Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 24, 2011

Jatuh tergolek... gedebukk...

Assalamualaikum...

Jatuh tergolek... gedebukk...

Lepas Asar tadi aku pergi kat belakang rumah sebab nak tengok anak-anak buah aku ambil buah manggis. Disebabkan buah kat dahan yang rendah dah habis, maka dorang terpaksa la panjat pokok manggis tu. Maka, kedua beradik ni pun panjat la pokok manggis tu. Yang seorang panjat pokok yang sebelah kanan dan aku jadi tukang sambut buah manggis tu kalau dia baling nanti. Manakala yang seorang lagi tu panjat pokok yang di sebelah kiri dan mak dorang yang jadi tukang sambut..


Sampai dahan atas tu... Ada berani..? Tak berani punya, kan... :D


Keadaan tanah yang tidak sekata waktu ni memang licin sebab dah dua hari hujan yang sekejap turun, sekejap berhenti. Takut juga aku kalau-kalau jatuh tergolek. Akupun punyalah berhati-hati menapak sambil mengutip buah manggis yang terjatuh ke tanah tu.. Dalam pada tu, sempat juga la aku merakam aksi anak buah yang kat atas pokok tu... hehehe...


Lokasi kejadian... =))


Sedang asyik mengutip buah manggis kat atas tanah tu, tiba-tiba je aku jatuh tergolek dan terus menggelungsur secara mengiring ke bawah. Punya la cuak aku masa tu. Mujur la pendek je gelungsur buatan tu.. Kalau tidak, dah tentu aku terus masuk ke dalam longkang macam dulu tu... ;)

Mujur juga masa aku jatuh tergolek tu takde siapa yang nampak. Budak yang kat atas pokok tu pun tak nampak sebab terlindung dek daun-daun manggis tu. Aku cuma bagitau je kat dia yang aku jatuh tergolek.. Pastu dia ketawa je la dan cakap, 'tu la, sape suruh ambik gambar..'... Aku gelak je la.. kehkehkeh.. Lagi la bernasib baik sebab anak-anak buah yang kecik-kecik tu ada kat dalam rumah...


Dah lama tak main lumpur... kehkehkeh....


Tak lama lepas tu, akupun naik la ke atas. Aku tinggalkan dorang semua meneruskan kerja mengutip buah manggis tu. Aku nak kena mandi lagi sekali padahal baru je lepas mandi.. huhu.. Masuk dalam rumah, akupun bagitau la kat anak buah yang kecik-kecik tu yang aku jatuh tergolek masa kutip buah manggis. Apa lagi, bersepai la dorang gelakkan aku.. See, tu baru bagitau je tu.. Belum dorang tengok live lagi... Kalau la dorang semua nampak masa aku jatuh tergolek tadi, mau terkencing-kencing dorang gelakkan aku... muahahaha...

Ehh.., lupa pulak nak bagitau. Anak-anak buah aku yang panjat pokok manggis ni kedua-duanya perempuan.. Manakala ada seorang anak buah lelaki ni bila mak aku tanya dia tau panjat pokok ke tak, terus dia jawab tak tau sebab dia tak pernah panjat pokok.. hahaha... Pastu, boleh pulak dia kata takde pokok nak panjat. Terus je aku jawab, tu haa..., ada lagi pokok manggis, pergi la panjat.. Terus je dia tersenyum mengulum... Takut la tu... hikk...

Begitulah kisah di sepetang yang singkat tadi. Kalau dah tersurat nak jatuh tergolek masa kutip buah manggis, maka akan jadilah ia... Kunfayakun... :-)

p/s: Sakit pinggang den. Tadi masa baru-baru jatuh tergolek takde rasa apa-apapun... Rasa ringan je badan menggelungsur ke bawah... Sekarang ni dah mula terasa sakit dah... Adehhh....

Friday, December 23, 2011

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni... :-)

Assalamualaikum...

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni... :-)

Kali ni aku mencuba buat kek coklat pulak.. Resepi ambil dari majalah yang hari tu juga. Resepi tak sama, cuma majalah je yang sama.. Rupa-rupanya punya la banyak resepi kat dalam majalah tu. Mana taknya, majalah khas keluaran hari raya la pulak... hehe..




