Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Baju Melayu. Show all posts
Showing posts with label Baju Melayu. Show all posts

Tuesday, September 28, 2021

Potong baju kurung kedah.

Assalamu'alaikum.

Potong baju kurung kedah.








p/s: Okay. Jumpa lagi ya..
.

Friday, November 15, 2019

Baju kurung moden tak cukup kain.

Assalamu'alaikum.


Baju kurung moden tak cukup kain.


Jadi tukang jahit ni, kena biasakan diri untuk peningkan kepala. Haha. Macam-macam hal nak kena ambil kira. Dari hal kastemer yang bla bla bla hinggalah kepada kain yang bermasalah. 


Ini ukuran untuk kastemer aku tu. Kiranya, ini baju dia yang ke empat yang dia tempah kat aku. Siapa yang ada kastemer yang ukuran dia macam ni, boleh la ikut cara aku ni. Itupun jika nak ikut la, kan... Ni cara bodoh-bodoh je. Takde dart tapi masih ada cutting.





Ni aku kongsikan cara nak ambil kain untuk bahagian tangan jika kain tidak mencukupi. Kain ni sebenarnya 4 1/2 meter tapi disebabkan badan kastemer tu agak berisi, maka kain tu jadi tak cukup dan sangkut pada bahagian pangkal lengan. Aku takde la nak salahkan kastemer. Memang dia dah tahupun badan dia besar. Tu yang dia beli kain tu banyak sikit. Nanti kalau beli sampai 5 meter, banyak pulak pembaziran. Lagipun, yang tak cukupnya sikit je. Takpe la. Aku tampung la mana yang tak cukup tu.



 ^
Daripada 4 1/2 meter kain yang ada, ini sahaja yang tinggal untuk bahagian tangan. Sebelah tangan dapat full tapi sebelah lagi terpaksa sambung. Macam mana jika kain tu cuma 4 meter sahaja?
v






Bahagian bawah ketiak ni tak nampak sangat kesan sambung tu. Tambahan pulak orang tu badan besar. Lagi la terkepit bahagian tu di bawah ketiak.


No photo description available.


Aku pernah kongsikan kisah baju tak cukup kain untuk bahagian tangan tu di facebook aku tapi itu baju lain. Dah lunyai dah kot baju tu tuan dia pakai. Haha. Bahagian pangkal tangan tu nanti jadi macam gambar di bawah ni la.


Image may contain: indoor



Ada sesetengah tukang jahit kata, cukup je kain 4 meter jika badan orang tu besar. Mungkin mereka dah pro. Aku ni bukannya pro. Jadinya, aku tak nak la ambil risiko potong kain lintang-pukang. Aku risau jika kastemer tak selesa pakai baju yang aku jahit. Aku potong kain ni semuanya ikut ira memanjang. Jadinya, memang kena ada kain yang mencukupi dan bukannya kain yang cukup-cukup makan. Banyak sangat tampung dan potong kain ikut ira yang berlawanan arah, takut nanti tak cantik dan tak selesa pada si pemakai. 


p/s: Lain orang, lain caranya. Tak perlu nak kondem cara orang walaupun awak seorang tukang jahit profesional. Respect each other, okay?
.

Tuesday, October 1, 2019

Baju kurung moden kain ada kaki.

Assalamu'alaikum.

Baju kurung moden kain ada kaki.


Masa bukak kain untuk baju tu, aku dah mula cuak dah. Aku ingatkan kain biasa je. Rupanya, kain tu ada kaki. Aku cukup lemah kalau orang hantar kain berkaki ni. Bukan apa, leceh nak potong jika orang tu nak jugak kaki kain tu diletakkan pada bahagian bawah baju dan hujung tangan.


Jadinya, proses untuk memotong kain terus terbantut. Aku mesej kawan aku sebab ni kain untuk buat baju anak dia. Aku terangkan kat dia yang kain berkaki ni, jika nak buat baju kurung moden, memang tak berapa selesa (sedap) dipakai jika potong ikut ira melintang. Dan, diapun berjanji nak datang ke rumah untuk bincang sebab anak dia tinggal di asrama.




