Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, March 18, 2011

APSAL AKU TAK BOLEH DENGAR GEGAR CAPSULE NI..??

Assalamualaikum...

Apsal aku tak boleh dengar Gegar Capsule ni..??

Sejak tsunami kat Jepun hari tu, aku dah tak dapat dengar radio online dah. Tak tau la kenapa. Nak kata ada masalah kat lappy aku, takde la pulak rasanya sebab ada jugak sekali tu dapat dengar Gegar Capsule walaupun cuma 20 minit je. Ingatkan Gegar Capsule je yang ada masalah, rupanya kesemua radio online termasuk Sinar Capsule dan Era Capsule aku tak boleh nak dengar dah. Aku malas nak dengar guna radio biasa tu sebab siaran kat sini tak berapa nak jelas, asyik lari-lari je, pastu nanti last-last keluar bunyi angin je.. camni.... ssssstttttt..... haha...

Aku ada letakkan link untuk empat radio online ni kat sidebar blog aku ni. Tujuannya supaya senang untuk aku mengklik kat situ je kalau aku nak dengar radio online ni. Sekarang ni rasa macam dah tak berfungsi je gadget yang aku letak tu sebab tak dapat dengar. Mungkin orang lain boleh dengar kot. Mungkin hanya siaran kat tempat aku je yang ada masalah... kottt... huhuhu..

Aku selalu dengar Gegar Capsule ni waktu petang dan malam je. Kalau waktu pagi tu, dengar gitu-gitu je la sebab banyak benda nak buat, so tak boleh la nak fokus sangat. Kalau petang tu, sambil buat kerja, sambil layan DJ Isma Halil. Tapi sekarang ni Isma Halil dah takde kat stesen tu dan tempatnya digantikan oleh si comel DJ Zura. Malamnya pulak aku layan segmen Cinta Gegar yang dikendalikan oleh DJ Nazz yang bersuara romantik tu... :). Dulu aku suka dengar Hindi Power kelolaan DJ Andy Hakim tapi dia dah pindah ke MuzikFM la pulak... Sedih dan sunyi la dia takde kat THR ni.. Nasib baik ada segmen Cinta Gegar sebagai pengganti.. :P

Sekarang ni sedikit bosan sebab tak dapat dengar Gegar Capsule ni lagi. Kalau boleh, setelkan la cepat apa masalah yang berlaku tu ya.. Radio online lain tu aku tak berapa nak ambil kisah sangat sebab aku jarang dengar. Aku nak dengar Gegar Capsule je... =D

Aku kata: Aku jarang kata bosan. Tapi sejak tak dapat dengar Gegar Capsule ni, memang agak membosan kan la jugak sikit-sikit... Jom ramai-ramai Like page THR GEGAR ni ya... :-)

BAHAYA BETUL LAA...

Assalamualaikum...

Bahaya betul laa...
Dengan keadaan tayar belakang yang dah koyak sampai melambai-lambai dah lapisan luar tayar tu.. Dengan muatan yang sarat, masih lagi boleh berada di atas jalanraya..

Nasib baik masa ni kenderaan tak banyak. Buatnya bersusun, larat ke nak membontoti lori balak ni..? Nasib baik jugak masa ni polis takde buat sekatan jalanraya. Kalau tidak, ketepi... ketepi... ketepi... kata pak polisi... Kiranya selamat kat situ...

Mungkin takde kedai tayar untuk pemandu tu menukar tayar tu kot. Ehh, lori ada tayar spare ke tak ehh..? Tak tau pulak aku... hehe.. Keretapun kadang-kadang ada yang takde tayar spare ni, kann... huhu.. Ye la, takkan la dia nak terus memandu dengan keadaan tayar yang macam tu. Diapun mesti fikirkan keselamatan diri dia jugak.. kann... Apa-apapun, semoga semuanya selamat...



Aku kata: Coooobaaaaaaannnnn....!!!

Wednesday, March 16, 2011

BERKETUNTANG..?? APA TU...??

Assalamualaikum...

Berketuntang..?? Apa tu..??

Atau lebih 'mesra SEO' disebut 'bokotuntang'. Ianya tiada kaitan langsung dengan mata buntang... Hahaha.. Orang dari luar Negeri Sembilan mesti tak berapa nak faham apa maksud berketuntang tu kan... Mehh aku terangkan serba sedikit maksud berketuntang tu.

