Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 19, 2019

Nota jahitan dari facebook.

Assalamu'alaikum.

Nota jahitan dari facebook.


Sekarang ni, jika ada nota berkaitan jahitan yang dikongsikan di facebook, aku akan minta tolong abang aku untuk print dan aku simpan dalam fail. Senang untuk aku buat rujukan. Tak perlu dah terkial-kial mencari.







Dah lama aku nak buat macam ni tapi aku belum berkesempatan untuk menggeledah almari dan mencari fail yang terpakai. Malas aku nak beli fail baharu. Untuk apa membazir beli fail yang baharu sedangkan fail yang ada masih ada ruang untuk digunakan? 


Terima kasih di atas setiap perkongsian ilmu. Moga Allah murahkan lagi rezeki kepada mereka yang rajin berkongsi ilmu dan info seperti ini. Berkongsi ilmu macam ini dan ramai yang dapat manfaatnya, pahalanya berpanjangan sampai kita mati. InsyaAllah.


p/s: Jom sama-sama kongsi ilmu. Jangan nak kedekut sangat sebab ilmu itu adalah pemberian dan pinjaman dari Allah. Dan kita jangan sombong dengan ilmu yang sedikit itu.
.

Sunday, February 17, 2019

Jahit jubah lagi.

Assalamu'alaikum.

Jahit jubah lagi.


Sejak dah tahu ada cara (formula) mudah untuk buat pola jubah yang simple, aku jadi seronok pulak nak jahit jubah. Kalau dahulu, aku paling tak suka nak buat baju yang kena buat pola dulu. Sekarang ni, alhamdulillah, aku dah mula suka dah. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi ilmu jahitan di page atau grup fb. Moga Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.








Ini mesin jahit tepi kesayangan. Aku beli secara ansuran. Bayar dengan gaji semasa aku bekerja di kedai satay dan kantin sekolah. Aku bukannya jenis yang suka merengek meminta itu ini dengan mak bapak. Aku jenis yang suka usaha sendiri. Aku bukannya Melayu yang malas.




Ini cara aku buat lapik leher. Dah banyak kali aku kongsikan cara ni dalam blog. Jika nak belajar, kenalah rajin mencari entri tu. Heh. Tapi kalau jenis yang mudah faham, boleh je tengok gambar yang aku sertakan di bawah. Kalau masih lagi tak faham, boleh tengok di sini. Aku ada sertakan penerangan.








 ^
Penting! Letak pola lapik leher pada kain lapik mengikut ira memanjang. Tengok pada tepi kain tu.
v










p/s: Hidup ini bukannya untuk berduka sepanjang masa. Carilah jalan yang terbaik untuk mengisi ruang yang senggang supaya tidak terlalu memikirkan jiwa yang lara. 
.

Thursday, February 14, 2019

Tak berani nak makan..!

Assalamu'alaikum.

Tak berani nak makan..!


Hari tu, ada orang bagi jajan ni. Dia kata anak buah dia yang duduk kat China tu beli dan bawa balik sempena sepupu dia bertunang. Ada lebih, dia bagi la kat aku. Banyak jugak la dia bagi tapi cuma yang ni je aku ambil gambarnya. Dia kata jajan ni manis sangat.





Masalahnya, semua tulisan tu tulis bahasa sana. Nak jumpa tanda Halal memang tak jumpa la. Sudahnya, aku buang je masuk bakul sampah. Tak berani aku nak makan benda yang bukan-bukan. Maaf ya sebab terpaksa buang. Aku ni orang kampung. Takut nak makan benda yang pelik-pelik ni. Heh.


p/s: Daripada was-was, baiklah tak payah makan.
.

Saturday, February 9, 2019

Ais krim Malaysia guna base susu.

Assalamu'alaikum.

Ais krim Malaysia guna base susu.


Pertama kali, aku buat ais krim Malaysia dengan menggunakan susu pekat dan susu cair sekali gus. Biasanya aku guna santan je.


Gambar bawah ni merupakan kali pertama aku buat ais krim Malaysia tu. Sekali buat sampai dua sukatan tu. Tak mengagak sungguh aiihh... Haha.







