Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 20, 2017

Pisang 40 hari.

Assalamu'alaikum.

Pisang 40 hari.


Pagi tadi tengok ada sepokok lagi dah keluar jantung dan buah. Alhamdulillah. Ada tiga pokok pisang ni yang sedang berbuah. Lepas ni lama lagi kot nak tunggu buah dia keluar sebab pokok yang tinggal masih lagi kecil.







p/s: Hari tu dah tebang dah dua pokok. Alhamdulillah. Tak payah beli pisang. Dapat la berjimat sikit. 

Belimbing buluh.

Assalamu'alaikum.

Belimbing buluh.


Pokok belimbing buluh ni merupakan pemberian dari pihak JKKK. Dah lama aku dapat pokok ni tapi baru semalam tanam kat tanah. . Dorang bagi dua polybag kecil anak pokok belimbing buluh ni untuk setiap rumah. Terima kasih banyak-banyak di atas pemberian ini.


^
Masa dapat anak pokok belimbing buluh ni dulu, kecil ya amat pokoknya. Rasa macam tak boleh bertahan je. Syukurlah nyawa dia masih panjang.
v



Ada sepokok lagi yang masih dalam polybag cinonet tu. Tak tau nak tanam kat mana. Pening kepala teman dok mikio. Heh. Semua pokok nak tanam tapi kawasan takde. Bukan takde kawasan tapi kawasan tak sesuai. 


Kat belakang rumah aku ni sebenarnya dah ada dahpun sebatang pokok belimbing buluh ni. Omak aku yang tanam tapi pokok tu dah lama tak berbuah. Lagipun aku tengok kat batang dia, penuh dengan sarang anai-anai. Memang kawasan rumah aku ni banyak sarang anai-anai tu. Dah tak larat dah nak tabur racun anai-anai tu. 


Mudah-mudahan pokok belimbing buluh aku ni bebas dari serangan serangga perosak, hidup subur dan mengeluarkan buah yang banyak. Nanti boleh la kita buat sambal hitam Pahang yang popular tu. 


p/s: Berangan je dulu. Haha.

Sunday, November 19, 2017

Masa untuk menuai hasil.

Assalamu'alaikum.

Masa untuk menuai hasil.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Pagi ini, gigih aku pi telungkupkan polybag yang aku tanam halia tu. Sebenarnya dah lama dah nak ambil isi halia ni tapi aku ni jenis malas sikit nak buat kerja korek-mengorek ni. Namun disebabkan isi halia tu dah mula membusuk, maka akupun terpaksa la rajinkan diri. Sekali dua polybag terus aku kerjakan. Haha.




Alhamdulillah. berkat kerajinan aku tu (ahakkk), maka dapat la isi halia banyak ini. Separuh dah aku kirimkan pada kakak ipar melalui anak dia yang kebetulan balik ke sini. 




Lepas tu, aku kerjakan pulak bunga kobis ni. Ingat nak tunggu dia besar lagi tapi bak kata seorang ahli grup kebun, bunga kobis yang kita tanam tak akan besar macam yang kita beli kat pasar tu. Makanya, sebelum bunga kobis ni rosak macam hari tu, baiklah aku ambil cepat-cepat. Kecilpun kecil la haiihh. Janji hasil dari tanam sendiri.



^
Tu dah ada tanda-tanda nak membusuk dah tu. Tengok warna dia dah tak putih dah. Mujurlah aku cepat perasan. Kalau tak, melepas lagi la jawabnya.
v



Gambar kat bawah ni contoh bunga kobis aku yang dah rosak tu. Sayang betul. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki. Dia kena timpa dek air hujan. Tu yang dia jadi lembik dan busuk. 




Kemudian, aku potong pulak kobis bulat aku yang sebiji ni. Konon nak tunggu dia besar jugak tapi dok pi dok mai, dok lagu tu jugak, tak besaq-besaq. Sebelum dia rosak sama, baiklah aku potong dia. Haha.





Alhamdulillah. Ada jugak rezeki untuk aku hasil dari kebun mini aku tu. 


p/s: Rasanya lepas ni nak tanam sayur yang cepat membuahkan hasil macam sawi, bayam, kacang panjang dan kangkung. Bunga kobis dan kobis bulat ni lambat nak tunggu hasil dia. Makan berbulan-bulan lamanya. Tapi disebabkan benih masih ada lagi, takpe la, semai dan tanam je la. Tak baik pulak membazir benih, kan? Heh.

