Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Ikan Cencaru. Show all posts
Showing posts with label Ikan Cencaru. Show all posts

Friday, April 12, 2019

Cencaru sumbat inti cucur badak.

Assalamu'alaikum.

Cencaru sumbat inti cucur badak.


Tengah hari ini, aku buat cencaru sumbat je. Malas nak masak beria. Lagipun inti serunding kelapa untuk buat cucur badak tu ada lagi. Musim panas ni, semua badak pi berendam. So, inti dia kita guna ke lain la pulak. Kah..!


 Siang ikan cencaru dan bersihkan. Lepas tu, lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam tu letak sikit je dah la. Nanti terlebih masin pulak ikan tu.


 ^
Aku hiriskan 4 helai daun kunyit untuk dapatkan aroma yang wangi. Gaul-gaulkan dan sumbat penuh-penuh dalam perut ikan tu. Jangan risau, ikan tu tak marah punya la ko kelebet perut dia. Kehkehkeh.
v
 ^
Daun pisang tu, biar je panjang macam tu. Kalau boleh, letak ikan kat tengah. Nanti tinggal lipat je daun pisang kat kiri dan kanan tu. Tak payah susah-susah nak kepit dengan lidi bagai..
v

 Ni dia penyepit rare. Selagi boleh guna, kita guna aje la dik non oii...! Jangan berlagak sangat aihh nak guna semua benda baru je. Ko ingat bapak ko tu bapak segala tokey?



Siap bakar dah..! Bau dia je, perghh....!


Bakar ikan macam ni lagi sedap daripada gunakan kuali ajaib semua tu. Aku dah cuba beberapa kali guna kuali ajaib tapi rasa ikan yang dibakar tak sedap langsung sebab dia berair. Sia-sia je beli kuali ajaib tu. Dah la mahal ya amat. Baiklah guna aje pembakar ni walaupun dah buruk.


Dah boleh makan dah. Tak payah nak susah-susah buat air asam semua tu aihh.. Makan macam ni je pun dah sedap dah. Lagipun, aku memang tak pandai nak makan ikan bakar cicah air asam ni. Kolotnya aku, kan? Ahh, peduli la.. Hahaha.


p/s: Biar buruk rupa asal sedap rasanya. Kah..!
.

Monday, January 15, 2018

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Assalamu'alaikum.

Menu ringkas yang sedap baq ang!

Tu dia! Tajuk entri macam apa je. Haha.




Aku tak tau nak letak nama apa untuk resepi aku ni. Oleh itu, aku letak nama resepi ni, ikan tongkol goreng serai je dah la. Boleh je gunakan ikan lain seperti ikan cencaru atau ikan kembung. 



Aku ambil daun pokok bunga kobis ni. Sedap weii goreng daun dia.


Cara aku masak resepi ni mudah ya amat aihh.. Pokoknya, kena la rajin masuk dapoq. Kalau dah malaih, satu kerjapun tak menjadi. Dok la melingkaq macam ulaq kena palu. Tambah-tambah sekarang ni musim hujan. Lagi seghonok la melingkaq sakan. Heh.




1 ekor ikan tongkol atau 3 ekor ikan cencaru.
1 biji bawang besar - jika saiz kecil, gunakan 2 biji.
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah
1 batang serai
3-4 biji kentang
1 biji limau kasturi - buang biji dia
5 pelepah/helai daun pokok bunga kobis
2 sudu makan sos tiram (Wajib letak. Kalau tak letak, tak sedap)
Garam sedikit sahaja (Tak nak letakpun takpe)


Cara nak buat; 

1- Bersihkan ikan. Lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng. Jangan goreng terlalu garing. Nanti dia keras. Ketepikan.

2- Kupas kentang dan potong macam wedges. Goreng sampai empuk. Ketepikan.

3- Bawang besar tu dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Ketepikan. 

4- Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan serai. Ketepikan. 

5- Panaskan kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Goreng hingga naik bau. 

6- Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau-kacau dan masukkan pula daun bunga kobis tadi. Kacau lagi dan terus je masukkan sos tiram.

7- Masukkan pula perahan limau kasturi. Kacau sebati dan curahkan terus ikan dan kentang yang telah digoreng tadi.

8- Kacau rata. Jika nak ada kuah, boleh la masukkan sedikit air masak. Rasa dulu asam garamnya sebelum tutup api dapur.

9- Siap! Dan boleh la dihidangkan. 

10- Tunggu apa lagi! Jom la makan! Haha.




Hat gambaq bawah ni, menu semalam. Sama je resepinya. Cuma hat ni takdak sayoq dengan kentang. Polos gitu! Tapi sedapnya hingga menjilat dasar bekas pyrex tu. Haha.






p/s: Meh la cuba resepi aku ni. Serius sedap weii.. Hehe.
.

