Assalamualaikum...
Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Memey...
Hari ni Ketuk-ketuk Ramadhan bersama dengan Memey Suhaiza pulak.. Resepi tak sempat nak cari.. Kejap lagi la letak resepi ni.. Tengok aje la dulu video ni ya...
Okay, resepi ada dah.. Resepi dari Memey ialah Ketam Lada Bercili..
Bahan-bahannya:
6 ekor ketam - saiz besar
8 biji lada merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai - di titik
2 inci halia
2 biji limau nipis - jadikan jus
3 biji telur
2 sudu besar/makan sos cili
2 sudu besar/makan sos tiram
* lada merah, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sekali...
Cara-cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar.
2) Masukkan 2 batang serai.
3) Tambahkan sedikit air, masukkan sos tiram, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
4) Gaul dan biarkan sehingga semua bahan kering sedikit.
5) Masukkan ketam, jus limau nipis dan pecahkan telur.
6) Gaul rata sehingga kesemua bahan masak sebati.
p/s: Hamboiihh... Sheila punya soalan.. huhuhu...
3 Tukang Tembak:
thanks for the resipi. lepas ni boleh try ni. hehe
hohoo.. ketammm,, feveret tu,, tp xreti masak,huhu
Yang nasi udang shila rusly masak ade tk?
Post a Comment