Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Saturday, July 27, 2019

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋

Assalamu'alaikum.

Sambal udang petai jeruk tersedap baq hang. 😋


Secara jujurnya, aku adalah seorang perempuan yang sangat tidak pandai untuk membuat sambal. Sebutlah sambal apapun, memang aku akan gagal untuk mencapai piawaian. Sedangkan tekak sendiripun tak lepas, apatah lagi tekak orang. Haha.


Aku selalu gagal apabila membuat sambal. Sambal ikan bilispun aku tak pandai nak buat, apatah lagi nak buat nasi lemaknya. Heh.


Maksud aku tak pandai tu, bukannya tak pandai masak atau tak pandai buat. Boleh je masak. Boleh je buat. Maksud aku, aku tak pandai untuk mendapatkan rasa yang wallah..! Selalunya sambal yang aku buat tu rasanya, alahaii... Sendu di tekak sendiri. Kah..!




Jadinya, kelmarin akupun buat la sambal udang ni. Ikutkan nak buat masak lemak cili padi je macam biasa tu tapi dah kerap sangat pulak aku masak macam tu. Tak mencabar la kalau asyik masak menu yang sama aje, kan?


Masak punya masak, akupun makan la nasi dengan berlaukkan sambal udang mabeles aku ni. Sayur takde, makan aje dengan salad yang aku beli di pekan sehari. Petai fresh takde, apa susah, aku masukkan aje petai jeruk yang ada kat dalam peti sejuk tu. Kalau tak buat macam ni, tak luak jugak petai jeruk tu. Dah dia duduk dalam tu, memang sokmo la aku lupa nak makan. Haha.


 Tengok gambaqpun dah kecoq liuq oiii....!


 Satu contoh menu sihat. Itupun kalau nasi tak bertambah la. Maunya tak bertambah? Kahkahkah..



 Tu dia aihhh...! Licin hingga menjilat jari. Jilat pingganpun aku sanggup aiihh.. Hahaha..


Akupun pelik jugak, pasaipa sambal udang aku kali ni sedap ya amat walhal aku masak macam biasa je. 😘😘😘 Bukan senang tau aku nak puji masakan sendiri. Malu oii nak isi bakul angkat sendiri sebab memang tak terangkat punya la. 😁😁😁




p/s: Amacam? Kecoq liuq dak? Dah tu, tunggu apa lagi? Tak gheti-gheti lagi ke nak pi masak sendiri. 😝😝😝
.

Thursday, April 7, 2016

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.



Ini merupakan kali pertama aku cuba buat sambal hitam Pahang ni. Biarpun sudah berpuluh tahun menetap dalam negeri Pahang, baru sekarang ada rasa ingin cuba membuat sambal hitam tersebut. Dan aku baru sekali merasa sambal hitam ni. Itupun sekadar cuit di hujung jari sahaja. Entah, masa tu aku rasa macam kurang berminat nak merasainya. 


Akan tetapi, selepas ternampak buah belimbing buluh yang merimbun kat pokok jiran sebelah rumah, terus je aku ambil besen dan dengan muka tak malunya, minta buah ni kat jiran tu. Selama bertahun jadi jiran, ini juga merupakan pertama kali aku minta buah belimbing buluh dia. Heh


Permulaan proses, cuci bersih belimbing buluh. Toskan dan masukkan ke dalam kuali. Aku masukkan dalam kuali besi yang tebal tu. Lepas tu, rebus belimbing buluh tu tanpa air. Nanti lama-lama air belimbing tu akan keluar sendiri. Aku tak letak garam masa merebus. Kali pertama buat, takde la pergi google ke, apa ke. Just ingat cakap-cakap beberapa orang makcik masa bersembang pasal sambal hitam ni dulu.









Sejam yang pertama.


Dua jam kemudian.



Tiga jam berikutnya.


Tiga jam setengah masa yang diperlukan untuk merebus belimbing buluh tadi sampai jadi macam ni.



Okay, sekarang ni beralih kepada bahan untuk tumis pulak.






 Ikan bilis ni aku ramas-ramas je.




 Aku tumbuk sikit belimbing buluh rebus tadi. 



Tumiskan bahan tumbuk, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau. Lepas tu, masukkan belimbing buluh rebus tadi dan masaklah sampai kering. 



Beginilah rupanya sambal hitam Pahang yang aku buat. Dia tak kering tapi lembab gitu. Rasanya masam sikit sebab kuantiti belimbing buluh rebus tu melebihi sukatan bahan yang lain.



p/s: Belajar dari pengalaman. Silap sekali, takkan tak nak cuba buat lagi, kan? Mungkin lain kali aku akan buat lagi sambal hitam Pahang ni dengan menggunakan resepi dan cara yang ada kat sini.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)