Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Taugeh. Show all posts
Showing posts with label Taugeh. Show all posts

Tuesday, April 21, 2020

Projek semasa #PKP: Projek tanam taugeh.

Assalamu'alaikum.


Projek semasa #PKP: Projek tanam taugeh.

Sepanjang #PKP ni, banyak juga aktiviti yang aku buat terutama sekali yang melibatkan makanan. Ye la, nak beli makanan siap, kedai makan tak buka. Kalau bukapun, aku pulak tak berani nak keluar. Mana ada aku keluar ke mana-mana sepanjang perintah kawalan pergerakan ni. Memang jenis mendengar kata sungguh..! Haha.


Ni projek yang mula-mula aku buat. Maklum la, sayur takde. Maka, kenalah tanam sayur sendiri di rumah. Ni pokok taugeh yang aku tuai pada 26/3/2020. Kiranya aku mula tanam taugeh ni pada 22/3 laa..





Lepas tu, aku tanam lagi pokok taugeh ni. Kali ni tanam banyak sikit. Yang ini aku tuai pada 2/4/2020.











Dan semalam, aku tuai lagi pokok taugeh yang aku tanam pada 18/4/2020. Cuma kali ini cara tanam tu berbeza dan aku tanam sikit je dalam segenggam lebih je kacang hijau yang aku gunakan.


Rendam kacang hijau semalaman. Basahkan tanah dalam pasu. Lepas tu, taburkan kacang hijau tadi di atas tanah dalam pasu tu. Kemudian, timbus sikit tanah atas kacang hijau tu dan renjis-renjis dengan air sikit.. Lepas tu, tutup rapat-rapat pasu tadi. Jangan sampai ada cahaya masuk.





Buka penutup untuk siram pokok taugeh tadi. Renjis-renjis manja je. Jangan siram kuat sangat. Lepas tu, tutup balik semula dengan tong cat tadi.


Pagi semalam, 20/4/2020, akupun tuai la taugeh yang ini. Dah rasa macam cabut cendawan busut la pulak. Haha.






Dah boleh tuai dah pokok taugeh ni. Tarik/cabut perlahan-lahan.









Bagusnya tanam taugeh guna kaedah macam ni (tanam guna tanah) adalah kerana dia punya topi warna hijau tu banyak yang tanggal. Jadinya, proses mencuci takde la ambil banyak masa berbanding jika ditanam di dalam kukus/kotak/botol dan sebagainya tu.









Tanam taugeh guna tanah ni aku ikut cara yang orang kongsikan dalam grup kebun. Taugeh yang aku tanam ni takde la gemuk sebab kita tak letak baja. Lagipun, ada bahan khas untuk gemukkan taugeh. Itu untuk siapa yang buat bisnes la yang gunakan bahan tu. Kita ni tanam taugeh untuk makan sendiri je. Takpe la kuruspun. Yang penting, dijamin bersih dan takde penggunaan bahan kimia.


Yang ini pulak kali kedua aku tanam guna tanah. Lihat la betapa gigihnya aku untuk berjimat cermat. Heh.












p/s: Banyak lagi projek yang aku buat dalam musim PKP ni tapi yang pastinya, bukan projek buat anak ya. Aku buat projek untuk sumbat makanan dalam anak tekak je.. 😁😁😁
.

Friday, August 2, 2019

Moh ler kita kucai mengucai.

Assalamu'alaikum.

Moh ler kita kucai mengucai. 


Ini perkongsian aku dalam grup #KBJTS. Ada tips dan info fasal penanaman pokok kucai. Ada dari aku dan ada juga dari ahli grup. Kita kan dalam satu grup. Seharusnya saling bekerjasama dan bantu-membantu serta tidak kedekut ilmu. Gitu... 😀😀😀


Aku kongsikan semula gambar yang aku post kat grup KBJTS tu  ya. Harap tak jemu la asyik tengok pokok kucai je. Haha.









Aku tanam pokok kucai guna tanah macam kat bawah ni. Tanahnya jenis peroi dan mudah digembur. Tanah hitam tapi dah siap campur dengan bahan organik yang lain. Satu kampit besar tu, harga dia RM12. Ni harga kat tempat aku la. Mungkin kat tempat lain harganya lagi murah ataupun lagi mahal. Ini hanya tanah sahaja ya. Baja tetap kena letak. Jangan pulak ingat tanah ni dah siap campur baja.




