Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Amaran. Show all posts
Showing posts with label Amaran. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

SOP dan guru.

Assalamu'alaikum.

SOP dan guru.



Sila baca dengan mata hati, bukan baca mengikut emosi.

------------
"Memang patut pun cikgu tu didakwa. Siapa suruh sentuh murid? Siapa suruh tak ikut peraturan? Siapa suruh langgar SOP? Peringatan buat semua cikgu, lain kali sila ikut SOP. Jangan main langgar sahaja." 


Begitulah antara hantaran komen yang mendapat sambutan hangat. Suka bebenar mereka bila cikgu didakwa. Alasan utama, padan muka cikgu sebab langgar
SOP.


Baik. Kau nak cerita pasal SOP dengan aku kan? Kau dengar sini. Cikgu adalah makhluk yang paling banyak melanggar SOP. Bahkan kalau tak langgar kau orang maki hamun kata cikgu tak ada hati perut pula. Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar. 



1. Kalau ikut SOP, guru tak perlu basuh kencing berak murid. Tak perlu salin pakaian baharu. Biasanya pakaian baru itu pun cikgu yang akan beli di Koperasi Sekolah sekiranya tiada baju kecemasan yang sesuai dengan saiz budak tu. Guna duit poket sendiri. 



Ikut SOP, guru hanya perlu call parent. Tunggu mereka yang datang bawa pakaian bersih, basuh berak dan kencing anak. Mop lantai dalam kelas, salin pakaian anak mereka dan bawa pulang atau teruskan pembelajaran. 



Tapi pernah kau dengar ibu bapa datang ke sekolah tengok anak dalam keadaan hancing dan busuk? Tahi dah mengeras kat bontot sebab tak ada cikgu basuh? 



Pernah dengar ke tak? Kenapa tak pernah dengar? Sebab guru seluruh Malaysia melanggar SOP! 



2. Ikut SOP, cikgu tak perlu bagi duit belanja pada murid yang duitnya tercicir. Atau yang ibu bapa lupa bagi duit belanja. Atau duit murid itu kena curi. 



Cukup maklumkan pada ibu bapa yang anak mereka tak ada duit belanja hari itu. Biar ibu bapa datang hantar duit belanja atau bekal makanan. 



Tapi cikgu-cikgu mana sanggup biar anak murid mereka berlapar. Walau melanggar SOP, walau duit poket sendiri tak banyak, tapi mereka takkan pastikan murid mereka kelaparan!



3. Kalau ikut SOP, guru tak perlu pun beli kasut dan pakaian untuk murid yang kasut dan pakaiannya koyak rabak. Khususnya murid miskin. Tak perlu pun belikan alat tulis bagi murid yang seringkali tiada alat tulis. 



Bukan peraturan dan bukan kewajipan bagi guru untuk buat semua itu. Itu bukan SOP nya. Namun, berapa ribu murid di seluruh negara cikgu bantu beli pakaian, kasut dan alat tulis?



Kenapa cikgu langgar SOP? Kau fikirlah sendiri. 



4. Kalau ikut SOP, guru tak payah hantar murid sakit ke klinik. Bukan boleh claim duit minyak. Bahkan habis masa di klinik menunggu pula. 



Sama juga bawa murid wakili sekolah ke pertandingan sukan. Mana boleh guna kereta guru. Salah SOP tu. Patut ibu bapa yang hantar sendiri. Pernah berlaku kemalangan bila guru bawa murid untuk wakili sukan, akhirnya guru itu didakwa dan didapati bersalah! 



Tapi sehingga hari ini, guru menggadaikan kerjaya sendiri melanggar SOP demi melihat kejayaan muridnya dalam sukan dan apa-apa pertandingan. 



5. Kalau ikut SOP 100%, sudah beribu-ribu murid kena masuk sekolah pemulihan akhlak. Sudah beribu murid di dakwa mencalarkan kereta guru, memukul guru, memecahkan cermin kereta guru, menggugut guru, serangan seksual, mesej lucah dan sebagainya. 



Murid walau melawan, walau nakal, walau bermasalah cikgu sebolehnya tidak mahu buat report polis. Guru percaya itu hanya jalan terakhir. Guru percaya muridnya masih boleh dipulihkan. 



