Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, December 13, 2015

Alhamdullillah, rezeki dari sekeliling rumah...

Assalamu'alaikum...

Alhamdullillah, rezeki dari sekeliling rumah...


Alhamdulillah.. Segala rezeki itu datangnya dari Allah.. Namun, kenalah berusaha dahulu sebelum mendapatkan hasilnya.. Bak kata pepatah lama; rezeki tidak akan datang bergolek.. Bola yang bulat kat atas tanah rata itupun tidak akan bergolek dengan sendirinya jika tiada angin yang meniup atau kaki yang menendang.. 


Terung telunjuk, bunga kantan dan daun bawang.. Agak-agak la kan, kalau beli, berapa harga semua ni ya.. Bunga kantan sekarang ni rasanya agak mahal jugak untuk sekuntum.. Aku tak tau harga pasaran bunga kantan ni sebab aku tak pernah beli.. Selalunya kalau kat rumah ni takde bunga kantan, aku minta je kat rumah jiran.. hehe.. Alhamdulillah, jiran-jiran kat sini semuanya baik belaka.. 




Alhamdulillah.. Seronok tengok buah cili merah aku ni.. Rasanya cili kering kot.. Tak ingat dah aku.. Hari tu aku main semai je benih cili tu.. Tak sangka pulak benih tu hidup membesar dan membuahkan hasil.. Inilah yang dinamakan rezeki.. 




Ini pulak pokok cekur.. Aku tak reti nak makan daun cekur ni tapi aku suka bau dia yang wangi tu.. Aku sekadar tanam je sebab jiran-jiran ada tanam pokok ni.. Aku follow je la.. ahaha... Alhamdulillah, elok je dia subur..





Kat bawah ni pulak aku baru semai anak pokok cili padi, pokok terung telunjuk dan terung rembang.. Harapnya semua pokok ni hidup subur dan banyak mengeluarkan hasil.. hehe.. Sekarang ni nak kena semai anak terung banyak-banyak atas arahan pihak berwajib.. huhu..




p/s: Walaupun duduk kat kampung, kawasan untuk bercucuk tanam tidak mencukupi sebab tanah yang berbatu dan keras.. Malahan, ada beberapa bahagian kawasan kat belakang rumah yang terpaksa ditambak dengan tanah hitam yang dibeli.. Dah berapa banyak berhabis kat situ je.. Tu yang terpaksa tanam dalam bekas, polybag ataupun tanam dalam pasu..

Saturday, December 12, 2015

Cara buat mee kuning dengan menggunakan mesin Falcon...

Assalamu'alaikum...

Cara buat mee kuning dengan menggunakan mesin Falcon...

Aku ada mesin Falcon ni.. Dah bertahun dah aku beli tapi sangatlah jarang aku gunakan.. Seingat aku la, ada la tiga empat kali kot aku gunakan untuk buat tart gulung dan buat roti.. Selebihnya, mesin ni kekal disimpan di dalam plastik sebab kotaknya sudah rosak.. Aku beli mesin ni secara main kutu seramai sepuluh orang.. Masa tu harga dia masih dalam harga promosi sebab mesin ni baru berada di pasaran.. Harga mesin ni pada ketika itu adalah RM750.. Sebulan cuma bayar RM75 sahaja..






Apabila tengok keadaan sekarang ni iaitu mee kuning yang dijual di pasaran tu macam-macam hal, takde logo Halal dan sebagainya, rasa macam nak buat mee kuning sendiri la pulak.. Cuma, aku ni ada satu sikap yang malas sikit iaitu malas sangat nak keluarkan mesin ni.. ahaha...


Walau apapun, aku akan usahakan agar sikap malas itu bertukar menjadi rajin demi kesihatan sejagat.. Yakin boleh..! Doakan sama ya.. hehe..


Bahan untuk buat mee:

500 gram tepung gandum
2 biji telur*
Sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Air secukupnya* - aku rasa air tu mungkin dalam 250 ml
*Air dan telur dicampurkan sekali dan jadikan 250 ml


Siapa yang berminat nak beli mesin Falcon ni, boleh la cuba tanya kat fanpage ni.. Aku tak beli dengan dorang.. Aku cuma tolong promot je.. hehh...


p/s: Rajin membeli tapi tak rajin nak guna.. Aku la tu..! Kehkehkeh...

