Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 16, 2017

Cara semai benih pokok sayur di rumah.

Assalamu'alaikum.

Cara semai benih pokok sayur di rumah.


Kalau dulu, aku semai benih sayur seperti sawi dan kangkung ni, aku main campak macam tu je. Kalau kangkung, takde masalah kalau semai macam tu tapi sawi tak boleh buat macam tu. Bukan apa, nanti apabila sawi tu tumbuh, dia akan tumbuh rapat-rapat dan jadi satu masalah pulak jika nak alihkan ke tempat lain. Sayang jika anak pokok sawi tu putus akar dia. Kalau bersesak sangat dalam satu bekas, nanti sawinya tak bebas pulak untuk membesar.


Baru-baru ni masa aku mencari cara nak semai benih asparagus di Youtube, aku terjumpa la satu video tu. Orang tu masukkan benih sawi ke dalam bekas semaian dengan menggunakan tweezer. Dia kepit je biji benih tu dan plop, terus masuk ke dalam bekas semaian tu. Takde la timbul isu biji benih melekat di jari atau berterabur.





Sebelum tu, aku buat dulu lubang untuk masukkan anak benih tadi. Aku gunakan sahaja belakang tweezer tu. Senang betul guna kaedah macam ni. Cepat dan jimat masa serta nampak kemas sikit.




Dan inilah dia hasilnya anak pokok yang aku semai benih dia dengan menggunakan tweezer tadi. Elok je dia punya susunan. Takde la berterabur je. Nak alihpun senang sebab dia ada jarak yang tidak mengganggu anak pokok bersebelahan.


 Kangkung.


Kailan (depan) dan salad (belakang).


Nanti masa nak alihkan anak pokok ke dalam pasu atau bekas yang lebih besar, aku gunakan garfu besi yang sudah tidak digunakan lagi. Ala, guna je garfu yang dah berkarat tu. Cucukkan hujung garfu tu anggaran dua jari dari pangkal pokok dan umpil keluar perlahan-lahan. Tanah jangan kering sangat sebab takut nanti tanah tu berderai dan akar tak melekat pada tanah. Kena bagi tanah tu lembab sikit supaya senang nak umpil keluar. Sambil umpil, sambil tahan tanah tu dengan jari lagi sebelah supaya tanah tadi kekal seketul macam tu.


p/s: Cuba la cara ni. Tak salah untuk mencuba. Tak cuba, tak tau, kan?

Resepi kek pisang berangan.

Assalamu'alaikum.

Resepi kek pisang berangan.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya jugak aku buat kek pisang berangan yang semenggah. Haha. Bukan apa, aku selalu buat kek pisang ni tapi selalunya tekstur kek tu tidak memuaskan. Dia macam padat sikit dan tak berapa nak naik. Istilah paling senang, bantat la. Hehe.






Bahan dan cara buat kek pisang berangan:


4 biji pisang berangan - dilenyek dengan garfu
1/2 cawan gula pasir (jika suka manis, boleh tambah)
5 biji telur ayam gred C
3/4 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh paste pisang (aku tak letak esen sebab bau dia kuat sangat walaupun letak sikit)
1 1/2 cawan tepung gandum**
1 sudu makan baking powder**
1/2 sudu teh soda bikarbonate**
Ayak bahan yang bertanda ** dan ketepikan sekejap.


1- Putar telur dan gula sampai kembang. 

2- Masukkan ovalette dan paste pisang dan teruskan memutar. (anggaran seminit setiap satu bahan)

3- Matikan mixer. Dengan menggunakan spatula, masukkan pisang dan kacau sehala.

4- Masukkan pula minyak masak. Kacau sehala biar sebati.

5- Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit sambil mengacau.

6- Lenserkan loyang dengan minyak masak dan alaskan dengan kertas A4.

7- Panaskan dulu oven selama 10 minit dengan suhu 160 C.

8- Isikan adunan ke dalam loyang dan hentak-hentak manja.

9- Jika nak letak kepingan pisang di atasnya, boleh la hiriskan pisang dan letak.

10- Bakar dengan suhu 160 C sehingga masak atau kek tidak melekat pada cake tester/lidi. Masa membakar anggaran 45-55 minit bergantung pada suhu dan oven masing-masing. 







Jika nak diikutkan, aku masih lagi tak puas hati dengan hasil kek pisang berangan yang aku buat ni. Aku mahukan yang lebih gebu. Namun, sebagai manusia, aku wajib bersyukur. Sekurang-kurangnya kek ni takde la kena baling kat pangkal pokok pisang. Hehe.


p/s: Takpe. Nanti cuba buat lagi untuk mahirkan diri. Yang penting, jangan mudah berputus asa. Yakin boleh! Yeaahhh...!!!

Thursday, October 12, 2017

DIY: Buat racun semut sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat racun semut sendiri.


Semalam aku ada terbaca kat satu laman web (maaf tak ingat web apa) berkaitan dengan cara nak matikan semut sama ada semut di dalam rumah atau semut pada tanaman.


Aku dah cuba sembur sekejap tadi pada pokok dan dalam rumah. Alhamdulillah, menjadi. Semut hitam dan semut halus tu mati. Lepas ni tak perlu dah gunakan racun serangga. Dah boleh buat racun sendiri.