Berketuntang ni mengikut pemahaman aku adalah seakan-akan seperti bersilat kat dapur. Dalam erti kata yang lain, bertungkus-lumus menyediakan masakan untuk dijadikan sajian. Selalunya masakan yang memerlukan kita berketuntang ni agak rumit atau banyak kerja yang perlu disediakan untuk satu-satu jenis masakan tu..

Ni kisah semalam bilamana aku berketuntang kat dapur untuk menyiapkan laksa utara ni. Mujur ada sorang anak buah cilik yang menawarkan diri untuk membantu. Siap cakap lagi tu, nak tolong boleh tak..?? Korang ado...?? Ngehngehnegh..

Usai je solat zohor, terus aku masuk dapur siang ikan yang dah mula nak cair ais dia. Selesai mengerjakan ikan, terus je rebus dan anak buah tadi menggunting cili kering untuk direbus jugak. Nasib baik la dapur dua tungku jenis peten lama aku ni masih berfungsi dengan jayanya.. Cepatlah sikit proses penyediaan tu berjalan.. hehe..

Tak perlu nak cerita panjang berjela-jela macam kisah 1001 malam la ya.. Tengok aje la gambar yang sepatutnya disiarkan semalam.. =D

Kuah laksa yang sedang mendidih dan mee laksa yang sedang direbus..

Sementara menunggu kuah tu masak, sediakan bahan-bahan hiasannya dulu. Telur tu dah rebus awal-awal lagi dah...

Ini pulak adalah lebihan sayur kobis yang mak aku gunakan masa goreng bihun pagi tu. Daripada membazir sebab dah diracik-racik, aku gaulkan dengan mayonis macam yang KFC punya tu la. Elok pulak budak-budak ni makan sayur ni, malahan mintak buatkan lagi bila dah habis... haha...

Selesai kerja kat dapur, budak-budak ni mengerjakan pulak lebihan kain perca aku. Entah apa la yang dorang tu buat. Tak larat dah mata aku nak menengoknya.. Badanpun dah penat, matapun dah letih.. Zassss...!!

Aku kata: Hari ni aku dapat merakamkan video sebuah lori balak yang berada di jalanraya dengan keadaan tayar belakang yang dah koyak sampai melambai-lambai koyakan tayar tu. Membahayakan sungguh la... huhuhu...

Tuesday, March 15, 2011

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..

Assalamu'alaikum...

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..


Inilah masalahnya. Kadang-kadang bila aku buat cerita kat blog aku ni, ada yang terasa seolah-olah cerita aku tu ditujukan pada mereka. Padahal aku bukannya kenalpun siapa mereka tu, apatah lagi nak ambil tahu kisah hidup mereka seolah-olah hidup aku ni, tumpuan aku ni hanya berkisar pada satu sudut sahaja, iaitu kehidupan mereka.


Seperti yang pernah aku bagitau dulu, kebanyakan dari cerita aku adalah berdasarkan apa yang aku alami, apa yang berlaku di persekitaran aku dan kadang-kadang cerita mengenai masyarakat ataupun orang-orang yang aku kenali selain dari cerita copy and paste dari akhbar. Orang yang tak berkenaan tak perlulah nak melatah.


Ada sesetengah orang sanggup untuk menggeledah entri lama untuk buat rujukan dan tembakan. Ada jugak yang mencari info tentang kita melalui rakan yang dikatakan karib. Tapi itu bukan aku. Aku langsung tak berminat nak korek cerita masa lampau orang samada melalui blog dia ataupun kawan-kawan dia. Tak sanggup aku nak duduk berjam-jam depan laptop demi mencari bahan bukti yang kemudiannya menjadi cerita untuk dicanang. Apa yang aku dapat kalau aku buat kerja bodoh macam tu..??




Benar, kita menulis mengikut apa yang kita rasa, apa yang kita alami, apa yang menjadi bebanan untuk kita luahkan. Namun, jika semua tulisan atau luahan kita itu sering disalahtafsirkan, sering diputarbelitkan, maka terpaksalah kita meng'hipokrit'kan tulisan kita. Persoalannya, adakah kita seronok berada di dalam lingkungan kepura-puraan itu? Ataupun kita takut orang luar akan melabel kita dengan kata-kata "Kenali seseorang itu menerusi gaya tulisannya.." Kalau itulah yang menjadi pilihan, janganlah salahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di kemudian hari. Kalau dah itu yang kita suka iaitu menilai kulit dari isi di dalam, maka itulah yang akan kita dapat.


p/s: Semakin malas nak melayan karenah orang-orang yang mintak puji ni. Rimas...!

