Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 4, 2019

Pindah lagi?

Assalamu'alaikum.



Dua pasu yang ditanam dengan asparagus, sudah dikeluarkan dan ditanam di atas tanah. 


Kenapa pindahkan? 


Sebab satu pasu tu akar dah penuh dan satu pasu lagi tanahnya tidak serap air. Sebelum pokok asparagus tu 'sakit', baiklah diubah ke tempat baharu. Harap dorang selesa dan membesar dengan jayanya di situ.







Sekarang, tinggal dua pasu je yang ada pokok asparagus.








Kalau dah bermain dengan tanah, jangan harap la kuku nak cantik dan bersih. 



p/s: Selesai satu kerja yang sudah lama aku tangguhkan. Alhamdulillah. Dah boleh beralih kepada kerja lain pulak. Banyak ni kerja yang tertunggak. Heh.
.

Sunday, February 3, 2019

Malu Apa Bossku?

Assalamu'alaikum.

Malu Apa Bossku?


Gambar sekitar lawatan mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ke sini semasa kempen PRK Cameron Highlands tempoh hari. Gambar ni dari handphone rare aku. Tengok la kat tepi gambar tu dah ada garisan dah. Haha.


Gambar tidak mengikut turutan. Aku letak secara random je. Gambar sebelum dan selepas kedatangan #DSN.

















Gambar yang bawah ni, aku ambil dari page #DSN sebab dalam gambar ini, terselit muka aku. Walaupun gambar aku tu agak blur tapi tak mengapa, aku simpan juga sebagai kenangan.




Terlalu banyak jasa beliau pada warga Felda macam aku. Alhamdulillah. Terima kasih DSN atas setiap bakti dan jasa. Moga Allah jua yang membalas setiap kebaikan DSN. Moga Allah terus merahmati dan melindungi DSN dan keluarga dari segala fitnah dunia. Aamiin.


Gambar dan audio video kurang memuaskan tapi nak juga simpan dalam blog. Sesungguhnya, masa lagu Inilah Barisan Kita ni diudarakan, aku ikut sama menyanyi dan dalam masa yang sama, air mata mengalir tanpa perlu dipaksa. Sebak sangat..


Biarlah orang nak kata apapun tentang beliau. Cacilah. Hinalah. Umpatlah. Tapi aku amat terhutang budi dengan keprihatinan beliau terhadap warga Felda. Begitu banyak jasa beliau jika hendak dibandingkan dengan PM dua kali tu. Terlalu banyak dan terima kasih aku ucapkan pada #DSN. 



Memanglah apa yang beliau bagi itu bukannya dari duit beliau sendiri. Memanglah setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Tapi jika Allah tidak menggerakkan hati seseorang itu untuk memberikan sumbangan, tak jadi apa jugak. Jika Allah matikan hati seseorang itu untuk tidak memberikan sumbangan, kita tak dapat apalah jawabnya.


Bersyukurlah dengan segala rahmat dan nikmat yang Allah berikan. Jika kufur nikmat, tidak mustahil jika rezeki tidak datang kepada kita. Aku tak kata orang. Aku bukan nak nasihatkan orang. Aku lebih tujukan pada diri sendiri agar sentiasa sedar diri dan tidak lupa asal usul. #Notetomyself.






p/s: Yang baik itu akan dikenang sepanjang masa. 
.

Thursday, January 31, 2019

Cabaran si tukang jahit kampung.

Assalamu'alaikum.

Cabaran si tukang jahit kampung.


Orang tak tahu apa yang tukang jahit alami. Orang tak tahu cabaran yang bakal menanti. Orang tak tahu macam mana tukang jahit ni nak tahan hati dan kuatkan iman untuk bersabar.


 Pola dah lama. Dah rabak dikerjakan dek kucing. Penuh dah kesan selotape. Terpaksa buat pola baharu. Alah, tekap aje la. Haha.








Salah satu daripada cabarannya adalah kain yang berlubang dan koyak. Jadi, pandai-pandai si tukang jahit la nak buat macam mana. Jika boleh elak, kita memang akan cuba untuk elak tapi jika tak boleh nak elak, maka terpaksalah ditampal. Tuan punya kain sudah tentu sedia maklum akan kualiti kain yang diberi. Mesti dia punya sebab tersendiri kenapa dia nak kain pelikat itu dijadikan seluar.



 Punyalah gedabak dia punya cop. Atas bawah pulak tu ada cop. Mujur boleh elak.


