Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kobis Bulat. Show all posts
Showing posts with label Kobis Bulat. Show all posts

Wednesday, March 21, 2018

Menu untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Menu untuk hari ini.

Orang kampung macam aku ni, menunya sempoi je. Asal boleh makan, dah syukur sangat dah. Yang penting, perut terisi dan kenyang. Alhamdulillah.



 Baki lauk malam tadi. Panaskan je. Dah boleh makan. Jangan membazir.


 Goreng kobis bulat bersama kucai. Hasil dari kebun mini aku sebelah dapur.




Petangnya pula, aku buat kuih koci ni. Kebetulan malam tadi dah buat inti kelapa. Rajin pulak hari ni aku mengukus kuih ni. Selalunya aku memang malas nak buat kuih yang kena bungkus macam ni. Mungkin sebab pagi tu aku kemaskan kawasan belakang rumah dan buang daun pisang yang dah layu. Terus la aku ambil dua pelepah daun pisang tu.




Cuaca panas. Kelapa muda ada tergolek kat tepi pangkin. Makanya, akupun apa lagi. Gigih tu pergi belah kelapa tu. Hehe. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak gitu?



 ^
Berhingus macam ni yang sedap ni. Haha.
v



p/s: Makan seadanya. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum keluar bunyi burppp burppp burppp sepuluh kali. Hehe.
.

Friday, February 23, 2018

DIY: Cara mudah nak tarik pasu.

Assalamu'alaikum.

DIY: Cara mudah nak tarik pasu.


Tak larat nak angkat pasu? Apa susah, gunakan aje tempat letak tong gas ni. Seeloknya guna yang besi la, baru kuat sikit. Lagi elok jika letak dulu minyak pelincir kat besi bahagian roda tu untuk elakkan dia berkarat. Kalau dah berkarat, memang tak bergerak la roda tu nanti. 






Sebenarnya, idea nak jadikan pelapik tong gas ni sebagai 'kereta roda' untuk tarik pasu bermula masa aku dok ukur kelebaran daun pokok bendi ni. Aku memang dah tak pakai dah pelapik ni. Ada tiga pelapik macam ni tapi dua tu rodanya dah tercabut. Mana kala satu lagi tu masih lagi elok. Cuma aku dah tak gunakan sebab kucing selalu kencing kat pelapik tu. 




Apabila idea datang, akupun apa lagi, cepat-cepat laksanakan misi DIY aku tu. Syukurlah Allah permudahkan usaha aku ni. Nak guna tali, tali dah sedia ada dan tak perlu selongkar stor untuk mencari. Nak cari tempat pemegang tu, kayu pendek tu pun dah ada jugak. Alhamdulillah, senang kerja aku. Tak perlu ambil masa yang lama.





Seronok pulak dok main tarik-tarik ni. Haha.



Lepas je siap, terus aku gunakan pelapik ni untuk tarik pasu yang aku tanam dengan anak pokok kobis bulat ni. Walaupun pasu ni takde la berat sangat sebab tanahnya sikit tapi dengan menggunakan pelapik beroda tadi, kerja aku menjadi lebih mudah dan pantas.





Dah siap dah alih kesemua pasu anak pokok kobis bulat ni ke tempat yang lapang, yang terdedah pada cahaya. Anak kobis ni dah stabil, baru boleh letak kat tempat terbuka supaya pembesarannya tidak terganggu.





Dah senang sikit kerja aku. Takde la sakit pinggang nak angkat pasu jauh-jauh. Biasa letak pasu atas kereta tolak tapi nak angkat pasu tu masuk ke dalam kereta tolak tu satu masalah jugak sebab kereta tolak tu tinggi. Dah la pasu banyak yang besar dan berat. Ni guna pelapik beroda ni, senang je sebab dia rendah.


p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan. 
.

Sunday, January 28, 2018

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.

Assalamu'alaikum.

Eksperimen: Tanam kobis bulat dari anak pokok.


Alhamdulillah. Ini merupakan eksperimen aku untuk cuba tanam kobis bulat dengan menggunakan anak pokok yang tumbuh setelah buah kobis tu diambil.




Lebih kurang dua minggu jugak untuk anak pokok kobis ni membesar seperti di dalam gambar.




