Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 13, 2018

Baja roti.

Assalamu'alaikum.

Baja roti.

Tak lama dulu, ada ahli grup kebun bandar kongsikan bagai mana cara nak buat baja roti ni. Menurut beliau, roti yang digunakan adalah roti yang sudah tamat tempoh atau sudah berkulat. Tapi jika nak guna roti baharu, boleh juga. Tak salahpun. Beli je roti yang murah tu. Jangan pulak pi beli roti gardenia. Sayang wooo... Haha.




Akupun cuba la buat. Biasa la, mesti nak jugak buat. Haha. Tapi aku ni jenis malas nak tadah air hujan. Lepas tu, mana la aku nak cekau air perigi air telaga semua tu. Sudahnya, aku guna je air paip. Pun malas jugak nak biarkan klorin tu mendap. Terus je isi air paip dalam botol, lepas tu baru carik-carikkan roti dan tutup botol. Tunggu je la sampai roti tu larut.




Aku gunakan sekeping setengah roti untuk botol 1.5L. Kalau botol tu 2L, aku gunakan dua keping roti. Dan kalau botol minyak masak yang 5L tu, aku gunakan lima keping roti. Masa siram, sebotol tu aku siram untuk beberapa pasu pokok sayur berdaun atau tanam berbuah. Kongsi-kongsi la sama. Jangan tamak nak makan sorang baja tu. Heh.


Mula-mula nak siram tu, ada jugak rasa cuak. Takut jika pokok yang disiram dengan air baja roti ni mati. Tapi tawakkal je la pada Allah. Alhamdulillah, setelah beberapa kali siram, aku tengok ada perubahan terutama sekali pada pokok lemon yang aku tanam dalam pasu. Daun semakin subur dan merimbun dan banyak pucuk baru yang keluar. Begitu jugak dengan pokok asparagus aku. Dah banyak keluar spike. Seronok tengok.


Tapi tidak la selalu aku gunakan air baja roti ni. Jika ada stok roti expired, barulah aku buat baja tu tapi selalunya roti licin je. Hehehe.


p/s: Guna baja roti ni lagi bagus. Tanaman terhindar dari bahan kimia.
.

Monday, March 12, 2018

Sedapnya hingga tak terkata!

Assalamu'alaikum.

Sedapnya hingga tak terkata!

Cuaca panas macam sekarang ni, dapat pulak air kelapa muda sekali dengan isi dia tu, perghh, nikmatnya hingga tak terkata!


Tak percaya? Saksikan la wahai dunia. Haha.




Air kelapa muda segar dari pokok belakang rumah. Rezeki dari Allah. Sememangnya wajib kita syukuri. Alhamdulillah.


p/s: Tak perlu letak gula. Nanti rasa dia tak asli dah. Lagipun tak elok guna gula pasir dalam makanan atau minuman. Heh.
.

Sunday, March 11, 2018

Masak kurma ayam.

Assalamu'alaikum.

Masak kurma ayam.

Tengah hari tadi, aku masak kurma ayam berencahkan kentang. Ehh, aku masak dalam pukul 3 petang. Haha. Tengah hari aku tak masak sebab lauk kari ikan tongkol masih ada lagi. Tu yang masak kurma ayam ni waktu petang sebab adik aku nak balik ke Shah Alam petang tu. Masak lambat sikit, takde la risau lauk tu cepat basi.








Macam biasa, aku tengok resepi kat belakang peket rempah kurma tu. Haha. Cuma aku tambah kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sikit. 


p/s: Alhamdulillah. Sedap hingga menambah nasi. Macam mana la badan tak makin kembang. 😂😂😂
.

Resepi sambal hitam Pahang yang paling sempoi.

Assalamu'alaikum.

Resepi sambal hitam Pahang yang paling sempoi.


Jiran offer buah belimbing buluh kat rumah dia. Dia malas nak buat sambal hitam. Makanya, akupun pergi la ambil sendiri di pokok. Jiran tu bantu jugak petikmana-mana buah di dahan yang rendah. Aku kata cukup la ni tapi jiran kata ambil la lagi. Nanti kalau gugur, membazir je. Alhamdulillah. Terima kasih jiran.




Balik je ke rumah, terus aku proses belimbing buluh tu. Nanti kalau biar atau tangguh-tangguh, takut tak menjadi pulak sambal hitam aku tu. Haha.





Tabur garam kasar sikit dan teruskan merebus tanpa air.





