Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 17, 2018

Wink..! Wink..!

Assalamu'alaikum.

Wink..! Wink..!

Sebenarnya, aku dah tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri kali ini. Kehabisan idea dah ni. Tu yang main letak je tajuk sebegitu. Heh.


Sebenarnya jugak, aku nak update gambar anak pokok kucai yang aku semai dari biji benih, juga dari pokok kucai yang aku tanam. Dia punya seronok tu, tak boleh nak digambarkan. Sudah tentulah suka berganda sebab selama ini semai biji benih kucai yang dibeli tapi satu biji benihpun tak cambah. Ni semai biji benih dari pokok sendiri, tumbuh pulak tu. Memang wajib gembira berganda ni. Haha. Apapun, alhamdulillah. Segalanya adalah dengan izinNya juga. Jangan lupa tu. Heh.




Sedang dok belek anak pokok kucai, ternampak la pulak seekor rama-rama yang cantik ni. Tengok dia macam lemah je. Nak bergerakpun susah. Rupanya, satu sayap dia macam dah patah. Alahai, kesiannya la haiihh.. Harap dia okay la dan boleh terbang balik semula.







Inilah dia pokok asal kucai aku tu. Kiranya, inilah ibu bagi anak kucai tadi. Sekarang, kucai ni dah gemuk balik semula dah sebab semua bunga dia dah habis musim. Mungkin lepas ni aku tak biarkan dia berbunga lagi sebab jika dia berbunga, pokoknya akan jadi kurus. Ini dari pengalaman dan pemerhatian aku la sepanjang aku tanam dan bela pokok kucai ni. Lain orang, lain pengalaman masing-masing, kan? So, jangan nak kecam je kerjanya. Kah..!






Pokok kunyit yang aku tanam kat tanah ni pun punyalah subur. Besar dan lebar daun dia. Mungkin sebab tanah kat situ sesuai untuk pertumbuhan dia. Tapi sesekali, aku ada jugak taburkan baja NPK 15 15 15. Tabur secara rambang je sebab kat kawasan situ ada jugak aku tanam pokok bendi dan pokok cili padi kampung yang tumbuh sendiri.





Pokok terung ni pun aku guna baja yang sama. Dah nampak dah dia punya pertumbuhan. Semakin membesar. Cuma tu la. Serangga kumbang macam ladybird tu suka sangat serang pokok terung ni. Aku dah tak tahu nak buat macam mana dah. Pasrah je la. Aku tak ingat ni terung apa. Yang pasti, bukan terung pipit. Heh.





Dan aku tanam juga anak pokok jambu bertih ni ke tanah. Asalnya aku semai biji kat dalam cawan plastik. Asyik lupa je nak ubah ke tanah. Lagi lambat ubah, lagi lambat la dia membesar. Harap lepas ni dia boleh la membesar dengan jayanya dan mengeluarkan buah yang sedap dan banyak. Aamiin.





p/s: Ini je la kerja aku. Dok kongsi gambar pokok yang aku tanam je. Bosan, kan? Tapi aku tak bosanpun sebab inilah terapi untuk jiwa dan minda aku. 😍😍😍
.

Sunday, December 16, 2018

Tambah lagi tempat untuk tanam sayur.

Assalamu'alaikum.

Tambah lagi tempat untuk tanam sayur.


Beberapa hari lepas, aku buat lagi tempat untuk aku jadikan port untuk aku tanam sayur. Aku sekadar susun je bata merah tu. Aku tak simenpun sebab nanti senang nak punggah balik. Mana la tahu jika hati dah jemu, kan? 


Bata merah tu aku beli dari jiran. Dia baru siap buat tembok dan bata tu ada lebih. Kiranya dia tolak kat aku la. Aku beli seratus ketul (?) bata tu. Satu ketul harga yang jiran tu jual adalah 40 sen. Maknanya, seratus ketul harga dia RM40. Tapi jiran aku tu kira RM38 je sebab ada bata yang dah sompek dan sememeh dengan simen. 




Jenuh la nak penuhkan kawasan tu. Aku baru masukkan tiga kampit besar tanah kat situ. Nak beli tanah, kenalah kumpul bajet dahulu, kan? Kalau boleh, aku nak gunakan tanah yang elok supaya di kemudian hari tak timbul masalah. Tu yang kena beli tanah dari nurseri. Tanah sawit ada je jual kat sini tapi aku serik dah nak beli. Takut terkena tanah yang keras atau banyak ulat perosak yang makan akar pokok. 





Sedang dok ralit susun bata, terbau la satu bauan yang sangat wangi. Kembang kempis la jugak hidung yang sedia kembang ni mencari dari mana datangnya bau wangi tu. Rupanya, orkid hutan aku ni dah berbunga. Tak perasan pulak bila masa dia keluar bunga. Tau-tau bau wangi je. Macam ni la bagus, kan? Maksudnya, dia keluarkan hasil dalam senyap. Heh.




Pegaga tu sebagai hiasan je tapi boleh je kalau nak makan samada buat ulam ataupun dimasak. Cumanya, dia agak liat la sikit. Aku kalau nak makan pegaga ni, aku ambil daun muda yang pokoknya aku tanam kat sebelah dapur. Sedap sebab lembut. Muda la katakan.😁




p/s: Terapi jugak ni. Heh.
.