Bincang punya bincang, terang punya terang, akhirnya dia suruh aje aku potong kain tu ikut ira biasa (memanjang) dan kaki kain tu letak di bahagian hadapan baju. Lagipun, sebelum tu aku ada tunjukkan contoh baju aku yang aku buat fesyen kaki kain di depan. Lepas tengok baju contoh tu, terus dia setuju dengan cadangan aku. Alhamdulillah.


Lepas dapat persetujuan, barulah aku mulakan pemotongan dan aku mulakan potong kain dahulu. Tapi, belum apa-apa, dah ada tukang kacau dok menggedik kat atas meja potong kain aku tu. Entah bila la dia melompat naik. 😹😹😹




^ 
Duduk diam-diam kat situ! Cucuk biji mata tu kang..! Kan dah kena marah. Haha. Siapa suruh mengacau.
v


 ^
Konon-konon nak menggedik. Sekali kena marah. Marah-marah manja je. Kan Olen, kan...
v


 Buat-buat tidur lepas kena marah. Drama sangat weiii...! Haha.




^
Untuk dapatkan jahitan zip yang elok dan lurus, aku letakkan kadbod ni. Nanti takde la bahagian zip tu berkedut-kedut.
v


Aku snip sikit pada bahagian tajam (lengkungan) pada bahagian atas lutut. Tujuannya supaya kain tu jatuh cantik dan tidak nampak keras kejung.


Pada bahagian lipatan, tak kira la lipatan kat bawah baju, bawah kain, hujung tangan, bahu dan sebagainya, aku buat macam ni. Lipat sikit pada bucu lipatan tu. Kalau tak nak lipat, boleh je potong menyerong. Tujuannya supaya jahitan tidak nampak tegang. 


Okay, kain dah siap dah. Alhamdulillah. Kain aku memang aku tak buat dart ya. Kastemerpun okay je. Belum dengar lagi ada yang komplen. 





Sekarang, marilah kita potong kain untuk baju pulak. Bismillah.













Alhamdulillah. Siap dah baju kurung moden dan kain duyung ni. Tuan punya baju dahpun datang untuk fitting. Takde masalah pada baju. Elok je terletak pada badan kastemer tu. Alhamdulillah. Lega oii...! Haha. Ni kali pertama aku jahit baju dia. Rasa seronok apabila tidak perlu alter sana sini. Satu kepuasan bagi tukang jahit macam aku. Alhamdulillah.





p/s: Terima kasih pada semua kastemer yang sudi menempah baju dengan aku. Moga Allah murahkan rezeki pada anda dan keluarga. Aamiin.
.

Tuesday, August 20, 2019

Video: Cara buat pola baju kurung moden

Assalamu'alaikum.

Video: Cara buat pola baju kurung moden.


Untuk siapa yang nak belajar menjahit atau yang baru mula menceburkan diri dalam bidang jahitan, boleh la follow Sue Badrul ni di facebook ataupun di Youtube.





p/s: Senang ikut cara dia. Cara dia buat pola asas tu lebih kurang macam aku buat. Mungkin kitorang belajar di tempat yang sama kot. Ehh..! Haha.
.

Tuesday, January 8, 2019

Baju kurung moden pertama.

Assalamu'alaikum.

Baju kurung moden pertama.


Alhamdulillah. Seharian dok jahit baju ni. Akhirnya siap juga. Ini merupakan baju kurung moden yang pertama aku jahit untuk diri sendiri. Haha. Masa belajar menjahit dahulu, memang la ada jahit baju kurung moden tapi itu masa belajar. Lepas habis belajar, takde dah jahit baju kurung moden untuk diri sendiri. Jahit untuk kastemer tu ada la tapi jarang sangat la sebab dorang selalu buat baju kurung tradisional je.