Kali ni aku cuba  buat kek coklat lembab, siap dengan topping sekali. Dan pertama kali jugak aku menggunakan sistem boiling.. Dulu aku tak tau apa maksud boiling tu. Puas aku bayangkan, tapi tak jugak faham. Namun, berkat dari rajin menggugel, maka faham la sikit-sikit... Tenkiu banyak-banyak pada atok gugel.. ;)

Aku buat sistem boiling ni menggunakan kuali sebab permukaan kuali tu luas sikit dan mempercepatkan coklat masakan tu cair. Mula-mula isi air kat dalam kuali tu. Lepas tu masukkan periuk yang berisi coklat masakan yang dipatah-patahkan ke atas air tadi. Tunggu la sehingga coklat tu mencair..


Topping aku agak selekeh sikit.. Maklum la, tangan aku takde seni... ehehh...

Kejap lagi nak potong kek ni. Nak tunggu topping dia keras dulu. Lepas tu nak bagi anak buah yang tolong hantarkan coklat masakan tadi. Kat rumah aku takde stok coklat masakan tu. Tu yang minta sikit kat kakak ipar aku tu sebab kakak ipar aku tokey kuih raya... :-)


Topping dah mengeras. Dah boleh potong dah.... :-)

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni.. Tapi mencuba benda atau perkara yang betul la.. Tapi ramai juga yang suka mencuba kepada benda yang tak betul.. Kalau sempat diperbetulkan balik, takpe juga.. Takut tak sempat je.. 

p/s: Selamat bercuti pada yang akan bercuti sempena Xmas ni.. Moga ceria-ceria selalu ya... \^__^/

Thursday, December 22, 2011

Jiwa kacau...?

Assalamualaikum...

Jiwa kacau...?


Puncanya TV3 cuma letakkan status berserta gambar kat bawah ni je.. Biasa la kan, nak suruh orang tengok, kena la buat promosi. Bukannya kena paksa tengokpun. Malahan, tak jadi kewajipan langsung untuk menonton semua ni. Kalau tak suka tengok, boleh aje pergi buat kerja lain.. So simple, kan..

Comelnya... :-)


Tup-tup ada la sorang mamat tu tak habis-habis menyerang dengan pelbagai ayat yang kesat.. Terkejut jugak aku. Apsal pulak nak memekak kat status tu..? Jiwa kacau ke dia ni agaknya ehh..?


Warna biru adalah orang yang sama... Astaghfirullaahal'azim...


p/s: Tak tau nak kata apa dah.. Mudah-mudahan aku tidak berada dalam kelompok jiwa kacau macam ni... Kalau semua benda nak kena maki hamun, sampai bila-bilapun takde kesudahannya... Entah apa la yang dia makan agaknya ya.. Hmmmm... 

Wednesday, December 21, 2011

Tolonglah hulurkan bantuan...

Assalamualaikum...

Tolonglah hulurkan bantuan...

Ada seorang kawan yang meletakkan gambar ini di page fesbuk dia.. Dan aku rasa terpanggil untuk memanjangkan lagi isu ini dengan harapan ada yang sudi menghulurkan bantuan.. Kalaulah ada di antara pembaca atau followers blog aku ni yang ikhlas menderma, syukur sangat-sangat.. 




Adik ini menghidap sejenis penyakit iaitu Cerebral Palsy. Mulanya aku tak perasan dia sakit apa. Lepas tu bila tengok pada jenis ketidakupayaan yang dia hadapi, barulah aku cuba menggugel.. Maklum la, aku bukan arif sangat pasal jenis-jenis penyakit ni. Boleh baca kat sini tentang penyakit tersebut...


Semuanya ada di sini.. Lengkap.. Terpulanglah pada kita samada nak menderma atau tidak.. 


p/s: Semoga Allah memberkati adik ini serta mereka yang sudi menghulurkan bantuan.. Aminnn...

First time try.. Nasib baik menjadi.. :D

Assalamualaikum...

First time try.. Nasib baik menjadi.. :D

Semalam buat entry pasal tudung saji. So, hari ni kena la buat entry pasal makanan pulak. Nanti ada jugak benda yang boleh disumbat di bawah tudung saji tu.. hehehe..

