Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 7, 2014

Menu hari kedua aidil adha 2014...

Assalamu'alaikum...

Menu hari kedua aidil adha 2014...


Ni antara menu yang sempat aku buat atau masak untuk hari kedua aidil adha.. Ni tak termasuk menu yang mak aku masak.. Tak sempat nak ambil semua gambar.. Letih.. hehh..


Mula-mula buat goreng ikan masak kicap + kacang botor... 




Lepas tu, sambung pulak buat kacang tanah bersalut tepung ni... Ni pertama kali buat berpandukan pada resepi yang orang share kat fesbuk.. Cuma aku tambah dan kurangkan bahan.. Gunakan bahan yang ada je.. Mana-mana bahan yang takde tu, gantikan dengan bahan lain... Takde la menjadi sangat sebab macam kurang garam.. Tapi takpe la, dah namanya percubaan pertama.. Adat la serba kurang sana sini.. 


 Kacang dalam anggaran sekilo lebih..


Berbuih-buih minyak dia.. 




Aku agih-agihkan sikit kacang ni kat kaum kerabat yang balik beraya kat sini..




Malamnya pula, aku buat tomyam campur ni je.. Penuh satu periuk aku buat.. Aku makan dengan nasi impit.. Sayur-sayur tu fresh dari Cameron Highlands sebab adik aku baru balik dari sana... Ingatkan tak habis.. Alhamdulillah, habis la segala isi dia.. Adat la tinggal sayur tu sikit-sikit..




p/s: Sekarang semua dah balik.. Aku belum sempat lagi nak kemas rumah.. Nanti-nanti la.. Gue kecapekan.. hehh..

Jerat dan pelanduk...

Assalamu'alaikum....

Jerat dan pelanduk...


Aku tak nak jadi pelanduk yang seringkali terkena jerat..
Aku juga tak nak jadi jerat yang seringkali mengenakan pelanduk..
Aku mahu jadi diri sendiri iaitu mengukur baju biarlah di badan sendiri..





Ada orang sangat suka menjadi jerat.. Jerat sana.. Jerat sini.. Untung-untung jerat yang dipasang mengena.. Jika takde untung, leher sendiri yang terkena jerat.. 



p/s: Kena ingat selalu bahawa jerat tidak pernah melupakan pelanduk... 

Sunday, October 5, 2014

Menu aidil adha 2014..

Assalamu'alaikum...

Menu aidil adha 2014..

Salam aidil adha.. Alhamdulillah.. Menu untuk hari pertama raya aidil adha ni dah selamat.. Syukur kerana tiada pembaziran isi makanan yang melampau.. Menunya simple je.. Hanya untuk makan kaum kerabat yang ada dan balik beraya kat rumah ni je.. Antara menunya adalah:


Nasi impit 
Sup tulang 
Sup ayam 
Rendang ayam 
Kerang rebus 
Gulai siput sedut 
Keropok kering - dah habis sebungkus.. Tinggal sebungkus lagi..
Keropok lekor  - dah habis dua bungkus.. Tinggal lagi sebungkus..
Karipap - tinggal lagi 3 bekas untuk bekal adik-adik bawak balik sorang sebekas.. Cara buat kulit karipap ada kat sini dan resepi untuk doh/kulit karipap ada kat sini.. Silalah klik.. hehh..


Esok nak masak apa..? Ada telur itik.. Ada daging.. Ada ikan siakap.. Ada ikan untuk buat kuah laksa.. Tak tau nak masak apa.. Ikut pada mem besar.. Rasanya mungkin masak laksa dan masak lemak cili api telur itik.. Telur itik bukan boleh simpan lama-lama.. Nanti masuk angin.. Dah tak sedap dah nak buat gulai..


Gambar..?? Takde gambar.. Malas pulak nak menyenep (snap).. hahaha.. *habis rosak bahasa.. 


p/s: Syukur Alhamdulillah.. Segala rezeki datang dari Allah.. Moga Allah murahkan rezeki untuk anda juga.. Amiinn.. Walaupun hanya sebungkus roti, ianya tetap rezeki.. Bersyukurlah..

Gila mengedit header blog.. :D

Assalamu'alaikum...

Gila mengedit header blog.. :D


Yesszaa....!!! Dah lama sangat rasanya blog aku ni takde header bergambar.. Yang ada cuma text header je iaitu header berbentuk tulisan.. Jadinya, sekarang ni aku tengah rajin buat header untuk blog aku ni.. Ni salah satu kerja gila yang pernah aku buat dulu.. hehh...


Aku hanya buat header blog aku je.. Sekadar suka-suka.. Sekadar membuang masa.. Ahh, daripada aku buat perkara yang menyakitkan hati orang lain, baik aku buat kerja yang menyukakan hati sendiri.. kann.... hehh..


Ni antara header yang aku buat.. Biasa la, guna photoscape je cik senah oiii.... Header bergambar ni bila kita jadikan format .jpg, nanti masa loading dia ringan sikit jika nak dibandingkan jika kita masukkan gambar tu direct dalam blog atau entry.. Takde la gambar header tu keluar sekerat-sekerat dan lambat-lambat..




















