Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 17, 2013

Berhati-hati dengan mainan hati...

Assalamualaikum...

Berhati-hati dengan mainan hati...


Kadang-kadang kita teruja nak berkongsi hasil kerja kita.. Kita upload gambar kat laman sosial dengan niat tulus ikhlas iaitu semata-mata hendak berkongsi rasa dan cerita... Takde langsung niat hendak menunjuk-nunjuk ataupun riak dan sebagainya..


Namun, harus kita ingat bahawa bukan semua orang turut sama teruja dan gembira dengan apa yang kita kongsikan.. Lumrah alam, pasti ada yang tidak senang hati malahan cemburu serta dengki dengan hasil kerja kita itu..


Jadi, sebelum berlaku sesuatu yang kita tak jangka, eloklah berpada-pada dalam segala apa yang kita upload dan kongsikan.. Bukan kita buruk sangka.. Cuma sekadar berwaspada.. Hati kitapun adakalanya berbolak-balik.. Apatah lagi hati orang walaupun orang itu orang yang kita percayai.. Jika sekadar sakit hati dengan melancarkan kata-kata umpat keji, mungkin kita masih boleh bersabar.. Dibimbangi sakit hati itu menjurus ke arah bermain sihir.. Itu yang tak nak tu... huhu...


Pepatah dulu ada mengatakan, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Tapi zaman sekarang ni, rambutpun dah tak sama warna, apatah lagi hati masing-masing.. Wallahu'alam...


p/s: Semoga dijauhkan dari segala jenis penyakit hati yang tiada ubatnya ini.. Amin...

MIA: Minah enterframe..

Assalamualaikum...

MIA: Minah enterframe..


Ingat lagi tak kat minah enterframe ni..? Minah enterframe ni adalah si Utih.. Masuk hari ni, dah lebih seminggu dia hilang.. Just hilang macam tu je.. Missing in action terus.. Nak kata dia mati, takde pulak bangkai dia.. Selalunya kucing kat rumah ni kalau mati, dorang mati kat kawasan rumah jugak..


Yang buat aku ralat, Utih hilang dengan meninggalkan empat ekor anak yang masih lagi kecil.. Punya la melalak anak tu sebab kehausan.. Mulanya aku ingatkan Utih tu belum lagi menyusukan anak dia.. Bila petang tu dorang masih lagi melalak dengan nyaringnya, abang akupun cakap yang dia takde nampak Utih seharian tu.. Mak aku pulak suruh bagi susu tepung kat dorang...




Mujurlah masih ada lagi sekor ibu kucing yang beranak kecil. Maka, akupun ambil la si Popok tu dan letakkan baby kucing tadi untuk menumpang menyusu.. Mulanya si Popok ni menderam jugak, tak suka dengan anak Utih.. Tapi aku paksa jugak dia bagi susu dia tu kat dorang.. Sian Popok kena marah... huhuhu..




Ni semua anak si Utih..


Kalau nak ikutkan si Popok, dia memang tak suka.. Sudahnya, aku letak semua sekali anak dia dengan anak si Utih tu.. Kiranya aku longgokkan dorang setempat la.. Lepas tu diapun dah tak tau mana satu anak dia.. hahaha...




Anak si Popok sendiri ada tiga ekor.. Campur pulak dengan anak si Utih yang empat ekor tu, dah jadi tujuh ekor.. Bayangkan bila tujuh ekor anak kucing berebut-rebut menyusu dengan sekor ibu.. Aduhaii..


p/s: Sekarang ni anak kucing tu tinggal enam ekor.. Sekor dah mati.. Adat la tu..

Tuesday, October 15, 2013

Korban keli..

Assalamualaikum...

Korban keli..


Salam aidil adha untuk semua umat Islam di seluruh pelosok dunia.. Ada yang buat korban ke..? Jika ada tu, alhamdulillah..


Apapun, pagi tadi aku korbankan beberapa ekor ikan keli mak aku yang ada kat dalam kolam simen sebelah dapur tu.. Dari mula buang air kolam, menyauk ikan, mematikan ikan, menyiang sampai la kepada menggoreng, aku yang buat sorang-sorang.. huhuhu... Sampai naik kecut jari yang dah sedia kecut.. haha.. Mujurlah skill menyiang ikan keli ni masih ada lagi.. hehh..


Tuang dua tiga genggam garam kasar, empat lima biji limau kasturi yang dibelah dua, segenggam asam jawa.. Pastu tutup dan tindih ketat-ketat.. Kalau tak nanti ikan tu melompat keluar.. Biarkan ikan keli tu berperang sesama sendiri...