Segala cerita dan resepi ada kat blog dapo aku tu ya.. Sudi-sudikanlah menyinggah ya.. Ni sekadar nak menayang gambar je ni.. hihihi.. Jangan marah maaa... :)


 Agak berpuas hati dengan resepi ni. Dan akan cuba untuk memperbaikinya lagi... :-)


Api oven agak besar.. Tu yang agak "garing" sikit kat luar tu.. Tapi kat dalam tu tetap gebu dan lembut.. Kalau pukul mentega + gula lagi lama, mungkin akan lagi gebu... 

Alangkah bagusnya kalau semua first time try itu menjadi... Takde la nak bazir masa, tenaga dan duit ringgit banyak sangat, kan... Tapi tu la.. Mana mungkin semua benda yang kita buat tu akan berjaya sepanjang masa.. Kena la jugak merasai "nikmat" kegagalan itu.. Kalau tak pernah gagal langsung lagi bahaya kot... Ya ke..? 

Orang 1: Ko pernah gagal tak dalam hidup ko..? Gagal dalam exam ke.. Gagal bercinta ke..? Aku ni manjang gagal je.. Adehh..

Orang 2: Lu tengok orang la bro..!!! Aku manade pernah gagal.  Ni aku laa... Paling genius kat dunia ni...


p/s: Samada first time try ke, second time try ke, third time try ke atau try yang seterusnya, good luck untuk semua... Dan good luck untuk aku jugak.. Moga aku tak terus givap kalau kuih atau kek yang aku buat tak menjadi... hihihi...

Naik lenguh lengan aku menggodek.... Lepas ni boleh lawan gusti lengan... hehehe...

Tuesday, December 20, 2011

Penat juga rupanya menyulam kasih ni... :-)

Assalamualaikum....

Penat juga rupanya menyulam kasih ni... :-)

Sejak kebelakangan ni, aku agak sibuk menyulam kasih.. hikk.. Maklum la kan, baru pertama kali kenal. Walaupun dah lama nampak, namun hanya sekarang aku berani untuk mendekatkan diri.. Kenalah usha dulu, baru boleh rapat, kan... ceewaaahhh...

Masa mula-mula menyulam kasih tu, agak kaku jugak la. Ya la, menyulam kasih dengan si rapuh, kenalah lebih berhati-hati. Bukan apa, takut nanti terpatah hati je, terus terbantut sessi menyulam kasih tu.. hahaha... Sekejap duduk atas kerusi. Bila dah penat, duduk pulak atas lantai.. Cuma masa baring je tak boleh nak menyulam kasih ni.. Kalau la boleh, memang superb la aku ni, kan... Wakakakakaka...

Okay la, kat sini aku sertakan sekali gambar kasih yang aku sulam tu... muahahahaha...
:
:
:
:
:
:
:
V

See, tudung saji aku tu dah ada yang patah-patah dah.. Tapi belum reput lagi, cuma rapuh je.. hahaha...


Kasi mekap sikit la, kan... Cover la mana yang patut tu.. hehe...


Akhirnya, siap juga sessi menyulam kasih... Sakit doww pinggang den.. :D


Takde la sekemas dan secantik mana.. Tapi boleh la kottt... ahaha...


Penat juga rupanya menyulam kasih ni.. Kena banyak-banyak bersabar.. Masa menyulam kasih kat tudung saji ni, aku rasa aku dah cukup sabar dah. Namun hasilnya tidaklah sebaik dan sekemas mana.. Kalau nak meyulam kasih dengan manusia, nampak gayanya aku awal-awal lagi dah gagal.. huahuahua.. Kalau dah jari tu takde seni, memang la hasilnya tak sebaik mana.., ya tak..? Ehh.., ya ke..? Lagipun aku menyulam kasih kat tudung saji ni bukannnya apa. Cuma aku geram dengan sang lalat je... hahaha...


Harap-harap lepas ni LALAT tak lepas masuk... Biar je dia main nyorok-nyorok kat celah-celah riben tu... kihkihkih...

p/s: Jangan fikir ke lain ya.. Kalau ada yang fikir ke lain tu, itu tandanya fikiran korang masih lagi dikuasai oleh prasangka.. No prasangka okay.. :-)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)