Jika nak buat corak tulisan, boleh cuba kat cooltext ni.. Memang sangat awesome dia punya cool.. haha... 


p/s: Sekarang ni aku gunakan header yang akhir sekali.. Cool tak..? Cool la kot macam tuan dia... ahakkk....!! 

Friday, October 3, 2014

Bersuara tu biarlah ikhlas..

Assalamu'alaikum..

Bersuara tu biarlah ikhlas..


Bila harga minyak naik, ramailah yang bersuara dan berkata; kesian kepada orang susah.. 20 sen tu mungkin tiada harga bagi orang yang berkemampuan tapi tinggi nilainya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.. Betul.. Akupun setuju bab ni.. Bagi aku, tiada 20 sen, tiadalah 50 sen dan seterusnya.. Walaupun cuma 20 sen, nilainya sangat bermakna.. 


Tapi masa ambil BR1M, adakah mereka yang bersuara itu ingat akan orang yang miskin dan tidak berkemampuan tadi..? Adakah mereka sanggup bersusah-payah membantu golongan yang miskin tadi untuk sama-sama mendapatkan BR1M..? Ataupun, mereka lebih dahulukan kaum kerabat mereka atau dalam erti kata lain; pat pat siku lipat.. Siapa cepat, dia yang dapat..? 


Kau dah ambil hak orang, lepas tu macam-macam sindiran yang kau lepaskan.. Daripada menyindir pihak yang tertentu, kan lebih baik kau bagi duit BR1M kau tu kepada mereka yang memerlukan iaitu si miskin tadi.. Sanggup..??? 


Semua ada hak untuk bersuara tapi pastikan suara itu benar-benar ikhlas yang mewakili golongan si miskin tadi dan bukannya sekadar menangguk di air yang keruh.. Ayat mudahnya; kau 'tolong' suarakan rasa tidak puashati akan kenaikan harga minyak dengan menjadikan golongan miskin tadi sebagai contoh tapi dalam masa yang sama, hak mereka terhadap BR1M, kau rembat.. 


Be sincere in your thoughts.
Be pure in your feelings.
You will not have to run after happiness.
Happiness will run after you.

(Sri Chinmoy)


p/s: Samada suka ataupun tidak, terpaksa terima jugak.. Alah bisa tegal biasa... Apa lagi yang hendak dikata.. 

Thursday, October 2, 2014

Nak simpan apa dalam ni..?

Assalamu'alaikum...

Nak simpan apa dalam ni..?


Hari tu lepas je ambil keropok, akupun pergilah ke TF ni.. Kat tempat aku takde Tesco, takde Giant, takde Jusco, takde Mydin, takde Carefour.. Yang ada ni je la si TF ni.. Lagi satu tu Tunas Manja tapi aku selalu masuk TF je.. TF ni stand for Tong Fatt.. Maybe nama owner dia kot.. 


Aku memang dah lama nak beli storage box yang besar ni tapi bila tengok harga dia, alahai.., tak tertelan air liur dibuatnya.. Sudahnya, cita-cita terpendam begitu sahaja.. Lama dibiarkan terpendam sampai bertahun-tahun pulak tu.. Tapi kali ni, aku kuatkan hati.. Ingat tak nak beli tapi mak aku dah bising dah. Dia kata; "hari tu kato barang banyak, takdo tompek nak simpan.. Ni dah ado ni, boli yoo la.."




Mula-mula nak beli yang besar ni.. Lepas tu, tengok pulak yang saiz kecil sikit. Pastu cakap kat mak; "boli yang kocik yoo la.." Terus orang tua tu pangkah; "boli yang bosa toghuih laa.. Banyak sikit isi ehh.." Dan hatipun berkata; lagi bosa bokeh tu, lagi bosa la duit ehh.. adehh...


Akhirnya, setelah hati berbolak-balik, akupun bulatkan tekad.. Rembat je la haiih yang besar ni.. Tengok harga ada diskaun sikit.. Daripada RM85.90 jadi RM69.90.. Boleh la tu.. Janji ada kurang.. ahahh..






Jika nak diikutkan, aku plan nak buat kabinet kat dinding.. Nak letak barang jahitan aku dan juga novel-novel aku yang dah tak muat dalam almari tu.. Tapi, nak buat kabinet ni mana cukup seribu dua.. Paling-palingpun mau capai lima enam ribu jugak.. Itupun jenis yang simple je.. Mana aku nak cekau bajet.. Tak mampu nak buat kabinet, tu yang beli storage box ni..


Satu storage box ni muat untuk barang yang ada dalam dua buah kotak.. Dan kotak tu aku gunakan untuk isi kain-kain perca aku.. 


p/s: Tak mampu, buatlah cara tak mampu.. Inipun dah alhamdulillah.. Dapat jugak simpan stok kain untuk projek bookcover aku kat dalam tu..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)