Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Belimbing Buluh. Show all posts
Showing posts with label Belimbing Buluh. Show all posts

Friday, April 5, 2019

Belimbing buluh dalam pasu berbuah lagi.

Assalamu'alaikum.

Belimbing buluh dalam pasu berbuah lagi. 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Kali ini, pokok belimbing buluh yang aku tanam dalam pasu berbuah agak meriah sikit dari sebelumnya.





Gambar buah sulung belimbing buluh ni ada aku kongsikan di laman facebook personal aku. 





Update.
Dah besar dah buah belimbing buluh ni. 
Dah ambil dah sikit untuk buat sambal hitam.
Alhamdulillah.






p/s: Dah boleh dah berangan nak buat sambal hitam. 😀😀😀 Lepas untuk makan sendiripun jadi la. Yang penting, dah boleh berjimat. 
.

Monday, November 20, 2017

Belimbing buluh.

Assalamu'alaikum.

Belimbing buluh.


Pokok belimbing buluh ni merupakan pemberian dari pihak JKKK. Dah lama aku dapat pokok ni tapi baru semalam tanam kat tanah. . Dorang bagi dua polybag kecil anak pokok belimbing buluh ni untuk setiap rumah. Terima kasih banyak-banyak di atas pemberian ini.


^
Masa dapat anak pokok belimbing buluh ni dulu, kecil ya amat pokoknya. Rasa macam tak boleh bertahan je. Syukurlah nyawa dia masih panjang.
v



Ada sepokok lagi yang masih dalam polybag cinonet tu. Tak tau nak tanam kat mana. Pening kepala teman dok mikio. Heh. Semua pokok nak tanam tapi kawasan takde. Bukan takde kawasan tapi kawasan tak sesuai. 


Kat belakang rumah aku ni sebenarnya dah ada dahpun sebatang pokok belimbing buluh ni. Omak aku yang tanam tapi pokok tu dah lama tak berbuah. Lagipun aku tengok kat batang dia, penuh dengan sarang anai-anai. Memang kawasan rumah aku ni banyak sarang anai-anai tu. Dah tak larat dah nak tabur racun anai-anai tu. 


Mudah-mudahan pokok belimbing buluh aku ni bebas dari serangan serangga perosak, hidup subur dan mengeluarkan buah yang banyak. Nanti boleh la kita buat sambal hitam Pahang yang popular tu. 


p/s: Berangan je dulu. Haha.

Thursday, April 7, 2016

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.



Ini merupakan kali pertama aku cuba buat sambal hitam Pahang ni. Biarpun sudah berpuluh tahun menetap dalam negeri Pahang, baru sekarang ada rasa ingin cuba membuat sambal hitam tersebut. Dan aku baru sekali merasa sambal hitam ni. Itupun sekadar cuit di hujung jari sahaja. Entah, masa tu aku rasa macam kurang berminat nak merasainya. 


Akan tetapi, selepas ternampak buah belimbing buluh yang merimbun kat pokok jiran sebelah rumah, terus je aku ambil besen dan dengan muka tak malunya, minta buah ni kat jiran tu. Selama bertahun jadi jiran, ini juga merupakan pertama kali aku minta buah belimbing buluh dia. Heh


Permulaan proses, cuci bersih belimbing buluh. Toskan dan masukkan ke dalam kuali. Aku masukkan dalam kuali besi yang tebal tu. Lepas tu, rebus belimbing buluh tu tanpa air. Nanti lama-lama air belimbing tu akan keluar sendiri. Aku tak letak garam masa merebus. Kali pertama buat, takde la pergi google ke, apa ke. Just ingat cakap-cakap beberapa orang makcik masa bersembang pasal sambal hitam ni dulu.









Sejam yang pertama.


Dua jam kemudian.



Tiga jam berikutnya.


Tiga jam setengah masa yang diperlukan untuk merebus belimbing buluh tadi sampai jadi macam ni.



Okay, sekarang ni beralih kepada bahan untuk tumis pulak.






 Ikan bilis ni aku ramas-ramas je.




 Aku tumbuk sikit belimbing buluh rebus tadi. 



Tumiskan bahan tumbuk, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau. Lepas tu, masukkan belimbing buluh rebus tadi dan masaklah sampai kering. 



Beginilah rupanya sambal hitam Pahang yang aku buat. Dia tak kering tapi lembab gitu. Rasanya masam sikit sebab kuantiti belimbing buluh rebus tu melebihi sukatan bahan yang lain.



p/s: Belajar dari pengalaman. Silap sekali, takkan tak nak cuba buat lagi, kan? Mungkin lain kali aku akan buat lagi sambal hitam Pahang ni dengan menggunakan resepi dan cara yang ada kat sini.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)