Tuesday, June 6, 2017

Resepi cencaru sumbat sambal dan cara membuatnya.

Assalamu'alaikum.

Resepi cencaru sumbat sambal dan cara membuatnya.

Petang semalam, aku ke bandar. Singgah la kat pasaraya dan akupun beli la ikan cencaru ni. Nampak macam segar je ikan cencaru tu. Tu yang aku beli tu.


Petang ni, akupun buat la cencaru sumbat. Pertama kali nak cuba buat cencaru sumbat sambal ni. Resepi tu google aje la tapi ada la satu dua bahan yang aku tambah dan buang. Biasa la, mana best kalau main ikut je resepi orang. Takde thrill gitu. Haha. 


 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana besar.



^
Bahan untuk tumis yang perlu dikisar. Boleh juga tumbuk jika rajin. Aku ni malas. Haha.
v


 ^
Bersihkan ikan dan belah bahagian belakangnya. Telur ikan tu jangan dibuang pulak. Boleh je bakar sekali nanti. Sedap woo telur ikan ni. Heh.
v


 ^
Ikan cencaru yang sudah siap dibelah belakangnya dan daun kunyit yang diperlukan untuk membungkus ikan tu nanti. Tulang kat belakang daun tu kenalah buang sikit. Kalau tak buang, nanti susah nak lipat daun kunyit tu.
v


Okay, sekarang proses nak menumis sambal dan menyumbat ikan cencaru tadi.


 Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi.



 ^
Apabila bahan tumis sudah layu dan berbau harum, masukkan 5 sudu makan cili kering kisar. Teruskan memasak hingga sambal pecah minyak.
v


 ^
Lepas tu, masukkan hirisan daun kunyit ke dalam sambal. Masukkan juga garam secukup rasa. Aku tambah dua sudu makan sos tiram.  Teruskan mengacau hingga sambal betul-betul masak dan kering.
v


Sekarang, proses nak sumbat sambal, proses membalut dan proses membakar cencaru sumbat sambal ni pulak.


 ^
Aku gunakan kuali leper ni je sebab aku takde kuali ajaib. Aku lapikkan kuali dengan daun pisang.
v


 ^
Isikan sambal di bahagian belakang dan depan ikan.
v


^
Letakkan ikan cencaru yang sudah disumbat sambal tadi di atas sehelai daun kunyit. Lipatkan daun dan bungkus ikan tadi. 
v


 ^
Ni untuk buat kelongsong untuk isi telur ikan tadi.
v





p/s: Alhamdulillah. Jimat bajet jika masak sendiri. :D

Thursday, October 29, 2015

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...

Assalamu'alaikum...

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...


Ini semalam punya cerita tapi baru sekarang aku nak bercerita.. hihi.. Ni la dia asam pedas ikan cencaru yang aku masak untuk tengahari semalam.. Aku lawankan asam pedas tu dengan bendi.. 


Jom layan gambar.. Aku memang suka entri bergambar ni.. Mujurlah takde kamera canggih manggih.. Kalau ada, mau dok kelek kamera je.. kehkehkeh...


 Ni watak utama.. hehe.. Siang dan bersihkan ikan cencaru.. Telur tu aku suka.. ahaha...



^
Bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumbuk je.. Nak jimat letrik punya pasal.. :p
v



^
Air asam jawa dan cili kering kisar sendiri...
v



^
Daun kesum dan bunga kantan ni jiran depan rumah punya.. Nak mintak daun kesum je tapi jiran tu offer sekali bunga kantan.. Alhamdulillah.. Dan juga bendi. Yang ni beli kat pekan sehari..
v



Okay, bahan-bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang moh la kita sinsing lengan menumis pulak.. hikhikhik...


 Mula-mula sekali, panaskan minyak... Lepas tu masukkan bahan tumbuk tadi.. Tumis dan kacau hingga naik bau...


 Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar.. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak...


Ni dah pecah minyak dah.. Minyak dah bertakung kat atas..


 Kemudian, masukkan air asam jawa.. Kacau dan tunggu kuah mendidih..


 Lepas tu, masukkan ikan cencaru... Kacau sedikit biar ikan tenggelam..


Kemudian, masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.. Kacau sebati dan tunggu hingga kuah mendidih sedikit..


 Akhir sekali masukkan bendi dan garam secukup rasa.. Kacau-kacau sikit biar garam sekata...


Okay, dah siap dah... Mudah je, kan..? Dah boleh makan dah.. 


p/s: Alhamdulillah.. Licin satu periuk... hihi...

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)