Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, September 3, 2019

Belajar dari kesilapan.

Assalamu'alaikum.

Belajar dari kesilapan.


Benarlah kata-kata ini: Jika kita tidak melakukan kesilapan, maka kita tidak akan tahu di mana silap yang kita telah lakukan. 





Ceritanya begini:


Tadi, aku pergi pejabat pos sebab nak poskan beberapa buah bungkusan #PrelovedNovelAzyma dan 
#BookCoverAzyma yang kastemer beli. Ada yang dah siap bersampul dari rumah, ada yang belum bersampul dan ada yang aku dah siap tulis pada borang poslaju.


Yang Flexi takde masalah. Yang nak jadi cerita ni, satu parcel tu guna poslaju. Aku dah siap tulis borang dari rumah lagi. Kiranya tinggal nak beli sampul je la. Sampai pos opis, akupun beli la sampul poslaju tu. Lepas tu, akupun bagi la sampul yang dah siap diisi tu pada staff kat kaunter tu.


Alih-alih dia cakap; Eh kak, ni salah borang ni. Mana dia borang warna purple yang saya bagi tadi? Akupun mula la buat muka blur dan terkejut. Aku jawab: Haaa...! Kenapa pulak salah borang? Bukan sama je ke borang tu. Tu borang yang akak mintak hari tu. Akak dah siap tulis dari rumah.


Lepas tu, staff tu cerita la sebab aku dah tanya macam-macam. Rupanya, borang yang warna coklat tu untuk sampul poslaju yang takde bubble kat dalam dia. Maknanya, kita boleh ambil borang tu dulu, kemudian kita kena beli sampul yang dipanggil Flyers tu kemudian. Yang ni takde bubble dan harga dia murah sikit. Kalau sampul saiz kecil tu, harga dia RM2 untuk sepuluh keping. Kalau saiz besar sikit, harga dia RM4 untuk sepuluh keping jugak. Kata staff tu la. Dan akupun melopong la dok oooo... ooo... ooo... Serius, aku memang tak tahu fasal ni. Tak taupun ada perbezaan fasal warna borang purple dan coklat tu sebab aku ingatkan semuanya sama je. Haha. Lagipun, aku memang dah lama tak beli sampul poslaju ni.


Lepas tu, dia terangkan lagi. Kalau sampul poslaju yang ada bubble tu, yang kita panggil sampul Prabayar tu, borang dia datang sekali dengan sampul. Maksudnya, jika sampul tu datang 1000 keping, maka borang tu pun 1000 keping jugak. Sebab tu la tak boleh bagi/ambil borang tu sesuka hati. Kena beli sampul dan dapatlah borang sekali.


Ooo... Faham la aku. Sebab kalau dulu-dulu, boleh je ambil borang tu dulu, lepas tu baru beli sampul prabayar tu. Tapi sekarang dah tak boleh dah. Mungkin sebab dulu takde sampul jenis Flyers tu kot.


Lepas ni boleh la beli Flyers je. Murah sikit kos dia untuk aku tapi untuk kastemer, harga poslaju tetap sama. Ehh, nak kena cari bubble dan bungkus sendiri, pun kena kita kos jugak maaa... There's nothing free in the world, okay. Everything must be paid by money.


Moga aku ingat benda ni dan harap tidak berulang lagi. Satu pengalaman baharu untuk aku. Alhamdulillah. Tak kena, tak tahu. Kan?



p/s: Sesungguhnya, pengalaman itu adalah guru yang paling berharga. Maka, hargai dan ingatilah setiap pengalaman yang pernah kita lalui kerana ia mendewasakan kita.
.

Wednesday, July 19, 2017

Tips beli kain.

Assalamu'alaikum.

Tips beli kain.


Haa, baca ni. Jangan nanti baju ketat atau senteng, kau salahkan tukang jahit. Bagi kain ngam-ngam tapi badan besar, mana la nak cukup kain tu. Nak selesa, kenalah keluarkan modal lebih sikit.



Kalau badan yang besar dan gempal, ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.


Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.


Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja, tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.


Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.



Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.






Memang pening kalau dapat kain yang tak cukup inci ni. Bukan sedikit dia punya pening. Kadang-kadang sampai sakit kepala dibuatnya. Stress okay! Banyak buang masa kat dia je sebab nak kena adjust sana sini. Kalau kain tu jenis yang lembik, lagi la stress. Upah jahit baju tentulah lebih sikit. Habis tu, kau ingat masa dan tenaga tukang jahit yang dok pusing-pusing kain kau tu, kau tak nak kira? 


p/s: Nak selesa, janganlah berkira. Banyak songeh, jahit la sendiri!

Wednesday, December 7, 2016

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.


Sebelum tengok gambar lauk, kenalah tengok dulu gambar pokok kangkung yang aku tanam ni. Haha.


Aku beli seikat kangkung kat pekan sehari. Batang kangkung tu aku rendam dalam air selama lebih kurang tiga hari atau sampai akarnya keluar agak panjang sikit. Air rendaman tu aku ganti setiap hari.




Apabila akarnya dah panjang, boleh la letakkan atas tanah yang elok dan lembut. Lepas tu, timbuskan sedikit bahagian batang kangkung yang ada akar tu. Macam aku, aku letakkan kat dalam pasu sebab kalau letak kat tanah, nanti kucing aku kerjakan kangkung ni. Itupun dorang masuk jugak dalam pasu ni. 




Oleh kerana sekarang ni musim hujan, maka aku takde la nak kena siram selalu kangkung ni. Aku takde letak bajapun tapi aku selalu siram dengan air basuhan ikan. Tu yang kucing aku suka naik panjat pasu ni. Haha.





Rasanya dalam tempoh dua minggu kot, dah besar dah pokok kangkung aku ni. Dah boleh ambil dah. Dapat la satu ikat. Ni kalau beli, mau dua ringgit jugak ni. Siapa kata kangkung murah weii.. Haha. Oh ya, cili padi dan cili besar hijau tu hasil dari tangan aku jugak. Alhamdulillah, dah membuahkan hasilnya. Jimatlah sikit duit pasar. Hik.





Dan boleh la masukkan kangkung tadi sebagai rencah untuk masak lemak cili padi ikan kembung ni. Ikan kembung tu je beli. Yang lain-lain semuanya hasil dari tanaman sekeliling rumah. Alhamdulillah. 




Jemput tengok! Hehe.




p/s: Alhamdulillah. Lauk licin. Mungkin sebab dah lama sangat tak masukkan kangkung dalam gulai ni. Selalu masukkan pucuk ubi kayu je sebagai rencah.

Saturday, August 20, 2016

Ini namanya pengalaman.

Assalamu'alaikum.

Ini namanya pengalaman.

Kita semua pasti ada pengalaman tersendiri. Samada pengalaman tersebut pengalaman yang manis atau pahit, ia sedikit sebanyak memberi kita satu pengajaran.




p/s: Kata orang, pengalaman mematangkan fikiran. Jika tiada pengalaman, kita tidak punya apa-apa untuk dikongsi dan dijadikan sebagai satu motivasi.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)