Wednesday, December 2, 2015

Nasi impit aiskrim goreng...

Assalamu'alaikum...

Nasi impit aiskrim goreng...


Ingat lagi pada entri nasi impit aiskrim yang aku share hari tu..? Ni nak sambung kisah seterusnya.. ahaha...


Nasi impit aiskrim tu tak habis dimakan.. Makanya, akupun jadikanlah ia sebagai nasi impit aiskrim goreng.. Daripada dibiarkan membazir, ada baiknya aku pelbagaikan kegunaannya.. Kenyang jugak perut.. Jika dibiarkan begitu saja, sudah pasti perut tong sampah yang penuh dan syaiton ikut bergumbira... hehh.. hehh.. hehh..


Aku selalu tengok kakak aku masak ketupat goreng jika ketupat tu tak habis.. Tu yang aku cuba buat pulak untuk nasi impit aiskrim aku ni.. Apapun, jom la tengok gambar lagi... hehe..


Macam ni la rupanya nasi impit aiskrim setelah dipotong.. Hari tu ada yang komen dan tanya macam mana rupanya nasi impit aiskrim ni selepas dipotong tapi aku tak bagi jawapan.. Nah, sekarang tengoklah rupa nasi impit yang dah dipotong ni..



^
Bahan tumbuk.. Bawang merah, bawang putih dan isi ayam yang dah digoreng.. Sebetulnya ayam tu lebihan ayam goreng yang dimakan dengan nasi.. 
v


Bahan yang sudah ditumbuk tadi... 


Cili kering kisar...


Okay, bahan-bahan dah sedia.. Jom la kita mulakan menumis dan menggoreng..


Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau..


Masukkan cili kering kisar... Kacau-kacau biar sebati..


Biarkan sampai pecah minyak...


Kemudian, boleh la masukkan potongan nasi impit aiskrim tadi.. 


Gaul sebati.. Letak garam dan daun bawang... Perisakan dahulu dan tutup api apabila dah masak..


Beginilah hasilnya nasi impit aiskrim goreng aku..



Alhamdulillah.. Kenyang jugak makan walau cuma macam ni je.. Tekak kita ni janganlah diajar untuk makan benda yang mahal-mahal sebab kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat dan terus meningkat.. Makan asal kenyang dan dapat isi perut, sudah memadai dah..


p/s: Tak perlu nak berlumba-lumba ikut gaya hidup orang lain sebab isi dompet kita tak sama macam isi dompet orang lain tu.. :D

Tuesday, December 1, 2015

Satu ratus lapan puluh sen...

Assalamu'alaikum...

Satu ratus lapan puluh sen...


Semua ni harganya adalah satu ratus lapan puluh sen.. Mahal ke murah..? Ada sayur, ayam, hati ayam, bawang merah, bawang putih, gula manisan, cili padi, cili kering, mee kuning, tempe dan halia..


 Rendam dalam air garam untuk bagi sayur tahan lama.. Cerita berkaitan ada di sini..


 Ayam ni aku pilih bahagian dada sahaja.. Semua sekali RM30.. Hati ayam tu pulak RM5..


 Kangkung dan sawi... Semuanya RM4..


Semua sekali RM100.80..


Semua barang ni aku beli di pekan sehari dua minggu lepas.. Ayam masih ada lagi sikit.. Bawang merah, bawang putih, bawang besar, gula manisan, cili kering, cili padi, cili merah, terung dan kacang buncispun masih ada lagi sikit.. Kacang panjang baru habis pagi tadi aku buat nasi goreng..


Disebabkan ada yang kata macam-macam, maka gigih aku cari balik kertas ni.. Ni la dia harga barang yang aku beli tu.. Sayur tu aku beli kat dua tempat.. Sebab tu ada dua harga..





Aiskrim bubur kacang hijau...

Assalamu'alaikum...

