Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 7, 2016

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.



Ini merupakan kali pertama aku cuba buat sambal hitam Pahang ni. Biarpun sudah berpuluh tahun menetap dalam negeri Pahang, baru sekarang ada rasa ingin cuba membuat sambal hitam tersebut. Dan aku baru sekali merasa sambal hitam ni. Itupun sekadar cuit di hujung jari sahaja. Entah, masa tu aku rasa macam kurang berminat nak merasainya. 


Akan tetapi, selepas ternampak buah belimbing buluh yang merimbun kat pokok jiran sebelah rumah, terus je aku ambil besen dan dengan muka tak malunya, minta buah ni kat jiran tu. Selama bertahun jadi jiran, ini juga merupakan pertama kali aku minta buah belimbing buluh dia. Heh


Permulaan proses, cuci bersih belimbing buluh. Toskan dan masukkan ke dalam kuali. Aku masukkan dalam kuali besi yang tebal tu. Lepas tu, rebus belimbing buluh tu tanpa air. Nanti lama-lama air belimbing tu akan keluar sendiri. Aku tak letak garam masa merebus. Kali pertama buat, takde la pergi google ke, apa ke. Just ingat cakap-cakap beberapa orang makcik masa bersembang pasal sambal hitam ni dulu.









Sejam yang pertama.


Dua jam kemudian.



Tiga jam berikutnya.


Tiga jam setengah masa yang diperlukan untuk merebus belimbing buluh tadi sampai jadi macam ni.



Okay, sekarang ni beralih kepada bahan untuk tumis pulak.






 Ikan bilis ni aku ramas-ramas je.




 Aku tumbuk sikit belimbing buluh rebus tadi. 



Tumiskan bahan tumbuk, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau. Lepas tu, masukkan belimbing buluh rebus tadi dan masaklah sampai kering. 



Beginilah rupanya sambal hitam Pahang yang aku buat. Dia tak kering tapi lembab gitu. Rasanya masam sikit sebab kuantiti belimbing buluh rebus tu melebihi sukatan bahan yang lain.



p/s: Belajar dari pengalaman. Silap sekali, takkan tak nak cuba buat lagi, kan? Mungkin lain kali aku akan buat lagi sambal hitam Pahang ni dengan menggunakan resepi dan cara yang ada kat sini.

2 Tukang Tembak:

She Is Farahain said...

ohh macam gitu rupanya nak buat . hehehe

Julia Johari said...

Kak Azz, rajin yer masak sambal hitam!
Gemuk2 lah belimbing buluh tuh wowwww hasilnya mmg kagum, julia mmg suka makan sambal hitam dari pahang ni mmg power!!! Lama juga ye masa 3 jam nak buat...kagum dgn kesabaran akak...

pssst kak azz terima kasih beri komen di entry tadi...suka saya baca komen akak ttg apa gunanya gaji tinggi kalau tak rasa tenang...so happy! Itulah yang julia rasa sekarang...alhamdulilah.

Syabas kak azz...jaga mak lg afdal...yg ptg sekarang akak pandai menjahit...itu sudah lebih terbaikkk...kalau saya di tempat akak...saya pun berbuat demikian, berhenti kerja dan jaga mak ayah.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)