Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, November 4, 2018

Orang perempuan mesti kena kuat..

Assalamu'alaikum.

Orang perempuan mesti kena kuat.


Bukan semua orang perempuan berjiwa lemah dan suka menunjuk-nunjuk, baik dari segi kelebihan apatah lagi kekurangan mereka. Ada je yang low profile tapi berjaya menangani masalah dengan cara tersendiri. Apa yang penting, semangat untuk berjuang itu kena kuat. Apabila semangat dah ada, barulah boleh merancang apa yang perlu dibuat dengan teliti. 


Lagi satu, jadi orang perempuan ni, jangan suka sangat merajuk dan mudah sentap. Langsung tak boleh ditegur. Asal tegur je, mulalah melenting. Mulalah bermasam muka. Beli produk kecantikan mahal-mahal tepek kat muka tapi kalau asyik sentap dan masam je muka tu, takde ke mana perginya. Hodoh jugak rupa muka tu. ✌✌✌





p/s: Jadi perempuan, kena kuat. Jangan mudah terpesong dan terdorong dengan segala pujuk rayu syaitan.
.

Saturday, November 3, 2018

Musim gantung periuk sudahpun bermula.

Assalamu'alaikum.

Musim gantung periuk sudahpun bermula.


Pagi tadi, aku menghadirkan diri di majlis bacaan Yaasin di rumah jiran. Acara bemula seawal pagi sebab selain daripada bacaan Yaasin dan tahlil, pihak tuan rumah juga sertakan sekali dengan majlis cukur jambul untuk cucu beliau. Jadinya, ada la selingan berzanji dan marhaban. Aku sekadar pak turut sahaja. Bak kata orang, sekadar mencukupkan korum. 😊😊😊




Pelaminnya simple but nice. Suka aku tengok. Tidak serabut dengan pelbagai aksesori.




Setiap ahli marhaban, dapat door gift macam ni. Alhamdulillah. Bertambah lagi koleksi surah Yaasin dan juga tasbih. Kenalah gunakan. Barulah beroleh keberkatan pada pihak yang memberi. 




Tak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Maka, bermulalah juga sessi menggantung periuk untuk setengah hari. Mana boleh gantung periuk sepanjang hari. Mahu kebulur cacing kat dalam perut tu. Dah la perut aku ni jenis yang tak pandai diet. 😂😂😂


Ada yang merancang nak melancong ke mana-mana masa cuti sekolah nanti? Hujung tahun, dah tentu banyak nak guna duit untuk sessi sekolah tahun 2019 pulak, kan? Makanya, pandai-pandailah berjimat-cermat. Jangan ikutkan sangat lagak orang yang duitnya berkepok jika duit kita selalu tiris. 😉😉😉


p/s: Selamat pengantin baru pada mereka yang baru berkahwin dan bakal menjadi raja sehari dan selamat menggantung periuk pada tetamu macam aku ni. 😜😜😜
.

Friday, November 2, 2018

Dalam hati, tak siapa yang tahu.

Assalamu'alaikum.

Dalam hati, tak siapa yang tahu.


Mungkin ada yang tahu apa yang sedang dan telah kita alami tapi sekadar tahu sahaja tidak mencukupi kerana mereka tidak memahaminya. Mungkin juga mereka memahami situasi kita namun ia cukup setakat itu sahaja kerana mereka tidak merasa sakit yang sebenarnya.



....




p/s: Teruskan melangkah! Allah sentiasa ada bersama kita.
.

Ciri-ciri 'seekor' keyboard warrior. 👀

Assalamu'alaikum.

Ciri-ciri 'seekor' keyboard warrior. 👀


Macam ni la agaknya gaya si keyboard warrior buat kerja. Bersungguh-sungguh nampaknya. Nampak jelas dia punya usaha nak menjahanamkan kedamaian sejagat. 😂😂😂


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.
Beria-ia nampak. Stalk apa tu weii..! Jangan sampai jahanam laptop tu dah la. Hahaha.


Akhirnya, tumbang jugak. Takde la gagah manapun walaupun namanya warrior. Kahkahkah!


No automatic alt text available.
Penat je jadi keyboard warrior ni. Bukannya dapat apapun. Tidur lagi bagus. 😜😜😜


Siapa keyboard warrior kat sini? Baik mengaku cepat! Siapa mengaku, aku bagi dia RM50. #Manifesto hanya bertulis je. Tak perlu ikutpun, kan? Ahak..!


p/s: Siapa percaya #manifesto aku kat atas tu, yang kata nak bagi RM50 tu, memang la dia tett...! ✌✌✌
.

Thursday, November 1, 2018

Tanda kau dah matang.

Assalamu'alaikum.

Tanda kau dah matang.


Betul tak seperti apa yang ditulis di dalam gambar tersebut? Ataupun masih lagi tak betul? Jika tak betul, bila masa yang betul yang menjadikan seseorang itu benar-benar matang? Lepas kawen terus jadi matang? Atau kawen dah berpuluh tahun itu dikira dah matang sangat dah? Atau apabila umur dah tua baru boleh dianggap sebagai matang? 


Matang itu bukan terletak pada usia seseorang. Ada orang yang umurnya masih muda tapi pemikiran dan tindakannya sangat cool dan berwibawa. Ada orang pulak, umurnya dah hampir meniti senja, dah punya anak, menantu serta cucu tapi kata-kata dan tindakannya seperti budak-budak baru nak up. 




p/s: Aku rasa ada betulnya. Sebabnya, akupun dah malas dah nak layan benda yang takde faedah like gosip murahan yang tak beri untung satu senpun apatah lagi untuk menjana pendapatan. Buang masa aku je. Baiklah aku tidur. Haha.
.

Wednesday, October 31, 2018

9 perkara buang masa.

Assalamu'alaikum.

9 perkara buang masa.


Adakah kita tergolong di dalam sembilan perkara di bawah ini? Jika ya, apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita akan teruskan dengan membuang masa atau mulakan langkah untuk melakukan perubahan?




Sesungguhnya, sebagai manusia, kita memang tak akan sempurna. Buatlah sebaik manapun, pasti ada cela di sana sini. Namun, sekurang-kurangnya, kita ada usaha untuk berubah supaya menjadi lebih baik dan positif dalam banyak perkara.


Jika dihitung kembali, dah terlalu lama aku buang masa. Banyak perkara di atas yang menjadi kawan karib aku terutama sekali di zaman umur masih muda. Selalu risau dengan kata-kata orang. Namun sekarang, aku lebih bersikap terbuka. Umurpun dah semakin senja. 🤭🤭🤭 Kenalah berubah untuk mendapatkan minda dan jiwa yang stabil. Tak nak fikirkan sangat apa kata orang. Takut nanti jadi murung. Takut nanti stress yang akhirnya mengundang banyak penyakit.


p/s: Hidup kita ini adalah satu realiti. Bukan lagi fantasi semata-mata.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)