Paling penting, guru risau masa depan muridnya gelap bila mereka dilibatkan dengan kes polis dan ada rekod mahkamah. 



Kalau nak dituliskan semua SOP yang dilanggar para guru seluruh Malaysia, status aku ini akan menjadi lebih tebal dari novel Lagenda Budak Setan. 



Cukup kau orang fahamkan apa yang aku tulis ini sahaja. 



Dan ingat, aku pun tidak menyokong kekerasan pada murid seperti lempang atau sepak terajang kerana kesalahan mereka. 



Cuma bila sesekali cikgu terlanggar SOP seperti melempang anak kalian, datanglah berjumpa dan minta penjelasan lanjut dengan berhemah. Gaya orang matang datang berbincang.



Bukan terus ke balai polis membuat laporan dan mendakwa di mahkamah. 



Kerana terlampau banyak SOP yang cikgu langgar demi kecintaan mereka pada proffession pendidikan. Demi kasih sayang mereka pada murid-murid mereka. 



Guru juga manusia. Sesekali tersilap juga. Datang dengan berhemah, bincang dengan baik. Bukan terus nak menyalahkan, terus nak saman bagai. 



Jikalah seluruh guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak-anak kalian. 



Kau yang mulakan sebut pasal SOP, maka hadamlah hal ini baik-baik. Sekian. 


#MFS
- Aku guru yang selalu langgar SOP demi kecintaan pada proffession dan murid 


-------------

Kerjaya  yang mulia selalunya banyak cabarannya. Bertabahlah duhai guru. Moga kalian terus bersabar dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa sendiri. 


Abang aku sendiri seorang guru, guru disiplin dan juga seorang pengetua. Betul la seperti apa yang dinyatakan di atas. Banyak masalah dalaman yang pihak ibu bapa tak tahu dan tak nak ambil tahu. Cuma sekarang ni abang aku dah pencen dah. Biarlah dia berehat, duduk rumah melayan cucu. Penat dah dia melayan budak-budak nakal. Heh.




p/s: Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu jugak tapi apakan daya tak kesampaian. Pasrah je la. 

Saturday, July 22, 2017

Takkan nak tengok aje kot?

Assalamu'alaikum.

Takkan nak tengok aje kot?


Hari tu, masa aku dok sibuk buat kerja pembersihan kebun mini aku, tiba-tiba mata aku ternampak sesuatu yang bergerak di dalam longkang. Mula-mula tengok tu, aku takde la nak ambil kisah sangat sebab tak nampak suspek tu. Lagipun suspek tu terlindung di bawah besi penutup longkang tu. 




Tapi apabila kali kedua aku tengok sebab suspek tu bergerak, barulah aku perasan. Kala jengking rupanya. Akupun mula la bergerak ambil kayu batang cangkul yang dah memang sedia ada kat tepi dinding. Aku ketuk-ketuk besi penutup longkang tu supaya kala jengking tu bergerak keluar dari bawah besi penutup longkang tu sebab batang cangkul tu tak muat nak masuk kat celah besi tu.




Dapat kat aku, memang tiada maaf bagimu la jawabnya. Memang lumat aku kerjakan kala jengking tu. Kejam tak kejam, itu belakang kira. Yang penting, utamakan keselamatan kita dahulu.


Sampai melekat kala jengking tu kat batang cangkul. Nampak sangat aku betul-betul ketuk dengan sepenuh hati.


Sempat lagi ambil gambar kala jengking tu ya? Iya, sebab kebetulan handphone memang ada dalam poket seluar dan kala jengking ni bukan macam lipan yang laju bergerak. Tu yang sempat ambil gambar dia tu. Heh.


p/s: Batang cangkul tu dan beberapa batang besi dan kayu, memang aku sandarkan kat dinding tepi longkang ni. Sebab dulu ada kes, anak ular dalam longkang ni jugak. Masa tu memang takde kayu apapun. Jenuh la aku dok cuba nak bunuh dia dengan cangkul kecil yang kontot tu. Mujurlah masa tu posmen datang hantar parcel. Aku jerit mintak tolong kat dia dan dapat la dia bunuh anak ular tu. Terima kasih encik posmen. Jasamu dik akan tetap akak kenang. :D

Wednesday, July 19, 2017

Tips beli kain.

