Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Tak Cuba Tak Tahu. Show all posts
Showing posts with label Tak Cuba Tak Tahu. Show all posts

Saturday, February 23, 2019

Karipap pusing inti sardin cili padi.

Assalamu'alaikum.

Karipap pusing inti sardin cili padi.


Seumur hidup aku, aku tak pernah buat karipap pusing. Kalau bab makan tu, memang selalu la aku buat. Haha. Dah lama teringin nak buat tapi bak kata orang, seru belum sampai lagi. Kah!


Petang tadi, apabila kebosanan melanda, maka mood nak menggodek dapur mulalah bermain di kepala. Kebetulan semalam aku ada kongsikan video fasal karipap pusing dari Kak Ida ni di page aku. Tak nak mengalah tu. Nak jugak ada page untuk blog. Dah la page aku tu krik krik krik je. Kehkehkeh.


So, hari ni aku nak cuba buat jugak la. Sukatan tu aku main agak-agak je. Malas nak sukat beria. Tapi sardin tu aku gunakan satu tin sardin cap ayam dan kentang aku gunakan tiga biji. Dah itu je kentang yang adapun. Haha. Itupun intinya tak cukup weiii...! Ada lagi dua bebola doh yang terpaksa aku simpan di dalam peti sejuk sebab inti yang tidak mencukupi.


Cara nak buat, boleh la rujuk pada link kat atas tu ya. Takpun, search je kat facebook dan cari la karipap pusing Kak Ida.



Inti untuk karipap pusing ni aku gunakan satu tin sardin cap ayam + 3 biji kentang + 2 labu bawang besar + 4 ulas bawang putih + satu sudu makan cili padi kisar + garam secukup rasa.


 Doh minyak. Aku gunakan campuran minyak masak dan butter yang dicairkan serta tepung gandum. Marjerin dah habis. Tu yang guna butter tu. Yang ni takde air ya.


 Doh biasa. Letak dalam 4-5 sudu makan campuran minyak + butter, sedikit garam halus, tepung gandum dan air. 



 ^
Masukkan doh minyak ke dalam doh biasa dan tutup kejap-kejap bagi padat.
v


 Doh yang sudah disatukan.


Dan sekarang, masa untuk menggelek. Marilah kita bergelek oii..! Gelek sampai lebam oii.. Haha.






 ^
Aku tak pasti bahagian mana yang sepatutnya digunakan untuk letak inti. Kata Kak Ida dalam video tu, ambil bahagian yang tak cantik untuk diisikan inti. Masalahnya, kulit karipap aku ni dua-dua bahagian tak cantik. Makanya, pokok dek ekau la nak guna bahagian yang mana. Hahaha.
v


 ^
Macam-macam bentuk ada. Hentam aje la mengelim. Haha
v


 Yang ini aku nak frozen-kan.





Jangan gelak ya kejadian karipap pusing aku tu. Memang teruk rupa dia. Haha. Tapi takpe la sebab sekurang-kurangnya aku sudah mencuba. Yang gelak tu, dah cuba buat ke? Ke, nak gelak je sampai pengsan? Hahaha.


p/s: Jika disuruh buat pilihan, aku pilih untuk buat karipap biasa. Pada aku, yang tu lagi mudah kot. Mungkin sebab aku dah selalu buat sedangkan karipap pusing ni baru kali pertama aku buat.

Monday, November 6, 2017

Yeah..! Buat apa yang kita suka.

Assalamu'alaikum.

Yeah..! Buat apa yang kita suka.


Ni la namanya takde kerja, cari kerja. Habis semua tempat nak letak pasu sayur. Conquer baik punya. Heh.


Sebelum tu, susun kat tempat lain tapi sebab tempat tu bawah awning dan tidak sepenuhnya mendapat sinaran cahaya matahari, maka ubah la ke sini pulak. Tempat kosong, kan? Apa lagi, kita kasi je la penuh. Hik.







Kemudian, tambah pulak satu para kat tingkap stor tu. Gigih tu pergi menukang dalam hujan gerimis. Gigih jugak pi angkut pasu berisi anak pokok kailan tu dari sebelah sana bawa ke sini. Memang cari kerja sungguh. Ni pun rasa macam nak tambah lagi satu para kat atas tu pulak. Haha.






Konsep kat sini adalah; Buat apa yang kita suka. Macam aku, sebab dah suka tanam sayur ni, maka inilah yang aku buat. Yang penting, aku tak kacau kawasan orang. Aku buat projek ni kat dalam kawasan rumah aku je. Heh.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. 

Thursday, October 12, 2017

DIY: Buat racun semut sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat racun semut sendiri.


Semalam aku ada terbaca kat satu laman web (maaf tak ingat web apa) berkaitan dengan cara nak matikan semut sama ada semut di dalam rumah atau semut pada tanaman.


Aku dah cuba sembur sekejap tadi pada pokok dan dalam rumah. Alhamdulillah, menjadi. Semut hitam dan semut halus tu mati. Lepas ni tak perlu dah gunakan racun serangga. Dah boleh buat racun sendiri.


Caranya adalah; masukkan semua bahan di bawah ini ke dalam botol penyembur dan goncang. Lepas tu boleh la semburkan pada semut. Sukatan jangan overdose. Takut nanti pokok pulak yang mati. :D 


1 1/2 cawan air paip
1/4 cawan cuka makan
2 sudu makan cecair pencuci pinggan (aku gunakan Glo)





Dua kali aku ulang buat bancuhan racun semut ni. Ini menunjukkan yang semut memang banyak kat rumah aku. 


Aku cuba jugak sembur racun semut buatan sendiri ni pada bena atau kuya iaitu sejenis serangga putih yang selalu menyerang tanaman. Harapnya, mati la bena tu. Bena ni kalau dah menyerang tanaman sama ada pokok sayur atau pokok bunga, memang takde harapan la pokok tu nak hidup subur.


p/s: Nampak gayanya, lepas ni kenalah sediakan stok cuka makan pulak. Haha.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)