Sebenarnya, untung tanam pokok kucai ni sebab dia tak banyak songeh. Dia mudah sangat hidup dengan syarat tanah kena sesuai dan rajin letak baja. Siram tu memang kena buat selalu la. Dah namanya pokok hidup, tentulah kena siram. Kalau tak nak siram, baik beli pokok plastik yang viral tu. Dah la harga mahal kedaruk tapi tak beri apa-apa manfaat pada bumi dan alam sekitar. Buat bazir duit je. Opppss...! 




Pokok kucai ni, cepat je naik balik daun dia selepas dipotong. Kalau pagi kita potong batang dia, menjelang tengah hari, dah naik dah daun yang baharu. Macam gambar bawah ni, pagi aku potong, tak sampai tiga jam, dah keluar daun baharu. Sekarang, dah panjang jari telunjuk dah daun tu. Alhamdulillah. Ni la namanya rezeki.




Dah tiga hari berturut-turut aku masukkan daun kucai dalam sayur yang aku goreng. Mula-mula, aku campurkan dalam taugeh kasar. Esoknya, aku masukkan pula dalam sayur pak choy. Dan tadi, aku masukkan dalam kobis bunga pulak. Tapi yang ni aku tak ambil gambar. Malas pulak asyik ambil gambar je. Heh.






So, tunggu apa lagi. Jom la tanam pokok kucai. Mudah je hidup pokok ni. Aku jual daun dan anak pokok kucai ni tapi jual untuk orang yang dekat kawasan rumah aku je la. Nak jual anak pokok secara pos, takut pulak pokok tu rosak. Kang tak memasal orang kata aku tipu. Dah la kos pos mahal. Sebelum kena kecam, baiklah hentikan. Tapi kalau ada yang sungguh-sungguh nak beli anak pokok kucai ni dan sanggup tanggung kos serta risiko, aku boleh je jual. Dapat jugak aku sedikit income. 😛😛😛


Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Moga rezeki aku dan kita semua semakin murah dan melimpah ruah. Aamiin.


.

Sunday, October 11, 2015

Den dah torai tanam dah...!

Assalamualaikum...

Den dah torai tanam dah...!


Siapa dah cuba tanam taugeh sendiri..? Kat fb dah jadi viral dah benda ni.. Atas sebab viral itulah akupun nak jugak menerai.. hehe..


Aku tanam togey ni ikut cara aku sendiri.. Aku hanya basahkan tisu dan taburkan kacang hijau tu atas tisu tadi.. Lepas tu lalukan bawah air paip.. Lepas tu pulak, aku letakkan dalam kabinet yang gelap.. Mula-mula tu aku tutup dengan kain lembab... Apabila taogey tu dah mulai tinggi, aku tak tutup dengan kain dah.. Tiap-tiap hari aku siram pokok togey aku tu.. 


Aku tak rajin nak beli air susu dalam kotak tu, pastu masukkan kacang hijau dalam tu.. Tujuan aku hanya nak mencuba sahaja.. Dan aku gunakan biji kacang hijau yang paling kecil sekali... 


Aku beli kacang hijau ni sebab nak buat bubur tapi aku songlap segenggam untuk buat uji kaji ni.. Uji kaji la sangat.. kehkehkeh..  Moh tengok gambar sat.. hehe...


 Hari pertama.. Tak jadi apa-apa lagi la...



 Hari kedua.. Dah mula tumbuh dah sikit-sikit..



 Hari ketiga.. Banyak yang dah tumbuh...



 Hari keempat.. Dah mula panjang dah togey aku ni.. 



Hari kelima... Waaaaa...! Panjangnya dia tumbuh..! Tapi awat kuruih sangat...! 



Hari ke enam... Dah boleh buat sebagai bunga hiasan atas meja.. hehe...


Ahahaha... Nak gelak aku tengok togey aku tu.. Dah la panjang.. Lepas tu punya la kurus melidi... Ni la namanya togey tak cukup baja.. hehe..


p/s: Dah cuba, barulah puas hati.. Lepas ni boleh cuba lagi tanam togey ni dengan kacang hijau yang besar sikit..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)