Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, April 3, 2013

Hmmm...

Assalamualaikum...

Hmmm...

Semalam, singgah kat masjid kat tengah-tengah bandar Raub.. Masuk je dalam tandas kat situ (tandas yang bersambung dengan masjid, bukan tandas kat belakang tu), sudah diperlihatkan dengan perlakuan vandalisme.. 


Manusia zaman sekarang, semakin maju + semakin bijak = semakin tidak pandai nak gunakan otak.. Hmmm...


Tandas yang rosak sedangkan rasanya baru je tandas tu dibaik-pulih... Kat belakang pintu ni terselit sehelai seluar dalam kat dalam lubang yang ada.. Hmmm...


Dulu ada rak/para cermin untuk memudahkan meletak tudung ataupun beg tangan dan sebagainya.. Sekarang..?? Tinggal ini aje la... Hmmm...


Lampin pakai buang diselitkan di lubang yang terbuka sedangkan kat luar tandas, punya la banyak disediakan tong sampah.. Manusia takde otak je yang rajin buat macam ni.. Hmmm...


Air yang terbuang begitu sahaja sebab kepala paip dah loose.. Satu pembaziran gara-gara sikap manusia yang kononnya bijak lagi terpelajar.. Hmmm...


Satu sikap yang boleh dipuji.. Lepas ni makin ramai la yang buang kucing kat masjid... Sebab tak payah nak susah-susah bagi kucing tu makan.. Murah rezeki orang yang bagi kucing ni makan.. Murah lagi rezeki orang yang memasukkan derma kat dalam tabung kaku tu.. Agak-agaknya berapa lama masa yang diperlukan untuk memenuhkan tabung tu ehh...? Hmmm...


Kalau takde kerjasama dari semua pihak, perkara yang mudah akan jadi susah, perkara yang kecil akan jadi besar.. Oleh itu, gunakanlah otak yang diberi Allah itu dengan sebaik-baiknya.. Segala kemusnahan berpunca daripada pemikiran kita sendiri.. 


p/s: Fikirlah perkara yang baik-baik sahaja.. Insya-Allah, hasilnya pasti baik juga.. Saya pilih mengundi... :-)

Friday, March 29, 2013

Pencarian...

Assalamualaikum...

Pencarian...


Pencarian yang masuk dalam beberapa entry aku... Tidak la segempak manapun sebab blog akupun bukannya hot.. Lemau je macam owner dia jugak... hahaha... 


Nak buat entry pun malas.. adehh.. Orang nak tinggalkan komenpun malas sebab akupun sekarang ni dah malas nak balas komen kat entry aku tu.. Takde idea nak balas sebenarnya.. Kang kalau aku balas secara jujur, orang kata aku skema la pulak.. Poyo sangat.. hehh..










p/s:  Nampak gayanya One Day You'll Be Mine masih menguasai pencarian... Mencari Anak Teruna Makcik Rahimah agaknya... kehkehkeh...

Thursday, March 28, 2013

Poyo...

Assalamualaikum...

Poyo...


Bila kita terlalu berterus-terang, ada saja mulut di belakang yang kata kita ini poyo.. Poyo yang membawa maksud poor of your ownself... Ungkapan kesian diberikan kepada mereka yang termasuk dalam golongan lurus bendul sedangkan kejujuran itulah sebenarnya yang paling dituntut, yang bergantung kepada apa, siapa dan bagaimana ia dilaksanakan.. 


Mulut orang, siapalah kita untuk menjaganya sedangkan mulut kita sendiripun kadang-kadang kita terlupa untuk menutupnya.. Lebih-lebih lagi bila tidur dalam kepenatan bekerja.. Melopong mulut tu terbuka macam mulut gua...


Itulah kepelikan dunia.. Yang lurus-bendul dihina.. Yang bengkang-bengkok dipuja.. Pelik tapi benar.. hehh..


p/s: Poyo tak...? Ada rasa nak muntah..?? Hahaha...
.

Tuesday, March 26, 2013

Menjadi jugak kuih gulung ni walaupun... tettttt...!!!

Assalamualaikum...

Menjadi jugak kuih gulung ni walaupun... tettttt...!!!


Sebenarnya aku dah banyak kali cuba buat kulit untuk kuih gulung atau kuih ketayap ni.. Namun tak pernah nak menjadi dengan elok.. Ada masanya ia jadi seperti lempeng dan ada ketikanya kulit terlalu tebal.. Bila digulung, ia menjadi seperti bantal peluk yang gemuk.. hehe..





Namun, malam tadi aku cuba buat lagi walaupun malam sebelumnya aku dah agak kecewa bila kulit kuih gulung ni tebal giler.. Macam dah givap dah nak buat.. Namun bila tengok inti kelapa tu masih banyak lagi dalam kuali, rasa sayang la pulak.. Dah la inti kelapa tu mak aku yang buat.. Kalau nak tunggu aku buat inti tu, jangan harap la.. Aku memang malas dalam bab macam tu... Percaya la, aku tak tipu punya.. hehh..




