau nak beli, sebiji besar tu mau dua ringgit harga dia.
.
0 Tukang Tembak:
Post a Comment