Caranya adalah; masukkan semua bahan di bawah ini ke dalam botol penyembur dan goncang. Lepas tu boleh la semburkan pada semut. Sukatan jangan overdose. Takut nanti pokok pulak yang mati. :D 


1 1/2 cawan air paip
1/4 cawan cuka makan
2 sudu makan cecair pencuci pinggan (aku gunakan Glo)





Dua kali aku ulang buat bancuhan racun semut ni. Ini menunjukkan yang semut memang banyak kat rumah aku. 


Aku cuba jugak sembur racun semut buatan sendiri ni pada bena atau kuya iaitu sejenis serangga putih yang selalu menyerang tanaman. Harapnya, mati la bena tu. Bena ni kalau dah menyerang tanaman sama ada pokok sayur atau pokok bunga, memang takde harapan la pokok tu nak hidup subur.


p/s: Nampak gayanya, lepas ni kenalah sediakan stok cuka makan pulak. Haha.

Kangkung dah cambah dah.

Assalamu'alaikum.

Kangkung dah cambah dah.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Benih kangkung yang aku semai tiga hari lepas, sudahpun bercambah. Sukanya hati melihat perkembangan kangkung ni.





Aku kepung bekas kangkung ni dengan lidi satay terpakai. Tujuannya, untuk mengelakkan geng bulus masuk dalam bekas tu dan membuang di situ. 


Tengok la ni haa. Selamba je si dia ni menonggeng kat tepi pagar rendah tu. Aku biarkan je dia lepaskan hajat. Tak baik sergah. Nanti taik dia masuk balik dalam bontot dia. Hahaha. Dah kucing sendiri, kan? Biar je la. Nanti kaut la buang. Itupun kalau rajin la. Kehkehkeh. Tapi dia ni pandai kambus balik apa yang dia dah buang. Diapun tak tahan jugak bau taik dia tu. :D






p/s: Hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam. Hanya orang yang mempunyai minat yang sama sahaja yang boleh merasa dia punya keterujaan. Heh.


Wednesday, October 11, 2017

Kuih lompang pandan.

Assalamu'alaikum.

Kuih lompang pandan.


Aku ni ada beberapa tabiat yang aku akan buat jika aku bosan. Salah satunya adalah main masak-masak kat dapur aku tu. Selalunya aku buat kuih atau buat kek. Soal sama ada jadi atau tidak, itu dah jatuh nombor dua. Apa yang penting, lepaskan dulu rasa bosan tu dari membelenggu jiwa. Ceewahh.. Haha.


Baru-baru ni, aku cuba la buat kuih lompang pandan ni. Rasa macam pernah buat tapi takde pulak kat dalam entri. Perasaan aku je kot. Heh.





Bahan yang diperlukan untuk buat kuih lompang pandan ni mudah je. Bahan yang senang nak cari.

2 cawan tepung beras**
1/2 cawan tepung ubi**
4 cawan air + 6 helai daun pandan** - Kisar dan tapis
3/4 cawan gula pasir**
Secubit garam**
Sedikit pewarna hijau**
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam





1- Masukkan semua bahan yang bertanda ** ke dalam bekas dan kacau sebati supaya tidak bergentel. Boleh juga dikisar. Kemudian, tapiskan.

2- Sementara tu, panaskan air kukusan.

3- Sapukan sedikit minyak masak pada acuan lompang dan isikan adunan.

4- Kukus selama 20-25 minit atau sehingga lompang masak.

5- Tunggu lompang sejuk baru keluarkan dari acuan.

6- Hiaskan dengan kelapa parut di atasnya.






Selamat mencuba. Masa untuk buat kuih lompang ni tak lama. Tak sampaipun 20 minit. Masa kukus tu yang lama sikit. Maka, takde alasan untuk malas nak buat. Haha.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. Kan..? Terpulanglah pada diri masing-masing nak pilih yang mana satu. :D

Tuesday, October 10, 2017

Biji benih online.

Assalamu'alaikum.

Biji benih online.

Pepatah lama ada mengatakan; Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu dalih. Maka atas rasa hendak itu, akupun beli la biji benih secara online ni. Dorang pos gunakan pos ekspress. 








Aku dah mula semai dah biji benih ni. Aku semai benih salad empat musim tu dan juga benih kailan. Disebabkan tanah dah takde, aku berhenti dulu semai benih sayur yang lain tu.


 ^
Semai pada 6/10/2017.
v



 ^
Ini pula pada 9/10/2017. Dah cambah dah.
v


Gambar yang kat bawah ni pula pada 10/10/2017. Dah mula nampak dah daun dia. Cuma salad tu, batang dia lembik dan lecur. Mungkin sebab cocopeat tu terlampau basah. Takpe la. Yang penting, dia cambah. Nanti boleh la cuba semai lagi sekali. Kali ni semai untuk uji sama ada benih tu boleh cambah ataupun tak cambah langsung. Kiranya terbukti la yang benih tu boleh cambah dalam tempoh 3 hari. Bukan apa, aku pernah beli biji benih salad ni dari jenama lain. Dua kali aku beli dan dua-dua kali jugak benih tu tak cambah. Tu yang aku cuba jenama yang ini pulak.







Tak sabarnya nak tunggu pokok ni besar. Bukan apa, nak tengok dengan mata sendiri dia punya perkembangan. Barulah betul-betul menguja dan menyeronokkan. Tak percaya, cubalah tanam sendiri. Heh.



Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)