Ini merupakan baju sendiri. Kainnya, kakak Labu yang bagi. Dah tak ingat dah berapa tahun dok peram kain ni. Haha.




Kainnya memang 4 meter. Biasanya, bidang 45 inci tapi kain ni tak sampaipun 45 inci. Lepas tu, tepi kain ada pula label warna putih lebar dalam seinci. Maka, makin kuranglah jadinya inci kain ni.




Untuk bahagian tangan, memang tak cukup kain. Tak dapat nak ambil macam biasa. Maka, terpaksalah aku kerah otak untuk berfikir. Nak buat jubah, sayang sebab nanti ada banyak kain lebih. Nak buat baju kurung, asyik baju kurung je. Tu yang aku buat baju kurung moden. Lagipun, aku tak pernah buat baju kurung moden untuk diri sendiri. 😱😱😱 Sebab apa? Sebab aku tahu kain 4 meter memang tak cukup untuk aku jika buat baju kurung moden. Badan gedebab, mana la cukup kain 4 meter tu. 😂😂😂




Sudahnya, aku terpaksa ambil bahagian tangan tu macam tu. Bahagian tepi kain ada lebihan, tu yang aku ambil kat situ. Kena jahit la kat tengah-tengah tu. Tak kisah la, janji dapat bahagian tangan tu. Tang kain pula, aku sekadar buat kain A line tapi jenis kembang la. Apabila pakai dengan baju, kain tu dah macam kembang payung la pula. Hahaha.





Tak kisah la macam manapun potong kain tu. Yang penting, dah dapat sepasang baju baharu. Alhamdulillah. Tak payah beli baju kat kedai. 






p/s: Jimat selagi boleh. 😘
.

Friday, November 23, 2018

RM50.50. 😱😱😱

Assalamu'alaikum.

RM50.50. 😱😱😱


Haaa...! Amekawww..! Beli empat jenis barang ni je dah kena RM50.50. Span bahu tebal seinci satu dozen, pembaris thai yang lutsinar tu, pembaris apa entah lagi satu tu dan tiga keping kain felt bersaiz A4. Mahal ke murah? Ataupun, tersangatlah murah? Kah!



Pembaris Thai ni je harga dia RM25.90. Nak beli online, takut kena tipu. Tu yang beli jugak kat kedai.


Nak guna pakai, mahalpun terpaksa jugak beli. 


p/s: Harga barang jahit semakin naik tapi upah dok macam tu jugak. Makanya, upah jahit akan dinaikkan ikut kadar sekarang. 😜😜😜
.

Friday, November 9, 2018

Cara buat tali butang untuk baju kurung.

Assalamu'alaikum.

Cara buat tali butang untuk baju kurung.


Ini cara aku untuk buat tali butang bagi baju kurung, baju melayu dan yang seumpama dengannya. Caranya mudah je. Perhatikan betul-betul jari jemari montok aku beraksi di dalam video tu. 😜😜😜





Gunakan tiga lembar benang. Nanti benang tu dilipat (?) dua dan jadilah dia enam lembar. Baru nampak kemas sikit tali butang tu. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Benang yang kat jari tu kena tegangkan. Sebab tu aku pegang benang tu. Berhati-hati sebab benang mudah berbelit dan bersimpul. 


Aku rasa, aku dah masukkan video ni kat dalam entri blog tapi apabila aku cari balik semula, tak jumpa la pulak. Mungkin aku hanya kongsikan di facebook sahaja.


p/s: Selamat mencuba ya.
.

Wednesday, October 31, 2018

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.

Assalamu'alaikum.

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.


Aku simpan gambar ni dalam entri ini untuk rujukan di masa akan datang. Sama je dengan apa yang ada dalam nota masa aku belajar menjahit dahulu. 






p/s: Terima kasih pada yang kongsi gambar ni ruangan komen dalam satu grup jahitan. Maaf la sebab tak ingat siapa yang kongsikan.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)