Aiskrim bubur kacang hijau...


Siapa pernah makan aiskrim bubur kacang hijau ni..? Mesti ramai yang pernah makan samada buat sendiri ataupun rezeki orang bagi.. Sedapkan aiskrim bubur kacang hijau ni..


Hari tu masa kakak aku ada kat sini, akupun buat la bubur kacang hijau ni.. Memang banyak yang aku buat sebab dah plan nak buat aiskrim sekali.. Lama sungguh tak makan aiskrim bubur kacang hijau ni.. Tu yang buat seperiuk besar bubur kacang ni.. Kelapa sampai empat biji.. Barulah puas hati.. ahaha..






p/s: Tinggal lima batang je lagi aiskrim ni setelah dimakan sendiri dan diberi pada jiran terdekat..

Monday, November 30, 2015

Takde kerja, carilah kerja..!

Assalamualaikum...

Takde kerja, carilah kerja..!


Dah tau takde kerja, carilah kerja, kan..? Ni tak, asyik la nak bersungut je.. hehh... Dah..! Jangan nak membebel panjang-panjang.. Kang habis bernanah telinga orang.. ahaha.. 


Ni kisah yang berlaku beberapa minggu lepas.. Aku dah penat membebel suruh orang kat rumah ni mesin rumput sekangkang kucing ni tapi dia buat donno je.. Aku ni tak boleh tengok keadaan macam ni.. Sakit mata aku menengoknya..! Kalau mata dah sakit, tentulah hatipun ikut sakit sama, kan..? Kalau tak, takde la timbul pepatah dari mata turun ke hati.. ahakk...


Makanya, akupun gagahkan diri untuk membakar rumput yang dah tinggi ni dengan menggunakan sabut kelapa yang aku kumpul.. Lepas tu, terus sambung bersihkan kawasan sekitarnya.. Makan masa empat hari jugak untuk aku selesaikan semua kerja ni.. Maklum la, buat kerja sorang-sorang.. Kerja dalam rumah aku kena buat.. Kerja luar rumahpun aku jugak yang nak kena buat.. 


Jenuh nak bakar rumput yang masih lagi hidup.. Dah la rumputnya tebal-tebal.. Nak cangkul memang aku tak larat.. Tu yang aku bakar guna sabut tu.. Musim hujan macam sekarang ni cepat aje rumput tu tumbuh balik.. huhu..




Dah bersih dah.. Takde la sakit mata nak menengoknya.. Hatipun takde la meluap-luap geram...


 Pokok serai yang kakak aku tanam.. Banyak jasa serai ni.. Terima kasih sista..!


Pokok jambu batu ni tumbuh sendiri.. Saja aku biarkan hidup sebab daun jambu batu ni banyak jugak khasiatnya.. Salah satu khasiat daun jambu batu adalah untuk melegakan cirit-birit pada kucing.. Caranya ialah dengan memberi minum air ramasan daun jambu batu tersebut pada kucing yang kena cirit-birit tadi.. 


Tangga untuk turun ke belakang rumah ni pun aku bersihkan sekali.. Separuh tangga tu dah kena timbus dengan tanah dan penuh dengan rumput.. Apabila sudah dibersihkan, barulah nampak lebar tangga tu.. 




Pokok ubi kayu yang aku tanam.. Benihnya aku mintak kat jiran depan rumah.. Ini ubi kayu untuk makan daun sahaja..


Pondok tu asalnya adalah reban ayam.. Oleh kerana ayam mak aku pun tak nak tinggal dalam reban ni, maka aku minta tolong orang untuk buang dinding reban tu.. Buat semak je berdinding semua.. Dah la tiang semua tu penuh dengan sarang anai-anai.. Jenuh aku dok kikis sarang anai-anai tu.. Dah buang dinding reban tu, barulah nampak luas sikit pemandangan..




p/s: Rumah kita, kitalah yang kena bersihkan.. Nak upah orang, tak berkemampuan.. Suka atau tidak, terpaksalah buat sendiri.. Kalau tak bersihkan, takut jadi tempat nyamuk membiak la pulak..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)