Monday, March 14, 2011

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Assalamualaikum...

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Apa yang penting, aku memang tak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Keadaan dalam panggung itupun aku tak tau macam mana melainkan tengok kat dalam tv je.. :-)

Kenapa aku tak pernah masuk panggung..?

Akupun tak tau kenapa. Apa yang aku tau, mak aku tak suka kalau aku masuk panggung ni. Bukan untuk aku je, malahan kalau boleh mak aku tak suka anak-beranak dia masuk panggung apatah lagi menjadi panggung tegar. Asal ada cerita baru je, mula la gatal bontot nak masuk situ. Namun, bukan semuanya jenis mendengar kata. Ada jugak yang ketegaq...

Hari tu, anak buah aku yang perempuan bertanyakan soalan yang sama, kenapa aku tak suka masuk panggung. Aku jawab, Uwan (mak aku) tak suka. Dia tak puas hati dengan jawapan aku tu. Dia tanya lagi, tak kan sebab itu je kot. Aku jawab, takut nanti tiba-tiba panggung tu terbakar, nanti mati dalam keadaan tengah suka-suka tengok wayang yang entah apa-apa. Dia gelak je. Dia kata lagi, laaa... ke situ pulak yang difikir. Dan aku jawab, mesti la, sebab kita bukan tau bila kita nak mati.. kann.. Dan diapun diam..

Teringat jugak pada insiden yang sama sewaktu aku bekerja dulu. Selama berbelas tahun aku dok ulang-alik kat depan panggung tu bila keluar berbelanja, tak pernahpun aku nak cuba-cuba menjejakkan kaki ke situ. Pernah jugak kawan-kawan serumah mengajak aku sertai mereka dan aku beri jawapan yang sama, iaitu nanti mak aku marah. Dorang boleh gelak-gelak lagi dan cakap, mak akak bukannya tau, jangan la bagitau dia. Hamboii... Bukan main lagi mengajar aku menipu ehh..

Memang betul mak aku tak tau. Memang betul mak aku duduk jauh dari aku. Tapi naluri aku menyatakan bahawa mak aku tau apa yang aku buat. Tak sampai hati rasanya aku nak menipu mak aku. Korang tak rasa berdosa ke menipu orang tua korang ehh..?? Lebih-lebih lagi yang menipu orang tua, mintak duit kata nak beli buku atau peralatan sekolah, tapi sebaliknya melencong ke tempat macam tu.. Ishhh.. ishhh.. ishhh... Anak siapa la gamaknya buat pe'el macam tu yaa. Macam mana la ilmu tu nak berkat. Macam mana la rezeki tu nak melekat. Tu yang asyik bersungut je duit manjang tak cukup tu... =D

Bagus jugak rasanya tidak menjadi panggung tegar ni. Bayangkan kalau mula masuk panggung seawal usia 13 tahun hinggalah sekarang, dah berapa banyak duit yang dilaburkan. Itu kalau tengok sorang-sorang. Macam mana pulak kalau 'terpaksa' belanja kawan-kawan yang lain, yang kerjanya meng'pow' je..?? Dan berapa banyak pulak masa yang dibuang sepanjang ulang-alik ke panggung tu..? Zaman sekarang ni semua nak kena bajet. Jangan kerana hiburan, sanggup membazir semua tu. Membazir itu amalan sitan bertanduk... :p

Aku kata: Tengok tv je.. =))

Saturday, March 12, 2011

RUMAH PUSAKA HILANG DICURI..?? BIAR BETUL NI..!!

Assalamualaikum...

Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni. Semuanya gara-gara duit. Duit boleh menjadikan seseorang tu samada penjenayah ataupun dermawan. Duit juga boleh buat orang jadi gila. Sebab itu la jangan terlalu taksub dengan duit ni.. Berpada-pada la jangan sampai menjadi hamba duit...

*****************************************
Sabtu Mac 12, 2011
Rumah Pusaka Hilang Dicuri Orang

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut.

"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.

Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu. Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.

Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA

SUMBER DARI SINI:

Aku kata: Masa ada duit, sayangggggg abang... Sayangggg laling. Bila dah takde duit, babaiiiiii abang... Selamat tinggal laling... Hampeh je orang yang perangai macam ni.. Pangggg....!!!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)