Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, May 10, 2018

Jom menjeruk.!

Assalamu'alaikum.

Jom menjeruk..!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Pokok mangga telur berbuah lagi. Memang tak putus-putus buahnya. Terima kasih Allah di atas segala rezeki yang diberi. Alhamdulillah.




Kali ini, aku merajinkan diri untuk buat jeruk. Memandangkan buahnya masih lagi muda dan tidak bersabut, tu yang aku rajin nak buat tu sebab senang nak belah. Kalau buah mangga tu dah bersabut, memang takde la aku rajin nak jeruk mangga ni seba jenuh nak belah buah yang dah keras sabut dia tu.




Ini merupakan julung kalinya aku buat jeruk mangga. Akulah yang kait buah mangga tu dan akulah jugak yang selesaikan proses hingga ke akhirnya. Tahniah pada diri sendiri. Haha.




Aku bukanlah penggemar jeruk sebab perut aku dah tak tahan nak makan benda macam ni tapi buat la jugak sebab sayangkan buah mangga tu.


p/s: Banyak lagi buah mangga telur ni di atas pokok. Yang itu, biarlah dia masak. Nanti boleh makan macam tu je.
.

Wednesday, May 9, 2018

Marilah kita mengundi..!

Assalamu'alaikum.

Marilah kita mengundi..!

Alhamdulillah. Selesai sudah mengundi untuk PRU14 ni tengah hari tadi. Ramainya orang beratur. Lembik dah kepala lutut aku. Syukurlah semangat nak mengundi tu masih kuat. Maka, bertahan aje la berdiri.




Sementara berpeluang untuk mengundi, pergilah tunaikan kewajipan. Jangan cakap gebang tapi daftarpun tidak. Haha. 


p/s: Selebihnya, berserah pada Allah kerana DIA Yang Maha Mengetahui. Kun fa ya kun.
.

Monday, May 7, 2018

Penangan menggunakan baja roti.

Assalamu'alaikum.

Penangan menggunakan baja roti.

Aku siram baja roti ni pada pokok yang terpilih je. Maklum la, stoknya sangat la terhad. Mana la mampu nak siram pada semua pokok yang ada. Makanya, terpaksalah main pilih kasih. Heh.




Aku pernah buat entri berkaitan dengan baja roti ni. Sila klik. Tapi masa tu, aku masih lagi ada rasa takut-takut nak siram berlebihan. Mungkin sebab pengalaman pertama kali menggunakannya. Tapi sejak hari itu, aku dah takde rasa ragu-ragu lagi dah. 


Kali ini, aku main siram je baja roti tu. Takde lagi bimbang pokok lecur atau mati. Makin gembira ada la sebab pokok yang aku siram dengan baja roti ni nampak ketara perubahannya. Dia jadi semakin gemuk dan subur serta cepat je mengeluarkan tunas atau pucuk baru.



Pokok lemon ni dah tinggi melebihi ketinggian aku. Tengok la daun dia yang besar tu.








Buat masa ini, hanya beberapa pokok terpilih je yang aku siram dengan baja roti ni iaitu pokok asparagus, lemon dan kucai. Sesekali, aku siram jugak pokok kadok dan memang lebar daun kadok tu.


p/s: Seronok tengok pokok yang berdaun hijau. Satu terapi untuk jiwa, minda dan juga mata. Alhamdulillah.
.

Sunday, May 6, 2018

Sekitar majlis pecah tanah balai bomba dan penyelamat.

Assalamu'alaikum.

Sekitar majlis pecah tanah balai bomba dan penyelamat.



Ni majlis pecah tanah untuk buat balai bomba kat sini. Moga semuanya berjalan mengikut perancangan. Aamiin.