Saturday, November 18, 2017

Kucing ni dah kenapa?

Assalamu'alaikum.

Kucing ni dah kenapa?


Malam tadi, sedang aku dok ngadap laptop aku ni, dengar la bunyi klepak klepuk kat belakang aku. Mula-mula tu aku buat tak kisah je. Tapi lepas tiga empat kali bunyi tu berlarutan, cuak la jugak aku ni.


Akupun intai la sekejap kat belakang tu. Nampak la sekor kucing aku ni dok pukul-pukul sesuatu. Ehh, apa benda yang dia pukul ni? Risau la pulak. Mana la tau kot dia tengah acah-acah berani nak pukul ular ke. Maklum la, sekarang ni kan musim hujan. Ishh, tak boleh jadi ni.


Sudahnya, akupun bangun la dari tempat duduk aku tu. Takut jugak sebenarnya ni. Ye la. Tengok gaya kucing tu memukul, lepas tu dia melompat, tentulah aku fikir yang bukan-bukan. 


Tengok punya tengok, intai punya intai, rupanya ini yang kucing tu pukul. Hahahaha. Sabar je la.. Nak tau apa yang kucing ni pukul? Kenalah tengok video ni sampai habis. Gigih aku pi rakam aksi dia tu. Bukan senang nak jumpa aksi macam ni. Kehkehkeh.





Lepas tu, terus je aku keluarkan telefon tu. Biar dia nampak apa benda yang dia dok pukul beria tu. Lagi la dia geram! Terus dia pukul dan pukul lagi sampai jatuh ke lantai telefon tu. 


Sampai aku dah tidur, lepas tu aku terjaga apabila dengar dia masih lagi dok pukul benda alah tu. Sudahnya, dek kerana geram sebab kacau tidur aku, terus aku ambil telefon tu dan simpan dalam almari. Selamat..


p/s: Bagus juga kucing ni alert benda macam ni. Sekurang-kurangnya kita boleh beri perhatian. Mana la tau ada tetamu yang tidak diundang.  Bak kata pepatah lama; malang tak berbau. 

Friday, November 17, 2017

Pokok dek ekau la labu...

Assalamu'alaikum.

Pokok dek ekau la labu...


Ada masa dan ketikanya, naik bosan juga dengan isu semasa lebih-lebih lagi dengan isu yang diulang-ulang. Cemuih dah aihh. 


Jadi, tidur adalah lebih baik daripada melayan isu macam tu. Apa lagi, moh la kita tidur. Haha.











Jangan biarkan isu yang remeh temeh menjejaskan kehidupan seharian kita. Kena ingat selalu bahawa hidup perlu diteruskan walau apa jua rintangan yang mendatang. Jika ada kerja yang kena buat, buatlah kerja tu dulu. Heh.





Dalam pada itu, hubungan sesama ahli keluarga jangan diabaikan. Jangan masa ada masalah je ingat kat keluarga tapi masa senang, buat-buat lupa. 




p/s: Pilihan ada di tangan kita. Pokok dek kita la nak pilih apa, nak pilih yang mana dan sebagainya.

Thursday, November 16, 2017

Oh si kantan!

Assalamu'alaikum.

Oh si kantan!


Alhamdulillah. Ada jugak rezeki untuk bunga kantan ni. Dah lama tak merasa. Puas dah jadi penunggu setia. Haha. Ada lagi tiga kuntum yang masih kecil. Biar je dulu bagi dia besar sikit. Janganlah kejam sangat nak potong jugak yang kecil tu. Potong setangkai yang dah besar tu pun dah memadai dah. Bukannya nak buat kenduri asam pedas yang nak potong semua bunga kantan tu.




Pokok kantan ni Omak aku yang tanam. Sekarang ni aku yang ambil alih untuk jaga. Mujurlah kawasan pokok kantan ni takde rumput sangat tapi nyamuk banyak ya amat. Jenuh bergaduh dengan dorang.  





Harga sekuntum bunga kantanpun dah makin mahal. Nampaknya kenalah jaga betul-betul pokok kantan yang dah sedia ada ni. 


p/s: Siapa yang belum ada lagi pokok kantan kat rumah dia, kenalah mula tanam dari sekarang. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)