Untuk kali ini, aku masih menggunakan sukatan yang sama seperti malam sebelumnya yang tak menjadi tu. Cuma, untuk bancuhan kali ini, aku lebihkan sedikit air. Sebenarnya memang agak susah untuk aku menetapkan tahap kepekatan bancuhan tepung ni. Teragak-agak jugak nak masukkan sebiji telur dalam bancuhan tepung tu untuk mengelakkannya dari melekat kat kuali leper tu nanti.. Tapi teringat pulak kata kakak ipar.. Dia kata kalau letak telur, nanti kuih ni akan berbau hanyir bila dah sejuk.. Sudahnya, aku bayangkan tahap kepekatan bancuhan tepung ni seperti bancuhan untuk buat telur dadar..





Sebelum tu, gigih aku mencari kuali leper ni kat dalam stor. Kuali ni sebenarnya untuk buat kulit popia tapi rasanya tak pernah digunakan untuk tujuan itu.. Kalau guna untuk bakar daging burger ada la kot.. Dah berkurun dah mak aku beli kuali ni.. Masa arwah abah aku ada lagi kuali ni dah dibeli.. Mujurlah kuali ni tak kena gerit dek tikus.. hahahaha...





Cuba punya cuba, akhirnya menjadi la jugak kuih gulung aku ni walaupun rupanya tak semenggah.. huhuhu.. Tapi takpe la kan, yang penting boleh dimakan.. Lepas ni boleh cuba buat lagi.. Itupun kalau rajin la, kan... kehkehkeh.. Ingat lepas ni nak cuba lagi buat kulit popia basah pulak... Hari tu masa kat Nilai dah cuba buat dah tapi hasilnya nan hadoooo.... muahahaha...




p/s: Resepi macam biasa, ada kat blog dapo aku tu.. Kalau yakin dengan resepi tu, cuba la buat.. Tapi kalau rasa macam tak yakin je dengan resepi aku tu, tak payah la ikut.. Cari aje la resepi lain.. huhuhu... Resepi aku tu aku cipta sendiri sukatan dia tau.. hehh... *motif bagitau...?? Hahahaha... 

Monday, March 25, 2013

Bubur daging berempah bersama Shers..

Assalamualaikum...

Bubur daging berempah bersama Shers..


Tadi aku sempat tengok sikit rancangan masak-masak bersama jejaka kacak si Shers ni.. Kali ni dia masak pelbagai jenis bubur nasi tapi aku cuma sempat rakam satu resepi je iaitu bubur daging berempah.. Nampak senang je dia masak bubur tu.. Main campak-campak je.. Korang boleh buat..? Nan hadoooo, kann...? Kuikuikui...


Bahan yang diperlukan adalah...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tengok aje la video klip kat bawah nun... 
Tak sempat la nak tulis bahan apa yang diperlukan..
Ngeee.....
:
:
:
:
:

Bila orang ensem masuk dapur, maka berganda-ganda dia punya ke-ensem-an.. Orang tak ensem je yang malas masuk dapur ni.. ehehh... So, siapa nak rasa ensem, rajin-rajin la memasak di dapur.. muahahaha... tettt....!!!
:
:
:
:
:
:

Seperti biasa, audio kurang memuaskan.. So, silalah gunakan speaker kuasa jet jumbo... hehh..


Mak aku selalu masak bubur nasi kalau dia takde selera nak makan.. Bubur nasi dia sempoi je.. Just letak santan dengan garam je.. Tapi itupun dah cukup marbelesssss dah... Kalau ada telur masin, lagi la merembes air liur...


p/s: Apsal kalau aku yang buat bubur nasi tu, sokmo tak sedap ehh... Sebab tu la aku malas nak masak-masak ni... kehkehkeh...

Sunday, March 24, 2013

Perihal telur...

Assalamualaikum...

Perihal telur...


Tengok aje la apa yang ada kat dalam gambar ni..




Telur kat dalam gambar tu bulat ke..? Bukan lonjong ke..? Kan jauh bezanya antara bulat dan lonjong... Macam mana pula boleh ditandakan betul...?? Esok sampai besar budak tu dok kata telur tu bulat sebab cikgu tanda betul.. Haaiisshh.... Boleh menimbulkan kecelaruan fikiran kat budak tu nanti.. hehh..


Lagi satu, sepatutnya setiap ayat atau perkataan yang ditulis selepas tanda yang ada noktah, kena la gunakan huruf besar.. Benda ni nampak macam remeh tapi sebenarnya jika tidak dibendung sedari awal, sampai ke sudah budak-budak ni akan buat kesilapan yang serupa.. Jadi, jangan anggap mudah perkara macam ni.. 


Kalau zaman aku sekolah dulu, jika buat kesilapan macam ni, dah tentu penuh kertas tu dengan pembetulan yang cikgu tulis.. 


p/s: Buat-buat tak nampak kat ayat pertama tu.. Tak nampak tapi nak gelak, boleh gitu..?? Kikikiki..., *gelak sopan ni.. :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)