Assalamu'alaikum.

Tips beli kain.


Haa, baca ni. Jangan nanti baju ketat atau senteng, kau salahkan tukang jahit. Bagi kain ngam-ngam tapi badan besar, mana la nak cukup kain tu. Nak selesa, kenalah keluarkan modal lebih sikit.



Kalau badan yang besar dan gempal, ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.


Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.


Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja, tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.


Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.



Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.






Memang pening kalau dapat kain yang tak cukup inci ni. Bukan sedikit dia punya pening. Kadang-kadang sampai sakit kepala dibuatnya. Stress okay! Banyak buang masa kat dia je sebab nak kena adjust sana sini. Kalau kain tu jenis yang lembik, lagi la stress. Upah jahit baju tentulah lebih sikit. Habis tu, kau ingat masa dan tenaga tukang jahit yang dok pusing-pusing kain kau tu, kau tak nak kira? 


p/s: Nak selesa, janganlah berkira. Banyak songeh, jahit la sendiri!

Friday, April 7, 2017

Sakit mata menengoknya!

Assalamu'alaikum.

Sakit mata menengoknya!

Serius, mata aku sakit setiap kali tengok iklan macam ni keluar kat skrin laptop aku ni. Macam mana ya nak hilangkan iklan-iklan yang sebegini dari terpampang kat situ? Menyemak betul la!




Patutlah semakin hari gejala sosial semakin berleluasa. Salah satunya grup macam ni la. Siap buat grup skandal lagi tu. Ramai pulak tu yang join. Adeh.


Harapnya, siapa yang sudah berkahwin, yang sudah ada keluarga, tidak terjebak dengan grup macam ni. Mungkin pada awalnya join grup sekadar suka-suka je, saja la nak intai apa yang ada kat dalam grup tu. Tapi tak mustahil jika akhirnya akan terjebak dengan skandal terlarang ni. Maka, berhati-hatilah ya. Jangan musnahkan kebahagian dan keceriaan rumahtangga hanya kerana grup skandal sebegini. Sayangilah keluargaa masing-masing.


Daripada join grup skandal macam ni, baiklah join grup berkebun.  Banyak faedah yang ada kat grup kebun ni. 


p/s: Apa manfaat join grup skandal macam ni ehh? Hanya mereka yang join je yang tahu. 

Thursday, January 5, 2017

Jangan jadi manusia 'fake'.

Assalamualaikum.

Jangan jadi manusia 'fake'.


Jangan bergosip. Jauhi gosip. Gosip tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada kita melainkan rasa seronok semata-mata.




Apa yang kita dapat apabila bergosip? Kepuasan? Keseronokan? Dapat dosa ada la. Itu ke yang kita kehendaki? Itu ke hala tuju hidup kita? Hidup memang akan rasa sunyi tanpa gosip tapi apa gunanya hidup yang meriah jika gosip itu membawa padah di kemudian hari.


p/s: Muhasabah. Jangan mulakan bergosip. Jangan biarkan gosip menjadi racun dalam kehidupan seharian kita. 

Monday, November 28, 2016

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Assalamu'alaikum.

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Hari tu masa aku nak tajak tanah, aku kena serang dengan semut api. Tadi masa dok gergaji dahan pokok mangga telur ni, aku kena gigit dengan kerengga pulak. Susah jugak kalau ramai peminat ni. Semua dok attack je. Hahahaha.





Tak kemas lagi ni. Dahanpun tak habis gergaji lagi. Kena tunggu kerengga tidur baru boleh sambung buat kerja. 😤😤😤 Sementara nak tunggu petang nanti, jom la kita makan biji gajus homemade ni.




p/s: Mood membaca novel jatuh merudum. So, layan aje la apa-apa kerja kat rumah ni. Makanpun satu kerja jugak, kan? Haha.

Thursday, October 13, 2016

Kenapalah besar sangat lubang dia!

Assalamu'alaikum.

Kenapalah besar sangat lubang dia!