Tak sampai 15 minit, dah senyap dah.. Kali ni guna tong buruk je.. Dulu pernah sekali tong tu pecah sebab ikan yang berperang kat dalam tu.. Apa lagi, kelam kabut la dok cekau balik ikan yang keluar dari rekahan tong yang pecah tu.. 



Dah siang dah...



Dah siap potong...



Pastikan darah beku yang kat sebelah jari aku tu dibuang.. Kalau tak buang, nanti ikan tu tetap berbau hanyir bila dimasak.. So, kena kerobek-kerobek sampai jumpa darah beku tu..



Sudah sedia untuk digoreng...



Yang ni mak aku kata dia nak masak dengan rebung...



Siap goreng dah... Goreng kosong je.. Malas nak menyambal.. Jemu asyik makan pedas je..


Aku akhiri entry entah apa-apa ni dengan cerita dari UKE.. 


p/s: Salam aidil adha.. Maaf zahir batin..

Monday, October 14, 2013

Scone yang tak menjadi... huhuhu...

Assalamualaikum...

Scone yang tak menjadi... huhuhu...


Siapa pernah buat scone..? Nak mintak resepi boleh tak..? Kat google banyak je resepi scone ni tapi kalau boleh aku nak resepi dari orang yang dah pernah buat sebab nanti senang nak tanya itu ini.. Kalau setakat resepi google, macam mana nak menjawab pertanyaan jika diri sendiri tak pernah membuatnya.. 


Malam tadi aku cuba buat scone ni.. Aku ikut resepi dari majalah.. Masa mula-mula adun tu aku dah terasa macam ada yang tak kena.. Tapi aku teruskan jugak.. Sampai ke satu tahap, aku kurangkan sikit satu bahan ni sebab aku tengok adunan tu dah berair semacam je.. Aku fikir, kalau aku ikut sukatan tu, nanti jadi lempeng pulak scone aku tu.. huhuhu..


Sudahnya, scone aku dah macam rupa cekodok bantat.. Dah la keras kejung, liat pulak tu.. Tapi masih boleh makan la tapi kena pastikan gigi tu tajam macam gigi ikan piranha.. kehkehkeh.. Nak tempek gambar scone tu pun aku teramat la segan.  hahaha.. Tapi tempek la jugak.. Tak kan nak tempek gambar kuih yang menjadi je.. Nampak sangat la takut dengan bayang-bayang sendiri.. hehh..


Ni kalau baling kat hidung SRK, konpem patah tulang hidong kawan tu.. hehehe...


Ni la padahnya jika tak pernah makan scone.. Tengok scone secara live pun tak pernah.. Kalau dah pernah makan, boleh jugak bayangkan macam mana nak membuatnya masa mengadun bahan tu.. Ni dok pandai-pandai ejas sendiri je.. Kan dah kena.. huahuahua... Lepas tu baru la gelabah menggoogle.. hihi...


Rupanya ada banyak jenis scone ni.. Pastu boleh dimakan dengan jem ataupun cream.. Ada yang kata boleh cicah dengan air kopi.. Biar betul.. haha.. Kalau macam ni, boleh la aku keluarkan jem blueberry aku tu.. Konpem laju je anak-anak buah ni makan.. hihihihi..


Aku dah letak jem bluberry kat tengah-tengah tu.. Harap-harap dorang suka la. Kalau takde siapa yang suka, nanti siapa yang nak makan... huhuhu..


p/s: Pengalaman membuat tu yang penting.. 
Walaupun dilemparkan dengan kata-kata sindiran, senyum tu tetap ada.. Siap gelak-gelak lagi... wakakakakaka... Anggap je sindiran tu sebagai satu motivasi... hohohoho..


UPDATE...
____________

Terima kasih pada Azie Surip atas perkongsian resepi scones ni.. Resepi roti dulu pun aku ikut resepi dia jugak.. 




Nota:
1) Scones ni selalunya dimakan samada dengan jem ataupun cream ataupun kedua-duanya sekali.. Sebab tu takde gula dalam resepi ni.. 

2) Susu segar yang 3/4 cawan tu boleh digantikan dengan cream..

3) Egg wash tu ialah campuran kuning telur dan susu segar.. Campuran ni kena pekat.. Kalau cair nanti dia meleleh dan scones jadi tak cantik..


p/s: Sekali lagi terima kasih banyak-banyak untuk Azie dan Haslina yang sudi berkongsi resepi.. Ada jugak orang yang sudi menjawab pertanyaan aku.. Alhamdulillah.. Moga Allah murahkan rezeki kalian.. Amin.. 