Saturday, December 15, 2018

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂

Assalamu'alaikum.

Takdo kojo caghi kojo namo ehh.. 😂


Dah lebih dua minggu berlalu, baru nak update kisah ini. Heh. Saja la nak letak dalam blog sebagai kenang-kenangan. Dah namanya blog peribadi, kan? Lainlah jika namanya blog rahsia. Kalau dah rahsia, takde la nak kongsi cerita kat sini. 😁



Ni la namanya, takdo kojo, caghi kojo. Dah ado kojo, mulo la mombebel tak kigho maso. Haha. Apa tidaknya, mengemas bilik jahit yang sekangkang tikus ni pun ambil masa tiga hari nak selesaikan. Teruk bebeno gamaknya ya. Macam dah bertahun tak mengemas. Kah..!


Sebenarnya, saja je nak ubah suai bilik ni. Maka, kenalah kemas dan ubah susun atur serta buang mana yang tak perlu. Maklumlah, banyak sangat benda yang ada rasa sayang nak buang. Tu yang buatkan bilik nampak sesak. Kali ini, takde dah nak sayang-sayang. Jika rasa tak perlu, kasi buang je terus. Sumbat je terus dalam plastik sampah besar tu. Jangan nak pandang dan jeling-jeling lagi dah. Kang makin dipandang, makin dijeling, timbul balik rasa sayang tu. Masak la kalau macam tu. Hahaha.















Dalam dok sibuk mengemas, sempat pulak tu pi susun koleksi novel dan majalah yang ada. Siap boleh ambil gambar lagi. Manalah kerja nak selesai dengan cepat. Hehe.







Dalam pada tu, sempat jugak aku ke bandar dan sangkut la pulak pada satu almari ni. Memandangkan bilik aku ni takde almari dan akupun dah bertahun tak membeli perabot, maka akupun belilah almari ni dan letakkan dalam bilik aku tu. Boleh la aku sumbat segala jenis barang kat dalam tu. Takde la nampak sesak sangat. 





Akhirnya, siap jugak aku mengemas. Masih ada sikit-sikit lagi yang nak kena kemaskan tapi takpe la, yang tu biarlah dahulu. Sekurang-kurangnya, nampak luas la sikit bilik jahit aku ni selepas letak semua barang dalam almari. Berbaloi la rabak RM500 untuk almari tu. Heh.





Walaupun bilik jahit ni kecil dan penuh dengan barang, namun aku tetap bersyukur sebab kat sinilah aku cari rezeki untuk buat kerja jahit-menjahit aku tu. Sebenarnya, bilik jahit aku ni asalnya dari garaj kereta. Kesian, kan? Dari garaj kereta, dijadikan bilik. Bukan sekadar bilik jahit tapi jadi bilik lepak dan bilik tidur jugak. Lagi-lagi kalau ramai yang balik ke rumah ni. Memang penuh la bilik ni. 


p/s: Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah.
.

Friday, December 14, 2018

Hidroponik: Guna benang jahit gantikan tanah.

Assalamu'alaikum.

Hidroponik: Guna benang jahit gantikan tanah.



Disebabkan teruja nak tahu, akupun ikut sama memberikan komen. Prinsip aku, siapa malu, memang susah la nak dapat ilmu. So, aku terjah aje tanya. Heh.


Kat sini, aku sertakan sedikit screen shot yang aku tanya. Aku dah bagitau awal-awal yang aku nak share fasal ni kat blog aku. Nasib la siapa yang terkena screen shot tu. Aku malas nak edit. Siapa suruh balas komen kat komen aku tu. Heh.




-1-



 -2-



 -3-



-4-



-5-



-6-



-7-



-8-



-9-



p/s: Nanti nak cuba jugak guna kaedah hidroponik macam ni. Tengah kumpul benang reject ni. Sayang pulak nak gunakan benang yang masih elok. Benangpun dah mahal weii... 
.

Sunday, December 9, 2018

Sambungan kisah bayam.

Assalamu'alaikum.

Sambungan kisah bayam.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah boleh petik dah hasil bayam aku ni. Boleh la buat masak rebus. Cukuplah untuk aku seorang. Lagipun, orang lain kat rumah ni mana makan sangat sayur bayam ni.


Entri sebelumnya, ada di sini. Sila klik jika nak baca. 😉 Jika sombong dan rasa serba tahu, tak payah la ambil tahu. ✌✌✌


Ini gambar terkini pokok bayam dan sawi yang aku tanam secara nutripot dan botolpot tu. Sesuka hati je letak nama kaedah menanam, kan? Aku yang tanam, ikut suka aku la nak letak nama apapun. Aku yang tanam, kau pulak yang panas. No good. No good. Haha. 




 Tengok akar dia. Bersih je, kan? 



Daun yang dimakan dek ulat. Maknanya apa tu? Maknanya, bebas dari semburan racun dan boleh dimakan tanpa was-was.


Dah boleh potong dah. Boleh la letak anak pokok yang lain pulak sebagai ganti.








p/s: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Tiada alasan takde kawasan bertanah, tak boleh bercucuk tanam. Nak buat dengan tak nak buat je. 
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)