Ambil perhatian sikit, boleh tak? Ni untuk tokey kilang yang buat tudung saji macam ni. Kenapalah besar sangat lubang tudung saji tu. Tudung saji dicipta untuk mengelakkan lalat dari hurung makanan tapi kalau dah lubang tudung saji tu besar, langaupun boleh lepas masuk!




Ni tudung saji kat rumah kakak aku. Dah setahun lebih terbengkalai sebab aku dah lama tak pergi rumah kakak aku tu. Baru-baru ni aku pergi sana dalam seminggu lebih. Tengah dok kemas rumah dia, ternampak la tudung saji ni. Maka, akupun sambung la balik kerja yang terbengkalai tu.


Tujuan aku cuma satu je, tak nak bagi lalat masuk dalam tudung saji tu. Aku dah tengok sendiri macam mana lalat tu sengetkan badan dia semata-mata nak masuk ke dalam tudung saji ni dan lalat tu berjaya masuk! Ternganga aku sekejap masa tengok lalat tu lepas masuk ke dalam. Haha. Mujur tak sempat nak rakam video. Heh.


Lepas tu, terus je aku cari tali rafia dan mulakan misi menutup mana-mana lubang yang besar. Serius cakap la ya. Lubang tudung saji ni dah la besar, lepas tu panjang pulak tu. Kalau dua ekor lalat masuk serentakpun boleh lepas punya la. Heh.


p/s: Rupa tudung saji tu memang hodoh tapi aku tak pentingkan rupa dia. Aku lebih pentingkan keselamatan makanan yang ada di bawah tudung saji tu. Apa ada pada rupa? Yang penting, makanan di bawah tu sedap dan selamat untuk dimakan. Hehe.

Friday, June 10, 2016

Bertimbang rasa la sikit!

Assalamu'alaikum.

Bertimbang rasa la sikit!


Hari Rabu hari tu, dalam perjalanan ke bandar, terserempak la dengan lima enam buah lori balak yang muatannya melebih-lebih macam dalam gambar kat bawah ni. 


Risau sungguh kalau ikut belakang lori balak ni. Nak memotong, lori tu dah makan jalan. Tak potong, mana nak tahan asyik nak ekor dia je. Walaupun jalan raya tu nampak macam lengang tapi kita mana nak tau apa yang ada kat depan sana tu, kan?





Yang buat aku ralat, lori balak tu dah la makan jalan, lepas tu tak nak pulak tu bagi kerjasama. Cuba la bagi signal kat orang belakang ni samada boleh memotong ataupun tidak. Nampak sangat pemandu lori balak ni jenis yang pentingkan diri sendiri.





Ramai je aku jumpa pemandu lori yang berhemah, siap bagi laluan untuk kita potong dia dan aku salute dengan sikap pemandu lori yang sebegini. 


p/s: Mentang-mentang la badan kau besar, suka hati kau je kan nak conquer jalan tu. Macam la kau sorang je yang bayar roadtax setiap tahun.

Thursday, May 26, 2016

Dah kena remove? Bagus!

Assalamu'alaikum.

Dah kena remove? Bagus!

Sejujurnya, aku hanya sekali je pernah jenguk page tu. Lepas tu, takde dah aku nak jenguk. Like page tu pun tak. Walaupun khabarnya ramai yang Like, yang penting bukan aku. Aku tak akan Like page yang entah apa-apa, apatah lagi yang tidak memberi sebarang manfa'at. 




Page caca marba dan caci maki macam ni pasti akan ujud lagi. Mereka yang ada di belakang page ini tidak akan pernah serik untuk timbulkan kontroversi. Entah la, kadang-kadang aku jadi tak faham kenapa nak buat page yang sebegitu. 


p/s: Janganlah jadi gila hanya kerana nak ada nama. Kronik sangat dah gayanya.

Thursday, May 19, 2016

Jangan tersalah jolok!

Assalamu'alaikum.

Jangan tersalah jolok!


Jika mahu menjolok sarang, joloklah sarang burung tempua. Jangan pula dijolok sarang tebuan. 


p/s: Jika tak pandai nak menjolok, janganlah buat kerja menjolok tu. Hari biru jadinya nanti.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)