 ^
Hello dunia..! Apa khabar anda di luar sana? Haha.
v

 Lubang di sana sini. Kena tampal la jawabnya. 







Orang hanya tahu, komplen dan minta harga upah yang murah, yang ada kalanya tidak masuk dek akal. Tak apa, selagi mampu, si tukang jahit kampung ni akur sahajalah. 


p/s: Setiap kerja, ada cabarannya, kan? Tapi jangan dicabar kesabaran seseorang itu. Heh.
.

Saturday, January 26, 2019

Tunaikan tanggung jawab dengan mengundi.

Assalamu'alaikum.

Tunaikan tanggung jawab dengan mengundi.


Alhamdulillah, hari ini, Sabtu bersamaan dengan 26 Januari 2019, tepat pada pukul 8.14 pagi tadi, aku selesai mengundi. Aku keluar dari rumah pada pukul 7.30 pagi dengan abang dan kakak ipar aku. Sampai depan pagar sekolah, dah ramai dah menunggu untuk masuk ke dalam kawasan mengundi.







p/s: Moga Allah beri kemenangan kepada calon yang aku pangkah. Aamiin.
.

Thursday, January 24, 2019

Dengar ceramah dari Ustaz Kazim dan Dato' Badlishah.

Assalamu'alaikum.

Dengar ceramah dari Ustaz Kazim dan Dato' Badlishah.


Minggu lepas bersamaan dengan 17 Januari, aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dari Ustaz Kazim Elias dan juga Ustaz Dato' Badlishah Alauddin. Mereka berdua datang ke masjid di tempat aku ni. 







Kebetulan, petang hari tu, hujan turun la pulak. Aku dah mula cuak dah. Dah mula rasa tak nak pergi sebab takut kawan yang aku ajak tu tak jadi nak pergi. Mujurlah kawan tu telefon aku dan tanya jadi pergi ataupun tidak ke masjid tu. Mujurlah abang aku nak hantar kitorang. Kalau takde siapa yang hantar, memang tak lepas la nak pergi. Dah la ceramah ni buat waktu malam.


 Duduk kat atas tempat orang perempuan. Tengok dari celah lubang tu aje la. Haha.




Antara intipati ceramah secara ringkasnya adalah;

1- Jaga hubungan sesama jiran. 
Jangan kerana kita bermusuh dengan jiran, kita terhalang masuk syurga.

2- Berbisiklah perkara kebaikan dan bukannya berbisik perkara keburukan iaitu perkara yang membawa fitnah. Contohnya, bisik-bisik kat kawan ajak dia pergi masjid atau pergi majlis ilmu.

3- Berkawanlah dengan semua orang dari pelbagai peringkat umur dengan niat dan tujuan untuk membawa mereka ke arah kebaikan.

4- Berkawan rapat dengan orang kaya dengan harapan mereka terbuka hati untuk bersedekah dalam pembangunan agama seperti memberi sumbangan untuk pusat tahfiz, membina masjid dan sebagainya.





p/s: Akhirnya, dapat jugak dengar ceramah mereka berdua secara live. Puas hati sungguh sebab aku suka dengan ceramah dari mereka berdua.
.

Wednesday, January 23, 2019

Rezeki tahun baharu.

Assalamu'alaikum.

Rezeki tahun baharu.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Aku yakinkan diri untuk mengambil tempahan jubah dari kastemer. Jubah simple je pun. Selama ini, aku ambil tempahan baju kurung biasa je. Dulu, ada juga aku ambil tempahan baju kebaya, baju kurung moden dan blouse tapi sekarang ni dah lama dah tak jahit baju macam tu.


Ini baju kastemer yang pertama. Formula ukuran tu siapa nak guna, boleh aje guna. Ini untuk saiz XXL kot.











Ini pula kain dari kastemer yang kedua. Ada dua pasang kain untuk buat jubah dan enam helai kain pelikat untuk dibuat seluar cerut.




Pola jubah bersaiz XL. Siapa nak guna ukuran ni, dipersilakan.




 Aku gunakan cara macam ni untuk tandakan basi jahitan tu. Tak payah dah terkial-kial guna tali tape.






Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan. Tak banyakpun tidak mengapa asalkan rezeki sentiasa ada. Alhamdulillah.


p/s: Terima kasih pada kastemer yang percayakan kerja jahitan aku ni. Maklum la, aku ni kan tukang jahit kampung je. 
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)