Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 6, 2018

Perkembangan keladi.

Assalamu'alaikum.

Perkembangan keladi.

Dalam entri hari tu, aku ada kongsikan cara aku 'semai' benih pokok keladi. Alhamdulillah, nampaknya akar keladi tu dah semakin panjang. Sulur pucukpun dah mula keluar dah.





Sikit masa lagi, boleh la ubah keladi ni ke tanah. Ni aku sedang dok intai kawasan la ni. Kat mana aku nak tanam keladi ni. Nak terus tanam atas tanah ataupun dalam pasu/polybag? Tanahpun dah topap dah semalam. Beli lagi sepuluh kampit di kedai Peladang..


 


Update:


Aku dah tanam dah dua anak pokok keladi tu atas tanah. Yang satu pokok lagi tu ingat nak tanam dalam pasu besar atau polybag besar tapi tengok la dulu macam mana. Kalau yang kat tanah ni elok je pertumbuhan dia, mungkin yang satu tu aku tanam kat tanah jugak.






p/s: Usaha tu kena ada. Selepas itu, tawakkal aje la pada DIA. 
.

Friday, January 5, 2018

Yeay! Dia kembang lagi.

Assalamu'alaikum.

Yeay! Dia kembang lagi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Empat hari tak keluar ke laman, tak sapu laman sebab hujan, hari ni aku keluar sekejap sebab matahari ada keluar. Cepat-cepat aku sapu daun yang banyak gugur kat laman tu. Dah macam apa dah rupa laman aku tu. Heh.


Sedang asyik menyapu, hidup dok kembang kempis bau sesuatu yang wangi semerbak. Mula la mata melilau mencari mana datangnya bau wangi tu.


Rupa-rupanya, yihaaaa....! Bunga orkid aku dah kembang la. Entah masa bila entah kudup dia keluar. Alih-alih tengok dah kembang je. Alhamdulillah. Seronoknya la hai. Hilang terus rasa penat menyapu laman. Haha.









Bunga orkid yang ini takde bau. Saja la nak bagi dia interframe jugak. Sian dia. Hik.
 

p/s: Disebabkan sekarang ni musim hujan, sekejap je la bau wangi tu. Bunga diapun nanti cepat je jadi lebam.
.

Thursday, January 4, 2018

Akhirnya, 'dia' muncul juga!

Assalamu'alaikum.

Akhirnya, 'dia' muncul juga!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Setelah sekian lama aku menanti, akhirnya dia muncul juga. Seronoknya hingga tak terkata. Hanya mampu meluahkan rasa syukur ke hadrat yang Maha Esa. Alhamdulillah.


Akhirnya, penantian aku berbaloi. Setelah menunggu rasanya lebih dari dua tahun, akhirnya pokok nanas yang aku tanam sudahpun mengeluarkan buah sulung! Yeaaa....!! 



Laaa, kisah fasal nanas ke? Hahahaha. Maaf la ya. Inilah yang dikatakan satu keterujaan yang tidak boleh dijual beli apabila kita berkebun.  Oh ya, benih pokok nanas ni adaalah daripada jambul nanas yang kakak aku bawa dari rumah dia di Labu.


 


Kejap lagi nak bersihkan rumput karpet yang dah meliar tu. Musim hujan ni, cepat pulak dia panjang. 

p/s: Orang yang tangan dia bukan jenis berkebun, memang tidak akan rasa apa yang kami rasa. Kami tu merangkumi spesis yang minat berkebun la. Heh.
.

Wednesday, January 3, 2018

Jambu air rare.

Assalamu'alaikum.

Jambu air rare.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya dapat jugak makan jambu air ni setelah berpuluh tahun tak makan. Rupanya besan Omak ada tanam. Benih dari jiran sebelah rumah dia. Dulu-dulu masa zaman sekolah memang selalu menyicah kat rumah jiran tu.




Tak tau ni jambu apa tapi rasanya jambu bertih. Spesis jambu air yang dah semakin pupus. Sedap jambu ni. Manis dan rangup. Makan pulak dengan sambal kicap. Perghh...!!


Kat belakang rumah aku, cuma ada pokok jambu air yang ini je. Pokoknya dah tua sangat dah. Dah tinggi dah. Jarang dapat makan sebab pertama tak dapat nak ambil dan yang kedua, selalu kena injek dengan lalat buah dan buahnya jadi berulat di dalam.




p/s: Aku ambil biji dia. Kononnya nak semai balik la. Harap-harap nanti cambah dan hidup dengan sebaiknya. 
.

Tuesday, January 2, 2018

Teman pengacau.

Assalamu'alaikum.

Teman pengacau. 

Mula-mula, dia dok landing kat atas katil. Kepoh betul mulut dia dok miau, miau, miau. Tapi aku buat tak tau je sebab aku sibuk melipat kain sambil layan drama Melayu kat tv. 


Alih-alih, dia turun ke bawah pulak. Mula la dia mengacau aku lipat kain. Ditariknya kain yang aku pegang. Dicakar-cakarnya paha aku. Digigit-gigitnya spender yang dah berlipat. Hahaha. Sabar je la dengan budak sekor ni. 






Aku berhenti la sekejap dari melipat kain. Layan la dia sekejap. Kesian pulak dia, kan? 






Akhirnya, siap jugak lipat kain walaupun ada pengacau. Haha.

 


p/s: Yang sebenarnya, kucing ni bukanlah pengacau kita dalam buat urusan kerja di rumah. Yang jadi pengacau nombor satu adalah gadget yang sentiasa melekat di tangan yang menyebabkan kerja jadi lambat nak siap.
.

Monday, January 1, 2018

Hujan dan lapar berpisah tiada.

Assalamu'alaikum.

Hujan dan lapar berpisah tiada.


Hujan, kan?
Lapar, kan?

Jadi?
Jadi apanya. Kenalah rajinkan diri main masak-masak kat dapur. Maka, jadilah cekodok ni haa..






p/s: Alhamdulillah. Dapat jugak isi perut yang berkeroncong. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)