UPDATE..
~~~~~~~~~

Jumpa video nak buat scones ni kat Youtube..
Boleh la refer kat sini je nanti...
Bagus omputih ni, tak kedekut ilmu.. hehhh..




Saturday, October 12, 2013

Apa yang ada di belakang sijil kursus perkahwinan..

Assalamualaikum...

Apa yang ada di belakang sijil kursus perkahwinan..


Tengah dok kemas-kemas fail, terjumpa pulak sijil kursus perkahwinan ni.. Aku dah lama pergi kursus ni.. Masa tu aku masih kerja kat Johor dan pergi ikut kawan.. Ramai kawan-kawan yang pergi.. Ada yang pergi sebab akan berkahwin dan ada yang pergi sekadar untuk menimba pengalaman.. Tak salah, kan..? 


Dan, tak salah jugak rasanya jika aku kongsikan apa yang tertulis kat belakang sijil tersebut.. Mana la tau, kot-kot ada yang terlupa pulak.. Jangan pulak bila dah kawen, semuanya hilang melayang macam tu je.. huhuhu...


Sijil ni dah lama.. Yang baru tak tau la macam mana rupa dia..


Ciri-ciri suami yang soleh:

1) Taat kepada ALLAH..

2) Menunaikan tanggungjawab sebagai suami/pemimpin dalam rumahtangga..
       i) Memberi nafkah makan minum kepada isteri dan anak-anak..
      ii) Memberi pakaian kepada isteri dan anak-anak..
     iii) Menyediakan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak..

3) Tidak menghina atau menyakiti hati isteri samada dengan perkataan atau perbuatan..

4) Bergaul dengan isteri dengan pergaulan yang baik..

5) Tidak meninggalkan tempat tidur melainkan kerana memberi pengajaran/kesedaran kepada isteri..

6) Tidak terlalu kasar..

7) Jujur dan sentiasa menepati janji..

8) Selalu membimbing isteri ke jalan yang diredhai ALLAH dan mendoakan kebaikan bagi keluarganya..

9) Menolong kerja-kerja isteri terutama dalam memelihara anak..

10) Tidak terlalu bakhil atau terlalu boros..

11) Sentiasa mencari jalan memperbaiki keadaan rumahtangganya..

12) Memahami kegemaran dan kebencian beliau (isteri)..


Tengok sijil ni, teringat kat kawan-kawan yang sama-sama pergi kursus ni. 


Ciri-ciri isteri yang solehah:

1) Taat kepada ALLAH..

2) Taat kepada suaminya serta jujur dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri..

3) Hormat serta menjaga adab sopan terhadap suami..

4) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mertua..

5) Syukur dan menerima pemberian suami walaupun sedikit..

6) Berjimat cermat walaupun ketika senang..

7) Tidak terburu-buru menerima fitnah dan aduan..

8) Memberi layanan dan mesra kepada suami..

9) Tidak memaksa suami mengadakan sesuatu apalagi ketika suami tidak mampu..

10) Meminta izin kepada suami jika hendak keluar rumah walaupun untuk menziarahi keluarga..

11) Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumahnya tanpa izin suami..

12) Segera meminta maaf jika bersalah atau derhaka pada suami..

13) Memelihara dirinya, harta benda, rumahtangga dan anak-anaknya..


p/s: Kepada para suami isteri, moga kalian sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH serta dilindungi ALLAH selalu.. Amin...

Alif.. Ba.. Ta..

Assalamualaikum...

Alif.. Ba.. Ta..


Lupakan kepop... Lupakan jastin bibir.. Lupakan selena gomeh... Lupakan candy crush.. Mehh kita sama-sama mengimbau kembali zaman kita kecik dulu.. Ni la 'lagu' yang selalu bermain di bibir kita.. 


Alif.. Ba.. Ta.. (t)Sa.. Jim.. Ha.. Hoo...

Dal.. Zal.. Ro.. Zai.. Sin.. Shim.. Sod...

Dhot.. Tho.. Zho.. Ain.. Ghim.. Fa.. Kof...

Kap.. Lam.. Min.. Nun.. Wau.. Ha.. Lam Alif...

Hamzah... Yaa...



Muzik intro dia macam citer zaman dodulu.. hehe...


p/s: Mohon maaf jika ejaan dalam Rumi itu tidak tepat.. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)