Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Tips Beli Kain. Show all posts
Showing posts with label Tips Beli Kain. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

Baju kurung moden kain ada kaki.

Assalamu'alaikum.

Baju kurung moden kain ada kaki.


Masa bukak kain untuk baju tu, aku dah mula cuak dah. Aku ingatkan kain biasa je. Rupanya, kain tu ada kaki. Aku cukup lemah kalau orang hantar kain berkaki ni. Bukan apa, leceh nak potong jika orang tu nak jugak kaki kain tu diletakkan pada bahagian bawah baju dan hujung tangan.


Jadinya, proses untuk memotong kain terus terbantut. Aku mesej kawan aku sebab ni kain untuk buat baju anak dia. Aku terangkan kat dia yang kain berkaki ni, jika nak buat baju kurung moden, memang tak berapa selesa (sedap) dipakai jika potong ikut ira melintang. Dan, diapun berjanji nak datang ke rumah untuk bincang sebab anak dia tinggal di asrama.




Bincang punya bincang, terang punya terang, akhirnya dia suruh aje aku potong kain tu ikut ira biasa (memanjang) dan kaki kain tu letak di bahagian hadapan baju. Lagipun, sebelum tu aku ada tunjukkan contoh baju aku yang aku buat fesyen kaki kain di depan. Lepas tengok baju contoh tu, terus dia setuju dengan cadangan aku. Alhamdulillah.


Lepas dapat persetujuan, barulah aku mulakan pemotongan dan aku mulakan potong kain dahulu. Tapi, belum apa-apa, dah ada tukang kacau dok menggedik kat atas meja potong kain aku tu. Entah bila la dia melompat naik. 😹😹😹




^ 
Duduk diam-diam kat situ! Cucuk biji mata tu kang..! Kan dah kena marah. Haha. Siapa suruh mengacau.
v


 ^
Konon-konon nak menggedik. Sekali kena marah. Marah-marah manja je. Kan Olen, kan...
v


 Buat-buat tidur lepas kena marah. Drama sangat weiii...! Haha.




^
Untuk dapatkan jahitan zip yang elok dan lurus, aku letakkan kadbod ni. Nanti takde la bahagian zip tu berkedut-kedut.
v


Aku snip sikit pada bahagian tajam (lengkungan) pada bahagian atas lutut. Tujuannya supaya kain tu jatuh cantik dan tidak nampak keras kejung.


Pada bahagian lipatan, tak kira la lipatan kat bawah baju, bawah kain, hujung tangan, bahu dan sebagainya, aku buat macam ni. Lipat sikit pada bucu lipatan tu. Kalau tak nak lipat, boleh je potong menyerong. Tujuannya supaya jahitan tidak nampak tegang. 


Okay, kain dah siap dah. Alhamdulillah. Kain aku memang aku tak buat dart ya. Kastemerpun okay je. Belum dengar lagi ada yang komplen. 





Sekarang, marilah kita potong kain untuk baju pulak. Bismillah.













Alhamdulillah. Siap dah baju kurung moden dan kain duyung ni. Tuan punya baju dahpun datang untuk fitting. Takde masalah pada baju. Elok je terletak pada badan kastemer tu. Alhamdulillah. Lega oii...! Haha. Ni kali pertama aku jahit baju dia. Rasa seronok apabila tidak perlu alter sana sini. Satu kepuasan bagi tukang jahit macam aku. Alhamdulillah.





p/s: Terima kasih pada semua kastemer yang sudi menempah baju dengan aku. Moga Allah murahkan rezeki pada anda dan keluarga. Aamiin.
.

Thursday, January 31, 2019

Cabaran si tukang jahit kampung.

Assalamu'alaikum.

Cabaran si tukang jahit kampung.


Orang tak tahu apa yang tukang jahit alami. Orang tak tahu cabaran yang bakal menanti. Orang tak tahu macam mana tukang jahit ni nak tahan hati dan kuatkan iman untuk bersabar.


 Pola dah lama. Dah rabak dikerjakan dek kucing. Penuh dah kesan selotape. Terpaksa buat pola baharu. Alah, tekap aje la. Haha.








Salah satu daripada cabarannya adalah kain yang berlubang dan koyak. Jadi, pandai-pandai si tukang jahit la nak buat macam mana. Jika boleh elak, kita memang akan cuba untuk elak tapi jika tak boleh nak elak, maka terpaksalah ditampal. Tuan punya kain sudah tentu sedia maklum akan kualiti kain yang diberi. Mesti dia punya sebab tersendiri kenapa dia nak kain pelikat itu dijadikan seluar.



 Punyalah gedabak dia punya cop. Atas bawah pulak tu ada cop. Mujur boleh elak.


 ^
Hello dunia..! Apa khabar anda di luar sana? Haha.
v

 Lubang di sana sini. Kena tampal la jawabnya. 







Orang hanya tahu, komplen dan minta harga upah yang murah, yang ada kalanya tidak masuk dek akal. Tak apa, selagi mampu, si tukang jahit kampung ni akur sahajalah. 


p/s: Setiap kerja, ada cabarannya, kan? Tapi jangan dicabar kesabaran seseorang itu. Heh.
.

Monday, October 23, 2017

Kerja.

Assalamu'alaikum.

Kerja.

Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Ada kerja yang diberi, buatlah dengan segera dan jangan bertangguh lagi. 








Syukur alhamdulillah. Biarpun upahnya tidaklah banyak mana, namun sedikit sebanyak dapat juga menambah-nambah isi tabungan. 


p/s: Mana ada orang yang sesuka hati nak bagi duit kat kita, kan? Melainkan jika kita yang meminta-minta. Itupun belum tentu lagi orang nak beri. 

Wednesday, July 19, 2017

Tips beli kain.

Assalamu'alaikum.

Tips beli kain.


Haa, baca ni. Jangan nanti baju ketat atau senteng, kau salahkan tukang jahit. Bagi kain ngam-ngam tapi badan besar, mana la nak cukup kain tu. Nak selesa, kenalah keluarkan modal lebih sikit.



Kalau badan yang besar dan gempal, ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.


Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.


Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja, tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.


Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.



Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.






Memang pening kalau dapat kain yang tak cukup inci ni. Bukan sedikit dia punya pening. Kadang-kadang sampai sakit kepala dibuatnya. Stress okay! Banyak buang masa kat dia je sebab nak kena adjust sana sini. Kalau kain tu jenis yang lembik, lagi la stress. Upah jahit baju tentulah lebih sikit. Habis tu, kau ingat masa dan tenaga tukang jahit yang dok pusing-pusing kain kau tu, kau tak nak kira? 


p/s: Nak selesa, janganlah berkira. Banyak songeh, jahit la sendiri!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)