Air rebusan belimbing buluh ni aku ceduk keluar separuh dari kuali sebab air dia banyak sangat. Jenuh la kalau nak tunggu semua air tu sejat. Mau habis satu tong gas. Haha. Ada orang kata, air rebusan tu boleh digunakan untuk buat air asam. Kena simpan dalam peti sejuk la. Nak buat air asam tu, baru ambil sikit air rebusan tadi. Aku tak pernah buat. Siapa nak cuba, boleh la buat.




Daripada hampir satu kuali besar tadi, dapat banyak ni je sambal hitamnya. Dari pukul sepuluh pagi, sampai pukul 3 petang aku mengisahkan sambal hitam ni. Mana la kaki aku tak berdenyut-denyut.




Aku sekadar buat sikit je sambal hitam ni. Selebihnya tu, aku simpan je stok belimbing buluh rebus tu. Nanti jika teringin nak makan sambal hitam, boleh la buat bila-bila masa. Bahan asas dah ada, senang la sikit.


Untuk resepi sambal hitam versi aku ni, aku gunakan lebih kurang satu mangkuk besar ikan bilis, dua senduk cili padi kisar dan tiga labu bawang besar dan tambah lagi dua ulas bawang merah. Aku kisar sekali ikan bilis dengan bawang. Kisar dengan minyak masak. Jadinya, masa menumis tu, aku gunakan sedikit je minyak masak.





Aku tumis je semua bahan kisar tu sekali harung. Lepas naik bau, aku masukkan belimbing buluh rebus tadi. Masak la sampai ia menjadi kehitaman dan garing sedikit. 





Toskan sambal hitam yang dah siap untuk elakkan minyak berkumpul. Dah siap sambal hitam aku ni. Dapat la bagi kat jiran tuan punya belimbing buluh tu satu bekas sebab jiran tu kata dia tak nak belimbing buluh rebus. Dia nak sambal hitam yang dah jadi. Hehe. Takpe mak cik, memang aku bagi punya la. Bak kata pepatah lama: Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita sama-sama merasa. Alhamdulillah.





Kat rumah aku, ada je pokok belimbing buluh ni tapi dah bertahun-tahun dia tak berbuah. Akhir sekali dia berbuah cuma tiga biji je. Nak kena hukum pancung agaknya. Haha. 


p/s: Kesimpulannya, jangan kedekut untuk offer belimbing buluh pada jiran tetangga. Hehe. Sebab ada je orang yang sanggup biarkan belimbing buluh dia jatuh membusuk daripada bagi kat jiran tetangga. 
.

Saturday, March 10, 2018

Tanam pokok sayur secara terbalik.

Assalamu'alaikum.

Tanam pokok sayur secara terbalik.


Dah lama dah aku tengok kat Youtube fasal penamanam pokok sayur secara terbalik ni. Masa tengok tu, rasa teringin pulak nak cuba buat tapi masa tu aku belum lagi serius dalam berkebun ni. Saja je la cari info sebelum memulakan berkebun. At least, jika nak buat nanti, aku dah tahu kat mana nak cari info berkaitan.


Makanya, pagi ini, akupun cuba la buat. Kebetulan, semua bahan dah sedia ada termasuk anak pokok kacang panjang renek yang dah cambah dah. Botol dan tanahpun ada. So, apa lagi. Proceed je la tanpa halangan. Hehe.




Sebaiknya, cat dulu botol ni untuk elakkan akar pokok terkena sinaran matahari tapi aku malas pulak nak cat padahal cat dan berus dah ada dah. Yang takde cuma thinner je. Tu yang jadi malas nak mengecat. Heh. Lagi satu, rasanya tak perlu buat banyak sangat lubang pada botol sebab nanti masa siram, air tu akan bawa tanah keluar ikut lubang tu. Tapi disebabkan botol ni memang dah ada, maka aku gunakan sahaja la.






Aku gunakan garfu besi untuk umpil anak pokok kacang panjang renek tu. Sambil umpil, sambil pegang tanah tu. Lepas tu, terus je kepal tanah tu untuk elakkan tanah terbarai.






Lepas tu, sambil kepal tanah tadi, sambil masukkan anak pokok ke dalam botol yang sudah dipotong dua. Tolak dan tarik perlahan-lahan daun dia keluar dari muncung botol tu.





Kemudian, boleh la penuhkan tanah atau medium yang kita nak gunakan. Aku gunakan tanah organik yang beli dari nurseri tu je.





