Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 14, 2020

Laksam: Impian terlaksana. 😁😁😁

Assalamu'alaikum.

Laksam: Impian terlaksana. 😁😁😁

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat laksam homemade ni. Bertahun-tahun nak belajar buat laksam tapi tak jugak buat-buat. Tak jugak belajar. Resepi silih berganti tapi buatnya, nan hado. 😂😂😂 


Jadinya, pada 11/2 hari Selasa hari tu, lepas je balik dari pasar, lepas je balik dari pos opis, aku terus memerap kat dapur. Dari pukul 9.30 pagi sampai la ke pukul 12.20 tengah hari, baru siap sepenuhnya laksam aku. Naik gigil dah sebab tak makan apa-apa lagi sejak pagi tu. Sekali hadap laksam ni, licin semangkuk. 🤭🤭🤭 Lepas tu, ulang lagi makan. Licin lagi semangkuk. Patut la perut makin maju ke depan. 😁😁😁.






Untuk buat kuah laksam ni, aku gunakan tujuh ekor ikan sardin saiz yang agak besar. Rebus dengan 4 keping asam keping. Dah rebus, kisar isi ikan tu dengan dua biji bawang besar, dua sudu makan lada hitam biji dan seinci halia. Kisar gunakan air rebusan ikan tadi. Tuang semua bahan ke dalam periuk. Lepas tu, masukkan santan dalam tiga cawan. Tengok pada kepekatan isi ikan tu jugak la. Aku tak suka kuah yang terlalu pekat sebab aku ni jenis yang suka menghirup kuah laksam tu. Tu yang kuah laksam aku tak pekat sangat.


Masak sampai kuah laksam mendidih. Masa masak tu, masukkan balik asam keping yang masa rebus tadi. Perisakan dengan garam. Dah mendidih lama sikit, baru tutup api. Aku tak letak gula sebab aku tak suka kuah yang letak gula. 











Mee laksam aku ni, lepas gulung, aku kukus balik semula sebab nampak macam tak masak dan melekit padahal dah masak dah. Untuk puaskan hati sendiri, tu yang aku kukus lagi sekali. Dah kukus untuk kali kedua, barulah okay sikit mee laksam tu.






Selepas dikukus lagi sekali.


Masa untuk makan...! Jemput makan semua. 😀😀😀





Sedapnya la haiihhh...! Kalau tak sedap, takde la sampai licin macam ni. Haha.


Selalunya aku beli je sebungkus kat pekan sehari tapi hari tu mood rajin nak cuba buat sendiri. Lagipun, dah niat nak makan ulang-ulang sampai malam. 😝😝😝



Resepi dan cara nak buat laksam ni, aku google je. Up status kat facebook pun bukannya ada yang nak share cara dorang buat. Mujurlah ramai yang share dan aku tinggal search je kat facebook tu.


p/s: Omak aku kato, sapo ghajin masak, konyang la poghut kau. Sapo maleh masak, lapar la poghut kau. Haha.
.

1 Tukang Tembak:

NA said...

Samalah bila teringin buat sendiri. Eh saya bukan buat laksam tapi teringin sotong sambal petai. Puas makan masak banyak.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)