Kadang-kadang, aku pelik betul dengan sikap jelik segelintir manusia ni. Orang buat tar jalan, kena keji. Orang buat acara pecah tanah, kena perli. Apa yang dibuat, semuanya dikaitkan dengan ayat 'nak pancing undi'. Tapi acara 'pecah tanah' dalam novel, ramai pulak yang menggeletis menggelenyar. Takde pulak nak memaki. Ehh..! Nak jugak kaitkan dengan novel. Haha. Dah namanya pembaca novel, kan.. 🤭🤭🤭










Ehh, biarlah dorang buat semua tu. Kita jugak yang dapat tempiasnya nanti. Tak kira la siapapun orang tu. Tak kira la dari parti mana sekalipun. Tak kira la 5 tahun sekali dorang buat semua tu. Yang penting, kita dapat merasa. Kalau umur kita ditakdirkan pendek dan tak dapat merasa semua tu, mungkin anak cucu kita dapat merasainya. 












Cubalah bersihkan sikit hati tu kerana musibah datang tanpa dipinta dan ia datang kepada sesiapa sahaja. Janganlah asyik nak pandang negatif je. Jangan sampai apa yang dikata tu berbalik pada diri sendiri. Banyak sangat memaki mencaci sampai semua benda nak dipertikaikan. Astaghfirullahal'azim.


p/s: Janganlah jadi manusia yang hipokrit. Dalam dok memaki hamun, dalam dok kata macam-macam tapi dialah orang pertama yang merembat segala kemudahan. 
.

Monday, April 30, 2018

Dia patah tengkuk la pulak..!

Assalamu'alaikum.

Dia patah tengkuk la pulak..!


Ingatkan nak tunggu dia besar lagi tapi apakan daya, tengkuk dia patah la pulak!





Kalau dah patah tengkuk macam ni, memang kena potong habis la jawabnya. Besar dan berat buah nanas ni. Berat dia 2.6 kilo.





Aku ambil buah nanas ni pada hari Sabtu, 28/4 hari tu. Memandangkan kulit nanas tu tak berapa menyerlah lagi, maka akupun peram la dulu. Hari ini, aku tengok kulit tu dah bertambah banyak dia punya warna oren.





Esok dah boleh kupas dah kot nanas ni. Takut nanti busuk pulak kalau dibiarkan lama-lama. Tak sabar ni nak merasa buah nanas hasil dari tangan sendiri. Harap-harap rasanya manis leting la macam orang yang menanamnya. Kahkahkah!


p/s: Apapun, alhamdulillah. Berakhir sudah penantian aku selama lebih daripada dua tahun. Berbaloi menunggu.
.

Formula asas untuk ambil ukuran pesak buluh.

Assalamu'alaikum.

Formula asas untuk ambil ukuran pesak buluh.

Gambar kat bawah ni adalah cara untuk ambil bahagian pesak atas dan pesak bawah bagi baju kurung pesak buluh iaitu baju kurung biasa (tradisional) dan baju melayu. Aku dapat gambar ni dari sebuah grup jahit menjahit di fb.




Selama ni, kita agak sukar nak ambil bahagian pesak ni tapi dengan menggunakan formula ini, ianya tidak lagi memeningkan kepala. Yang penting, kena ambil ukuran keliling dada dan keliling ponggong pada badan. 


Formula untuk ambil ukuran bagi pesak atas adalah:
Keliling dada bahagi 16 + 1/2
Contoh: 36 bahagi 16 + 1/2 = 2 3/4 @2.7


Formula untuk ambil ukuran bagi pesak bawah pula adalah:
Keliling ponggong bahagi 8
Contoh: 36 bahagi 8 = 4 1/2 @4.5


Gambar di bawah adalah ukuran yang diambil berdasarkan pada baju contoh. Maksudnya, ikut aje ukuran yang sedia ada pada baju yang dah siap. Kalau macam ni, senang sikit sebab tak payah dah susah-susah nak ambil ukuran keliling dada dan keliling ponggong.





Ini pula adalah ukuran baju dalam ukuran inci untuk wanita dewasa. Boleh la dijadikan panduan jika nak buat baju ready made.




Gambar kat bawah ni, aku ambil dari blog aturgaya. Terima kasih atas perkongsian. Aku masukkan di sini supaya senang untuk aku buat rujukan.




p/s: Sama-samalah kita panjangkan ilmu. Jangan kedekut dengan ilmu yang kita ada. Takkan ke manapun kita jika kita kedekut dan tamak haloba.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)