Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 16, 2017

Oh si kantan!

Assalamu'alaikum.

Oh si kantan!


Alhamdulillah. Ada jugak rezeki untuk bunga kantan ni. Dah lama tak merasa. Puas dah jadi penunggu setia. Haha. Ada lagi tiga kuntum yang masih kecil. Biar je dulu bagi dia besar sikit. Janganlah kejam sangat nak potong jugak yang kecil tu. Potong setangkai yang dah besar tu pun dah memadai dah. Bukannya nak buat kenduri asam pedas yang nak potong semua bunga kantan tu.




Pokok kantan ni Omak aku yang tanam. Sekarang ni aku yang ambil alih untuk jaga. Mujurlah kawasan pokok kantan ni takde rumput sangat tapi nyamuk banyak ya amat. Jenuh bergaduh dengan dorang.  





Harga sekuntum bunga kantanpun dah makin mahal. Nampaknya kenalah jaga betul-betul pokok kantan yang dah sedia ada ni. 


p/s: Siapa yang belum ada lagi pokok kantan kat rumah dia, kenalah mula tanam dari sekarang. 

Rezeki jangan ditolak. :D

Assalamu'alaikum.

Rezeki jangan ditolak. :D


Pergi rumah jiran nak hantar buah mangga telur yang gugur ni. Tak larat dah nak makan. 





Lepas tu jiran tu bagi buah betik ni. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. .





Buah mangga telur tu kulit dia je buruk tapi isi kat dalam elok, takde ulat.



Perkembangan terkini kangkung hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan terkini kangkung hidroponik.


Asalnya, hidroponik comel ni aku buat untuk tanam salad. Kangkung ni menumpang je tapi dia pulak yang besar dulu. Salad tu masih lagi kurus dan lambat membesar. Sabar je la.





Kat bawah ni gambar yang aku ambil pada 15/11/2017. Dah boleh petik untuk buat rencah untuk nasi goreng. Haha.






Lepas ni tanam kangkung guna kaedah hidroponik ni je la. Senang sikit nak jaga. Cepat pulak tu dia besar. Gunakan batang kangkung yang dibeli di pasar je. Lepas tu masukkan dalam bekas yang berisi dengan baja AB.



Update:

Aku dah potong dah #kangkunghidroponik aku tu. Dapat secekak kecil. Jadi la. Nanti boleh rebus je. Alhamdulillah.



p/s: Kuantiti itu tak penting. Yang penting adalah kualiti. Lagi penting sebab tak payah dah beli kangkung. Heh.

Wednesday, November 15, 2017

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.


Pergh...! Panjang betul tajuk entri kali ini. Haha. 


Sebetulnya, rebung madu ni kakak aku yang kat Labu tu bawa balik sini dua minggu lepas. Rebung tu dia dah siap rebus sebab nak simpan lama. Kalau nak masak rebung tu on the spot, tak payah rebus, terus je masak tapi sebab nak simpan lama, kena la rebus dulu. Kalau tak rebus, nanti dia jadi masam. Dah jadi rebung jeruk. Kurang sedap la jadinya nanti.


Hari ini, aku teringat pulak kat rebung madu yang aku letak dalam peti sejuk tu. Tu yang aku keluarkan dan terus je masak. Aku masak separuh je dulu. Lagi separuh tu nanti masak lain kali la pulak.




Sebelum masak rebung madu ni, kenalah hiris nipis dulu. Jangan pulak gulai seketul-seketul macam tu. 




Dah siap hiris, boleh la simpan separuh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lain kali boleh masak lagi. Tak payah letak garam. Masa merebuspun jangan letak garam. Nanti rebung tu serap garam tu.





Oleh kerana rebung madu ini tidak dijerukkan, maka kenalah letak asam keping. Kalau guna rebung jeruk yang masam tu, tak payah dah letak asam keping.




Disebabkan rebung madu ini sudah direbus terlebih dahulu, maka proses memasaknya tidaklah mengambil masa yang lama jika nak dibandingkan masak rebung yang belum direbus.


Mana gambar gulai yang dah masak? Alahai, aku dah tak larat dah nak ambil gambar. Lepas je siap masak, terus aku melepek sebab sebelum masak tu, aku dah buat kerja-kerja pembersihan di kebun mini aku tu. Tu yang penat berganda tu. Itupun syukurlah aku gagahkan jugak diri untuk masak ikan siakap dengan rebung madu ni. Jika ikutkan badan yang penat, aku goreng je telur mata kerbau. Haha.


p/s: Alhamdulillah. Sesungguhnya setiap rezeki kita ini Allah yang tentukan. Maka, bersyukurlah selalu.

Tuesday, November 14, 2017

Potong, bancuh, goreng dan makan!

Assalamu'alaikum.

Potong, bancuh, goreng dan makan!

Alhamdulillah. Inilah untungnya jika tanam sendiri. Bila-bila masa je boleh ambil tak kira dalam cuaca panas ataupun hujan. Takde la nak kena bersusah payah naik motor atau kereta untuk beli di kedai. :D


Inilah dia pokok kucai yang aku tanam. Asalnya jiran aku bagi dalam tiga pokok kucai ni. Masa dia bagi tu, kecil lagi anak pokok kucai tu. Jenuh jugak aku jaga dan letak baja. Tak jugak dia naik. Dok bantut macam tu jugak. Akhirnya, aku tukar tanah tu kepada tanah yang lebih lembut. Tanah mana lagi jika bukan tanah yang aku beli di kedai Peladang tu.




Alhamdulillah. Dah beberapa kali jugak aku potong daun kucai ni. Ada dua pasu sebenarnya tapi yang satu pasu lagi tu rumpunnya kurang sikit. Kiranya takde la merimbun macam pokok kucai dalam gambar ni.






p/s: Tunggu apa lagi? Jom la kita berkebun!

Monday, November 13, 2017

Jom petik kangkung!

Assalamu'alaikum.

Jom petik kangkung!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 




Lidi satay tu aku cucuk untuk elakkan kucing daripada membuang kat dalam bekas tu sebab masa mula semai, bekas tu aku letak di bawah. Halakan bahagian yang tajam tu masa cucuk. InsyaAllah, kucing tak kacau dah tanaman kita. Cucuk rapat-rapat sikit.


11/10/2017.


1/11/2017.


13/11/2017. 
Dah kena potong dah.






Daun kangkung tu ada lubang-lubang bulat kesan dari kena gigit dek serangga. Kalau belek betul-betul daun tu, ada serangga yang seakan bulat dan leper. Kecil je serangga tu. Kalau jumpa, elok la dipicit-picit dengan kuat. Biar keluar isi perut dia. Siapa suruh makan sayur kita, kan? Haha.




Biarpun kangkung ni cuma dapat secekak je, namun aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya kangkung aku ni bebas dari racun serangga. Jika guna racun, sudah pasti daunnya cantik je. Ni daun dia banyak yang berlubang.


p/s: Apabila dapat kutip hasil tanaman, lagi la seronok nak bercucuk tanam walaupun sekadar kangkung yang orang selalu jadikan bahan lawak.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)