Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 15, 2018

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂

Assalamu'alaikum.

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂


Dah lebih dua minggu berlalu, baru nak update kisah ini. Heh. Saja la nak letak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Dah namanya blog peribadi, kan? Lainlah jika namanya blog rahsia. Kalau dah rahsia, takde la nak kongsi cerita kat sini. 😁



Ni la namanya, takdo kojo, caghi kojo. Dah ado kojo, mulo la mombebel tak kigho maso. Haha. Apa tidaknya, mengemas bilik jahit yang sekangkang tikus ni pun ambil masa tiga hari nak selesaikan. Teruk bebeno gamaknya ya. Macam dah bertahun tak mengemas. Kah..!


Sebenarnya, saja je nak ubah suai bilik ni. Maka, kenalah kemas dan ubah susun atur serta buang mana yang tak perlu. Maklumlah, banyak sangat benda yang ada rasa sayang nak buang. Tu yang buatkan bilik nampak sesak. Kali ini, takde dah nak sayang-sayang. Jika rasa tak perlu, kasi buang je terus. Sumbat je terus dalam plastik sampah besar tu. Jangan nak pandang dan jeling-jeling lagi dah. Kang makin dipandang, makin dijeling, timbul balik rasa sayang tu. Masak la kalau macam tu. Hahaha.















Dalam dok sibuk mengemas, sempat pulak tu pi susun koleksi novel dan majalah yang ada. Siap boleh ambil gambar lagi. Manalah kerja nak selesai dengan cepat. Hehe.







Dalam pada tu, sempat jugak aku ke bandar dan sangkut la pulak pada satu almari ni. Memandangkan bilik aku ni takde almari dan akupun dah bertahun tak membeli perabot, maka akupun belilah almari ni dan letakkan dalam bilik aku tu. Boleh la aku sumbat segala jenis barang kat dalam tu. Takde la nampak sesak sangat. 





Akhirnya, siap jugak aku mengemas. Masih ada sikit-sikit lagi yang nak kena kemaskan tapi takpe la, yang tu biarlah dahulu. Sekurang-kurangnya, nampak luas la sikit bilik jahit aku ni selepas letak semua barang dalam almari. Berbaloi la rabak RM500 untuk almari tu. Heh.





Walaupun bilik jahit ni kecil dan penuh dengan barang, namun aku tetap bersyukur sebab kat sinilah aku cari rezeki untuk buat kerja jahit-menjahit aku tu. Sebenarnya, bilik jahit aku ni asalnya dari garaj kereta. Kesian, kan? Dari garaj kereta, dijadikan bilik. Bukan sekadar bilik jahit tapi jadi bilik lepak dan bilik tidur jugak. Lagi-lagi kalau ramai yang balik ke rumah ni. Memang penuh la bilik ni. 


p/s: Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
.

Friday, December 14, 2018

Hidroponik: Guna benang jahit gantikan tanah.

Assalamu'alaikum.

Hidroponik: Guna benang jahit gantikan tanah.



Disebabkan teruja nak tahu, akupun ikut sama memberikan komen. Prinsip aku, siapa malu, memang susah la nak dapat ilmu. So, aku terjah aje tanya. Heh.


Kat sini, aku sertakan sedikit screen shot yang aku tanya. Aku dah bagitau awal-awal yang aku nak share fasal ni kat blog aku. Nasib la siapa yang terkena screen shot tu. Aku malas nak edit. Siapa suruh balas komen kat komen aku tu. Heh.




-1-



 -2-



 -3-



-4-



-5-



-6-



-7-



-8-



-9-



p/s: Nanti nak cuba jugak guna kaedah hidroponik macam ni. Tengah kumpul benang reject ni. Sayang pulak nak gunakan benang yang masih elok. Benangpun dah mahal weii... 
.

Sunday, December 9, 2018

Sambungan kisah bayam.

Assalamu'alaikum.

Sambungan kisah bayam.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah boleh petik dah hasil bayam aku ni. Boleh la buat masak rebus. Cukuplah untuk aku seorang. Lagipun, orang lain kat rumah ni mana makan sangat sayur bayam ni.


Entri sebelumnya, ada di sini. Sila klik jika nak baca. 😉 Jika sombong dan rasa serba tahu, tak payah la ambil tahu. ✌✌✌


Ini gambar terkini pokok bayam dan sawi yang aku tanam secara nutripot dan botolpot tu. Sesuka hati je letak nama kaedah menanam, kan? Aku yang tanam, ikut suka aku la nak letak nama apapun. Aku yang tanam, kau pulak yang panas. No good. No good. Haha. 




 Tengok akar dia. Bersih je, kan? 



Daun yang dimakan dek ulat. Maknanya apa tu? Maknanya, bebas dari semburan racun dan boleh dimakan tanpa was-was.


Dah boleh potong dah. Boleh la letak anak pokok yang lain pulak sebagai ganti.








p/s: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Tiada alasan takde kawasan bertanah, tak boleh bercucuk tanam. Nak buat dengan tak nak buat je. 
.

Friday, December 7, 2018

Bookcover for sale..!

Assalamu'alaikum.

Bookcover for sale..!

Sudah lama sungguh aku tak buat iaitu menjahit bookcover aka sampul buku/novel ni. Kali ini, aku gagahkan jugak jari jemari untuk sambung jahit balik semula walaupun jualan sangat tidak memberangsangkan. Tak apalah. Inilah yang dinamakan cabaran. Hik.!








 Kiri dan kanan tu, sudahpun dijual. Gambar sebelum siap sepenuhnya.




Harga sekeping bookcover aku ni adalah RM18 sahaja tidak termasuk postage. Material cover luar adalah dari kain cotton AAA manakala lapisan di dalamnya adalah kain cotton biasa sahaja. Maksudnya, lapisan dalam tu dari kain cotton yang murah je la. Kalau aku letak kain cotton yang mahal, nanti harga jadi makin mahal pulak. Ni letak harga macam ni pun orang tak nak beli sebab mahal. Nak letak harga murah lagi, rasa tak berbaloi pulak. Bukan senang nak jahit bookcover ni. Banyak proses yang kena buat. Siap main dengan sterika lagi. 



^
Sold. Alhamdulillah.
v
Image may contain: people sitting

 Sold. Alhamdulillah. Terima kasih sudi membeli.



















Contoh lain untuk bookcover aku ni, boleh klik pada link ini. Harga dan corak berbeza. Ada yang semurah RM10 sahaja sekeping. 


.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)