Dan, akhir sekali, boleh la gantungkan botol tadi mengikut kreativiti masing-masing. Aku gunakan jaring kipas yang dah rosak ni. Aku tutup atas botol dengan jaring untuk elakkan tanah berterabur masa disiram. Kebetulan, jaring tu memang dah ada. Aku gunakan aje la. Kalau jaring tu takde, aku biarkan aje botol tu terdedah. Tak rajin pulak aku nak pergi beli jaring. Haha.







Tak salah untuk mencuba dan aku ni memang jenis yang suka mencuba. Tak cuba, tak tahu, kan? Siapa yang takde ruang untuk menanam, boleh la cuba guna kaedah ini. Aku gunakan kacang panjang renek sebab pokok ni tak besar dan tak tinggi. Sesuai la pulak dengan nama dia yang renek tu, kan? Haha.


Kita tengok dulu macam mana kejadiannya nanti. Harapnya, elok la pokok ni hidup dan berbuah. Dah terbayang dah buah kacang panjang tu berjurai-jurai ke bawah. Dah berangan dah nak petik. Hahaha.


p/s: Lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung tetapi tahu mengata sahaja. Ehh...! 🤭🤭🤭
.

Wednesday, March 7, 2018

Berjaya juga akhirnya masuk eSentral!

Assalamu'alaikum.

Berjaya juga akhirnya masuk eSentral!


Hari tu, selepas adik aku tukarkan hard disc untuk laptop aku ni, aku dah tak boleh nak baca buku percuma di website PNM. Biasanya boleh je baca dengan menggunakan Cloud Reader tapi kali ni, tak boleh. Kecewa la jugak. Lagipun, kali ni takde Cloud Reader dan yang seangkatan dengannya. Lepas klik Read, dia keluar benda lain pulak.



Baru-baru ni, adik aku tu ada la balik. Akupun tanya la dia, kenapa jadi macam ni? Lepas tu, akupun tunjukkan la apa masalahnya. Aku klik la Windows 32-bit tu kemudian aku klik Run. 




Lepas klik Run, dia keluar macam dalam gambar kat bawah ni la pulak. Adoi, naik pening kepala aku. Rasanya berpuluh kali jugak aku cuba tapi keputusannya masih sama. Givap aihh..! 




Sudahnya, diapun tak tahu nak buat macam mana. Lepas tu apabila aku kata macam mana nak baca buku free kalau tak boleh nak access? Dia jawab senang je. Katanya, tak payah baca! Ciskek betul la. Haha.


Aku tak putus asa walaupun sebenarnya, dah hampir putus asa dah. Jadinya, petang tadi, akupun mula menggodek laptop aku ni. Tertanya-tanya jugak, kenapa la timbul masalah macam ni. 


Dan berikut adalah apa yang telah aku buat berulang-ulang kali. 


Mula-mula masuk kat website PNM ni dulu. Lepas log in (guna dengan facebook pun boleh), kena download dulu Windows 32-bit ni. Scroll sampai bawah sekali untuk jumpa benda alah ni. Ikut la jenis laptop/gajet apa yang korang gunakan. Rupanya aku tak download lagi aplikasi ni. Adehh.. 




Lepas download tu, klik dekat icon eSentral tu dan lepas tu nanti, klik pada bahagian properties. Tak boleh pulak nak print screen. 




Lepas tu, nanti dia akan keluar bahagian macam gambar kat bawah ni. Klik pada bahagian Compatibility tu. Kemudian, pilih la mana yang sesuai dengan laptop korang. Aku main klik je kat Windows Vista tu. Dah pilih, terus klik OK. Lepas tu barulah korang login dengan facebook dan seterusnya dah boleh gunakan applikasi eSentral ni. Rupanya, aku tak boleh nak login sebab aku belum set benda alah ni. Banyak kali aku login tapi belum sempat nak login, serta merta benda tu hilang. Jenuh jugak dok fikir apa la puncanya. Rupanya, kat sini yang bermasalah.




Sekarang, kalau aku nak baca buku kat PNM tu, tak payah dah klik kat Read dan Windows 32-bit tu lagi. Buat sakit jiwa je. Haha. Aku terus je klik icon eSentral tu. Sebelum tu, aku kena la pinjam dulu buku kat PNM tu. Nanti secara automatik, buku tu akan masuk kat eSentral dan kita klik pada bahagian Borrowed kat eSentral tu.




p/s: Aku tak tahu la korang faham atau tidak apa yang aku tunjukkan ni. Tapi aku hampir putus asa dah nak guna aplikasi ni. Asyik tak boleh masuk je. Tapi disebabkan aku terus mencuba, akhirnya aku berjaya juga. Alhamdulillah. Dah boleh baca buku percuma. Yihaa...! Haha.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)