Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Baja Roti. Show all posts
Showing posts with label Baja Roti. Show all posts

Friday, November 30, 2018

Share jika ada manfaatnya.

Assalamu'alaikum.

Share jika ada manfaatnya.

Semalam, aku ada share gambar hasil dari kebun mini aku di dalam grup kebun bandar. Sila klik. Tak sangka pulak ramai ahli grup yang komen, like dan share. Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka semua. Moga setiap perkongsian aku tu, ada manfaatnya. InsyaAllah.






Ini gambar-gambar yang aku kongsikan tu. Kenapa aku suruh klik? Sebab jika klik, ia akan terus pergi pada pautan yang berkaitan dan di situ ada komen-komen dari rakan grup dan aku cuba sedaya upaya untuk membalas komen yang ada. Kalau tak balas nanti, dibimbangi ada yang terasa pulak, kan? 


Macam kita jugak la. Kalau kita tanya sesuatu kat orang dan orang tu tak jawab pertanyaan kita, sedikit sebanyak kita akan terasa hati jugak. Lumrah la tu. Tapi pertanyaan tu, biarlah berpada-pada dan ikut logik akal. Janganlah tanya yang pelik dan tak masuk akal. Kang tak memasal, aku pulak yang sentap. Haha.






Image may contain: food


^
Serius cakap. Sawi ni sedap sangat buat ulam. Takde rasa pahitpun. Manis lagi ada. Macam aku jugak, manis je. Muahahaha.
v







Aku sekadar share pengalaman aku je. Salah ke? Tak, kan..? Tapi jika ada yang rasa salah dan rasa takde kebaikannya, tak payah la share. Betul tak? Kita share apa-apa post/perkara/benda yang elok/baik, insyaAllah, kitapun dapat jugak tempias pahalanya. Jadi, janganlah nak busuk hati sangat dan elakkan membawang. ✌✌✌


p/s: Tanam pokok yang kita suka dan buat apa yang kita suka yang ada faedah dan kebaikannya untuk diri kita. Yang penting, kita tak sibuk dok jaga tepi kain orang. 
.

Wednesday, May 16, 2018

Resepi roti jala.

Assalamu'alaikum.

Resepi roti jala.

Aku memang fail kalau buat roti jala ni. Masa nampak post fasal roti jala ni, terus la aku menyampuk di ruangan komen. Malu bertanya, tak dapat apa la, kan? 




Alhamdulillah, tuan punya post sudi berkongsi resepi dan tips. InsyaAllah, jika berkelapangan, aku akan cuba buat. Bahanpun benda asas je. Takde la kena cari bahan yang pelik-pelik. Cuma kalau aku buat, sukatan tu aku kena kurangkan. Maklum la, baru belajar, kan?




p/s: Saja letak kat dalam blog supaya senang nak refer apabila diperlukan nanti.
.

Monday, May 7, 2018

Penangan menggunakan baja roti.

Assalamu'alaikum.

Penangan menggunakan baja roti.

Aku siram baja roti ni pada pokok yang terpilih je. Maklum la, stoknya sangat la terhad. Mana la mampu nak siram pada semua pokok yang ada. Makanya, terpaksalah main pilih kasih. Heh.




Aku pernah buat entri berkaitan dengan baja roti ni. Sila klik. Tapi masa tu, aku masih lagi ada rasa takut-takut nak siram berlebihan. Mungkin sebab pengalaman pertama kali menggunakannya. Tapi sejak hari itu, aku dah takde rasa ragu-ragu lagi dah. 


Kali ini, aku main siram je baja roti tu. Takde lagi bimbang pokok lecur atau mati. Makin gembira ada la sebab pokok yang aku siram dengan baja roti ni nampak ketara perubahannya. Dia jadi semakin gemuk dan subur serta cepat je mengeluarkan tunas atau pucuk baru.



Pokok lemon ni dah tinggi melebihi ketinggian aku. Tengok la daun dia yang besar tu.








Buat masa ini, hanya beberapa pokok terpilih je yang aku siram dengan baja roti ni iaitu pokok asparagus, lemon dan kucai. Sesekali, aku siram jugak pokok kadok dan memang lebar daun kadok tu.


p/s: Seronok tengok pokok yang berdaun hijau. Satu terapi untuk jiwa, minda dan juga mata. Alhamdulillah.
.

Tuesday, March 13, 2018

Baja roti.

Assalamu'alaikum.

Baja roti.

Tak lama dulu, ada ahli grup kebun bandar kongsikan bagai mana cara nak buat baja roti ni. Menurut beliau, roti yang digunakan adalah roti yang sudah tamat tempoh atau sudah berkulat. Tapi jika nak guna roti baharu, boleh juga. Tak salahpun. Beli je roti yang murah tu. Jangan pulak pi beli roti gardenia. Sayang wooo... Haha.




Akupun cuba la buat. Biasa la, mesti nak jugak buat. Haha. Tapi aku ni jenis malas nak tadah air hujan. Lepas tu, mana la aku nak cekau air perigi air telaga semua tu. Sudahnya, aku guna je air paip. Pun malas jugak nak biarkan klorin tu mendap. Terus je isi air paip dalam botol, lepas tu baru carik-carikkan roti dan tutup botol. Tunggu je la sampai roti tu larut.




Aku gunakan sekeping setengah roti untuk botol 1.5L. Kalau botol tu 2L, aku gunakan dua keping roti. Dan kalau botol minyak masak yang 5L tu, aku gunakan lima keping roti. Masa siram, sebotol tu aku siram untuk beberapa pasu pokok sayur berdaun atau tanam berbuah. Kongsi-kongsi la sama. Jangan tamak nak makan sorang baja tu. Heh.


Mula-mula nak siram tu, ada jugak rasa cuak. Takut jika pokok yang disiram dengan air baja roti ni mati. Tapi tawakkal je la pada Allah. Alhamdulillah, setelah beberapa kali siram, aku tengok ada perubahan terutama sekali pada pokok lemon yang aku tanam dalam pasu. Daun semakin subur dan merimbun dan banyak pucuk baru yang keluar. Begitu jugak dengan pokok asparagus aku. Dah banyak keluar spike. Seronok tengok.


Tapi tidak la selalu aku gunakan air baja roti ni. Jika ada stok roti expired, barulah aku buat baja tu tapi selalunya roti licin je. Hehehe.


p/s: Guna baja roti ni lagi bagus. Tanaman terhindar dari bahan kimia.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)