Sebelum buat ais krim ni, aku belajar dahulu cara nak ikat plastik ais krim tu. Jenuh juga nak belajar. Cuba juga belajar guna tali tapi jenuh nak faham. Sudahnya, aku gunakan hanger ni je. Jadilah untuk sementara waktu. Bak kata pepatah lama; tak ada rotan, akarpun berguna. Jadinya, aku guna aje la apa yang ada. 


Aku ikut cara mengikat guna dawai ni kat sini. Itupun berpuluh kali aku ulang tengok video tu. Punya la bebal sungguh sampai susah nak faham. Haha.








Gambar bawah ni pula merupakan kali kedua aku buat ais krim Malaysia. Yang ini aku buat masa raya cina hari tu. Masa tu kakak ada balik. Dia yang tolong belikan koko tube dan plastik ais krim sebab kat sini aku susah nak cari.  Dan aku masih lagi gunakan hanger untuk mengikat tali tu. Jenuh sama-sama belajar ikat guna tali dengan kakak tapi nan hado. Tak jadi jugak. Hahaha. 





Aku gunakan sukatan basic sebagaimana yang orang lain guna. 

1 tin susu cair Saji.
1 tin susu pekat Saji.
1 senduk gula.
Sedikit garam.
1 sudu makan esen vanilla.
6 tin air. 
2 sudu makan tepung ubi yang dibancuh dengan sedikit air. Boleh juga guna tepung jagung.

Masak susu dan gula hingga mendidih. Dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sambil kacau bancuhan. Masukkan juga garam. Masak hingga mendidih lagi. Kena kacau dan jaga selalu supaya bancuhan tidak meruap dan melimpah keluar dari periuk. Aku dah kena dah. Rugi sungguh terbuang macam tu je. Tunggu sejuk baru masukkan dalam plastik ais krim. 







Dan yang bawah ni pula aku baru buat semalam. Alhamdulillah, aku dah berjaya ikat ais krim tu gunakan tali setelah berkali-kali mencuba. Dah hampir putus asa dahpun. Mujurlah semangat nak mencuba tu masih lagi kental. Yeaa....! Haha. Kali ini aku cuma buat untuk satu sukatan je.









Dalam banyak-banyak video yang aku tengok, video ini yang berjaya aku ikuti. Terima kasih pak atas videonya. Moga Allah murahkan lagi rezeki bapak sekeluarga. Aamiin.




p/s: Usaha selagi ada nyawa. Moga Allah luaskan pintu rezeki untuk aku. Aamiin.
.

Thursday, February 7, 2019

Mee sup sempoi..

Assalamu'alaikum.

Mee sup sempoi..


Tengah hari ni, makan mee sup aje la. Buat aje la ikut cara sendiri dan gunakan aje la bahan yang ada di dapur. Tekak sendiri yang nak makan, tak payah la nak beria sangat. Heh.


 ^
Ini semuanya kakak yang beli. Terima kasih sister!
v

 ^
Tumbuk semua bahan dan kiub ayam ni sekali.
v

 ^
Sayur dan mee kuning yang sudah dicelur sekejap.
v








Sebenarnya, mee kuning tu ada lebih sebungkus. Kakak aku beli tiga bungkus di pekan sehari hari Selasa hari tu. Dia dah goreng dua bungkus. Diapun dah balik ke rumah dia dah. Jadinya, akupun buat la mee sup ni. Jemu pulak asyik makan mee goreng je. Sesekali nak jugak ubah selera, kan?


Cuti raya cina baru ni, kakak yang keluarkan belanja dapur. Dia jugak yang masak-masak. Aku cuma tolong sikit-sikit je. Dia rajin menyumbang tenaga dan bahan basah. Dia jugak ada belikan aku langsir untuk rumah ni. Katanya langsir untuk raya. Alhamdulillah. Moga Allah murahkan rezeki kepada dia dan keluarga. Aamiin. 


Dia jugak rajin jolok buah manggis untuk dibawa balik. Siapa malas, melopong la jawabnya. Haha. Yang dalam gambar ni, aku jolok pagi tadi. Sedapnya makan manggis fresh dari pokok. Alhamdulillah. Tak payah susah-susah mencari dan membeli. Terima kasih pada abah dan mak yang menanam pokok buah kat belakang rumah ni. Al-Fatihah untuk arwah abah.




p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah kurniakan.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)