Ada yang suruh aku ambil dan buat masak je sebab katanya, inilah baby kailan. Tapi aku menolak sebab aku memang nak buat eksperimen.




 Tu, nampak macam dah keluar akar,kan?


Aku tanam anak pokok kobis ni dalam pasu besar. Aku letak tanah tu suku pasu je dulu. Kemudian, aku padat-padatkan tanah tu pada bahagian pangkal anak pokok. Lepas tu, aku siram perlahan-lahan.



Setakat ini, aku baru tanam anak pokok kobis tu dalam empat pasu. Masih ada lagi anak kobis tu yang belum aku ambil. Nanti aku akan ubah jugak anak kobis tu ke dalam pasu. Tunggu masa je ni.


Dan ini pula pokok kobis yang aku tanam dari batang kobis yang dah patah. Aku buang sedikit daun pada bahagian bawah tu dan aku tanam semula dalam pasu. Rapatkan tanah dengan daun yang bawah sekali supaya batang kobis tu terlindung dari cahaya. Aku letak dahulu pasu kobis tu kat tempat redup yang terlindung dari limpahan air hujan. 




Alhamdulillah, sekarang dah nampak stabil dah pokok kobis tu. Dah boleh letak kat tempat yang terbuka.




p/s: Tak cuba, tak tau. Lebih baik kita cari pengalaman sendiri daripada kita berkata yang bukan-bukan seolah-olah kita telah melalui pengalaman tersebut.✌️
.

Sunday, January 14, 2018

Jom petik kobis!

Assalamu'alaikum.

Jom petik kobis! 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, yang aku tunggu, sudah boleh dipetik. Kobis bulat dah petik dah sebuah. Walaupun kecil tapi padat isi dia. Berat dia sekilo lebih. Ada lagi lima biji kobis dalam pasu. Yang ni lambat lagi boleh petik. Mungkin dalam bulan dua nanti. Tengok la dulu macam mana. Orang kata, kalau kulit kobis tu dah mula pecah, itu tandanya dah boleh petik dah. Kalau biarkan, nanti dia merekah.






Tunggul kobis tu jangan cabut dulu. Biar je kat dalam pasu. Nanti akan keluar tunas dan boleh jadikan anak pokok. Nanti jadi la dia pokok kobis balik semula. Siram dan baja je macam biasa. Nanti nak cuba jugak tanam guna anak tunas.












Entri ni, dah lama ada dalam draft. Tapi disebabkan laptop aku buat hal, maka lambat la aku publish. Ni laptop dah okay sikit, cepat-cepat aku update dan publish. Maklum la, blog aku ni kan semua benda aku nak masukkan. Heh.


p/s: Ada lima biji kobis lagi dalam pasu. Mungkin bulan dua nanti baru boleh petik.
.

Saturday, December 9, 2017

Jom jamu mata!

Assalamu'alaikum.

Jom jamu mata! 

Sekarang ni, inilah kerja aku sehari-hari; pagi, tengah hari dan petang. Mesti nak jenguk dan belek pokok sayur aku ni. Mesti nak bercakap dengan dorang. Pelik? Tak la. Ini perkara normal apabila kita berkebun. Heh.


 









 






Dan semalam, aku semai pulak biji benih salad grand rapid ni. Ini merupakan percubaan pertama aku semai benih salad jenis yang ini. Harapnya benih bercambah dengan elok dan pokok salad tu sihat dan subur.






Aku kalau nak semai apa-apa biji benih, aku akan siram dulu tanah tu. Lepas tu, barulah aku buat lubang, masukkan biji benih dan kambus. Lepas tu tak payah siram dah untuk dua atau tiga hari. Letak bekas semaian kat tempat redup dulu. Kalau letak biji benih dulu, lepas tu baru siram, takut nanti biji benih tu hanyut ikut bawah bekas yang ada lubang tu. Biji benih dah halus. Kalau biji benih yang besar macam biji kacang panjang tu, takde masalah sangat.




p/s: Seronok apabila tengok pokok yang ditanam, dibelai dan dijaga mula menampakkan hasil. Alhamdulillah. Satu terapi untuk aku. 
 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)